September 02, 2009

Ramadhan Bulan Panas

Salam semua. Betul ke title kat atas tu? Bulan panas? Kenapa pulak jd macam tu? Hai..ade ke patut tulis bulan yg mulia n penuh ngan barakah ni as a hot month...huhu..x patut kan. Ye la kan, selalunya benda2 panas ni dikaitkan dgn prkara2 jahat n x elok. Erm, ok la..sbnrnye bukan mcm tu maksud ana. Sebenarnya Ramadhan tu sendiri adalah bermaksud panas. Berasal dari root word رمض yg bererti panas yang menyengat atau kekeringan, terutamanya terhadap tanah. Dari perkataan itulah Ramadhan dapat dirujuk kepada satu perasaan tentang wujudnya kelaparan dan kehausan yg teramat sgt.

Ada juga pendapat lain mengatakan bahawa kata Ramadhan digunakan kerana pada bulan inilah dosa-dosa dihapuskan sebagaimana terbakarnya dan panasnya tanah disebabkan kepanasan matahari. Kenapa pulak bulan ni dosa akan dihapuskan?? Erm, hal ini adalah kias terhadap umat Islam yang kebanyakannya secara serius mengambil kesempatan Ramadhan mencairkan, memuhasabah dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya, sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkan bahan.

Sekian...:)

No comments: