September 04, 2009

Ziarah Ramadhan

Salam buat semua.

Hari ini ana dan rakan2 classmates lagi 13 org akan membuat ziarah ke Bait al-Amin di Parit Perak. Ia merupakan sebuah pertubuhan kebajikan untuk anak-anak yatim dan warga miskin. Mula ditubuhkan pada tahun 2005, ia merupakan sebuah badan kebajikan yang bertanggungjawab menguruskan anak2 yatim serta warga miskin khususnya bagi warga Perak Tengah.

Erm, ziarah kali ini merupakan ziarah kali kedua, yang dilakukan oleh kelas ana yang best..huhuhu..PISPM Sem4 Pengajian Agama B. Sebelum ini, pada tahun 2007, kami semua sudahpun menjejakkan kaki di sini, namun pada ketika itu, hanya lawatan sementara sahaja, lebih kurang setengah hari. Ziarah kali ini pun lebih kurang sama sahaja tujuannya, iaitu untuk membuat amal terhadap mereka2 yg memerlukan, lebih2 lagi dalam bulan yg penuh keberkatan ni, cuma bezanya, pada kali ini, ana dan kawan2 akan bersama2 mereka, tinggal bersama lebih kurang 3 hari 2 malam di sana untuk merasai dan menyelami sendiri kehidupan2 mereka yang kurang bernasib baik ini. Huhuhu..sedihnya ayat dia...

Di sini, ana sebagai warga kelas PISMP Pengajian Agama B inginlah juga mengucapkan berbanyak2 penghargaan dan terima kasih terhadap individu2, institusi2 dan lain2 lagi yang telah menyumbang sedikit sebanyak barang2 seperti pakaian, buku2, wang ringgit dan sebagainya untuk kami sampaikan kepada pertubuhan ini. Benar, sesungguhnya amal kebajikan yg dilakukan oleh kalian pasti mendapatkan ganjaran dariNya. InsyaAllah. Semoga keikhlasan semua yang menyumbang dapat menjadikan Ramadhan kali ini lebih baik dan bermakna buat diri masing2.


Nak wat amal untuk Bait al-Amin / maklumat berkaitan lawati official site of Bait al-Amin di sini. :)

Akhir kalam, terima kasih sekali lagi. Salam.

p/s : Tengah ngantuk masa tulis ni, erm..lebih kurang 2 jam sebelum bertolak ke Bait al-Amin.
Harap2 x tido time khutbah Jumaat nnt..:)..Nanti dlm bas, ana nk tido nyenyak2..hehehe..

No comments: