October 24, 2009

Lemah

Ya Allah...penatnya...
Nak tulis pun x bermaya sgt...
Satu camping yg amat meletihkan, tapi memang seronok, 2 ronok dan 3 ronok :)
Apa pun, ana x sempat lg nak berkongsi semua tu...
sebab ana nak take time dulu, nak hilangkan sengal2 badan nih, mata kuyu nih, kaki lenguh nih..semua2 la..

Erm, kalau xde apa2 yang menghalang, ana akan kongsikan pengalaman ana di sini
Salam 'alaykum


October 18, 2009

Penjelasan Syeikhul Azhar Berkenaan Niqab

Salam 'alaykum warahmatullah
Baru2 ni pasti ramai yang sudah membaca berita2 di dada akhbar tempatan yang mengatakan bahawa pemakaian purdah@niqab dilarang untuk pelajar2 al-Azhar as-Syarif. Lebih mengejutkan lagi ialah larangan pemakaian tersebut dikeluarkan oleh Syeikh al-Azhar, Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi. Macam x logik je kan cerita ni..huhu. Sekali baca mesti ramai akan mengatakan bahawa dunia dah nak kiamat la, nak terbalik la, itu la, ini la, etc, etc, etc. Tapi buat mereka yang bijak dalam menilai, tidak akan terus mempercayainya kerana mereka tahu, dunia kini sering kali di eksploitasi oleh media lebih2 lagi jika hal tersebut berkaitan dengan Islam. Inilah dunia sekarang, yang batil diangkat, yang haq diterus hilang tanpa disebut2.

Penjelasan ini dapat dirujuk melalui link2 dibawah nie (just untuk sape2 yang dah master arab, xpun tuk sape2 yang nak belajar dan lebih menguasai bahasa arab..hehehe, sambil dapat mengetahui cerita sebenar, boleh tambah tharwah lughowiah antum)



Untuk sesiapa yang tidak mahir sangat bahasa arab, korang masih boleh mendapatkan sedikit maklumat dan penjelasan mengenai isu ini dalam versi melayunya. Tapi bukan ana yang translatelah, ana pun xlah seberapa sangat menguasai lughoh quran ni. Ana dapat maklumat ni daripada sahabat blogger ana. Syukran ya. Moga ia mampu merungkai sedikit sebanyak kekeliruan yang terjadi.




***************************************************************************

Al-Imam Al-Akbar al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
sering dinista oleh akhbar dan berita.
Banyak tindakan dan ucapan beliau dieksploitasi
sehingga beliau sering diburukkan.

Sebelum ini beliau dituduh dengan tuduhan menghalalkan riba
sedangkan perkara tersebut tidak berlaku sama sekali.

Kali ini beliau dituduh pula dengan tuduhan ingin mengharamkan niqab.

Berikut adalah sedikit kronologi peristiwa yang berkait dengan isu niqab ini.


1. Isu bermula apabila al-Imam al-Akbar al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
melawat satu sekolah maahad al-Azhar
khas untuk pelajar perempuan (Maahad Fatayat Ahmad Allibi)
pada Sabtu bersamaan 4/10/2009.
Beliau telah melawat satu kelas
lalu melihat ada seorang pelajar perempuan bernama Alak ( آلاء ) memakai purdah.
Alak berumur 13 tahun.

2. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
telah meminta pelajar perempuan itu membuka purdah
kerana kelas tersebut hanya untuk para pelajar perempuan sahaja.
Beliau merasa hairan mengapa pelajar tersebut memakai purdah
sedangkan kelas tersebut khusus untuk pelajar perempuan,
guru yang mengajar adalah guru perempuan dan bilik kelas adalah tertutup.
Alak pada awalnya tidak membuka niqab
apabila Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi memintanya membuka niqab.

3. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi selepas itu
telah menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan pelajar perempuan
memakai purdah di dalam kelas-kelas mereka.
Beliau juga menafikan kenyataan media yang menyatakan
bahawa beliau bercakap dengan Alak
dengan nada suara yang kasar.

4. Majlis Tertinggi Al-Azhar ( المجلس الأعلى للأزهر الشريف )
telah mengadakan mesyuarat tergempar
yang dipengerusikan oleh Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
pada Khamis lalu bersamaan 8/10/2009
untuk membincangkan isu niqab ini.

Majlis telah memutuskan bahawa:

• Para pelajar perempuan dibenarkan
untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab.
Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang
daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif

• Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab
apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab
di dalam bilik-bilik kelas
kerana semua pelajar adalah perempuan.
Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan
untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung.
Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.

• Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab
dalam kehidupan seharian mereka
sebaliknya Majlis tidak bersetuju
niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya
yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak
lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa
wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.

5. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi menegaskan
bahawa beliau menghormati wanita yang memakai niqab
selagi mana tidak menyakiti orang lain dan tidak membawa kepada masalah keamanan.

Beliau menegaskan bahawa
tujuan ketetapan Majlis Tertinggi Al-Azhar tersebut dibuat
adalah kerana untuk menjaga kehormatan para pelajar perempuan.
Ini kerana berlaku pencerobohan beberapa orang lelaki
ke dalam premis al-Azhar yang khusus untuk pelajar perempuan.

Selain itu ketetapan ini juga dibuat
demi untuk mengelakkan berlakunya
penipuan di dalam peperiksaan.
Beliau menegaskan bahawa tahun lepas menyaksikan 12 kes penipuan
semasa peperiksaan apabila para pelajar wanita yang berniqab
yang terbabit telah meletakkan alat rakaman di sebalik niqab yang dipakai.


Lain2 sumber boleh dirujuk di sini :

1. Surat Khabar al-Liwa’al-Islami bertarikh 15 Oktober 2009, bilangan ke 1447, m/s 1
2. Majalah al-Musowwar bertarikh 14 Oktober 2009, bilangan ke 4436, m/s 15 - 16.


October 17, 2009

Ittaqullah

Salam 'alaykum buat semua.

Semangatku, my spirit, ruuhi...ke mana kau menghilang pergi?huhu..ana xtau la kenapa, sejak dua menjak tiga menjak dan empat menjak ni (bahasa apa nie..), macam xde semangat je nak buat posting kat blog ni. Bila bukak je blog ni, ana tengok sikit2, tengok blog member2, pastu ana tutup. Rasa nak menulis tu memang xmuncul langsung...kadang2 jeles gak tengok orang lain boleh menulis macam2 artikel dalam seminggu, ana pulak kena ikut mood, walaupun dalam kepala memang banyak benda nak dikongsi bersama..huhu.

Tapi, ana xboleh nak biar macam tu je, manja2 sangat memang x boleh, nanti alamatnya sunyi la blog ni. Erm, sekarang ni tengah paksa diri tuk menulis. Ana pilih satu tajuk yang rasanya macam biasa je, hehehe. Takut dan taqwa, kedua2nya bermula dengan huruf "t". Tapi maksud dia macam mana pulak? Bagi sesetengah orang, maksud kedua2 perkataan ini adalah sama namun apa yang dapat ana simpulkan di sini adalah wujudnya perbezaan dalam persamaan.

Cerita pasal takut dulu. Takut menurut pengertian kamus kepala ana la (hehe,x sempat nak rujuk kamus dewan edisi ke-4, sapa2 yang tahu, silakan beritahu ana k..) adalah merupakan suatu perasaan yang wujud dalam diri seseorang apabila berdepan dengan satu situasi yang menakutkan (betul x?? hahaha). Situasi menakutkan pula ialah satu keadaan di mana seseorang berasa seram sejuk, meremang bulu romanya, gementar, ingin menjauhinya dan lain2 yang sewaktu dengannya. Betul ke ni? Erm, biar je lah..ana yakin, kalau x bagi maksud yang betul pun, semua orang boleh faham macam mana "takut" tu, sebab semua orang pernah merasainya, mustahil ada manusia yang x takut langsung...betul x??...betul, betul, betul...hehehe.

Malam2 hari, kalau duduk sorang diri, mesti akan timbul rasa takut, kalau x banyak pun, mesti ada sikit rasa takut tu. Macam ana, kalau nak pergi tandas malam2, memang rasa meremang je, tambahan pulak tandas ni dah sebulan lebih x berlampu, hitam je, x nampak apa pun..huhu (apa la pihak asrama buat, bila nak baiki lampu tandas ni??sabar je la). Ha, lebih kurang macam tu lah rasanya takut, kalau nak lebih lagi rasa takut, tengok dulu cerita seram korea ke, konfem pergi tandas esok pagi..hehe.


Baiklah, mengarut je cerita ana kat atas tu, kawan2 abaikan je la ye.


Sebenarnya ana nak cerita tentang satu tazkirah yang pernah ana dengar. Ana masih ingat lagi tazkirah ni..Alhamdulillah. Tazkirah berkaitan dengan taqwa. Pentazkirah cuba memberikan perbezaan taqwa@takut kepada Allah dan takut terhadap makhluk melalui cara yang mudah difahami. Satu analogi mudah yang membolehkan kita faham dengan jelas tentang
konsep taqwa kepada Allah. Takut kepada Allah tidak sama dengan kita takut sesama makhluk. Contohnya apabila kita takut kepada hantu, harimau dan lain2, tengah kita jalan2 dalam hutan (menyertai rombongan eksplorasi alam ke, night walking ke..hehehe) dan kita terjumpa harimau atau hantu, apa yang kita akan buat? Maka sah2 jawapannya ialah melarikan diri, kita akan menjauhkan diri daripada semua tu, sebab takut punya hal.

Tapi bukan sebegitu yang patut kita buat apabila kita takut kepada Allah. Apabila kita menyatakan ketakutan kepada Allah, maka kita perlu mendekatinya, bukan menjauhkan diri. Mendekati dalam erti kata melakukan segala apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya.
So, inilah perbezaannya antara takut kepada Allah dan takut kepada makhluk. Simple je tazkirah yang diberi kan. Tapi bagi ana memang cukup bermanfaat.

**************************************

Definisi taqwa menurut Hasan al-Bashri adalah "takut" dan menghindarkan diri dari melakukan segala perkara yang diharamkan Allah dan menunaikan semua perintahNya. Ia juga beerti kewaspadaan dalam menjaga diri terhadap perintah dan larangan yang telah ditetapkan Allah.

Apabila kita lihat sepintas lalu, memang nampak macam mudah je kan, tapi sebenarnya tidak, dalam konteks amal, ia amat memerlukan kepada usaha bersungguh2 untuk mendapatkannya.

Gambaran jelas oleh sahabat Rasulullah saw iaitu Ubay bin Ka'ab mengenai konsep dan hakikat taqwa (mafhumnya) :


Umar al-Khattab pernah bertanya kepada Ubay tentang apakah yang dimaksudkan dengan taqwa. Kemudian Ubay bertanya semula kepada Um
ar : "Apakah anda tidak pernah berjalan di tempat yang penuh dengan duri?" Umar menjawab : "Saya pernah". Ubay bertanya lagi : "Lalu, apakah tindakan anda?" Umar menjawab : "Saya sangat berhati2 dan bersungguh2 menyelamatkan diri daripada duri tersebut." Ubay berkata : "Itulah contoh taqwa".

Maka, itulah taqwa. Kita akan menjadi begitu berhati2 jika kita berjalan di jalan yang penuh dengan duri (tanpa selipar@sandle asadi@kasut phua chu kang la kan, kalau x, main redah je). Duri2 tersebut diibaratkan sebagai segala larangan yang telah ditetapkan oleh Allah agar kita tidak melakukannya ketika hidup di dunia ini. Jadi sewajibnya kita perlulah takut, berhati2 dan waspada terhadap larangan tersebut. Jika kita tidak takut, maka taqwa tidak akan diperolehi. Ingat, pakai sandle asadi ke, kasut phua chu kang ke, ape ke, memanglah duri2 (larangan) tu korang boleh redah je, tapi neraka Allah, macam mana??


Ibnu Qayyim al-Jauziyah menyatakan bahawa mereka yang bertaqwa adalah mereka yang mampu membina tembok pemisah antara dirinya dengan neraka.

Seseorang yang bertaqwa juga akan meninggalkan segala jenis dosa, tidak kira sama ada ia merupakan dosa kecil ataupun dosa besar kerana baginya kedua2nya merupakan dari jenis yang sama iaitu "dosa". Mereka tidak memandang remeh terhadap dosa-dosa kecil kerana gunung yang tinggi melangit pun terbentuk hasil daripada batu2 yang kecil (faham kan analogi ni?)


Justeru, dalam usaha meraih darjah ketaqwaan yang sebenarnya, maka apa yang amat dituntut adalah perjuangan melawan hawa nafsu dan bisikan syaitan di samping sikap istiqomah dalam ajaranNya.




"Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu semua di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa"
(al-Hujurat : 49 : 13)




Pilihan Raya

Buat kali keduanya, IPGM Kampus Perlis menjalankan pilihan raya untuk memilih perwakilan pelajar. Memang suasananya tidaklah sehangat seperti pilihan raya umum / pilihan raya-pilihan raya kecil sebelum ini, mahupun sehangat pilihan raya di universiti2 malaysia, sesuailah dengan usianya yang masih hijau. Demokrasi di IPGM baru nak bertatih. Apa pun, buat warga IPGM Kampus Perlis, tanggungjawab anda menjadi penentu nasib kita untuk sesi pengajian tahun hadapan, agar suara kita sebagai pelajar mampu didengari oleh pihak atasan melalui pilihan yang dilakukan oleh kita nanti. Pengundi bijak faedahnya banyak :)

Ana, sebagai salah seorang ahli IMPI, nak promote calon2 IMPI yang bakal bertanding:


  1. Akh Abdul Muhaimin bin Abdul Hamid (P03)
  2. Ukht Norsalwani binti Ramli (P04)
  3. Akh Fatahal Hazmy bin Abdul Hamid (P05)
  4. Ukht Munirah binti Mohamed Abdul Halim (P06)
  5. Akh Mohamad Izzat bin Mohd Nasiq (PP33)
  6. Ukht Amalina Syahirah binti Mat Zin (PP34)
  7. Muhammad Zaki bin Md Rosnan (PP35)
  8. Ukht Noraina Mardiyyah binti Zaidan (PP36)

Sokonglah calon kita!!! Maklumat lanjut tentang calon IMPI dan berkenaan pilihan raya ada di sini.

