September 28, 2009

Ke Makam Bonda

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, ana sudah selamat sampai ke bumi murabbi ini, IPGM Kampus Perlis setelah seminggu berada di kampung halaman. Banyak jugak berjalan beraya tahun ni :) . Perjalanan pulang bermula jam 8 malam menelusuri laluan PLUS yang Alhamdulillah tidaklah sesibuk mana, mengambil masa +-9 jam untuk sampai ke destinasi yang dituju ni. Perjalanan yang mencabar ketahanan fizikal ana, sakit badan duduk saja..huhu. Alhamdulillah juga, semalam, sebelum berangkat ke terminal bas Temerloh, ana sempat mengunjungi pusara bonda tercinta, sempat juga membuat sedikit tahlil untuk disedekahkan kepada roh Allahyarhamah..semoga ia sampai kepadanya kerana untuk kini dan akan datang, hanya itu sahaja yang termampu. Moga perjalananmu di alam sana disulami kebahagiaan dan kesenangan..amin ya Rabbal 'alamin..

Pusara emak...

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena di dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini ku rasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil menghadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

**ke makam bonda ~ usman awang**

No comments: