October 05, 2009

Sehebat Mehmet II

Salam buat semua. Kali ini ana rasa terpanggil untuk terus menaip. Banyak perkara yang ana nak kongsikan bersama walaupun kadang2 perkongsian ana tidaklah seberapa. Sudah 3 4 hari ana explore internet ni, mencari sesuatu yang amat mengkagumkan diri ana sendiri. Berkenaan dengan ketokohan seorang Pemimpin Agung Islam, Mehmet II @ Sultan Muhammad al-Fateh. Ketokohannya dan kehebatannya sebagai seorang pemimpin yang telah membuka lembaran baru dalam dunia Islam. Tidak malu untuk dinyatakan bahawa baru kali inilah ana mengetahui dengan mendalam berkenaan dengan Mehmet II ni. Sebelum ni ana hanya mendengar dan mengetahui sedikit sahaja berkaitan dengan diri beliau. Jahil betul. Bila dah tahu, perasaan yang tak dapat digambarkan terus muncul dalam diri ana. Ana rasa indahnya jika dapat hidup sezaman dengannya, untuk merasai kegemilangan dan kehebatan Islam ketika itu. Mungkin dapat menjadi sebaik2 tentera seperti yang dilafazkan oleh Rasulullah 1400 tahun dahulu. MashaAllah...bestnya. Tapi itu tidak mungkin. Ana hidup di zaman sekarang, zaman di mana manusia mementingkan keduniaan, meninggalkan yang hak, menegakkan kebatilan...sampai ana pun terkadang terjerumus mengikut hawa nafsu dan godaan syaitan 'aduwwum mubin.

Sabda Baginda saw ketika menggali parit semasa peperangan Khandaq : Constantinople (aka Intanbul masa kini) akan jatuh ke tangan tentera Islam...rajanya adalah sebaik2 raja...tenteranya adalah sebaik2 tentera (Riwayat Imam Ahmad)

Mungkin ramai sudah mengetahui tentang sejarah ini, but its ok, bagi ana, ana suka untuk berkongsi. Kisah yang telah tersemat dalam sejarah ini memberikan rasa lain bagi diri ana, satu semangat yang berkobar2. Berkenaan dengan hadis di atas, seperti yang telah dijanjikan oleh baginda Rasulullah, memang benarlah bahawa Constantinople akan berada dalam genggaman Islam seperti yang dibuktikan oleh al-Fateh. Bagi mendapatkan janji Allah dan RasulNya itu, telahpun wujud pelbagai cubaan untuk menakluk bumi Constantinople. Dikatakan terdapat lima usaha kempen dilakukan ketika di zaman Umayyah, sekali oleh Abbasiyyah dan dua kali percubaan oleh kerajaan Uthmaniyyah ini namun semuanya menemui jalan buntu. Malahan tersapat seorang sahabat nabi saw sendiri yang telah mendapat anugerah syahid iaitu Abu Ayyub al-Ansary yang telah bersama2 dengan kerajaan Umayyah untuk mendapatkan Constantinople. Dimakamkan di bawah dinding kubu kota Constantinople seperti kehendaknya sendiri kerana katanya, aku ingin sekali mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik2 raja yang akan mengetuai sebaik2 tentera semasa membebaskan Constantinople, telah menggambarkan bahawa kekuatan dan keteguhan iman seorang sahabat Rasulullah saw. Beratus tahun menunggu akhirnya setelah hampir 800 tahun kemudian, barulah muncul sebaik2 raja dan tentera seperti yang disebut di dalam hadis. Sultan Mehmet II bin Murad ataupun dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menjadi individu yang disebutkan oleh Rasulullah itu bersamanya 150 000 bala tentera yang penuh dengan semangat jihad. Jika dihitung, hari ini, sudah lebih kurang 556 tahun sejarah itu berlalu. Bilakah sejarah seperti ini akan berulang?

Kenali Terlebih Dahulu Constantinople
Constantinople merupakan sebuah kota yang berbentuk segi tiga dimana terdapat dua bahagian kota ini menghadap laut iaitu kearah Selat Bosphorus dan satu lagi menghadap Laut Marmara. Sementara itu, bahagian daratnya pula telah dilindungi dengan satu tembok kukuh yang begitu kuat dan teguh.

Kota Constantinople

Dibahagian luarnya, ia dikelilingi oleh sabuah parit yang amat besar di mana kedalaman parit tersebut adalah sedalam sepuluh meter manakala lebarnya pula adalah sejauh 6o meter. Cuba anda bayangkan, besarkan? Kota ini dilindungi oleh dua lapisan tembok. Ketinggian tembok luarnya adalah setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter dan tembok dalamnya setebal 15 meter dengan ketinggian 40 kaki. Wujud sebuah menara kawalan sepanjang tembok di bahagian dalam dan mempunyai ketinggian 60 meter. Bukan itu sahaja, ia juga dikuatkan dengan pertahanan tenaga manusia dimana terdapatnya 400 batalion tentera terlatih yang mengawal tembok ini setiap masa dan ketika. Anda bayangkan sekali lagi, betapa kukuhnya pertahanan kota ini sehinggakan andai difikir secara logik, hampir mustahil untuk menembusinya jika tidak ada strategi yang mantap dan bersungguh2 untuk menawannya.

Gambaran lapisan tembok Kota Constantinople

Itu semuanya di darat dan tidak cukup dengan itu, di laut juga tidak dibiarkan kosong tanpa pertahanan. Terdapat satu rintangan besi yang amat kuat di Selat Bosphorus, yang digunakan untuk menghalang kapal2 daripada melepasinya.

Rintangan besi di Teluk Golden Horn (yang macam garisan tu..tengan laut)

Inilah rantai besi yang digunakan untuk menghalang laluan kapal2

Untuk pengetahuan semua, Constantinople telahpun menjadi ibu kota bagi empayar Byzantine selama berkurun2 lamanya dan ia merupakan sebuah kota yang paling maju dan terkaya di dunia Eropah ketika itu. Letaknya di antara pertemuan dua benua iaitu Asia dan Eropah, Laut Mediterranean dan juga Laut Hitam. Keadaan ini menyebabkan ia merupakan satu kawasan yang amat strategik untuk perdagangan.


Constantinople kini dikenali sebagai Istanbul di bumi Turki

Sejak ungkapan hadis yang disebutkan di atas dilafazkan oleh Rasulullah saw, banyak percubaan menawan kota ini dibuat. Ia pernah dilakukan oleh sahabat baginda sendiri seperti yang telah disebut iaitu Abu Ayyub al-Ansari selama tujuh tahun namun menemui kegagalan sehinggalah munculnya Sultan Muhammad al-Fateh.

Kenali al-Fateh
Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada tanggal 29 Mac 1432 di bumi Adrianapolis yang terletak di sempadan antara Turki dan juga Bulgaria. Dikenali sebagai al-Fateh kerana kejayaan luar biasanya membebaskan kota Constantinople. Beliau memerintah kerajaan Uthmaniyyah selama 30 tahun bermula dari tahun 1451 sehingga tahun 1481. Cuba bayangkan ketokohannya kerana menaiki takhta ketika usia muda iaitu 19 tahun. Beginilah syabab yang dicari2 masa kini, berwibawa seperti Mehmet II..subhanallah. Beliau merupakan panglima agung Islam yang terulung selain Salahuddin al-Ayyubi kerana beliau telah memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Mangkatnya baginda pada tarikh 3 Mei 1481 (pelbagai pendapat berkenaan sebab kematiannya, antara yang masyhur adalah kerana sakit gout dan ada juga yang mengatakan beliau diracun oleh tabibnya sendiri iaitu Maesto Jakopa yang merupakan seorang Yahudi).

Sultan Muhammad al-Fateh

Tarbiyyah
Tarbiyyah kepadanya adalah seimbang dan menyeluruh. Mendapat didikan agama yang amat mantap dari seorang tokoh guru yang tidak kurang hebatnya iaitu Syeikh Shamsuddin al-Wali yang berketurunan dari Khalifah ar-Rasyidin pertama iaitu Saidina Abu Bakr as-Siddiq. Ilmu kepimpinan juga diterapkan dalam dirinya dan ini terbukti melalui ketokohan beliau ketika memangku jawatan Khalifah semasa berumur 12 tahun ketika ayahnya Sultan Murad II pergi ke Pulau Magnesia. Ketokohannya terserlah apabila beliau mampu untuk menangani segala tipu muslihat musuh. Tidak ketinggalan dalam bidang akademik, beliau menguasai tujuh bahasa iaitu Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan juga Hebrew. Tidak dinafikan jika sudah menjadi panglima agung, sudah tentu ilmu perperangan juga diajar. Beliau mendapat didikan ilmu perperangan seperti memanah, menunggang kuda dan sebagainya dari panglima2 tentera Islam ketika itu. Keperibadiannya sebagai pemimpin yang tidak melihat kepada pangkat terserlah apabila beliau bersama2 mengerah kudratnya membina benteng Rumeli Hissari, menyebabkan semua menteri dan ulama' turut sama mengerah tenaga.

Pembebasan Constantinople
Usaha yang amat teliti dan keras telah dilakukannya demi membebaskan kota Constantinople telah terbukti apabila selama dua tahun beliau memegang takhta kerajaan Uthmaniyyah, setiap malam beliau sentiasa mengkaji dan meneliti pelan Constantinople untuk mengenal titik kelemahannya. Tidak itu sahaja, pengkajian tentang sebab2 kegagalan kempen2 terdahulu serta diskusi bersama panglima2 perangnya tentang strategi perang yang sesuai juga dilakukan olehnya demi membebaskan Constantinople. Antara lain mereka mengenal pasti hal berikut:


  • Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu. Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Constantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang. Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns dan ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Jika diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu. Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki.
Meriam yang diguna oleh tentera Sultan Muhammad al-Fateh

  • Rantai besi yang kuat yang merintangi Teluk Golden Horn dan menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut. Sultan Muhammad telah mencipta satu strategi luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh. Lebih lanjut berkenaan dengannya, teruskan membaca..hehe.
  • Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun. Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan. Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?
  • Selain itu juga, beliau juga melakukan perjanjian damai dengan pihak Wallachia, Serbia serta Hungary agar mereka ini tidak memberikan bantuan kepada Constantinople apabila diserang.
  • Berjuang di medan perang bukan hanya disertai oleh tentera2 sahaja malahan beliau membawa bersama golongan ulama dan juga motivater bertujuan membakar semangat tenteranya. Menghampiri dinding kubu Constantinople, laungan azan dilakukan berserta dengan solat jemaah. Tindakan tersebut telah menggentarkan tentera Byzantine.

Rumeli Hissari dari jauh


Serangan Ke Arah Constantinople
Sebelum serangan dilakukan, Sultan Mehmet II telahpun menghantar utusannya kepada Raja Byzantine terlebih dahulu, untuk menyatakan bahawa agar mereka menyerah, namun atas sebab keengganannya, maka kota tersebut dikepung dan pada 19 April 1453, serangan ke arah Constantinople pun bermula dimana kota itu dihujani dengan peluru meriam serta panahan anak panah selama 48 hari. Ini menyebabkan sebahagian dinding kota ini rosak namun tidak merosakkan dinding tengahnya.

Strategi lain yang digunakan adalah dengan menggunakan menara bergerak yang ketinggiannya melepasi dinding kubu Constantinople dan boleh memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantine berjaya memusnahkan menara tersebut sebaik sahaja ia berjaya menembusi dinding tengah kubu kota itu.


Tentera Byzantine tidak keseorangan kerana mereka telah mendapat bantuan daripada Pope di Rome yang telah menghantar
sebanyak lima buah armada kapal laut yang dipenuhi di dalamnya senjata perang dan juga tentera. Keadaan ini menyebabkan semangat tentera Byzantine kembali marak.

Strategi Luar Biasa
Luar biasa sekali pemikiran Sultan al-Fateh ini. Disebabkan halangan rantai besi di perairan Golden Horn, telah menyebabkannya berfikir untuk melakukan strategi paling luar biasa. Keesokannya tentera Byzantine telah dikejutkan dengan kewujudan 72 (bukan sebuah dua) kapal di perairan Teluk Golden Horn sedangkan perairan itu sebelum ini telahpun dihalang dengan rantai besi. Apakah strategi yang digunakan oleh Sultan al-Fateh ini? Untuk pengetahuan, strateginya adalah mengangkut kapal sejumlah 72 buah merentasi gunung dan dimasukkan semula ke laut, menggunakan tenaga manusia, hanya pada satu malam sahaja. Strategi yang diakui sebagai luar biasa dan terbaik di dunia, diakui sendiri oleh para sejarawan Barat. Bagi tujuan membawa kapal2 melalui gunung untuk melepasi rintangan besi di perairan Teluk Golden Horn tersebut, kapal2 ini telah diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.

