October 17, 2009

Ittaqullah

Salam 'alaykum buat semua.

Semangatku, my spirit, ruuhi...ke mana kau menghilang pergi?huhu..ana xtau la kenapa, sejak dua menjak tiga menjak dan empat menjak ni (bahasa apa nie..), macam xde semangat je nak buat posting kat blog ni. Bila bukak je blog ni, ana tengok sikit2, tengok blog member2, pastu ana tutup. Rasa nak menulis tu memang xmuncul langsung...kadang2 jeles gak tengok orang lain boleh menulis macam2 artikel dalam seminggu, ana pulak kena ikut mood, walaupun dalam kepala memang banyak benda nak dikongsi bersama..huhu.

Tapi, ana xboleh nak biar macam tu je, manja2 sangat memang x boleh, nanti alamatnya sunyi la blog ni. Erm, sekarang ni tengah paksa diri tuk menulis. Ana pilih satu tajuk yang rasanya macam biasa je, hehehe. Takut dan taqwa, kedua2nya bermula dengan huruf "t". Tapi maksud dia macam mana pulak? Bagi sesetengah orang, maksud kedua2 perkataan ini adalah sama namun apa yang dapat ana simpulkan di sini adalah wujudnya perbezaan dalam persamaan.

Cerita pasal takut dulu. Takut menurut pengertian kamus kepala ana la (hehe,x sempat nak rujuk kamus dewan edisi ke-4, sapa2 yang tahu, silakan beritahu ana k..) adalah merupakan suatu perasaan yang wujud dalam diri seseorang apabila berdepan dengan satu situasi yang menakutkan (betul x?? hahaha). Situasi menakutkan pula ialah satu keadaan di mana seseorang berasa seram sejuk, meremang bulu romanya, gementar, ingin menjauhinya dan lain2 yang sewaktu dengannya. Betul ke ni? Erm, biar je lah..ana yakin, kalau x bagi maksud yang betul pun, semua orang boleh faham macam mana "takut" tu, sebab semua orang pernah merasainya, mustahil ada manusia yang x takut langsung...betul x??...betul, betul, betul...hehehe.

Malam2 hari, kalau duduk sorang diri, mesti akan timbul rasa takut, kalau x banyak pun, mesti ada sikit rasa takut tu. Macam ana, kalau nak pergi tandas malam2, memang rasa meremang je, tambahan pulak tandas ni dah sebulan lebih x berlampu, hitam je, x nampak apa pun..huhu (apa la pihak asrama buat, bila nak baiki lampu tandas ni??sabar je la). Ha, lebih kurang macam tu lah rasanya takut, kalau nak lebih lagi rasa takut, tengok dulu cerita seram korea ke, konfem pergi tandas esok pagi..hehe.


Baiklah, mengarut je cerita ana kat atas tu, kawan2 abaikan je la ye.


Sebenarnya ana nak cerita tentang satu tazkirah yang pernah ana dengar. Ana masih ingat lagi tazkirah ni..Alhamdulillah. Tazkirah berkaitan dengan taqwa. Pentazkirah cuba memberikan perbezaan taqwa@takut kepada Allah dan takut terhadap makhluk melalui cara yang mudah difahami. Satu analogi mudah yang membolehkan kita faham dengan jelas tentang
konsep taqwa kepada Allah. Takut kepada Allah tidak sama dengan kita takut sesama makhluk. Contohnya apabila kita takut kepada hantu, harimau dan lain2, tengah kita jalan2 dalam hutan (menyertai rombongan eksplorasi alam ke, night walking ke..hehehe) dan kita terjumpa harimau atau hantu, apa yang kita akan buat? Maka sah2 jawapannya ialah melarikan diri, kita akan menjauhkan diri daripada semua tu, sebab takut punya hal.

Tapi bukan sebegitu yang patut kita buat apabila kita takut kepada Allah. Apabila kita menyatakan ketakutan kepada Allah, maka kita perlu mendekatinya, bukan menjauhkan diri. Mendekati dalam erti kata melakukan segala apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya.
So, inilah perbezaannya antara takut kepada Allah dan takut kepada makhluk. Simple je tazkirah yang diberi kan. Tapi bagi ana memang cukup bermanfaat.

**************************************

Definisi taqwa menurut Hasan al-Bashri adalah "takut" dan menghindarkan diri dari melakukan segala perkara yang diharamkan Allah dan menunaikan semua perintahNya. Ia juga beerti kewaspadaan dalam menjaga diri terhadap perintah dan larangan yang telah ditetapkan Allah.

Apabila kita lihat sepintas lalu, memang nampak macam mudah je kan, tapi sebenarnya tidak, dalam konteks amal, ia amat memerlukan kepada usaha bersungguh2 untuk mendapatkannya.

Gambaran jelas oleh sahabat Rasulullah saw iaitu Ubay bin Ka'ab mengenai konsep dan hakikat taqwa (mafhumnya) :


Umar al-Khattab pernah bertanya kepada Ubay tentang apakah yang dimaksudkan dengan taqwa. Kemudian Ubay bertanya semula kepada Um
ar : "Apakah anda tidak pernah berjalan di tempat yang penuh dengan duri?" Umar menjawab : "Saya pernah". Ubay bertanya lagi : "Lalu, apakah tindakan anda?" Umar menjawab : "Saya sangat berhati2 dan bersungguh2 menyelamatkan diri daripada duri tersebut." Ubay berkata : "Itulah contoh taqwa".

Maka, itulah taqwa. Kita akan menjadi begitu berhati2 jika kita berjalan di jalan yang penuh dengan duri (tanpa selipar@sandle asadi@kasut phua chu kang la kan, kalau x, main redah je). Duri2 tersebut diibaratkan sebagai segala larangan yang telah ditetapkan oleh Allah agar kita tidak melakukannya ketika hidup di dunia ini. Jadi sewajibnya kita perlulah takut, berhati2 dan waspada terhadap larangan tersebut. Jika kita tidak takut, maka taqwa tidak akan diperolehi. Ingat, pakai sandle asadi ke, kasut phua chu kang ke, ape ke, memanglah duri2 (larangan) tu korang boleh redah je, tapi neraka Allah, macam mana??


Ibnu Qayyim al-Jauziyah menyatakan bahawa mereka yang bertaqwa adalah mereka yang mampu membina tembok pemisah antara dirinya dengan neraka.

Seseorang yang bertaqwa juga akan meninggalkan segala jenis dosa, tidak kira sama ada ia merupakan dosa kecil ataupun dosa besar kerana baginya kedua2nya merupakan dari jenis yang sama iaitu "dosa". Mereka tidak memandang remeh terhadap dosa-dosa kecil kerana gunung yang tinggi melangit pun terbentuk hasil daripada batu2 yang kecil (faham kan analogi ni?)


Justeru, dalam usaha meraih darjah ketaqwaan yang sebenarnya, maka apa yang amat dituntut adalah perjuangan melawan hawa nafsu dan bisikan syaitan di samping sikap istiqomah dalam ajaranNya.




"Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu semua di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa"
(al-Hujurat : 49 : 13)




No comments: