June 02, 2009

Pemasyhuran Blog IMPI IPGM Kampus Perlis

السلام قبل الكلام
Salam sekali lagi buat semua..
buat kali kedua salam diberi untuk hari ni, ye lah, hari ni hari terakhir King blh surf internet guna wireless asrama sbb mlm ni dh nk brtolak balik pahang. So, tamatlah segala peristiwa yg sudah tercoret tuk semester ni. Bila dh hari akhir ni, bnyk la pulak nk tulis..hehe.

Tengok title, mgkn ramai yg x tau lg kan apa itu IMPI. Baiklah, King akan terangkan serba sedikit tentang IMPI ni. Berikut adalah secebis informasi berkaitan IMPI :

  • IMPI : stand for ~ Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam
  • Ditubuhkan bermula Januari 2009
  • Sasaran ahli buat masa kini : Guru Pelatih Major Pendidikan Islam IPGM KamPer
  • Sasaran jangka panjang : Semua guru pelatih major Pendidikan Islam untuk seluruh IPG Malaysia
  • IMPI dijangka akan dimasyhurkan secara rasmi di IPGM KamPer pada semester hadapan
  • Tujuan utama : menyatukan seluruh guru pelatih Pendidikan Islam di bawah satu persatuan
  • Tujuan lain seperti bertukar2 pendapat, info2 berkaitan yang mampu membina sahsiah murabbi sebagai pentarbiyyah ummah, isu2 semasa berkaitan Islam dan dunia sejagat serta pelbagai lagi
  • Laman rasmi IMPI IPGM KamPer : http://impiperlis.blogspot.com
  • Langkah awal dengan menggunakan blog sebagai wadah utama berinteraksi dan berhubung sesama guru pelatih Pendidikan Islam sebelum bertukar kepada laman web dan sbgnya

Buat masa sekarang IMPI IPGM KamPer telah melakukan ziarah ke IPGM KamPis, bertemu dengan PENDIDIK (persatuan pelatih Pendidikan Islam disana) untuk merealisasikan impian menyatukan seluruh pelatih Pendidikan Islam bawah satu naungan. Satu kata sepakat telah dilakukan :

  • IMPI bertanggungjawab melakukan jaringan perhubungan dengaan IPGM KamDa, IPGM KSah, IPGM KTB.
  • PENDIDIK bertanggungjawab membuat jaringan perhubungan dengan IPGM KTHO, IPGM KTAA, IPGM KDRI, IPGM KKB.
  • Interaksi dan perhubungan dengan guru pelatih major Pendidikan Islam di IPGM Malaysia Timur masih dalam perancangan
( **IPGM diatas mempunyai pelatih yang mengambil major Pendidikan Islam )

Semoga usaha baik ini dapat direalisasikan dengan jayanya. Bukan bertujuan menafikan segala persatuan2 agama dan kerohanian yang telah ada di IPG masing2, namun matlamat utama IMPI adalah untuk menyatukan guru2 pelatih major Pendidikan Islam di bawah satu naungan dan kepimpinan. Manalah tahu IMPI boleh menjadi seperti GPMS atau badan2 NGO yg lain..hehe. Kita merancang, Allah yang menentukan.


IMPIan Satu Kenyataan ~ mentarbiyyah murabbi sejati

No comments: