June 10, 2009

Muzik, Ketahui Hukum & Kedudukannya di Sisi Syara'


Oleh: Ustaz Ridhwan Hj Hashim

BA (Univeristi Al-Azhar), MA (UKM)

Bekas Imam Masjid Subang Jaya, Selangor.

MUQADDIMAH

Muzik pada umumnya merupakan alat-alat tertentu yang timbul daripadanya alunan bunyi dan irama sama ada ia berbentuk yang dipukul atau dipalu seperti gendang, rebana dan lain-lain atau yang ditiup seperti seruling, serunai, trompet dan lain-lain atau yang dipetik seperti gambus, gitar, biola dan seumpamanya. Kedudukan hukum muzik ini bergantung kepada apa jenis alat dan penggunaannya kerana ada diantaranya yang diharamkan oleh syarak dan ada pula diharuskan. Oleh itu kedudukan hukum muzik itu sendiri akan tertakluk kepada perkara-perkara berikut:

a) Menggunakan alat-alat muzik yang dilarang oleh syarak, maka kedudukan muzik itu adalah haram.

b) Menggunakan alat-alat muzik yang diharuskan oleh syarak, maka kedudukannya adalah harus seperti memukul ghirbal (sejenis rebana) sewaktu perkahwinan.

c) Bermain alat muzik yang harus, namun telah dicampur dengan perkara-perkara yang haram seperti nyanyian-nyanyian oleh golongan wanita dalam keadaan mendedahkan aurat di hadapan golongan lelaki ajnabi atau bukan mahram dengan suara yang merdu, lirik lagu yang mengandungi unsur-unsur cinta asmara, percampuran dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, disertai dengan arak, judi dan sebagainya. Para ulamak telah sepakat menghukumkan bermain alat muzik dalam keadaan seperti ini adalah haram.

Persoalan yang timbul sekarang ialah yang mana satukah alat muzik yang diharamkan oleh syarak dan mana satu yang diharuskan. Adakah semua alat muzik itu diharamkan atau semuanya diharuskan atau sebahagiannya diharamkan dan sebahagiannya pula diharuskan. Adakah pengharaman itu ke atas alat-alat muzik itu sendiri atau kerana faktor-faktor luar yang beserta dengan alat-alat muzik tersebut. Inilah yang akan kita bahaskan di dalam risalah yang kecil dan ringkas ini.

PANDANGAN ULAMAK MENGENAI ALAT MUZIK

Terdapat pelbagai pandangan di kalangan ulamak mengenai perkara di atas. Mereka tidak sepakat mengenainya disebabkan perbezaan pandangan dalam memahami hadis-hadis yang menyebut mengenai alat-alat muzik dan juga dari segi penentuan kedudukan martabat hadis-hadis yang diriwayatkan mengenainya.

Golongan Ulamak Yang Pertama

Sebahagian ulamak mengharamkan hampir semua bentuk alat-alat hiburan atau muzik. Mereka berdalilkan kepada beberapa hadis yang menyebut tentang alat-alat muzik yang ditegah oleh syarak sepertimana berikut:

a) Diriwayatkan oleh Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud:

Bahawa Allah ‘Azza wa Jalla telah membangkitkan Aku menjadi Nabi dengan membawa hidayat dan rahmat kepada orang-orang mukminin dan Allah telah memerintahkan Aku supaya menghapuskan alat ma’azif (alat bunyi-bunyian), alat-alat mazamir (seperti seruling) dan alat-alat awtar (alat-alat muzik bertali), salib dan perkara-perkara jahiliah ………..( hingga ke akhir hadis ).

( Riwayat Abu Daud al Thoyalisi )

Hadis ini diriwayatkan oleh al Imam Abu Daud al Thoyalisi dan lafaz hadis ini dari riwayatnya dan juga diriwayatkan oleh al Imam Ahmad bin Hanbal. Ahmad bin Mani’Al Harits Ibnu Abu Usamah pula meriwayatkan dengan lafaz yang bermaksud:

Bahawa Allah Azza wa Jalla telah membangkitkan Aku (menjadi Nabi) dengan membawa rahmat dan hidayat kepada sekelian alam dan Allah memerintahkan Aku supaya menghapuskan mazamir, ma’azif, arak dan berhala-berhala yang disembah pada zaman jahiliah ……..( hingga ke akhir hadis ).

Hadis Abu Umamah ini terdapat pada rawinya Ali bin Yazid al Ilhani dan dia adalah lemah keadaannya, tetapi oleh kerana ia disokong oleh sumber yang lain seperti hadis Ibnu Mas’ud dan lain-lain sahabat maka hadis ini menjadi kuat. Antara hadis yang menyokong hadis itu juga ialah hadis riwayat Ibnu ‘Abbas r.a. yang telah berkata:

الكوبة حرام والدن حرام والمعازف حرام والمزامير حرام

Maksudnya: Kubah itu haram, dannu itu haram, ma’azif itu haram dan alat muzik jenis bertiup itu haram. (lihat bentuk gambar yang dilampirkan)

Hadis ini diriwayat oleh al Imam Musaddad dan al Imam al Baihaqi dalam al Sunan al Kubra secara mauquf dan diriwayatkan oleh al Bazzar secara marfu’.

b) Dari Ibnu ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: Aku diperintahkan untuk merobohkan alat gendang dan alat hiburan yang ditiup.

Dikeluarkan oleh al Dailami

c) Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. bahawa Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud: Apabila tiba hari kiamat, Allah Azza wa Jalla berfirman: Mana mereka yang menjauhkan pendengaran dan pemandangan mereka daripada alat-alat permainan syaitan? Asingkan mereka…..(hingga ke akhir hadis)

Dikeluarkan oleh al Dailami

Berkata al Imam Ibnu Hajar, hadis ini jelas menunjukkan pengharaman alat-alat hiburan yang mendatangkan sukaria dan gembira yang membawa kepada kelalaian.

d) Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang berkmasud: Satu kumpulan daripada umatKu pada akhir zaman, ditukarkan mereka menjadi monyet-monyet dan babi-babi. Sahabat bertanya: Ya Rasulullah, adakah mereka orang-orang Islam ? Sabda Baginda: Ya, mereka mengucap dua kalimah syahadah iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Aku adalah pesuruh Allah dan mereka mengerjakan puasa. Para sahabat bertanya: Mengapa mereka menjadi begitu, ya Rasulullah? Sabda Baginda: Mereka bermain dan berhibur dengan alat-alat bunyian dan penyanyi-penyanyi wanita dan dengan rebana serta mereka minum berbagai jenis arak dan mereka bermalam dengan minuman mereka dan hiburan riuh rendah mereka, maka pada pagi hari mereka telah ditukarkan rupa menjadi monyet dan babi.

Hadis ini diriwayatkan oleh al Imam al Musaddad dan Ibnu Hibban dengan lafaznya yang bermaksud: Telah bersabda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam: Tidak berlaku hari kiamat sehingga ada satu kumpulan……..(hingga ke akhir hadis sebagaimana riwayat di atas ).

e) Sabda Rasulullah Sollallahu ‘alaihi Wasallam yang bermaksud: Akan berlaku pada umatKu oleh beberapa kumpulan atau kaum menghalalkan zina, sutera (dipakai oleh kaum lelaki), arak dan ma’azif (alat-alat bunyi-bunyian).

(Hadis Riwayat al Bukhari dan Abu Daud)

Demikianlah beberapa hadis yang menjadi dalil kepada sebahagian ulamak yang mengaharamkan alat-alat hiburan (muzik).

Dalam kitab al Muhazzab oleh al Imam Abu Ishak al Syirazi ada menjelaskan bahawa bermain alat-alat muzik itu haram sekalipun tidak diiringi dengan lagu. Kata al Syirazi:

ويحرم إستعمال الألات التى تطرب من غير غناء كالعود والطنبور والمعزفة والطبل والمزمار

Ertinya: Dan diharamkan menggunakan alat-alat (muzik) yang dibunyikan tanpa ada lagu seperti gitar, thunbur, ma’zifah, thabl (gendang) dan mizmar.

Adapun dalilnya ialah firman Allah yang bermaksud: Dan ada di antara manusia yang membeli “ Lahwa al Hadis ” bagi tujuan menyesatkan manusia daripada jalan Allah..

( Surah Luqman: 6 )

Berkata Ibnu Abbas: “ Lahwa al Hadis ” sesungguhnya itulah alat-alat hiburan.

Al Imam al Nawawi mengatakan dalam kitabnya al Minhaj dalam Kitab al Syahadat:

ويكره الغناء بلا آلة وسماعه ويحرم استعمال آلة من شعار الشربة كطنبور وعود وصنج

ومزمار عراقي واستماعها.

Ertinya: Makruh menyanyi dengan tidak disertai alat (muzik) dan mendengarnya. Dan adalah haram menggunakan alat (muzik) yang menjadi syiar peminum-peminum (arak) seperti thunbur, gitar, shanj dan mizmar ‘iraqi dan haram mendengarnya.

Demikianlah pandangan beberapa orang ulamak besar dalam mazhab syafi’e mengenai hukum menggunakan muzik dan mendengarnya. Pandangan yang sama juga dikemukakan oleh beberapa ulamak besar yang lain seperti al Syeikh Ibnu Hajar dalam kitabnya al Zawajir dan juga al Imam al Ramli al Syafi’e sebagaimana tercatat dalam kitab Nihayah al Muhtaj ila Syarh al Minhaj (8/296), yang menggambarkan inilah pandangan umum dan masyhur dalam mazhab syafi’e.

Ulama-ulama dalam mazhab syafi’e bukanlah satu-satunya mazhab yang mengharamkan hampir kesemua alat-alat muzik, bahkan didapati mazhab-mazhab yang lain seperti Hanafi dan Hanbali juga berpandangan sedemikian.

Berkata Ibnu al Qayyim dalam kitabnya Ighathah al Luhfan min Masyahid al Syaithan (1/255-256): Ertinya: Mazhab Abu Hanifah dalam perkara ini adalah mazhab yang paling keras dan kata-katanya mengenai perkara ini adalah kata-kata yang paling tegas. Para sahabat Abu Hanifah dengan tegas mengatakan haram mendengar semua jenis alat hiburan seperti seruling, kompang bahkan termasuk memukul-mukulkan tongkat kecil (cota) sekalipun. Mereka dengan tegas menyatakan bahawa ianya adalah maksiat, boleh membawa kepada fasiq dan kesaksian ditolak.

Dalam Mazhab Hanbali, berkata Imam Ibnu Qudamah al Hambali dalam al Mughni yang boleh disimpulkan sebagaimana berikut:

Hiburan itu tiga keadaan:

a) Haram- iaitu memetik tali-tali alat permainan dan alat-alat yang ditiup, memalu gambus,thunbur dan lain-lain alat hiburan. Sesiapa yang sengaja mendengarnya maka ditolak kesaksiannya kerana diriwayatkan daripada Saiyyidina Ali r.a. bahawa Nabi Sollallahu ‘alaihiwasallam bersabda yang maksudnya: Apabila telah nyata pada umatKu lima belas perkara nescaya bala akan menimpa mereka. Maka Baginda menyebutkan di antaranya: Muncul alat-alat nyanyian dan alat-alat hiburan.

b) Harus- iaitu duff (kompang), kerana Nabi Sollallahu ‘alahi Wasallam telah bersabda yang maksudnya: Zahirkanlah kerja perkahwinan itu kepada orang ramai dan kamu palulah kompang padanya.

c) Makruh- iaitu memalu kayu pada kayu apabila tidak dicampur dengan perkara haram atau makruh.

Berkata al Imam al Sayyid ‘Alwi al Maliki al Husni: Ketahuilah bahawa alat-alat hiburan yang mempunyai tali seperti rabab, gitar dan qanun haram mendengarnya dan haram memainkannya mengikut pendapat yang masyhur dari mazhab yang empat dan wajib mengingkarinya (mendengar alat-alat tersebut) dan memberikan nasihat mengenainya. Adapun memukul rebana tidaklah mengapa dalam majlis pernikahan berdasarkan hadis Nabi Sollallahu ‘alaihi Wasallam yang bermaksud: Iklankanlah pernikahan dan kamu pukullah rebana (al Duff) di atas pernikahan itu. Namun tidak harus memukulnya selain daripada majlis pernikahan menurut pendapat yang masyhur tetapi lawan pendapat yang masyhur, harus memukul (alat rebana) dalam semua upacara majlis kegembiraan orang-orang Islam.

Selamat Hari Lahir

Selamat hari lahir buat adindaku..Muhammad Azim Luqman..sweet 9. Semoga lebih matang dlm menjalani hidup. Di sini, dihidangkan ucapan2 hari lahir dalam pelbagai bahasa untukmu.

Afrikaans Veels geluk met jou verjaarsdag!
Albanian Urime ditelindjen!
Alsatian Gueter geburtsdaa!
Amharic Melkam lidet!
Arabic Eid milaad saeed! or Kul sana wa inta/i tayeb/a! (masculine/feminine)
Armenian Taredartzet shnorhavor! or Tsenund shnorhavor!
Assyrian Eida D'moladukh Hawee Brikha!
Austrian-Viennese Ois guade winsch i dia zum Gbuadsdog!
Aymara (Bolivia) Suma Urupnaya Cchuru Uromankja!
Azerbaijani Ad gununuz mubarek! -- for people older than you
Ad gunun mubarek! -- for people younger than you
Basque Zorionak!
Belauan-Micronesian Ungil el cherellem!
Bengali (Bangladesh/India) Shuvo Jonmodin!
Bicol (Philippines) Maogmang Pagkamundag!
Bislama (Vanuatu) Hapi betde! or Yumi selebretem de blong bon blong yu!
Brazil ParabŽns a voc�!
ParabŽns a voc�,
nesta data querida muitas felicidades e muitos anos de vida.
Breton Deiz-ha-bloaz laouen deoc'h!
BulgarianChestit Rojden Den!
Cambodian Som owie nek mein aryouk yrinyu!
Catalan Per molts anys! or Bon aniversari! or Moltes Felicitats!
Chamorro Biba Kumplianos!
Chinese-Cantonese Sun Yat Fai Lok!
Chinese Fuzhou San Ni Kuai Lo!
Chiness-Hakka Sang Ngit Fai Lok!
Chinese-Mandarin qu ni sheng er kuai le
Chinese-Shanghaiese San ruit kua lok!
Chinese-Tiociu Se Jit khuai lak!
Chronia Polla NA ZHSHS
Croatian Sretan Rodendan!
Czech Vsechno nejlepsi k Tvym narozeninam!!
Danish Tillykke med fodselsdagen!
Dutch-Antwerps Ne gelukkege verjoardach!
Dutch-Bilzers Ne geleukkege verjoardoag!
Dutch-Drents Fellisiteert!
Dutch-Flemish Gelukkige verjaardag! or Prettige verjaardag!
Dutch-Frisian Fan herte lokwinske!
Dutch-Limburgs Proficiat! or Perfisia!
Dutch-Spouwers Ne geleukkege verjeurdoag!
Dutch-Twents Gefeliciteard met oen'n verjoardag!
Dutch Hartelijk gefeliciteerd! or Van harte gefeliciteerd met je verjaardag!
English Happy Birthday!
Esperanto Felichan Naskightagon!
Estonian Palju onne sunnipaevaks!
Euskera Zorionak zure urtebetetze egunean!
Faroes ( Faroe island ) Tillukku vid fodingardegnum!
Farsi Tavalodet Mobarak!
Finnish Hyvaa syntymapaivaa!
French (Canada) Bonne Fete!
French Joyeux Anniversaire!
Frisian Lokkiche jierdei!
Gaelic (Irish) L‡ breithe mhaith agat!
Gaelic (Scottish) Co` latha breith sona dhuibh!
Galician (Spain) Ledicia no teu cumpreanos!
Georgian Gilotcav dabadebis dges!
German-Badisch Allis Guedi zu dim Fescht!
German-Bavarian Ois Guade zu Deim Geburdstog!
German-Berlinisch Allet Jute ooch zum Jeburtstach! or Ick wuensch da allet Jute zum Jeburtstach!
German-Bernese Es Muentschi zum Geburri!
German-Camelottisch Ewllews Gewtew zewm Gewbewrtstewg. Mew!
German-Frankonian Allmecht! Iich wuensch Dir aan guuadn Gebuardsdooch!
German-Lichtenstein Haerzliche Glueckwuensche zum Geburtstag!
German-Moselfraenkisch Haezzlische Glickwunsch zem Gebordsdach!
German-Plattdeutsch Ick wuensch Di allns Gode ton Geburtsdach!
German-Rhoihessisch Ich gratelier Dir aach zum Geburtstag!
German-Ruhr Allet Gute zum Gebuatstach!
German-Saarlaendisch Alles Gudde for dei Gebordsdaach!
German-Saechsisch Herzlischen Gliggwunsch zum Geburdsdaach!
German-Schwaebisch Aelles Guade zom Gebordzdag!
German-Wienerisch Ois Guade zum Geburdsdog!
German Alles Gute zum Geburtstag!
Greek Eytyxismena Genethlia! or Chronia Pola!
Greenlandic Inuuinni pilluarit!
Gronings (Netherlands) Fielsteerd mit joen verjoardag!
Gujarati (India) Janma Divas Mubarak!
Gujrati (Pakistan) Saal Mubarak!
Guarani (Paraguay Indian)] Vy-Apave Nde Arambotyre!
Hawaiian Hau`oli la hanau!
Hebrew Yom Huledet Same'ach!
Hiligaynon (Philippines) Masadya gid nga adlaw sa imo pagkatawo!
Hindi (India) Janam Din ki badhai! or Janam Din ki shubkamnaayein!
Hungarian Boldog szuletesnapot! or Isten eltessen!
Icelandic Til hamingju med afmaelisdaginn!
Indonesian Selamat Ulang Tahun!
Irish-gaelic La-breithe mhaith agat! or Co` latha breith sona dhut! Or Breithla Shona Dhuit!
Italian Buon Compleanno!
Italian (Piedmont) Bun Cumpleani!
Italian (Romagna) At faz tent avguri ad bon cumplean!
Japanese Otanjou-bi Omedetou Gozaimasu!
Javaans-Indonesia Slamet Ulang Taunmoe!
Jerriais Bouon Anniversaithe!
Kannada (India) Huttida Habba Subashayagalu!
Kapangpangan (Philippines) Mayap a Kebaitan
Kashmiri (India) Voharvod Mubarak Chuy!
Kazakh (Kazakstan) Tughan kuninmen!
Klingon Quchjaj qoSlIj!
Korean Saeng il chuk ha ham ni da!
Kurdish Rojbun a te piroz be!
Kyrgyz Tulgan kunum menen!
Latin Fortuna dies natalis!
Latvian Daudz laimes dzimsanas diena!
Lithuanian Sveikinu su gimtadieniu! or Geriausi linkejimaigimtadienio progal
Luganda Nkwagaliza amazalibwa go amalungi!
Luxembourgeois Vill Gleck fir daei Geburtsdaag!
Macedonian Sreken roden den!
Malayalam (India) Pirannal Aasamsakal! or Janmadinasamsakal!
Malaysian Selamat Hari Jadi!
Maltese Nifrahlek ghal gheluq sninek!
Maori Kia huritau ki a koe!
Marathi (India) Wadhdiwasachya Shubhechha!
Mauritian Kreol mo swet u en bonlaniverser!
Mbula (Umboi Island, Papua New Guinea) Leleng ambai pa mbeng ku taipet i!
Mongolian Torson odriin mend hurgee!
Navajo bil hoozho bi'dizhchi-neeji' 'aneilkaah!
Niederdeutsch (North Germany) Ick gratuleer di scheun!
Nepali Janma dhin ko Subha kamana!
Norwegian Gratulerer med dagen!
Oriya (India) Janmadina Abhinandan!
Papiamento (lower Dutch Antilles) Masha Pabien I hopi aña mas!
Pashto (Afganistan) Padayish rawaz day unbaraksha!
Persian Tavalodet Mobarak!
Pinoy (Philippines) Maligayang kaarawan sa iyo!
Polish Wszystkiego Najlepszego! or Wszystkiego najlepszego zokazji urodzin!
wszystkiego najlepszego z okazji urodzin
Portuguese (Brazil) Parabens pelo seu aniversario! or Parabenspara voce! or Parabens e muitas felicidades!
Portuguese Feliz Aniversario! or Parabens!
Punjabi (India) Janam din diyan wadhayian!
Rajasthani (India) Janam ghaanth ri badhai, khoob jeeyo!
Romanian La Multi Ani!
Rosarino Basico (Argentina) Feneligiz Cunumplegeanagonos!
Russian S dniom razhdjenia! or Pazdravliayu s dniom razhdjenia!
Sami/Lappish Lihkos Riegadanbeaivvis!
Samoan Manuia lou aso fanau!
Sanskrit (India) Ravihi janmadinam aacharati!
Sardinian (Italy) Achent'annos! Achent'annos!
Schwyzerduetsch (Swiss German) Vill Glück zum Geburri!
Serbian Srecan Rodjendan!
Slovak Vsetko najlepsie k narodeninam!
Slovene Vse najboljse za rojstni dan!
Sotho Masego motsatsing la psalo!
Spanish Feliz Cumplea–os!
Sri Lankan Suba Upan dinayak vewa!
Sundanese Wilujeng Tepang Taun!
Surinamese Mi fresteri ju!
Swahili Hongera! or Heri ya Siku kuu!
Swedish Grattis pŒ fšdelsedagen
Syriac Tahnyotho or brigo!
Tagalog (Philippines) Maligayang Bati Sa Iyong Kaarawan!
Taiwanese San leaz quiet lo!
Tamil (India) Piranda naal vaazhthukkal!
Telugu (India) Janmadina subha kankshalu!
Telugu Puttina Roju Shubakanksalu!
Thai Suk San Wan Keut!
Tibetan Droonkher Tashi Delek!
Tulu(Karnataka - India) Putudina dina saukhya!
Turkish Dogum gunun kutlu olsun!
Ukrainian Mnohiya lita! or Z dnem narodjennia!
Urdu (India) Janam Din Mubarak
Urdu (Pakistan) Saalgirah Mubarak!
Vietnamese Chuc Mung Sinh Nhat!
Visayan (Philippines) Malipayong adlaw nga natawhan!
Welsh Penblwydd Hapus i Chi!
Xhosa (South Afican) Imini emandi kuwe!
Yiddish A Freilekhn Gebortstog!
Yoruba (Nigeria) Eku Ojobi!
Zulu (South Afican) Ilanga elimndandi kuwe!

June 02, 2009

Pemasyhuran Blog IMPI IPGM Kampus Perlis

السلام قبل الكلام
Salam sekali lagi buat semua..
buat kali kedua salam diberi untuk hari ni, ye lah, hari ni hari terakhir King blh surf internet guna wireless asrama sbb mlm ni dh nk brtolak balik pahang. So, tamatlah segala peristiwa yg sudah tercoret tuk semester ni. Bila dh hari akhir ni, bnyk la pulak nk tulis..hehe.

Tengok title, mgkn ramai yg x tau lg kan apa itu IMPI. Baiklah, King akan terangkan serba sedikit tentang IMPI ni. Berikut adalah secebis informasi berkaitan IMPI :

  • IMPI : stand for ~ Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam
  • Ditubuhkan bermula Januari 2009
  • Sasaran ahli buat masa kini : Guru Pelatih Major Pendidikan Islam IPGM KamPer
  • Sasaran jangka panjang : Semua guru pelatih major Pendidikan Islam untuk seluruh IPG Malaysia
  • IMPI dijangka akan dimasyhurkan secara rasmi di IPGM KamPer pada semester hadapan
  • Tujuan utama : menyatukan seluruh guru pelatih Pendidikan Islam di bawah satu persatuan
  • Tujuan lain seperti bertukar2 pendapat, info2 berkaitan yang mampu membina sahsiah murabbi sebagai pentarbiyyah ummah, isu2 semasa berkaitan Islam dan dunia sejagat serta pelbagai lagi
  • Laman rasmi IMPI IPGM KamPer : http://impiperlis.blogspot.com
  • Langkah awal dengan menggunakan blog sebagai wadah utama berinteraksi dan berhubung sesama guru pelatih Pendidikan Islam sebelum bertukar kepada laman web dan sbgnya

Buat masa sekarang IMPI IPGM KamPer telah melakukan ziarah ke IPGM KamPis, bertemu dengan PENDIDIK (persatuan pelatih Pendidikan Islam disana) untuk merealisasikan impian menyatukan seluruh pelatih Pendidikan Islam bawah satu naungan. Satu kata sepakat telah dilakukan :

  • IMPI bertanggungjawab melakukan jaringan perhubungan dengaan IPGM KamDa, IPGM KSah, IPGM KTB.
  • PENDIDIK bertanggungjawab membuat jaringan perhubungan dengan IPGM KTHO, IPGM KTAA, IPGM KDRI, IPGM KKB.
  • Interaksi dan perhubungan dengan guru pelatih major Pendidikan Islam di IPGM Malaysia Timur masih dalam perancangan
( **IPGM diatas mempunyai pelatih yang mengambil major Pendidikan Islam )

Semoga usaha baik ini dapat direalisasikan dengan jayanya. Bukan bertujuan menafikan segala persatuan2 agama dan kerohanian yang telah ada di IPG masing2, namun matlamat utama IMPI adalah untuk menyatukan guru2 pelatih major Pendidikan Islam di bawah satu naungan dan kepimpinan. Manalah tahu IMPI boleh menjadi seperti GPMS atau badan2 NGO yg lain..hehe. Kita merancang, Allah yang menentukan.


IMPIan Satu Kenyataan ~ mentarbiyyah murabbi sejati

Lagu Kitaorang

Salam semua..

Entry kali ni..nk ckp psl "lagu kitaorang"..lagu ciptaan aizat masa kt kem kepimpinan JPP. Tajuk lagu lebih kurang sama ngan "lagu kita" jugak oleh aizat..hehehe. Tp x ingt sume la. Lagu ni dicipta time menjejakkan kaki kt Seven Wells, Langkawi. Lagu yg begitu puitis, menyegarkan dan menyeronokkan.

Sebahagian lagu yg King ingat :

Bila Terbit Mentari
Tanda Bermula Hari
Ku Bersyukur Ya Tuhan
Nikmatnya Pemberian

Hmm..nnt lau ingt, King completekn..hehe.



June 01, 2009

Aku Datang dan Aku Kembali

السلام قبل الكلام
Assalamualaikum wbt...Bismillahirrahmanirrahim..

Salam ukhwah sekali lagi buat semua sahabat yang sudi menjengahkan muka ke blog King nie. Hmm..rasa mcm xde bnda pun nk tulis, tp tgk lah nnt, stakat mana kepala yg xde idea ni akan brhnti memostingkan postingannya itu, pnjg ke pendek posting kali nih..:)

Alhamdulillah buat Khaliq kerana sekarang King sudah pun selamat smpi ke asrama IPGM KP setelah 4 hari 3 malam berkursus kt Langkawi, penuh memori suka berbanding duka (huhu, ape yg berdukanya tu??), kepenatan, ilmu, manfaat, kepuasan dan sbgnya. Chewah, mcm org besar je duk gi kursus2 ni..haha.

Kali ni nk tulis psl kursus tu lah. Hmm, walaupun King bukanlah org sebenar yg sepatutnya gi kursus tu (sbb kursus tu khas 4 Jawatankuasa Perwakilan Pelajar je), tp tebalkan je lah muka ni. Lgpun kwn2 dr IPGM lain pun x kisah sgt psl tu. Kalau bukan exco JPP pun, sekurang2nya exco persatuan lain yg King pegang..hehe. Dptla jugak manfaatnye tuk diri ni. Macam la kata akh Nik Fahmi (JPP IPGM IPSAH - hmm,kagum ngan sikap n kebolehan dia..Subhanallah, hebatnye!!!), ape lah sgt jwtn yg dipegang kt dunia ni kalau amanah yg dipegang tu x de landasan n prinsip2 Islam. Berat la kita nk menjawab kt depan Allah nnt.

Kursus ni berkaitan ngan kepimpinan, cmne nk tonjol kebolehan memimpin, berani diri, keyakinan dan bnyk lg. Kdg2, bila masuk je dlm dewan tu tuk sesuatu aktiviti, rasa diri ni cm kecik je, sbb sume org leh ckp kt depan, tp King tetap kt kerusi, xbgn2 pun bila ade peluang brckp...huhu...rasa kurang sgt diri ni ngan kwn2 yg lain. Tgk org len ckp kt depan, rasa kagum sgt...hebatnye diorang nih. Xkira la yg senior dr King, xpun yg lg muda dr King. Malu la...huhuhu.

Mungkin King dilahirkan bukan utk jd pemimpin kot , just sesuai jd pengikut..tp xleh ckp cmtu pulak kan?? Sbbnye, manusia ni dijadikan Allah memang sebagai seorang pemimpin..hmm..pemimpin cmne? Jwpn dia ialah sekecil2 pemimpin iaitu pemimpin tuk diri sendiri, ikut perintahnya, tinggal larangannya, jaga diri tuk kebahagiaan dunia n kesenangan akhirat nnt.

Tgk je budak2 lain ckp kt depan, hati pun brkata, "aku pun nk jd cam dia jugak!! nk jugak pndi ckp..nk jugak sekali sekala buat cmtu, tp tetap x lepas lah..masih ade tembok besar kt depan diri ni..alamak,cmne la nk runtuhkan bnda alah nih. Kagum ngan Min (wlupun bukan JPP, tp dpt dlntik sbg penghulu spnjg kem, ngan Zakir, ngan Nik, ngan Kak Dini, ngan Aizat, ngan ramai lg lah, lau nk ckp sume mmg bnyk..huhu..ade 145 org rasanya, tp King rasa King sorang yg xleh ckp kt depan..haha..rndh diri la pulak!!)

Hmm..xbaik nk kutuk2 diri sndiri, sbb cm kutuk ciptaanNya lah pulak. Kena ingat "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya"...tul x? so jgn diragui tntg yg itu. Sbnrnya King boleh kot, tp masih x jmpa jln, usaha ke arah tu pun mmg kurang lg. Tembok ni mmg bukan dr batu kot..bahan2 binaan dia ni mgkin terdiri dr campuran konkrit, keluli, besi, tembaga dan mcm2 lg lah rasanya. Mmg payah nk bg dia hancur n runtuh lah..huhuhu.

Hmm, so atas sbb tu jugaklah, King cari inisiatif lain tuk nk buat dkwh2 ni (dkwah ape yg trmampu...x sehebat mereka yg mcm diperkatakan di atas td..), so skrg jdlah diri ni sbg blogger, a new blogger..hihihi. Nk bg ilmu kt depan org secara live x blh lg, so jmpa cara mcm ni, hrp2 dpt bntu tmbhkan amalan diri ni. "Kuntum khaira ummatin ukhrijat linnas, ta'muruuna bil ma'ruf, wa tanhauna 'anil munkar, wa tukminuna billah..."

Balik semula kt citer di Langkawi sana, hmm, mmg syok sgt smbil menambah ilmu + kepenatan. Kwn2 satu kumpulan pun, mmg best..paan, faiz, aizat, skirt, taki, maliki, sya, tipah, ain, kak yat, nad, murni..smg kita jmpa lg di lain waktu dan kesempatan eh. Kwn2 dr kump. lain pun blh kata King dpt kenal jugak, wlupun x bnyk cam org len (sbb x popular lah ni kesan x prnh g ckp kt depan!!haha..). Pengalaman ni mmg cukup brharga n bnyk mnfaatnya.

اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما وتفرقنا من بعده تفرقا معصوماولا تجعل فينا ولا معناشقيا ولا مطروداولا محروما --------اللهم إنك تعلم أن هذه القلوب قد اجتمعت على محبتك والتقت على طاعتك وتوحدت على دعوتك وتعاهدت علىى نصرة شريعتك فوثق اللهم رابطتها وأدم ودها واهدها سبلها وأملأها بنورك الذي لا يخبو واشرح صدورها بفيض الإيمان بك وجميل التوكل عليك واأحيها بمعرفتك وأمتها على الشهادة في سبيلك إنك نعم المولى ونعم انصير اللهم آمين وصل االهم على محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين والحمد لله رب العلمين

Kita bertemu kerana Allah, berpisah juga keranaNya. Hingga ketemu lagi..Aku datang dan aku kembali, namun persoalannya, masihkah ia kosong terus kosong ataupun ianya telahpun terisi sesudah kekosongan itu.