July 11, 2009

Segalanya menjadi nyata kini

dia..
sudahpun tiada
tiada lagi kata2 semangat
kata2 sokongan
belajar rajin2
gelak tawanya
dihiasi bebelan berupa nasihat
sudah lenyap sama sekali
ramadhan nanti pula
bersahurlah tanpanya
berbuka juga tanpanya
masakannya tidak dapat lagi dirasa
air tangannya begitu menyelerakan
aku akan sedih buat ramadhan kali ini
bonda
semoga kau bahagia
dan aman
di alam sana..
al-Fatihah..

3 comments:

IMPI Perlis said...

al-fatihah...
moga tabah menghadapi dugaan..
moga rohnya dicucuri rahmat... amin..

assyahida said...

Al-Fatihah...
ujian.. dugaan.. tak pernah surut..
datang dan pergi.. tak kenal sesiapa...

semoga Allah memberi kekuatan kepada mu..

semoga rohnya dicucuri rahmat..

IMPI Perlis said...

Permata Buat Bonda

Selembut bayu yang bertiup
Selembut titisan embun pagi
Tetap indah kelembutanmu
Duhai bonda permata hati

Sentuhan kasih sayangmu
Menerangkan gelora hati
Mendamaikan jiwaku ini
Menyerikan sanubari

Duhai bonda kaulah segalanya
Insan yang paling istimewa
Permata berharga keluarga
Ku doakan dirimu bahagia

Duhai bonda wanita tercinta
Nasihatmu takkan kulupa
Senyumanmu kan tetap dijiwa
Duhai bonda kau mutiara…

Ohhh…
Seandainya kau dengar laguku ini…
Kutujukan ia khusus buatmu…
Terima kasih atas segalanya…
Sesungguhnya dikaulah mutiara…

Ya Allah pencipta segala
Lindungi bonda ku yang tercinta
Sebagaimana kasih sayangnya
Terhadap diriku sentiasa