September 08, 2009

ZIARAH RAMADHAN 1430H @ Bait al-Amin




Salam Ramadhan, salam teristimewa buat teman2 sekalian. Bertemu sekali lagi untuk ana kembali menulis dalam blog ini. Memori peristiwa yang amat menarik di Bait al-Amin untuk ana kongsikan bersama sahabat2.

JUMAAT – 4 SEPTEMBER 2009

Perjalanan ke Perak dimulakan pada jam 3 petang, mengantuknya masa tunggu bas, Allah sahaja yang tahu… tapi bila dah ada dalam bas, xnak tertidur pulak, huhu. Tak tahu la kenapa. Mungkin sebab tak sabar nak berjumpa dengan warga Bait al-Amin, dah dua tahun x jumpa dengan mereka. Perjalanan sememangnya jauh, ditambah dengan kepanasan terik matahari.



Mujurlah bas yang ana dan kawan2 naiki dibekalkan dengan air-cond yang cukup kuat, bila dah dua tiga jam dalam bas, masing2 mula menyelimuti badan dengan sweater. Sejuk yang teramat sangat. Bagi ana, bila mata yang mengantuk xnak terlelap, tapi bila dah disimbah kesejukan air-cond, telah mengubah sikap mata yang degil ni. Akhirnya tertidur jugak..hehe. Tapi memang rasa tak puas hati bila mata dah terlelap, setengah jam lepas tu, bas berhenti la pulak kat R&R Gurun..huhu..apa lagi, terbangun la dari tidur, tapi disebabkan puasa, sabar je la..huhu. Xpe lah, nak buat macam mana kan. Akhirnya selepas tu, ana tertidur jugak dengan nyenyaknya. Tidur dari Gurun hinggalah ke Gunung Semanggol, Lama la jugak tidur tu..hehe…kat R&R G. Semanggol, berhenti untuk qasar solat Asar. Lepas tu, tak tidur dah, sebab bas masuk jalan lama, exit Changkat Jering, tahu2 je lah, jalan lama ni ibarat kita naik kuda, kadang2 terlompat sana sini…huhu. Erm…sampai Taiping, bas berhenti sebab waktu berbuka dah dekat, so berhentilah kat restoran tepi jalan untuk berbuka beramai2 di sana.


Seperti biasa, menu ana kalau pergi mana2 kedai makan adalah nasi goreng kampung + air laici susu + air kosong. Alhamdulillah, sempurna juga puasa untuk hari ini dengan jayanya..insyaAllah.


Perut pun kenyang. Then, perjalanan diteruskan lagi sampailah ke destinasi pertama iaitu rumah Muniey, my classmate house di Teluk Sareh, Kg. Gajah. Memang dalam perancangan nak pergi rumah dia. Sampai sana kira2 jam 10 lebih. Ana dan kawan2 disambut oleh ibu Muniey, ayahnya takde kat rumah sebab masih di masjid menunaikan terawih. Erm, pasal terawih pulak, nil ah yang ana x berminat bila jalan2 time bulan puasa, terawih mesti terlepas…huhu, nak buat sendiri paham2 je lah, banyak ujian yang ada tambah pulak iman x kuat sangat macam sahabat2 lain… Selesai jama’ ta’khir Isya’ dan Maghrib kat rumah Muniey tu, kami dihidangkan lagi dengan makanan. Ya Allah, makan lagi, membesar la perut ni. Bihun goreng ada, teh ais ada, teh o ada, goreng pisang ada, murtabak ada, tembikai ada…macam2. Ambil hati tuan rumah, kena la makan. Memang kenyang sangat2. Then, bertolak dari rumah Muniey ke Bait al-Amin, dalam 30 minit kami sampai di sana. Disambut oleh anak2 yatim Bait al-Amin dan Ayah Rozelan sendiri, pengerusi Bait al-Amin. Tak sangka dah lewat malam ni, lebih kurang jam 11.45, mereka sanggup menunggu untuk menyambut kami, terharu la jugak. Anak2 yatim yang kami jumpa 2 tahun dulu semua dah membesar. Masing2 lagi besar dari badan ana sendiri..segan jugak la..hehe. Bangunan di sini pun memang dah berubah hamper 100 peratus kepada bangunan batu, bukan lagi bangunan kayu dan papan seperti 2 tahun lepas. Tinggal lagi asrama perempuan yang masih dalam pembinaan dan dijangka siap minggu depan. Alhamdulillah, murah rezeki anak2 yang kurang bernasib baik ini. Diharapkan dengan kemudahan yang semakin baik ini mampu menyemarakkan lagi semangat mereka untuk terus berusaha dan berjaya dalam hidup masing2 walaupun tanpa ayah dan ibu. Ana dan kawan2 akhirnya samapi ke tempat yang dituju, dah sampai tu apa lagi, masuk asrama (ditempatkan bersama2 anak2 yatim, boleh merasa dan menyelami perasaan mereka), sembang2 sepatah dua kemudian tidur.

SABTU – 5 SEPTEMBER 2009

Hari ni aktiviti bermula dengan sahur pada jam 5 pagi. Menu memang best dan membuka selera ana dan teman2. Tercuit hati tatkala melihat gelagat anak2 Bait al-Amin ketika bersahur. Ada yang seperti sudah biasa malahan ada juga yang tidak biasa bangun awal pagi terutama mereka yang masih kecil, terlelap mata di hadapan makanan. Apapun tahniahlah sebab berjaya kerana cuba bangun awal pagi untuk melakukan sunnah Baginda saw. Walaupun hanya meneguk air kosong, keberkatan bersahur itu pasti akan diperolehi. Setelah itu, solat subuh berjemaah ditunaikan, disusuli pula dengan tadarus al-Quran. Aktiviti paginya ana dan teman2 melakukan sedikit ice-breaking bermula jam 8 pagi. Memang menyeronokkan kami kerana dapat juga menggembirakan hati mereka ini. Seterusnya mereka dibahagikan kepada tujuh kumpulan untuk menjalani LDK. Ana bersama Akh Asyran memegang satu kumpulan yang dinamakan Darussalam di anggotai enam orang ahli iaitu Taufiq, Wan, Epul, Mizi, Dida dan……..huhu, lupa pulak nama sorang ni…abang minta maaf ye. LDK seperti “tak kenal maka tak cinta” dan “kerana dirimu begitu berharga” sedikit sebanyak telah memberikan motivasi berguna kepada mereka semua. Pengisiannya adalah seperti membina keyakinan diri, mengenal hala tuju hidup, membina kasih saying dan macam2 lagi. Ana mengharapkan ianya dapat membantu adik2 untuk menjadi seorang yang berjaya walaupun tanpa orang tersayang. Pada petangnya, kami meninggalkan Bait al-Amin kerana memberi kesempatan kepada rombongan dari Members of Bachelor in Accountancy (MOBAC) UiTM Seri Iskandar untuk menjalankan program mereka iaitu berbuka puasa bersama warga Bait al-Amin dan solat terawih. Kesempatan itu kami gunakan untuk keluar ke Bandar Batu Gajah untuk membeli makanan dan keperluan harian sebagai sumbangan kepada pertubuhan ini. Wang yang dibelanjakan merupakan hasil sedekah dan sumbangan warga IPGM Perlis. Kebetulan pula pada petang itu juga, Selesai membeli barang2, kami pulang ke Bait al-Amin, untuk menyertai rombongan UiTM dan warga Bait al-Amin untuk berbuka puasa bersama. Ana dan kawan2 amat mengharapkan agar adik2 di sana bergembira dan tidak berasa kesunyian dengan adanya rombongan2 seperti ini. Malamnya seperti biasa, diadakan solat terawih berjemaah disusuli jamuan moreh yang mana juadahnya disumbangkan oleh orang ramai di sekitar pekan Parit. Memang banyak makanan yang ada, dan memang benar apa yang dikatakan oleh Ayah Rozelan, rezeki anak2 di sini memang murah apabila tibanya Ramadhan. Tapi bagaimana pula jika bukan bulan Ramadhan?? Pandai2 la jawab sendiri ye.

AHAD – 6 SEPTEMBER 2009

Hari ini, seperti hari sebelumnya, kami bersahur pada jam 5 pagi, kemudian solat Subuh dan tadarus al-Quran. (sepatutnya ada qiamullail, tapi kuasa Allah jualah, xde sorang pun dari kalangan abang2 n akak2 fasi termasuk ana sendiri yang terbangun awal…so boleh dimaafkan lah, sebab x sengaja..huhuhu). Paginya kami lakukan sedikit permainan sukaneka sebagai mengisi masa yang ada. Masing2 gembira dengan aktiviti yang dilakukan walaupun panas matahari terasa ditambah dengan puasa yang sedang dijalani. Tidak lama selepas itu, aktiviti seterusnya dijalankan dalam dewan. Aktiviti ala ice-breaking dan permainan ini memang tidak ada dalam perancangan tapi dapat dilakukan, ana sendiri yang jadi kepala memulakannya, dibantu oleh teman2. Sedikit refleksi juga dilakukan berkaitan aktiviti2 yang telah dijalankan selama kami berada di sini oleh adik2. Majlis penutup diadakan pada jam 11 pagi dengan ucapan dari pengarah projek, Akh Syed Hadi, ucapan Ayah Rozelan selaku Pengerusi Bait al-Amin dan juga ucapan Ustaz Yusuf sebagai pensyarah penasihat untuk program ini. Terharu juga dengan persembahan nasyid adik2 Bait al-Amin, mereka mendendangkan sebuah nasyid yang mana liriknya berkaitan dengan perjalanan hidup mereka sebagai anak yatim. Setelah tamat majlis penutup, kami melakukan aktiviti bergambar sebagai kenangan. Memang anda semua tidak akan luput dari ingatan kami. InsyaAllah, jika ada kesempatan, kami akan ke sana lagi untuk bersama adik2 semua. Doa ana agar semua mempu untuk mengharungi hidup dengan tabah dan berjaya dalam apa jua lapangan yang dicita-citakan.

No comments: