September 28, 2009

Ke Makam Bonda

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, ana sudah selamat sampai ke bumi murabbi ini, IPGM Kampus Perlis setelah seminggu berada di kampung halaman. Banyak jugak berjalan beraya tahun ni :) . Perjalanan pulang bermula jam 8 malam menelusuri laluan PLUS yang Alhamdulillah tidaklah sesibuk mana, mengambil masa +-9 jam untuk sampai ke destinasi yang dituju ni. Perjalanan yang mencabar ketahanan fizikal ana, sakit badan duduk saja..huhu. Alhamdulillah juga, semalam, sebelum berangkat ke terminal bas Temerloh, ana sempat mengunjungi pusara bonda tercinta, sempat juga membuat sedikit tahlil untuk disedekahkan kepada roh Allahyarhamah..semoga ia sampai kepadanya kerana untuk kini dan akan datang, hanya itu sahaja yang termampu. Moga perjalananmu di alam sana disulami kebahagiaan dan kesenangan..amin ya Rabbal 'alamin..

Pusara emak...

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena di dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini ku rasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil menghadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

**ke makam bonda ~ usman awang**

September 24, 2009

Tanpanya

Salam eidulfitri, teringat dekat arwah mak masa pagi raya lepas...tapi takdir penentu segalanya, mak pergi dulu. Memang rasa beza sangat xde mak. Semua benda rasa macam x lengkap je, dekat rumah pun xde apa2 sangat berbanding time mak ada dulu. Kuih raya, kek, biskut x banyak, yang ada pun semuanya yang ditunjuk, xde lagi handmade dari arwah mak. Selalu pagi raya ada menu special tuk dihidangkan pada tetamu, macam laksa, soto, bihun sup dll, tapi benda tu xde dah sekarang ni. Memang kehilanganmu dirasai olehku. al-Fatihah buat arwah mak.....

Raya 2008 / 1429h - Bersama arwah mak

Raya 2009 / 1430h - without mak...


Yang Dituntut

Salam, kita selalu dengar pasal hadis ni yang berbunyi :

من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر
sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dan diikuti dengan puasa 6 hari dibulan Syawal maka dia seumpama berpuasa sepanjang tahun (HR Muslim)

So, apa lagi yang ditunggu? Sudah banyak kita dengar tentang ganjaran2 yang Allah kurniakan buat kita sebagai hambaNya, cuma terserah kepada diri kita untuk merebutnya buat bekalan di hari kemudian.


Benarlah, sesungguhNya Allah itu amat pemurah dalam semua perkara. Ramadhan sudah berlalu, jadi untuk sesiapa yang amat merasai kehilangannya, amat merindukan Ramadhan, berpuasalah 6...ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan, insyaAllah..hati akan tenang dan aman :)

September 23, 2009

Penatnya...perancanganku VS perancanganNya..

Salam eidulfitri buat semua. Beberapa hari ni memang sibuk, jalan sakan. Ana balik raya dari Perlis hari Sabtu lepas, naik bas jam 6.30 petang, utama ekspress, dalam bas ni jugak la dapat tahu raya bila, huhu..sedih, cewah..ye la, pagi raya baru sampai Pahang, so kira macam dagang perantau jugak lah...hehehe. Erm, apapun best la jugak jadi macam ni, sebab bukan semua orang leh merasa, yang tertentu je dapat peluang ni :) Bas ni memang ekspress jugak la, laju bagai lipas kudung...erm..xpela, nama pun dah ekspress, tambah pulak ni bas baru, xde masalah lah nak pecut laju. Then, malam tu pun, jalan x sibuk sangat, mungkin orang ramai dah balik raya awal sebab memang dah jangka raya jatuh hari Ahad. So, Alhamdulillah la dengan semua keadaan2 tu, ana dapat sampai Temerloh jam 2 pagi. Terus balik rumah tok, terkejut jugak sebab x balik rumah sendiri. Xpelah, nak buat macam mana lagi, semuanya Allah dah atur, ikut je la.