October 13, 2009

Raya dan Makan :)

Salam
Entry ni patut dipublishkan hari Sabtu / Ahad lepas, after beberapa event ana pergi, tapi nak buat mcm mana, sibuk punya pasal, terbantut hasrat ana. Dengan blog x boleh bukak lagi satu hal...panas, panas. Blog pun nak sonicwall jugak ke?? Erm, sabar je la. Ceritanya pasal raya dan makan, memang satu pasangan yang ideal dan memang x dapat dipisahkan (p/s : yang belum habis puasa enam, confirm x setuju..hehehe..cepat2 habiskan ye, syawal dah nak habis ni, rugi ooo lau tinggal macam tu je). Hari Sabtu n Ahad lepas, memang murah rezeki, makan aje kerjanya. Bawah ni ada sedikit gambar suasana raya yang ana join sekali.

Hari : Jumaat
Jam : 9.00 malam
Tempat : Restoran Nelayan Kuala Perlis
Anjuran : Ustaz Yusoff aka my mentor (dia belanja..ala2 jamuan raya kat rumah dia lah..hehehe, walaupun bukan makan kuih raya pun, seafood la kan lau dah kat kuala perlis..)

Tak sempat ambil gambar orang yang makannya, sebab ana pun nak makan jugak..lapar. So, ini saja yang dapat ana kongsi...


Ada 3 table malam tu..erm, berapa la ye yg ustaz kena bayar..huhu..biarlah rahsia :)

Kek ni memang sedap, yum..yum..PA (B) ~ stand together-gether k..

---------------------------------------------------------------------------------------

Hari : Sabtu
Jam : 3.00 petang
Tempat : Rumah Ustazah Naziroh
Anjuran : konfem anjuran ustazah...

Erm, petang ni, memang dalam plan nak pergi rumah ustazah ni, tapi x sangka la pulak dia nak buat besar2an..siap pasang 2 khemah lagi kat luar. Open house betul la ni. Petang ni ana makan nasi kuning, ayam masak ape ntah, rendang daging (mungkin la kot..x kenal menu lah, tolong makan boleh la), laksa, terminum air nira (huhu..x bestnya), cocktail buah2an, kuih raya, kek raya. Syok sangat makan..Untuk yang ni, gambar makanan ana x ambil, ambil gambar orang la pulak..hehehe..



Inilah dia, sedikit suasana kat rumah ustazah...

---------------------------------------------------------------------------------------

Hari : Sabtu
Jam : 9.00 malam
Tempat : Dewan Indera Kayangan
Anjuran : Majlis Warden, Kolej Kediaman, MPP

Malam ni pulak, memang ramai orang...peringkat IPGM la katakan. Penuh n sesak jugak la dewan tu. Nak ambil makanan pun kena berebut2..(lau x berebut, melepas la..) Erm, ana makan sikit je sebab kenyang makan kat rumah ustazah tadi pun x habis lagi. Tambah pulak dengan ramai orang, nak berebut pun, malas2 je. Menu mee goreng, laksa, roti jala, kek coklat, kuih2, buah2, dadih dan mungkin ade lagi, ana x sempat nak menjelajah. Ana makan mee goreng, laksa n dadih je. Ada cabutan bertuah jugak, nombor ana 31, tapi ana balik awal, mengantuk, lagipun memang dah jangka x bertuah pun..hehe.



Ramai2...

Malam ni memang masing2 pakai baju raya..berebut jangan x berebut ye..tapi jaga baju tu, nanti x ensem pulak...

Ni pulak dua orang budak yang kelaparan...sambil2 tunggu orang lain berebut, dorg ni nak berposing dulu..ish3x...cik kak, makanan dah abis tu.. :)

Sukanya dia...mybe sbb makan punya pasal..


Erm, memang 1Malaysia la ni..dorg pun turut serta..bagus2


Masa tuk makan..yum..yum..sedapnye..


Makan..makan..makan..

Ada jugak persembahan lagu raya oleh Shoutul Murabbi..not bad..



October 05, 2009

Sehebat Mehmet II

Salam buat semua. Kali ini ana rasa terpanggil untuk terus menaip. Banyak perkara yang ana nak kongsikan bersama walaupun kadang2 perkongsian ana tidaklah seberapa. Sudah 3 4 hari ana explore internet ni, mencari sesuatu yang amat mengkagumkan diri ana sendiri. Berkenaan dengan ketokohan seorang Pemimpin Agung Islam, Mehmet II @ Sultan Muhammad al-Fateh. Ketokohannya dan kehebatannya sebagai seorang pemimpin yang telah membuka lembaran baru dalam dunia Islam. Tidak malu untuk dinyatakan bahawa baru kali inilah ana mengetahui dengan mendalam berkenaan dengan Mehmet II ni. Sebelum ni ana hanya mendengar dan mengetahui sedikit sahaja berkaitan dengan diri beliau. Jahil betul. Bila dah tahu, perasaan yang tak dapat digambarkan terus muncul dalam diri ana. Ana rasa indahnya jika dapat hidup sezaman dengannya, untuk merasai kegemilangan dan kehebatan Islam ketika itu. Mungkin dapat menjadi sebaik2 tentera seperti yang dilafazkan oleh Rasulullah 1400 tahun dahulu. MashaAllah...bestnya. Tapi itu tidak mungkin. Ana hidup di zaman sekarang, zaman di mana manusia mementingkan keduniaan, meninggalkan yang hak, menegakkan kebatilan...sampai ana pun terkadang terjerumus mengikut hawa nafsu dan godaan syaitan 'aduwwum mubin.

Sabda Baginda saw ketika menggali parit semasa peperangan Khandaq : Constantinople (aka Intanbul masa kini) akan jatuh ke tangan tentera Islam...rajanya adalah sebaik2 raja...tenteranya adalah sebaik2 tentera (Riwayat Imam Ahmad)

Mungkin ramai sudah mengetahui tentang sejarah ini, but its ok, bagi ana, ana suka untuk berkongsi. Kisah yang telah tersemat dalam sejarah ini memberikan rasa lain bagi diri ana, satu semangat yang berkobar2. Berkenaan dengan hadis di atas, seperti yang telah dijanjikan oleh baginda Rasulullah, memang benarlah bahawa Constantinople akan berada dalam genggaman Islam seperti yang dibuktikan oleh al-Fateh. Bagi mendapatkan janji Allah dan RasulNya itu, telahpun wujud pelbagai cubaan untuk menakluk bumi Constantinople. Dikatakan terdapat lima usaha kempen dilakukan ketika di zaman Umayyah, sekali oleh Abbasiyyah dan dua kali percubaan oleh kerajaan Uthmaniyyah ini namun semuanya menemui jalan buntu. Malahan tersapat seorang sahabat nabi saw sendiri yang telah mendapat anugerah syahid iaitu Abu Ayyub al-Ansary yang telah bersama2 dengan kerajaan Umayyah untuk mendapatkan Constantinople. Dimakamkan di bawah dinding kubu kota Constantinople seperti kehendaknya sendiri kerana katanya, aku ingin sekali mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik2 raja yang akan mengetuai sebaik2 tentera semasa membebaskan Constantinople, telah menggambarkan bahawa kekuatan dan keteguhan iman seorang sahabat Rasulullah saw. Beratus tahun menunggu akhirnya setelah hampir 800 tahun kemudian, barulah muncul sebaik2 raja dan tentera seperti yang disebut di dalam hadis. Sultan Mehmet II bin Murad ataupun dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menjadi individu yang disebutkan oleh Rasulullah itu bersamanya 150 000 bala tentera yang penuh dengan semangat jihad. Jika dihitung, hari ini, sudah lebih kurang 556 tahun sejarah itu berlalu. Bilakah sejarah seperti ini akan berulang?

Kenali Terlebih Dahulu Constantinople
Constantinople merupakan sebuah kota yang berbentuk segi tiga dimana terdapat dua bahagian kota ini menghadap laut iaitu kearah Selat Bosphorus dan satu lagi menghadap Laut Marmara. Sementara itu, bahagian daratnya pula telah dilindungi dengan satu tembok kukuh yang begitu kuat dan teguh.

Kota Constantinople

Dibahagian luarnya, ia dikelilingi oleh sabuah parit yang amat besar di mana kedalaman parit tersebut adalah sedalam sepuluh meter manakala lebarnya pula adalah sejauh 6o meter. Cuba anda bayangkan, besarkan? Kota ini dilindungi oleh dua lapisan tembok. Ketinggian tembok luarnya adalah setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter dan tembok dalamnya setebal 15 meter dengan ketinggian 40 kaki. Wujud sebuah menara kawalan sepanjang tembok di bahagian dalam dan mempunyai ketinggian 60 meter. Bukan itu sahaja, ia juga dikuatkan dengan pertahanan tenaga manusia dimana terdapatnya 400 batalion tentera terlatih yang mengawal tembok ini setiap masa dan ketika. Anda bayangkan sekali lagi, betapa kukuhnya pertahanan kota ini sehinggakan andai difikir secara logik, hampir mustahil untuk menembusinya jika tidak ada strategi yang mantap dan bersungguh2 untuk menawannya.

Gambaran lapisan tembok Kota Constantinople

Itu semuanya di darat dan tidak cukup dengan itu, di laut juga tidak dibiarkan kosong tanpa pertahanan. Terdapat satu rintangan besi yang amat kuat di Selat Bosphorus, yang digunakan untuk menghalang kapal2 daripada melepasinya.

Rintangan besi di Teluk Golden Horn (yang macam garisan tu..tengan laut)

Inilah rantai besi yang digunakan untuk menghalang laluan kapal2

Untuk pengetahuan semua, Constantinople telahpun menjadi ibu kota bagi empayar Byzantine selama berkurun2 lamanya dan ia merupakan sebuah kota yang paling maju dan terkaya di dunia Eropah ketika itu. Letaknya di antara pertemuan dua benua iaitu Asia dan Eropah, Laut Mediterranean dan juga Laut Hitam. Keadaan ini menyebabkan ia merupakan satu kawasan yang amat strategik untuk perdagangan.


Constantinople kini dikenali sebagai Istanbul di bumi Turki

Sejak ungkapan hadis yang disebutkan di atas dilafazkan oleh Rasulullah saw, banyak percubaan menawan kota ini dibuat. Ia pernah dilakukan oleh sahabat baginda sendiri seperti yang telah disebut iaitu Abu Ayyub al-Ansari selama tujuh tahun namun menemui kegagalan sehinggalah munculnya Sultan Muhammad al-Fateh.

Kenali al-Fateh
Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada tanggal 29 Mac 1432 di bumi Adrianapolis yang terletak di sempadan antara Turki dan juga Bulgaria. Dikenali sebagai al-Fateh kerana kejayaan luar biasanya membebaskan kota Constantinople. Beliau memerintah kerajaan Uthmaniyyah selama 30 tahun bermula dari tahun 1451 sehingga tahun 1481. Cuba bayangkan ketokohannya kerana menaiki takhta ketika usia muda iaitu 19 tahun. Beginilah syabab yang dicari2 masa kini, berwibawa seperti Mehmet II..subhanallah. Beliau merupakan panglima agung Islam yang terulung selain Salahuddin al-Ayyubi kerana beliau telah memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Mangkatnya baginda pada tarikh 3 Mei 1481 (pelbagai pendapat berkenaan sebab kematiannya, antara yang masyhur adalah kerana sakit gout dan ada juga yang mengatakan beliau diracun oleh tabibnya sendiri iaitu Maesto Jakopa yang merupakan seorang Yahudi).

Sultan Muhammad al-Fateh

Tarbiyyah
Tarbiyyah kepadanya adalah seimbang dan menyeluruh. Mendapat didikan agama yang amat mantap dari seorang tokoh guru yang tidak kurang hebatnya iaitu Syeikh Shamsuddin al-Wali yang berketurunan dari Khalifah ar-Rasyidin pertama iaitu Saidina Abu Bakr as-Siddiq. Ilmu kepimpinan juga diterapkan dalam dirinya dan ini terbukti melalui ketokohan beliau ketika memangku jawatan Khalifah semasa berumur 12 tahun ketika ayahnya Sultan Murad II pergi ke Pulau Magnesia. Ketokohannya terserlah apabila beliau mampu untuk menangani segala tipu muslihat musuh. Tidak ketinggalan dalam bidang akademik, beliau menguasai tujuh bahasa iaitu Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan juga Hebrew. Tidak dinafikan jika sudah menjadi panglima agung, sudah tentu ilmu perperangan juga diajar. Beliau mendapat didikan ilmu perperangan seperti memanah, menunggang kuda dan sebagainya dari panglima2 tentera Islam ketika itu. Keperibadiannya sebagai pemimpin yang tidak melihat kepada pangkat terserlah apabila beliau bersama2 mengerah kudratnya membina benteng Rumeli Hissari, menyebabkan semua menteri dan ulama' turut sama mengerah tenaga.

Pembebasan Constantinople
Usaha yang amat teliti dan keras telah dilakukannya demi membebaskan kota Constantinople telah terbukti apabila selama dua tahun beliau memegang takhta kerajaan Uthmaniyyah, setiap malam beliau sentiasa mengkaji dan meneliti pelan Constantinople untuk mengenal titik kelemahannya. Tidak itu sahaja, pengkajian tentang sebab2 kegagalan kempen2 terdahulu serta diskusi bersama panglima2 perangnya tentang strategi perang yang sesuai juga dilakukan olehnya demi membebaskan Constantinople. Antara lain mereka mengenal pasti hal berikut:


  • Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu. Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Constantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang. Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns dan ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Jika diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu. Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki.
Meriam yang diguna oleh tentera Sultan Muhammad al-Fateh

  • Rantai besi yang kuat yang merintangi Teluk Golden Horn dan menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut. Sultan Muhammad telah mencipta satu strategi luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh. Lebih lanjut berkenaan dengannya, teruskan membaca..hehe.
  • Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun. Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan. Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?
  • Selain itu juga, beliau juga melakukan perjanjian damai dengan pihak Wallachia, Serbia serta Hungary agar mereka ini tidak memberikan bantuan kepada Constantinople apabila diserang.
  • Berjuang di medan perang bukan hanya disertai oleh tentera2 sahaja malahan beliau membawa bersama golongan ulama dan juga motivater bertujuan membakar semangat tenteranya. Menghampiri dinding kubu Constantinople, laungan azan dilakukan berserta dengan solat jemaah. Tindakan tersebut telah menggentarkan tentera Byzantine.

Rumeli Hissari dari jauh


Serangan Ke Arah Constantinople
Sebelum serangan dilakukan, Sultan Mehmet II telahpun menghantar utusannya kepada Raja Byzantine terlebih dahulu, untuk menyatakan bahawa agar mereka menyerah, namun atas sebab keengganannya, maka kota tersebut dikepung dan pada 19 April 1453, serangan ke arah Constantinople pun bermula dimana kota itu dihujani dengan peluru meriam serta panahan anak panah selama 48 hari. Ini menyebabkan sebahagian dinding kota ini rosak namun tidak merosakkan dinding tengahnya.

Strategi lain yang digunakan adalah dengan menggunakan menara bergerak yang ketinggiannya melepasi dinding kubu Constantinople dan boleh memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantine berjaya memusnahkan menara tersebut sebaik sahaja ia berjaya menembusi dinding tengah kubu kota itu.


Tentera Byzantine tidak keseorangan kerana mereka telah mendapat bantuan daripada Pope di Rome yang telah menghantar
sebanyak lima buah armada kapal laut yang dipenuhi di dalamnya senjata perang dan juga tentera. Keadaan ini menyebabkan semangat tentera Byzantine kembali marak.

Strategi Luar Biasa
Luar biasa sekali pemikiran Sultan al-Fateh ini. Disebabkan halangan rantai besi di perairan Golden Horn, telah menyebabkannya berfikir untuk melakukan strategi paling luar biasa. Keesokannya tentera Byzantine telah dikejutkan dengan kewujudan 72 (bukan sebuah dua) kapal di perairan Teluk Golden Horn sedangkan perairan itu sebelum ini telahpun dihalang dengan rantai besi. Apakah strategi yang digunakan oleh Sultan al-Fateh ini? Untuk pengetahuan, strateginya adalah mengangkut kapal sejumlah 72 buah merentasi gunung dan dimasukkan semula ke laut, menggunakan tenaga manusia, hanya pada satu malam sahaja. Strategi yang diakui sebagai luar biasa dan terbaik di dunia, diakui sendiri oleh para sejarawan Barat. Bagi tujuan membawa kapal2 melalui gunung untuk melepasi rintangan besi di perairan Teluk Golden Horn tersebut, kapal2 ini telah diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.

Gambaran tentang usaha awal semasa kapal2 dibawa naik ke darat

Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Constantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang.
Setelah kapal2 tersebut berada di perairan Teluk Golden Horn, maka ia telah membedil pula dinding belakang kota Constantinople. Keadaan ini menyebabkan tentera Byzantine menjadi semakin lemah. Sebanyak 400 buah kapal musuh musnah terbakar dan ia diiringi dengan serangan di daratan juga. Sultan Muhammad pula terus memberi semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada hadis Rasulullah seperti yang disebutkan tadi dan sentiasa berdoa kepada Allah.

Gambaran penarikan kapal yang dilakukan pada malam hari

Pagi keesokan hari, tentera Uthmaniyyah cuba untuk memanjat dinding dalam kubu menggunakan tangga dan cuba merobohkan menggunakan lastik gergasi. Mereka telah mendapat tentangan sengit dari pihka tentera Byzantine sehingga menyebabkan ramai tentera yang gugur syahid. Oleh sebab itu, Sultan Muhammad menyuruh tenteranya berundur namun bedilan meriam tetap diteruskan sehingga tengahari.


Semangat Perjuangan
Selama 53 hari pengepungan dilakukan tanpa menunjukkan sebarang tanda2 kemenangan telah sedikit sebanyak melunturkan semangat tentera Islam Uthmaniyyah. Namun beliau tidak pernah berputus asa, tetap berusaha mengembalikan semangat tenteranya dengan berucap " wahai tenteraku, aku bersedia untuk syahid di jalan Allah, sesiapa yang mahu syahid, ikutlah aku". Begitulah semangatnya Sultan Muhammad al-Fateh. Kesan daripada itu, seorang tenteranya iaitu Hasan Ulubate telah muncul mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera Islam menyerbu dan melompat masuk ke dalam kubu musuh serta memacak panji2 Islam di situ. Kesemuanya syahid setelah dihujani anak panah musuh. Tentera Islam yang lainnya telah menyerbu dan menembusi barisan pertahanan tentera Byzantine bersama2 laungan kalimah Allahu Akbar.

Constantinople kepada Islambul
Akhirnya, berkat kesabaran dan keteguhan semangat tentera Islam, Constantinople berjaya ditakluk pada 29 Mei 1453. Sultan Muhammad juga telah menukar nama Constantinople kepada Islambul yang bermaksud Islam keseluruhannya sebelum wujudnya nama Istanbul pada hari ini di Turki yang telah ditukar oleh pengkhianat agama, Mustafa Kamal Atarturk. Jika kewujudan Islambul kekal sehingga ke hari ini dengan berpaksikan kepada kepimpinan khilafah sehebat Mehmet II, pasti Islam terus dijulang tinggi, dihormati kawan dan lawan. Namun itu dulu, apa yang diidamkan sekarang ini, akan wujudkah insan syabab seagung dan sehebat Mehmet II untuk mengembalikan kegemilangan Islam? Alangkah indahnya hidup bersama kepimpinan daulah Islamiyah agung itu.

Keagungannya Diakui
Barat menyatakannya sebagai Grand Seigneur yang bererti pemimpin agung. Menurut ahli sejarah Byzantine pula, beliau merupakan seorang pemimpin yang hebat dan mempunyai strategi terhebat kerana berjaya menukar tanah menjadi laut. Selain itu para sejarawan Islam telah menyatakan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang hebat, warak, tawaduk selepas Sultan Salahuddin al-Ayyubi (perang Salib) dan juga Sultan Saifuddin Muzaffar al-Qutuz (perang 'Ain Jalut menentang Mongol).

Makam sebaik2 raja

Berubah???

Salam 'alaykum..
Kembali lagi untuk memeriahkan blog ni. Ana terasa amat tertekan minggu lepas, satu minggu yang amat teruk dan menyeksakan, sebab tu xde perkara baru yang sempat untuk dikongsikan, walaupun ana merasakan minggu lepaslah banyak perkara yang berlaku..sebabnya terlalu banyak kerja aka assignment kena submit. Diakui, memang salah ana sebab melengah-lengahkan kerja yang ada...(serves u right..hahaha + raya sakan). Tapi inilah sikap ana yang susah untuk ubah buat waktu sekarang. Bagi ana, kerja yang dapat menjadi begitu susah untuk disiapkan, tapi bila sudah sampai due date nya, semua kerja boleh buat. Bukan tak tahu nak buat sebenarnya, tapi disebabkan tiada satu pemula yang memaksa ana untuk membuat kerja. Ana ni, lau ada satu situasi yang amat memaksa, baru semua kerja boleh jalan. Bak kata orang, nak kena ketuk dulu, baru jalan...macam tukul dan paku, hahaha. Apapun, ana cuba untuk berubah. Kadang-kadang ana terasa analah orang @ manusia yang disebutkan oleh Allah sebagai golongan yang rugi, sebabnya tidak memanfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya. Wal 'asr...innal insaana lafi khusr...ya tuhan, sedihnya jadi macam ni ( tapi masih x berubah..huhu ). Erm, take time lah tuk shift my paradigm.
Kelakar juga bila fikir kejadian ni. Kisahnya begini, minggu lepas kena hantar 3 task, due datenya semua hari Jumaat ( banyak kali dah extend..huhu ), ana pulak, hari Rabu, semua task tu baru 4-5 helai page je, bayangkanlah. Hari Rabu tu jugak ana dengan gatalnya tanpa rasa bersalah ikut team Nasheed Shoutul Murabbi pergi IPGM KSAH, ada pertandingan nasyid antara IPGM zon utara. So, hari tu pun burn je lah, xde satu huruf pun yang ditaip..haha. Kesannya, esok hari barulah bertungkus-lemas (betul x) buat semua, dari pagi Khamis tu sampai jam 5 pagi hari Jumaat, then lelap mata dalam 30 minit. Lepas tu solat subuh, sambung balik kerja tu. Alhamdulillah, siap sepenuhnya jam 3.25 petang. (walaupun petang Jumaat tu ana terpaksa tolak 2 undangan..ceewah..undangan tuk ke UUM (kes nasheed jugak), lagi satu undangan tuk pergi Yan, rumah keluarga angkat). Mujurlah ana x pergi, kalau tidak, confirm tak siap lagi tugasan2 tu. Sekarang ni, ana tengah terseksa sakit mata + bengkak sebab tidur tak cukup, start petang Jumaat tu sampailah sekarang ni...huahuahua. Sabar je la, berani buat, berani tanggung lah. Mujurlah sekarang ni dah ada tanda2 tuk sembuh, Alhamdulillah.

Inilah hasil kerja ana

Lagi gambar...

So, perubahan?? Tak tahulah, nak berubah perlukan azam yang betul2 kuat. Ana pulak macam hangat2 tahi ayam je. Ada mood buat kerja, semua perkara nak buat, bila takde mood, paham2 je lah ye. So, pengajarannya janganlah jadi seperti diri ana, kerana anda juga yang akan merana akhirnya...huhu. Shift your paradigm!!


Lihatlah dunia, hasil kerja ana..huhu. Luar nampak menarik, dalam macam mana?? Hasil kerja satu hari, x setanding dengan hasil kerja sebulan :(

My Du'a

I dedicate this beautiful lyric @ song especially (sung by new nasheed singer - Maher Zain, very nice voice) to my Hamas brothers and sisters & other true freedom of Islam. Keep on fighting, because Allah is always with you, as He promised, Palestine will be free...InshaAllah...barokallahu fi kum..


Every day we tell each other
That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye
What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life?
And all those other lies?
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive

I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
‘Cause no matter what they do
They can never hurt you
Coz your soul will always be free

Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free