September 12, 2009

Rabbaniyyan @ Ramadhaniyyan

Salam buat semua teman..salam perjuangan melawan nafsu...
Sedikit ulasan berkaitan apa yg diperkatakan oleh akh Fatah dalam usrah IMPI pagi tadi. Berkaitan dengan apakah kita ini menjalani ibadah puasa sebagai hamba Allah ataupun hamba ramadhan. Kita dapat lihat perbezaan yg amat jelas dan ketara sekali berkenaan sikap2 manusia dalam bulan Ramadhan dengan bulan2 lain. Ramai yg datang ke masjid2 dan surau2 untuk melakukan ibadah seperti solat fardhu berjemaah, solat sunat terawih serta pelbagai amalan2 sunat yg lain. Walaupun kita kerapkali datang ke masjid, itu tidak bermakna kita sudah berjaya menjalani puasa dengan cemerlangnya, kita banyak membaca al-Quran, juga x bermakna kita berjaya, banyak bersedekah, x bermakna kita sudah berjaya menjadi yg pemurah dan sebagainya.


Sentiasalah istiqomah dalam amalan kepadaNya

Ini kerana, bulan Ramadhan yg sedang kita jalani sekarang ini merupakan bulan kursus, bulan latihan, bulan ujian dan yg seangkatan dan selabel dengannya. Apa yg diketahui, penilaian sesuatu kursus bukannya dapat dinilai pada waktu kursus itu berjalan, sebaliknya penilaian dapat dilakukan setelah tamatnya kursus itu. Itulah pendapat ana. Ini bermakna, berjayanya seseorang dalam bulan Ramadhan perlu dinilai melalui sikap dan perangainya dalam bulan2 lain, maksud ana adalah pada 11 bulan yg seterusnya, yg merupakan the real war, the real battle.


Justeru, siapa2 yg pergi ke surau dan masjid pada bulan Ramadhan, tapi bila habisnya Ramadhan terus xnampak muka kat rumah2 Allah tu, inilah yg dinamakan hamba Ramadhan, bukan hamba Allah swt. Siapa2 yg semasa Ramadhan begitu pemurah dengan sedekah yg disalurkan, tapi bila habisnya Ramadhan terus bertukar perwatakan menjadi kedekut dan bakhil, juga dinamakan hamba Ramadhan. Juga bagi mereka yg sangat banyak membaca al-Quran, solat sunat dan lain2 dalam bulan mulia ini, tapi langsung dah x buat apabila selesainya Ramadhan merupakan hamba kepada Ramadhan itu sendiri.



Koreksi diri cara terbaik untuk kita mengetahui tentang diri sendiri

Betapa ruginya manusia. Betullah seperti apa yg telah difirmankan Allah swt dalam surah yg semua dari kita menghafaznya, surah al-Asr. Inilah yg dilabelkan sebagai kemunafiqan dalam beribadah. Ya Allah, jauhkan diriku dari menjadi sebahagian daripada apa yg aku nukilkan ini. Janganlah juga kita menuruti sesuatu perkara dengan meniru apa yg orang lain buat tanpa kita mendalami sendiri perkara tersebut, taqlid buta. Sebabnya, jika kita melakukan ibadah dalam bulan Ramadhan ini dengan kefahaman yg sebenar2nya, pasti kita tidak menjadi hamba Ramadhan.

Erm, apa yg ana tahu, istilah hamba Ramadhan ini muncul dari bibir seorang ulama' terkenal zaman ini iaitu Prof. Dr. Yusuff al-Qaradhawi. Apa yg beliau kata adalah "kun rabbaniyyan wala takun ramadhaniyyan" yg dapat kita fahami bawaha jadilah kamu sebagai hamba2 Allah swt dan janganlan kamu menjadi hamba2 kepada Ramadhan.

Justeru sekali lagi ana nak nasihat buat teman2 semua dan juga untuk diri ana sendiri agar kita menjadi hamba yg sebenar2nya untuk Allah swt dengan sentiasa istiqomah dalam amalan, bukannya hamba bermusim. InsyaAllah...aku hamba kepadaNya, bukan hamba kepada Ramadhan. Wallahu a'lam...wassalam.