1st Raya :
- pagi raya di rumah tok sebelah arwah mak, solat 'eidulfitri kat sana
- sesi bergambar n bermaafan di rumah tok jugak
- jalan2 raya kat area situ, 2-3 buah rumah je, sebab petang ada program lain pulak...(ana baru dapat tahu je..huhu)
- ni lah programnya, balik Perak..rumah arwah tok sebelah ayah. Kalau tahu awal2, ana x balik Pahang, terus ke sana je, Bagan Serai. Lebih kurang jam 2 petang, lepas Zohor bertolak, highway time ni memang busy, x mcm semalam. Orang pergi beraya lah ni. Sampai rumah arwah tok lebih kurang jam 10 malam.
- salam mak teh, pak chik, mak chik, anak2 saudara, kemas2 sikit then tidur. (penatnye, baru semalam duduk dalam bas lebih kurang 8 jam, pastu duk dalam kereta pulak 8 jam lagi, sakitnye badan...huhuhu)

2nd Raya :
- sarapan pagi, lebih kurang jam 9.30 pagi, bersiap tuk pergi ziarah kubur arwah tok, buat tahlil ringkas. (arwah tok meninggal 3 Julai 2009, arwah mak meninggal 5 Julai 2009...sekejap je Allah nak ambil nyawa yang sememangnya menjadi hak mutlakNya...sedih :( al-Fatihah...)
- then bertolak ke Jawi, Seberang Prai Selatan, raya di rumah mak su sampai petang.
- jam 6.30 lebih kurang, sampai semula di rumah arwah tok. Mandi2, solat, then sesi bersembang sebab lama x jumpa.
- 11 lebih, tidur.

3rd Raya :
- bukan dalam perancangan jugak, pagi ni abah suruh semua bersiap sebab nak balik Pahang dah..erm, ana ikut je lah.
- bersiap punya bersiap, jam 12 tengahari juga bertolak..Jalan beraya di rumah tok lang @ bapa saudara arwah mak, dapat duit raya rm10..hehehe..x sangka tapi rezeki jangan ditolak :)
- then, sampai masa untuk perjalanan ke Pahang, erm..ana punya mood kadang2 x ok sangat time ni, ye lah dengan panasnya, sesaknya...nak berhenti solat kat r&r pun susah, last sekali masuk je lah r&r Tapah walaupun kat situ pun sesak... sabar je lah.




sedikit gambaran sekitar di r&r Tapah

S
ampai rumah jam 7.30 malam. Alhamdulillah akhirnya selamat sampai menjejak kaki ke rumahku..raya ketiga ana baru di rumah..huhu.

4th Raya :

- tak tahu nak buat apa..so online je lah, then tengok tv.
- teringin nak jalan raya rumah kawan2 lama, tapi badan rasa letih lagi..huhu
- akhirnya ana berjalan beraya jugak, itu pun sebab ada kawan2 masa sekolah rendah dulu datang rumah, baru je tadi, lepas Isya'...then dorg ajak berjalan. Ikut je lah...time ni je lah dapat jumpa kawan2 lama. Pergi rumah Fadhli, Fuad, Din. 3 rumah je malam ni, sebab xnak ganggu orang time malam2 ni.
- balik rumah jam 11.30 malam
- tulis posting ni jam 11.45 malam, dapat disempurnakan jam 12.55 malam.


Balik ni, bukan boleh beraya sakan pun sebab ada 5 tugasan yang kena submit. Pening kepala. Kerja oh kerja...erm, hidup kenalah susah dulu, baru dapat manisnya.




ni lah 5 tugasan yang kena submit lepas raya ni..huhu

Mujurlah dapat tulis posting ni, sebab ingatkan nak buat semalam, lepas sampai rumah ni, tapi disebabkan terlalu penat dengan perjalanan yang jauh, terpaksalah ana lupakan dulu cerita raya ana tahun ini. Alhamdulillah, sekarang sudah dapat dipublishkan..hehehe.

September 16, 2009

Salam Lebaran

Salam buat semua..
Erm, kurang dan jarang membuat posting, sebab ada masalah yg mengganggu. Internet tu kira oklah, yg jadi masalahnya dan yg ana x paham sangat, kenapa lah blog kena block. Kadang2 sakit hati, blocked by sonicwall. Apa rasionalnya buat benda ni? Takdelah nak buat benda yg x elok, sebab tujuan ana jadi blogger ni just untuk mengisi masa, membuat sedikit perkongsian. I love to blogging...huhuhu. Kadang2 bila dah jadi macam ni, nak update blog pun jadi malaslah jugak. Erm, apa pun, masih dalam pemikiran rasional, masih bersyukur kepada Allah swt atas nikmat dan kemudahan yg diberi ni. Xde la sampai nak buat tunjuk perasaan..hehehe. Apapun, harap perkara ni x jadi selalu :)

Erm, Ramadhan dah menghampiri penghujungnya. Tak tahulah macam mana prestasi ana sepanjang menjalani Ramadhan ni. Bagaikan anak kecil yg ditinggalkan ibu bapa, jika ditinggalkan seorang, pasti terjebak ke dalam bahaya, jadi sentiasa memerlukan pengawasan dari mereka untuk terus berasa selamat. Maksud ana, ana perlu sentiasa diberi nasihat, peringatan2...agar selalu beringat dalam melakukan sesuatu agar tak menyimpang dari jalan yg diredhaiNya. Harapnya Ramadhan ana menunjukkan sedikit peningkatan dari yg lepas, perkenankanlah ya Tuhan.

Ok, masuk bab rayalah pulak. Sekarang ni semua orang sibuk dengan raya, baju raya, kuih raya, duit raya, balik raya, hati2 di jalan raya, mujurlah xde di sebut hantu raya time dah nak dekat raya ni. Erm, buat diri ana pulak, sedih jugak. Kali pertama raya tanpa emak. Dua bulan lebih dah mak pergi ke tempat persinggahan, jambatan penyambung antara dunia ke negeri abadi akhirat. Semoga roh mak dirahmati Allah. Buat bonda tercinta. InsyaAllah, doa akan terus dipohon kehadratNya sebagai hadiah istimewa dari anakmu ini.



Pasal balik kampung pulak, ana balik hari Sabtu ni, so sampai Pahang hari Ahad lah, kemungkinan raya hari tu..huhuhu. First time balik sampai pagi raya. Macam perantau jauh la pulak. Tapi, ana tak kisah sebenarnya, sebab ana sebelum ni pernah bercita2 nak study luar negara, memang dah ready terhadap perkara2 macam ni..hehe (selalu berangan2 duk oversea) :-P




Baiklah, dikesempatan ini, ana nak ucapkan buat kawan2 (sebelum internet connection menggila..huhu), selamat menyempurnakan ibadah Ramadhan, tingkatkan ibadah di hari2 terakhir ini agar ianya menjadi lebih baik dari yg lepas, juga Selamat Hari Raya Aidilfitri, minal 'aaidin wal faaizin. Mohon maaf zahir dan batin andai ana ada kesalahan yg telah dilakukan buat semua teman2. Semoga selamat pulang ke kampung dan selamat kembali, insyaAllah.


September 12, 2009

Rabbaniyyan @ Ramadhaniyyan

Salam buat semua teman..salam perjuangan melawan nafsu...
Sedikit ulasan berkaitan apa yg diperkatakan oleh akh Fatah dalam usrah IMPI pagi tadi. Berkaitan dengan apakah kita ini menjalani ibadah puasa sebagai hamba Allah ataupun hamba ramadhan. Kita dapat lihat perbezaan yg amat jelas dan ketara sekali berkenaan sikap2 manusia dalam bulan Ramadhan dengan bulan2 lain. Ramai yg datang ke masjid2 dan surau2 untuk melakukan ibadah seperti solat fardhu berjemaah, solat sunat terawih serta pelbagai amalan2 sunat yg lain. Walaupun kita kerapkali datang ke masjid, itu tidak bermakna kita sudah berjaya menjalani puasa dengan cemerlangnya, kita banyak membaca al-Quran, juga x bermakna kita berjaya, banyak bersedekah, x bermakna kita sudah berjaya menjadi yg pemurah dan sebagainya.


Sentiasalah istiqomah dalam amalan kepadaNya

Ini kerana, bulan Ramadhan yg sedang kita jalani sekarang ini merupakan bulan kursus, bulan latihan, bulan ujian dan yg seangkatan dan selabel dengannya. Apa yg diketahui, penilaian sesuatu kursus bukannya dapat dinilai pada waktu kursus itu berjalan, sebaliknya penilaian dapat dilakukan setelah tamatnya kursus itu. Itulah pendapat ana. Ini bermakna, berjayanya seseorang dalam bulan Ramadhan perlu dinilai melalui sikap dan perangainya dalam bulan2 lain, maksud ana adalah pada 11 bulan yg seterusnya, yg merupakan the real war, the real battle.


Justeru, siapa2 yg pergi ke surau dan masjid pada bulan Ramadhan, tapi bila habisnya Ramadhan terus xnampak muka kat rumah2 Allah tu, inilah yg dinamakan hamba Ramadhan, bukan hamba Allah swt. Siapa2 yg semasa Ramadhan begitu pemurah dengan sedekah yg disalurkan, tapi bila habisnya Ramadhan terus bertukar perwatakan menjadi kedekut dan bakhil, juga dinamakan hamba Ramadhan. Juga bagi mereka yg sangat banyak membaca al-Quran, solat sunat dan lain2 dalam bulan mulia ini, tapi langsung dah x buat apabila selesainya Ramadhan merupakan hamba kepada Ramadhan itu sendiri.



Koreksi diri cara terbaik untuk kita mengetahui tentang diri sendiri

Betapa ruginya manusia. Betullah seperti apa yg telah difirmankan Allah swt dalam surah yg semua dari kita menghafaznya, surah al-Asr. Inilah yg dilabelkan sebagai kemunafiqan dalam beribadah. Ya Allah, jauhkan diriku dari menjadi sebahagian daripada apa yg aku nukilkan ini. Janganlah juga kita menuruti sesuatu perkara dengan meniru apa yg orang lain buat tanpa kita mendalami sendiri perkara tersebut, taqlid buta. Sebabnya, jika kita melakukan ibadah dalam bulan Ramadhan ini dengan kefahaman yg sebenar2nya, pasti kita tidak menjadi hamba Ramadhan.

Erm, apa yg ana tahu, istilah hamba Ramadhan ini muncul dari bibir seorang ulama' terkenal zaman ini iaitu Prof. Dr. Yusuff al-Qaradhawi. Apa yg beliau kata adalah "kun rabbaniyyan wala takun ramadhaniyyan" yg dapat kita fahami bawaha jadilah kamu sebagai hamba2 Allah swt dan janganlan kamu menjadi hamba2 kepada Ramadhan.

Justeru sekali lagi ana nak nasihat buat teman2 semua dan juga untuk diri ana sendiri agar kita menjadi hamba yg sebenar2nya untuk Allah swt dengan sentiasa istiqomah dalam amalan, bukannya hamba bermusim. InsyaAllah...aku hamba kepadaNya, bukan hamba kepada Ramadhan. Wallahu a'lam...wassalam.

September 10, 2009

Ana yang Serba Kekurangan :(

Salam semua. Kali ini nak cerita tentang ana...huhu. Tadi baru je lepas mengimamkan solat terawih kat Surau Nurul Iman. Ana nak katakan bahawa setiap orang ada kebolehan dan keistimewaan masing2. Begitu jugak buat diri ana. Ana tahu diri ana sendiri. Memang kurang dalam segala segi, seperti kebolehan menjadi imam, memberi tazkirah dan banyak lagi. Sedih sangat tapi nak buat mcm mana lagi, kita x boleh nak cakap itu dan ini pada setiap kejadianNya. Sebab Allah pun dah berfirman dalam surah al-Qadr ayat 4 yang bermaksud "Sungguh, Aku telah menciptakan manusia dengan sebaik2 kejadian".

Ana sebenarnya insyaAllah boleh buat apa yang disuruh orang, tetapi dengan syarat ana kena diberi masa, diberitahu awal, cukup persediaan...bukan dengan pergi ke depan kosong je. Memanglah ilmu2 yang belajar ada, tapi nak susun kata yang x pandai. Buk
anlah sehebat seperti segelintir teman ana macam Akh Muhaimin, Akh Rahman, Akh Fatah waima sekalipun junior ana sendiri..mereka memang hebat, setiap butir kata ada sulamannya, penuh hikmah dan teknik menarik perhatian orang ramai. Ana pulak, bila ke depan, suara mesti terketar2, malu lah, bacaan semasa imam pun x sedap sangat, sebab tu jarang sangat jadi imam apatah lagi nak bagi tazkirah. Kalau setakat bilal, insyaAllah boleh. Tapi apapun seperti apa yang ana katakan tadi, semua benda insyaAllah ana boleh buat dengan persediaan yang cukup.

Cerita ana, kalau lah nak di check ana punya BP bila tiap2 kali diberi tugas untuk kehadapan, mesti kena tahan wad..nak bayangkan tentang debarnya ana nak buat satu2 benda depan orang ramai. Ana boleh tengok sendiri, bukan jantung je yang berdegup kencang, badan pun kalau siapa2 yang perhati dengan teliti, memang bergerak seiring dengan denyutnya jantung. Berdebar punya pasal...huhuhu. Kadang2 terfikir jugak, kenapa ana jadi macam ni, kenapa xde kebolehan untuk bercakap, pergi kedepan dengan perasaan yang rileks dan tenang...huhuhu...erm, tapi bila lama sikit, fikiran jadi ok semula, terima sahaja apa yang ada pada diri ini.

Dalam fikiran ana tadi masa bagi tazkirah, mesti kena gelak dengan orang ni, sebab x tau apa yang nak di perkatakan. Bayangkanlah pulak dengan adanya orang besar macam Pengarah, Timb.Pengarah, KJ Japim, lecturer lain lagi...malunyeee...huhuhu. Tapi lepas tu, fikir positif pulak, monolog dalam hati, cakap je lah apa yang patut, yang boleh dikongsi seperti nasihat...sikit pun cukup, pedulikan orang lain nak gelak ke, nak cakap apa pun, selagi betul dan benar apa yang nak diberi tu, teruskan je lah, so ana kuatkan hati then go on je bg tazkirah yang sememangnya ringkas tu. Nak cakap tazkirah pun bukan tazkirah, macam nasihat je sikit, jaga tentang puasa kita agar lebih baik dari yang lepas...tu je perkongsian ana untuk jemaah yang hadir. Terukkan? Ana kalau depan orang yang lebih muda sikit, ok lah macam murid2 sekolah rendah, tapi kalau ada orang lain lagi yang pandai bercakap, memang jadi macam ni lah.


Itulah diri ana, penuh dengan kekurangan. Apa yang pasti sifat terketar2 untuk berada di hadapan memang susah nak hilangkan. Nasihat ana, latihlah diri dari awal lagi seperti semasa masih di bangku sekolah agar tidak jadi seperti ana. Ana tahu, kebolehan ana bukanlah untuk berkata2, sebaliknya apa yang ana mampu adalah seperti ini, membuat penulisan. Ana lebih senang seperti ini. Kalau ditugaskan untuk bercakap, memang seboleh2nya ana akan menolak, tapi kalau dipaksa dan terpaksa, kena buat jugak. Sebab nanti mesti kena tazkirah "kita ni nak jadi ustaz, buatlah apa yang disuruh sebagai latihan, jangan asyik menjadi pendengar je, ataupun pengikut di belakang...bila pulak nak ke depan"...huhuhu, lebih kurang macam tu lah akan di tazkirahkan. Erm, memang betul apa yang dikatakan tu, tapi bagi yang x boleh macam ana ni, akan beri penuh alasan menolak, ada je tapi...tapi itu dan tapi ini.

Demikianlah cerita ana, tentang diri ana. Perkara dah pun berlalu, memang perkara yang memalukan akan sentiasa diingat. Memang kelakar bila diingatkan, malu pun ada jugak, tapi bila think positive, like what Pengarah said just now, memang lumrah dalam belajar ada diselangi dengan kesalahan, yang mana akan mematangkan lagi seseorang. Dalam hati selalu azam nak tambah ilmu, nak baiki bacaan quran, nak beranikan diri...tapi benda ni berjalan slow2 je, nak pandai terus memang susah. Sekadar luahan hati, menenangkan hati yang tidak tenang dari maghrib tadi. Sekarang hati dah ok. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan yang engkau redhai untuk hambaMu yang kerdil ini.

Demam Exam Sudah Bermula

Salam buat semua. Tiada apa yg nak dituturkan kali ini, cuma ingin memberikan sedikit info berkaitan dengan tarikh2 penting buat semua student2 yg akan mengambil peperiksaan besar pada tahun ini. Erm, bila tengok student2 nak ambil exam2 penting ni, ana terasa macam nak pusing balik masa ke belakang, sebab nak ambil semula semua exam yg ada ni..huhu. Itulah orang kata, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian xde gunanya.

Ana bersyukur dengan segala result yg ana dapat dari exam2 ni, tapi rasanya boleh dapat yg lagi bagus..huhu, bolehlah sambung belajar kat luar. Hehehe, ana punya impian sebenarnya nak belajar di negara orang, xkira la dekat mana pun, janji oversea..tapi yg utamanya nak gi ardul kinanah...bumi para anbiya'...hehehe...Mungkin sebab tengok kawan2 boleh pergi sana. Bukan ke orang kata, jauh perjalanan, luaslah permandangan. Allah pun dalam banyak kalamNya dalam al-Quran menyebut agar kita berjalan ke pelbagai tempat untuk belajar, mengambil pengajaran dari sejarah yg ditinggalkan agar kita tidak jadi seperti mereka. Apapun, itu semua dah berlalu, ana pun dah ditakdirkan belajar hanya dalam Malaysia, terima saja seadanya. Tak tahulah apa takdir yg akan datang, sebab impian ana x berhenti setakat ini, masih berkobar2 dan x putus asa lagi..kalau boleh sambung belajar, nak jugak pergi luar. Moga2 tercapai hasrat ni. :)

Study rajin2...strive for success!!!

Baiklah, untuk pengetahuan semua, tarikh peperiksaan awam dijangka tidak akan mengalami sebarang perubahan walaupun negara masih diselubungi oleh wabak influenza A H1N1. Kementerian Pelajaran akan memastikan calon peperiksaan yang dimasukkan ke hospital atau dikuarantin akan diaturkan supaya mereka juga boleh menduduki peperiksaan tersebut. Berikut adalah tarikh peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM yang akan dijalankan pada tahun ini;

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
8 – 10 September 2009

Penilaian Menengah Rendah (PMR)
7 – 9 Oktober 2009
12 – 13 Oktober 2009

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
20 – 22 Oktober 2009 - Amali
26 – 27 Oktober 2009 - Amali
23 – 24 Jun 2009 - Ulangan
19 November – 16 Disember 2009 - Ujian Bertulis

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
13 – 24 Julai 2009 - Ujian Lisan
19 – 21 Oktober 2009 - Ujian Bertulis

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
15 – 17 September 2009 - Ujian Lisan
28 – 30 September 2009 - Ujian Lisan
18 November – 10 Disember 2009 - Ujian Bertulis

Kemuliaan Ramadhan disulami Nuzul al-Quran

Assalamualaikum buat semua teman2, kali ini ana sekali lagi ingin berkongsi sedikit ilmu yang Allah berikan ini. Bulan Ramadhan seperti diketahui merupakan satu bulan yang amat mulia kerana padanya begitu banyak keistimewaan dan kebesaran yang dianugerahkan Allah kepada umat manusia akhir zaman. Malam al-Qadr, pensyariatan puasa sebulan, nuzul al-Quran dan bermacam2 lagi menghiasi bulan Ramadhan ini. Tulisan kali ini adalah sedikit sebanyak berkaitan dengan nuzul al-Quran.

Nuzul al-Quran merupakan satu rakaman sejarah yang amat penting untuk diketahui oleh seluruh umat Islam terutamanya buat masa kini. Ia merupakan satu peristiwa penurunan al-Quran bermula dari ayat pertama sehinggalah berperingkat2 sehingga menjadi lengkap dan sempurna sepertimana al-Quran yang ada pada masa sekarang. Berlakunya pada malam Jumaat, 17 Ramadan,
tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW menurut kebanyakan qaul jumhur ulama'. ‘Nuzul’ membawa erti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Semua mengetahui bahawa al-Quran merupakan satu mukjizat agung dan 'azim yang dianugerahkan kepada seorang manusia mulia bernama Muhammad saw. Ia bukan sahaja memberi satu kemuliaan kepada Baginda malahan juga untuk umatnya yang mahu memikirkan dan menyelami segala rahsia dan panduan yang terdapat di dalamnya. Al-Quran secara ringkasnya bermaksud bacaan atau himpunan.

Al-Quran mengandungi pelbagai panduan hidup seperti tauhid, ibadah, jinayat, muamalah, sains, teknologi, astronomi dan macam2 lagi. Semua ini melambangkan bahawa al-Quran itu sempurna untuk dijadikan sebagai panduan hidup, tiada kata bahawa al-Quran hanya sesuai pada perkara ini dan ini, hanya sesuai pada masa ini dan ini. Sesungguhnya kesempurnaan Islam melalui kalamnya ini tidak dapat dipertikaikan lagi. Hanya mereka yang tidak berpuas hati dengan deen ini serta sentiasa mencari2 kekurangan (sedangkan memang tidak ada kekurangan dalam Islam itu) yang menyatakan bahawa ajaran al-Quran tidak sesuai pada sesetengah keadaan. Kesempurnaan inilah yang menyerlahkan lagi tentang agungnya al-Quran itu sebagai satu mukjizat yang tiada tolok bandingnya. Bukti yang menyatakan bahawa al-Quran itu sudah sempurna adalah melalui firman Allah swt dalam surah al-An'am ayat 38 yang bermaksud :

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).

Justeru, sempena ulang tahun peristiwa besar ini, muhasabahlah diri kita, adakah kita tergolong dalam mereka yang rugi, yang tidak memanfaatkan walau sedikit pun ajaranNya ini dalam segenap sudut kehidupan kita. tepuk dada tanyalah iman akhowan dan akhowat semua. Jika masih ada sikap sebegini, jadikanlah Ramadhan kali ini sebagai batu loncatan atau perintis untuk kita memulakan satu episod baru dalam kehidupan yang hanya sementara ini. Wallahu a'lam...wassalam.

September 08, 2009

ZIARAH RAMADHAN 1430H @ Bait al-Amin




Salam Ramadhan, salam teristimewa buat teman2 sekalian. Bertemu sekali lagi untuk ana kembali menulis dalam blog ini. Memori peristiwa yang amat menarik di Bait al-Amin untuk ana kongsikan bersama sahabat2.

JUMAAT – 4 SEPTEMBER 2009

Perjalanan ke Perak dimulakan pada jam 3 petang, mengantuknya masa tunggu bas, Allah sahaja yang tahu… tapi bila dah ada dalam bas, xnak tertidur pulak, huhu. Tak tahu la kenapa. Mungkin sebab tak sabar nak berjumpa dengan warga Bait al-Amin, dah dua tahun x jumpa dengan mereka. Perjalanan sememangnya jauh, ditambah dengan kepanasan terik matahari.



Mujurlah bas yang ana dan kawan2 naiki dibekalkan dengan air-cond yang cukup kuat, bila dah dua tiga jam dalam bas, masing2 mula menyelimuti badan dengan sweater. Sejuk yang teramat sangat. Bagi ana, bila mata yang mengantuk xnak terlelap, tapi bila dah disimbah kesejukan air-cond, telah mengubah sikap mata yang degil ni. Akhirnya tertidur jugak..hehe. Tapi memang rasa tak puas hati bila mata dah terlelap, setengah jam lepas tu, bas berhenti la pulak kat R&R Gurun..huhu..apa lagi, terbangun la dari tidur, tapi disebabkan puasa, sabar je la..huhu. Xpe lah, nak buat macam mana kan. Akhirnya selepas tu, ana tertidur jugak dengan nyenyaknya. Tidur dari Gurun hinggalah ke Gunung Semanggol, Lama la jugak tidur tu..hehe…kat R&R G. Semanggol, berhenti untuk qasar solat Asar. Lepas tu, tak tidur dah, sebab bas masuk jalan lama, exit Changkat Jering, tahu2 je lah, jalan lama ni ibarat kita naik kuda, kadang2 terlompat sana sini…huhu. Erm…sampai Taiping, bas berhenti sebab waktu berbuka dah dekat, so berhentilah kat restoran tepi jalan untuk berbuka beramai2 di sana.


Seperti biasa, menu ana kalau pergi mana2 kedai makan adalah nasi goreng kampung + air laici susu + air kosong. Alhamdulillah, sempurna juga puasa untuk hari ini dengan jayanya..insyaAllah.


Perut pun kenyang. Then, perjalanan diteruskan lagi sampailah ke destinasi pertama iaitu rumah Muniey, my classmate house di Teluk Sareh, Kg. Gajah. Memang dalam perancangan nak pergi rumah dia. Sampai sana kira2 jam 10 lebih. Ana dan kawan2 disambut oleh ibu Muniey, ayahnya takde kat rumah sebab masih di masjid menunaikan terawih. Erm, pasal terawih pulak, nil ah yang ana x berminat bila jalan2 time bulan puasa, terawih mesti terlepas…huhu, nak buat sendiri paham2 je lah, banyak ujian yang ada tambah pulak iman x kuat sangat macam sahabat2 lain… Selesai jama’ ta’khir Isya’ dan Maghrib kat rumah Muniey tu, kami dihidangkan lagi dengan makanan. Ya Allah, makan lagi, membesar la perut ni. Bihun goreng ada, teh ais ada, teh o ada, goreng pisang ada, murtabak ada, tembikai ada…macam2. Ambil hati tuan rumah, kena la makan. Memang kenyang sangat2. Then, bertolak dari rumah Muniey ke Bait al-Amin, dalam 30 minit kami sampai di sana. Disambut oleh anak2 yatim Bait al-Amin dan Ayah Rozelan sendiri, pengerusi Bait al-Amin. Tak sangka dah lewat malam ni, lebih kurang jam 11.45, mereka sanggup menunggu untuk menyambut kami, terharu la jugak. Anak2 yatim yang kami jumpa 2 tahun dulu semua dah membesar. Masing2 lagi besar dari badan ana sendiri..segan jugak la..hehe. Bangunan di sini pun memang dah berubah hamper 100 peratus kepada bangunan batu, bukan lagi bangunan kayu dan papan seperti 2 tahun lepas. Tinggal lagi asrama perempuan yang masih dalam pembinaan dan dijangka siap minggu depan. Alhamdulillah, murah rezeki anak2 yang kurang bernasib baik ini. Diharapkan dengan kemudahan yang semakin baik ini mampu menyemarakkan lagi semangat mereka untuk terus berusaha dan berjaya dalam hidup masing2 walaupun tanpa ayah dan ibu. Ana dan kawan2 akhirnya samapi ke tempat yang dituju, dah sampai tu apa lagi, masuk asrama (ditempatkan bersama2 anak2 yatim, boleh merasa dan menyelami perasaan mereka), sembang2 sepatah dua kemudian tidur.

SABTU – 5 SEPTEMBER 2009

Hari ni aktiviti bermula dengan sahur pada jam 5 pagi. Menu memang best dan membuka selera ana dan teman2. Tercuit hati tatkala melihat gelagat anak2 Bait al-Amin ketika bersahur. Ada yang seperti sudah biasa malahan ada juga yang tidak biasa bangun awal pagi terutama mereka yang masih kecil, terlelap mata di hadapan makanan. Apapun tahniahlah sebab berjaya kerana cuba bangun awal pagi untuk melakukan sunnah Baginda saw. Walaupun hanya meneguk air kosong, keberkatan bersahur itu pasti akan diperolehi. Setelah itu, solat subuh berjemaah ditunaikan, disusuli pula dengan tadarus al-Quran. Aktiviti paginya ana dan teman2 melakukan sedikit ice-breaking bermula jam 8 pagi. Memang menyeronokkan kami kerana dapat juga menggembirakan hati mereka ini. Seterusnya mereka dibahagikan kepada tujuh kumpulan untuk menjalani LDK. Ana bersama Akh Asyran memegang satu kumpulan yang dinamakan Darussalam di anggotai enam orang ahli iaitu Taufiq, Wan, Epul, Mizi, Dida dan……..huhu, lupa pulak nama sorang ni…abang minta maaf ye. LDK seperti “tak kenal maka tak cinta” dan “kerana dirimu begitu berharga” sedikit sebanyak telah memberikan motivasi berguna kepada mereka semua. Pengisiannya adalah seperti membina keyakinan diri, mengenal hala tuju hidup, membina kasih saying dan macam2 lagi. Ana mengharapkan ianya dapat membantu adik2 untuk menjadi seorang yang berjaya walaupun tanpa orang tersayang. Pada petangnya, kami meninggalkan Bait al-Amin kerana memberi kesempatan kepada rombongan dari Members of Bachelor in Accountancy (MOBAC) UiTM Seri Iskandar untuk menjalankan program mereka iaitu berbuka puasa bersama warga Bait al-Amin dan solat terawih. Kesempatan itu kami gunakan untuk keluar ke Bandar Batu Gajah untuk membeli makanan dan keperluan harian sebagai sumbangan kepada pertubuhan ini. Wang yang dibelanjakan merupakan hasil sedekah dan sumbangan warga IPGM Perlis. Kebetulan pula pada petang itu juga, Selesai membeli barang2, kami pulang ke Bait al-Amin, untuk menyertai rombongan UiTM dan warga Bait al-Amin untuk berbuka puasa bersama. Ana dan kawan2 amat mengharapkan agar adik2 di sana bergembira dan tidak berasa kesunyian dengan adanya rombongan2 seperti ini. Malamnya seperti biasa, diadakan solat terawih berjemaah disusuli jamuan moreh yang mana juadahnya disumbangkan oleh orang ramai di sekitar pekan Parit. Memang banyak makanan yang ada, dan memang benar apa yang dikatakan oleh Ayah Rozelan, rezeki anak2 di sini memang murah apabila tibanya Ramadhan. Tapi bagaimana pula jika bukan bulan Ramadhan?? Pandai2 la jawab sendiri ye.

AHAD – 6 SEPTEMBER 2009

Hari ini, seperti hari sebelumnya, kami bersahur pada jam 5 pagi, kemudian solat Subuh dan tadarus al-Quran. (sepatutnya ada qiamullail, tapi kuasa Allah jualah, xde sorang pun dari kalangan abang2 n akak2 fasi termasuk ana sendiri yang terbangun awal…so boleh dimaafkan lah, sebab x sengaja..huhuhu). Paginya kami lakukan sedikit permainan sukaneka sebagai mengisi masa yang ada. Masing2 gembira dengan aktiviti yang dilakukan walaupun panas matahari terasa ditambah dengan puasa yang sedang dijalani. Tidak lama selepas itu, aktiviti seterusnya dijalankan dalam dewan. Aktiviti ala ice-breaking dan permainan ini memang tidak ada dalam perancangan tapi dapat dilakukan, ana sendiri yang jadi kepala memulakannya, dibantu oleh teman2. Sedikit refleksi juga dilakukan berkaitan aktiviti2 yang telah dijalankan selama kami berada di sini oleh adik2. Majlis penutup diadakan pada jam 11 pagi dengan ucapan dari pengarah projek, Akh Syed Hadi, ucapan Ayah Rozelan selaku Pengerusi Bait al-Amin dan juga ucapan Ustaz Yusuf sebagai pensyarah penasihat untuk program ini. Terharu juga dengan persembahan nasyid adik2 Bait al-Amin, mereka mendendangkan sebuah nasyid yang mana liriknya berkaitan dengan perjalanan hidup mereka sebagai anak yatim. Setelah tamat majlis penutup, kami melakukan aktiviti bergambar sebagai kenangan. Memang anda semua tidak akan luput dari ingatan kami. InsyaAllah, jika ada kesempatan, kami akan ke sana lagi untuk bersama adik2 semua. Doa ana agar semua mempu untuk mengharungi hidup dengan tabah dan berjaya dalam apa jua lapangan yang dicita-citakan.