September 16, 2011

Kisah Hati + Lara......

Hati duka lara... 
 Ya Allah..kuatkan hati hambamu ini dalam menempuh hari-hari yang mendatang...
hanya hati yang sabar mampu menghadapi segala yang tersurat dengan lancar dan sempurna...

Pedih sedihnya perpisahan, hati sukar untuk menanggungnya...
walaupun ia mungkin untuk masa yang sementara ini, 
namun ianya akan tetap berlagu hiba di hati ini untuk selama-lamanya, 
sehinggalah pertemuan ditakdirkan kembali........
moga dipertemukan semula..

Hati menangis, tak siapa yang tahu..

aor-kul-lhr-man


September 02, 2011

kerja sambilan??

Salam 'alaykum...
ape kaba semua..harap2 masih sihat, x tercekik dengan biskut2 raya, rendang ketupat..


Sambil makan tu, beringat la jugak, takut bertambah 5kg syawal ni haaa..

Erm, sekarang ni aku duk terpikir2..study dah nak abih..tinggal lebih kurang 3 bulan je lagi. Pastu, kena kerja la pulak. Tapi konfem ke keje dapat cepat? Kalau bulan 12 dapat tau posting..Alhamdulillahhhhhh..lau lambat tau?? haishh..susah la. 

So sekarang ni rasa macam nak cari keje je..atlis boleh tampung belanja awal2 keje nanti kannn..hmm..aku berangan je lebih..haha..harap2 keje dapat awal..inshaAllah 

September 01, 2011

selamat pengantin baru

Salam...


di ruangan ni..aku nak ucapkan
tahniah dan

selamat pengantin baru

buat rakan sekelas aku 

fatah + mawaddah

ciplak dr safwan sap..hehe

moga kebahagiaan dan rahmat Tuhan sentiasa menaungi kehidupan dalam rumah tangga kalian berdua..
moga kekal bahagia sehingga ke akhirnya 
barakallahu lakuma =)


terimalah sebuah lagu dariku..ahaksss..

Lautan kematian ombak
Tenang pantai tiada terusik
Begitulah tasik hatiku
Sejak kehadiranmu

Betapa aku hargai
Anugerah syurga di dunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati

Telahpun ku syukuri
Di dalam hidup ini
Cinta suci kurniaan Ilahi

Kejernihan wajahmu
Sempurna pada pandanganku
Kau kirana
Keturunan terpilih
Disanjung serta dihormati
Kau permata
Kesederhanaanmu
Mengecap kekayaan dunia
Kau mestika
Ketaqwaan dirimu
Itu yang merantai jiwaku

Bukan aku memuji
Apalagi memuja
Salahkahku kagumi… perhiasan duniawi

Bisikan nuraniku
Engkaulah pilihanku
Akanku pertahankan
Amanah suci ini

August 29, 2011

back to track..

Salam 'alaykum...

kembali semula lepas hampir 6 bulan menyepi..hmm..sebabnye aku xleh nk access blog ni..hari ni baru dapat bukak, tu pun lepas aku tukar template..

ringkas saja tuk comeback ni...

selamat menyempurnakan ibadah puasa


dan

รεłคмคт нคя¡ яคყค ค¡d¡łƒ¡тя¡ , мคคƒ zคн¡я dคห Ъคт¡ห
หคк м¡หx мคคƒ łคω คdε тякครคя Ънรε σя dค ωт รคłคн




buat semua yang mengenali diri ini =)



February 14, 2011

a time to celebrate

Salam 'alaykum...

Blog aku ni makin hilang seri, sebab tuan dia dah jarang nak datang tengok. Kalau aku la yang jadi blog ni, aku konfem sedih, ye la kan, sebab tak dapat perhatian sangat dari owner dia.

Maaf sangat2, tulus dari hati aku..bukan untuk blog ni je, tapi maaf untuk rakan2 blog jugak. Mungkin ada yang datang komen kat setiap entri ke, tak pun komen kat chatbox ke, nak suruh aku ziarah korang semula ke, tapi aku tak balas apa yang korang mintak..mintak maaf ye.

Mungkin korang rasa aku macam dah sombong kan, tapi sebenarnya, aku tak de niat pun nak menyombong diri. Siapalah aku nak berlagak kat dunia ni. Harap korang faham, aku sekarang dah tak banyak luang masa untuk blogging. Sebab? Sebab yang biar aku dengan Tuhan je yang tahu.

Tadi aku datang ziarah blogger HAMI ASRAFF, hebat blogger ni, kenalan dia pun hebat2, aku ziarah FB dia pulak, tengok status dia...

"dinner bersama IMAM MUDA ASYRAF malam ni :)"

wah..orang lain mungkin rasa macam biasa je kot, tapi bagi aku, hebat la tu kan, sampai IMuda dah boleh jadi member..tp tak tau la kalau dorg memang dah jadi member sebelum ni..

Apa yang aku nak cakap pasal HAMI ASRAFF ni, dah jadi blogger glamer pun, tapi kat bloglist dia, masih ade nama blog aku nih..huhu, sungguh terharu. Apa la sangat yang ada dengan blog aku ni, nak banding dengan bloglist lain macam miss lolly, aksara cinta Ilahidunia sebelah zara...kerdil sungguh aku rasa.

Dulu memang aku ada komen kat entri2 dia, tapi tak la selalu. Yang aku selalu buat, aku just baca, then, bila ada kesempatan je, baru aku komen..tapi sekarang memang aku dah lama tak komen. Kenal dia pun bukan face2face, hanya dalam maya ni je...

Besar nilai persahabatan ni, mungkin sebab tu la aku tersenarai dalam 'MEREKA KENALAN YANG BAIK', tapi honestly, aku segan untuk digelar "yang BAIK", sedang diri aku bukanlah seorang sahabat yang BAIK..maaf dan shukron jugak untuk ustaz HAMI ASRAFF..(suka nak panggil ustaz, sebab dia memang dah macam ustaz..)

*********************************************

Terus kepada tajuk..

Apa yang aku celebrate eh? Kalau aku cakap aku celebrate HARI KEKASIH boleh tak?? Haha..jangan ada yang marah aku. Suka hati aku la kan nak celebrate apa pun, janji benda tu aku tau tak salah...

Tak salah aku cakap?????

Haha..tak salah..sebab yang nak sambut ni, HARI KEKASIH ALLAH...aka MAULID RASULULLAH SAW.

Aku masih waras lagi, semuanya dengan izin Allah, ulama' kata hari kekasih@valentine haram, so aku tak kan sambut yang tu...(bagi aku, tak kisah la pasal valentine tak valentine ni, asasnya yang senang, asal korang nak pegang tangan, kapel, dating..dengan yang bukan muhrim, ketahuilah bahawa itu semua haram..sebab menghampiri zina memang sudah haremmmmmmm..)

Ada satu benda yang lagi bermakna buat aku sebagai seorang MUSLIM, menyambut ulangtahun kelahiran KEKASIHNYA..aku harap sangat buat diri aku, ini bukan setakat sambutan, tapi berharap aku mampu menghayati sirah Baginda. Aku nak cuba menghayati dan menghidupkan sebanyak mungkin sunnah dari Baginda. Bi iznillah..

Kawan2..jom kita muhasabah sempena HARI KEKASIH ALLAH ini :)

Salam terindah buat semua..salam maulidur rasul