Gambaran tentang usaha awal semasa kapal2 dibawa naik ke darat

Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Constantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang.
Setelah kapal2 tersebut berada di perairan Teluk Golden Horn, maka ia telah membedil pula dinding belakang kota Constantinople. Keadaan ini menyebabkan tentera Byzantine menjadi semakin lemah. Sebanyak 400 buah kapal musuh musnah terbakar dan ia diiringi dengan serangan di daratan juga. Sultan Muhammad pula terus memberi semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada hadis Rasulullah seperti yang disebutkan tadi dan sentiasa berdoa kepada Allah.

Gambaran penarikan kapal yang dilakukan pada malam hari

Pagi keesokan hari, tentera Uthmaniyyah cuba untuk memanjat dinding dalam kubu menggunakan tangga dan cuba merobohkan menggunakan lastik gergasi. Mereka telah mendapat tentangan sengit dari pihka tentera Byzantine sehingga menyebabkan ramai tentera yang gugur syahid. Oleh sebab itu, Sultan Muhammad menyuruh tenteranya berundur namun bedilan meriam tetap diteruskan sehingga tengahari.


Semangat Perjuangan
Selama 53 hari pengepungan dilakukan tanpa menunjukkan sebarang tanda2 kemenangan telah sedikit sebanyak melunturkan semangat tentera Islam Uthmaniyyah. Namun beliau tidak pernah berputus asa, tetap berusaha mengembalikan semangat tenteranya dengan berucap " wahai tenteraku, aku bersedia untuk syahid di jalan Allah, sesiapa yang mahu syahid, ikutlah aku". Begitulah semangatnya Sultan Muhammad al-Fateh. Kesan daripada itu, seorang tenteranya iaitu Hasan Ulubate telah muncul mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera Islam menyerbu dan melompat masuk ke dalam kubu musuh serta memacak panji2 Islam di situ. Kesemuanya syahid setelah dihujani anak panah musuh. Tentera Islam yang lainnya telah menyerbu dan menembusi barisan pertahanan tentera Byzantine bersama2 laungan kalimah Allahu Akbar.

Constantinople kepada Islambul
Akhirnya, berkat kesabaran dan keteguhan semangat tentera Islam, Constantinople berjaya ditakluk pada 29 Mei 1453. Sultan Muhammad juga telah menukar nama Constantinople kepada Islambul yang bermaksud Islam keseluruhannya sebelum wujudnya nama Istanbul pada hari ini di Turki yang telah ditukar oleh pengkhianat agama, Mustafa Kamal Atarturk. Jika kewujudan Islambul kekal sehingga ke hari ini dengan berpaksikan kepada kepimpinan khilafah sehebat Mehmet II, pasti Islam terus dijulang tinggi, dihormati kawan dan lawan. Namun itu dulu, apa yang diidamkan sekarang ini, akan wujudkah insan syabab seagung dan sehebat Mehmet II untuk mengembalikan kegemilangan Islam? Alangkah indahnya hidup bersama kepimpinan daulah Islamiyah agung itu.

Keagungannya Diakui
Barat menyatakannya sebagai Grand Seigneur yang bererti pemimpin agung. Menurut ahli sejarah Byzantine pula, beliau merupakan seorang pemimpin yang hebat dan mempunyai strategi terhebat kerana berjaya menukar tanah menjadi laut. Selain itu para sejarawan Islam telah menyatakan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang hebat, warak, tawaduk selepas Sultan Salahuddin al-Ayyubi (perang Salib) dan juga Sultan Saifuddin Muzaffar al-Qutuz (perang 'Ain Jalut menentang Mongol).

Makam sebaik2 raja

2 comments:

Amermeftah said...

Perlu ingat, Kastantiniyyah sudah cukup lemah waktu itu, setelah dibantai tentera salib beberapa tahun sebelumnya, dan ketika serangan ditakdirkan Allah Taala salah satu pintunya lupa dikunci, juga waktu itu, kuasa-kuasa serantau sudah bajet Kastantiniyyah akan jatuh dan tak mampu diselamatkan lagi ...

Mi vida said...

Alhamdulillah, dengan kehendakNya juga, ditambah dengan usaha yang begitu keras..

Inilah yang sepatutnya dilakukan dalam apa jua perkara yang kita lakukan, bukannya terus bertawakkal tanpa sebarang usaha..."fa iza 'azamta fatawakkal 'alallah"