October 18, 2009

Penjelasan Syeikhul Azhar Berkenaan Niqab

Salam 'alaykum warahmatullah
Baru2 ni pasti ramai yang sudah membaca berita2 di dada akhbar tempatan yang mengatakan bahawa pemakaian purdah@niqab dilarang untuk pelajar2 al-Azhar as-Syarif. Lebih mengejutkan lagi ialah larangan pemakaian tersebut dikeluarkan oleh Syeikh al-Azhar, Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi. Macam x logik je kan cerita ni..huhu. Sekali baca mesti ramai akan mengatakan bahawa dunia dah nak kiamat la, nak terbalik la, itu la, ini la, etc, etc, etc. Tapi buat mereka yang bijak dalam menilai, tidak akan terus mempercayainya kerana mereka tahu, dunia kini sering kali di eksploitasi oleh media lebih2 lagi jika hal tersebut berkaitan dengan Islam. Inilah dunia sekarang, yang batil diangkat, yang haq diterus hilang tanpa disebut2.

Penjelasan ini dapat dirujuk melalui link2 dibawah nie (just untuk sape2 yang dah master arab, xpun tuk sape2 yang nak belajar dan lebih menguasai bahasa arab..hehehe, sambil dapat mengetahui cerita sebenar, boleh tambah tharwah lughowiah antum)



Untuk sesiapa yang tidak mahir sangat bahasa arab, korang masih boleh mendapatkan sedikit maklumat dan penjelasan mengenai isu ini dalam versi melayunya. Tapi bukan ana yang translatelah, ana pun xlah seberapa sangat menguasai lughoh quran ni. Ana dapat maklumat ni daripada sahabat blogger ana. Syukran ya. Moga ia mampu merungkai sedikit sebanyak kekeliruan yang terjadi.




***************************************************************************

Al-Imam Al-Akbar al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
sering dinista oleh akhbar dan berita.
Banyak tindakan dan ucapan beliau dieksploitasi
sehingga beliau sering diburukkan.

Sebelum ini beliau dituduh dengan tuduhan menghalalkan riba
sedangkan perkara tersebut tidak berlaku sama sekali.

Kali ini beliau dituduh pula dengan tuduhan ingin mengharamkan niqab.

Berikut adalah sedikit kronologi peristiwa yang berkait dengan isu niqab ini.


1. Isu bermula apabila al-Imam al-Akbar al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
melawat satu sekolah maahad al-Azhar
khas untuk pelajar perempuan (Maahad Fatayat Ahmad Allibi)
pada Sabtu bersamaan 4/10/2009.
Beliau telah melawat satu kelas
lalu melihat ada seorang pelajar perempuan bernama Alak ( آلاء ) memakai purdah.
Alak berumur 13 tahun.

2. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
telah meminta pelajar perempuan itu membuka purdah
kerana kelas tersebut hanya untuk para pelajar perempuan sahaja.
Beliau merasa hairan mengapa pelajar tersebut memakai purdah
sedangkan kelas tersebut khusus untuk pelajar perempuan,
guru yang mengajar adalah guru perempuan dan bilik kelas adalah tertutup.
Alak pada awalnya tidak membuka niqab
apabila Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi memintanya membuka niqab.

3. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi selepas itu
telah menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan pelajar perempuan
memakai purdah di dalam kelas-kelas mereka.
Beliau juga menafikan kenyataan media yang menyatakan
bahawa beliau bercakap dengan Alak
dengan nada suara yang kasar.

4. Majlis Tertinggi Al-Azhar ( المجلس الأعلى للأزهر الشريف )
telah mengadakan mesyuarat tergempar
yang dipengerusikan oleh Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
pada Khamis lalu bersamaan 8/10/2009
untuk membincangkan isu niqab ini.

Majlis telah memutuskan bahawa:

• Para pelajar perempuan dibenarkan
untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab.
Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang
daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif

• Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab
apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab
di dalam bilik-bilik kelas
kerana semua pelajar adalah perempuan.
Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan
untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung.
Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.

• Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab
dalam kehidupan seharian mereka
sebaliknya Majlis tidak bersetuju
niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya
yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak
lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa
wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.

5. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi menegaskan
bahawa beliau menghormati wanita yang memakai niqab
selagi mana tidak menyakiti orang lain dan tidak membawa kepada masalah keamanan.

Beliau menegaskan bahawa
tujuan ketetapan Majlis Tertinggi Al-Azhar tersebut dibuat
adalah kerana untuk menjaga kehormatan para pelajar perempuan.
Ini kerana berlaku pencerobohan beberapa orang lelaki
ke dalam premis al-Azhar yang khusus untuk pelajar perempuan.

Selain itu ketetapan ini juga dibuat
demi untuk mengelakkan berlakunya
penipuan di dalam peperiksaan.
Beliau menegaskan bahawa tahun lepas menyaksikan 12 kes penipuan
semasa peperiksaan apabila para pelajar wanita yang berniqab
yang terbabit telah meletakkan alat rakaman di sebalik niqab yang dipakai.


Lain2 sumber boleh dirujuk di sini :

1. Surat Khabar al-Liwa’al-Islami bertarikh 15 Oktober 2009, bilangan ke 1447, m/s 1
2. Majalah al-Musowwar bertarikh 14 Oktober 2009, bilangan ke 4436, m/s 15 - 16.


1 comment:

Inspirasi Iman Kurniaan Ilahi said...

lumrah kepada yang menegakkan Islam, sering diperlekehkan, dijatuhkan..
difitnah..
sebagai seorg muslim jgn mudah percaya kan media yg memburuk2kan mana2 amir islam..