May 16, 2009

Tarbiyyatun Nafs oleh Kita kepada Bangsa

Buat semua rakan-rakan seperjuangan, walaupun kita hanya diistilahkan sebagai pelatih, namun zuk keguruan sudah mula meresap ke dalam diri masing-masing dek lantaran pelbagai latihan keguruan dan aktiviti-aktiviti pedagogi yang dilakukan oleh kita semua, misalannya Pengalaman Berasaskan Sekolah yang sudah kita lakukan sebanyak tiga kali (3 semester), pengajaran mikro dan juga pengajaran makro di dalam kelas. Sejujurnya, diri King pun merasai bahawa keistimewaan menjadi seorang pendidik sudah dirasai pada masa kini. Duduk dan melihat gelagat kanak-kanak @ pelajar amat menarik perhatian dan menggembirakan hati walaupun kadang-kadang terasa sedikit tekanan dan pening kepala melayan karenah mereka. King sengaja membawa cerita ini, sekadar sebuah perasaan yang ingin diluahkan sempena hari istimewa pada tanggal 16 Mei ini. Walaupun belum mempunyai anak didik yang betul-betul, walaupun tidak mendapat hadiah dari mereka (sekadar berjenaka), namun King tetap merasai kemeriahan hari teristimewa ini.

Buat seluruh warga pendidik yang sememangnya sudah menjadi pendidik anak bangsa, didikan kalian dalam usaha melahirkan insan yang seimbang dalam segala aspek amatlah dihargai dan sewajarnya dipuji. Semoga terus mendidik dengan rasa tanggungjawab dan berdedikasi serta bersabar demi kemuliaan agama, bangsa dan negara.

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guruku sejak dari tadika sehinggalah kepada para pensyarah IPGM Kampus Perlis ini(King nak list kan jugaklah senarai sekolah yang pernah dijejaki). Terima kasih cikgu, ustaz, ustazah, encik, puan dll :
- Tadika Kemas Felda Kemasul
- Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Kemasul
- Sekolah Menengah Agama Pelangai, Bentong
- Kuliyyah al-Lughah Waddin as-Sultan Abu Bakr, Pekan
- Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis

Buat kawan-kawan juga, tidak ketinggalan King ucapkan Selamat Hari Guru. Mendidik bangsa agar menjadi insan yang sempurna merupakan kerja yang amat mulia lebih-lebih lagi kita (rakan seperjuangan dan sealiran) membawa dan memahamkan seorang manusia tentang agama Allah s.w.t. Kaadal Mu'allimin An Yakuna Rasuula (كاد المعلمين ان يكون رسولا ) - (kalau King salah tentang hadis ini, kawan-kawan tolong beritahu King ok). Semoga jasa guru-guru King mendapat ganjaran yang setimpalnya dari Allah s.w.t. InsyaAllah kita juga hendaknya akan mendapat ganjaran seumpama setelah mengajar dan mendidik nanti. "Guru Pembina Negara Bangsa".

p/s : king nak letak kata-kata indah ini (mesej dari rakan), selami maksudnya :
"Dalam ungkapan tiara cintaNya, kita tegar untuk mendukung semangat falsafah "iqra'" dan menjadi pemegang panji-panji ilmuNya. Dalam pencarian makna "muaddib", sang pendidik, kita kenali diri kita sebagai pengantara hijab Tuhan dan murid. Membuka hijab, menerima syarat ilmu sampi ke kalbu. Cukup tinggi, amatlah tinggi darjat penyampai ilmu."

No comments: