November 25, 2009

Mukh de Syarif

Salam 'alaykum..di sini ade sedikit perkongsian bergambar dari ana sekitar mukhayyam IPT zon Utara (nama rasmi : Mukh de Syarif). Antara aktiviti yang kami jalani seperti eksplorasi alam/jungle tracking, eksplorasi diri & emosi, masak sendiri, war game dan macam2 lagi. Keseluruhannya memang menarik dan memenatkan..huhu..

sekitar aktiviti memecahkan ais..time ni memang penat..sebab baru sampai Dusun Pak Syarif


subuh yang penuh keheningan, tazkirah hati yang amat menenangkan

sebelum tracking, regang2 otot dulu


checkpoint pertama, ade la perkara yang dibincangkan tu..sebelum menjelajah hutan


sukanya dia..xtau kenapa :)

aktiviti menutup mata..hati2 weh...

istana pasir kumpulan ana..macam ape agak2nya..

nak hidupkan api amek masa lebih kurang sejam lebih...memang bukan pro la katakan..lgpun kayu api lembap je..

dah siap masak, hasilnya boleh tahan, nasik lemak yang best, kira boleh jual la jugak..haha..




November 16, 2009

Antara Persoalan Manusia

Assalamu'alaykum

Petang tadi baru je ana habis tengok episod 24 "Light of Love" aka Nur Kasih. Walaupun episod ni dah lepas, tapi bagi orang macam ana, yang tinggal kat asrama, duk oversea dan macam2 lagi, terpaksa la tangguh niat nak tgk live, sebab susah sikit. So, untuk alternatifnya, ana kenalah donlod citer ni tiap kali episod baru dah kluar. Memang lambat sikit nak tunggu habis donlod, tambah2 connection slow teramat sangat, tapi kualiti n feeling tuk tengok citer ni lebih dirasai dan memberi kepuasan yang amat sangat. Sebabnya, setiap episod yang ana donlod ni, xde iklan macam kita tengok live. So..best la sikit nak layan perasaan ni..hehe.

Cerita ni bagi ana, memang best dan terbaik pernah ana tonton sebab ia ada menyelitkan pelbagai unsur2 mu'amalah yang islamik walaupun pada hakikatnya sikap pelakonnya bukanlah seperti yang ditunjukkan di dalam cerita ni (memang la kan, nama pun berlakon..haha). Tapi bagi ana, kalau kita sering melihat dan mencari yang negatif je, memanglah kita tak akan nampak sedikit pun yang positifnya. Semua benda ada baik buruknya, pandai2lah menilai dengan adil dan bijak. Itu penilaian ana, lain orang, lain pendapatnya.

Apapun, entry ni bukan nak cerita tentang penilaian ana tentang cerita Nur Kasih ni, cuma ada perkara yang ana nak kongsi bersama. Satu ungkapan ayat yang selalu ana dengar bila tengok cerita ni "kenapa tak habis2 ujian diberi" (Nur la yang selalu cakap ayat ni), "Ya Allah, kenapa aku diuji dengan seberat ini" (Aliya pun selalu jugak mengeluh) dan ada lagi ayat seumpamanya yang boleh kita jumpa bila tonton cerita Nur Kasih ni.

Kesimpulannya, keluhan tersebut dapat ana simpulkan dengan ayat ini, "kenapa aku diuji?". Ana yakin dan percaya, kita pun kadang2 mengeluarkan ayat sebegini setelah sukar untuk menghadapi sesuatu..(ana cakap untuk diri sendiri jugak..huhu). Macam2 ujian Allah datangkan seperti kerja yang banyak, rezeki yang kurang, orang tersayang pergi meninggalkan kita (selalu sangat ana teringat arwah mak, al-fatihah..), godaan2 syaitan dan pelbagai lagi. So, persoalannya sekarang adalah kenapa?

Bagi diri ana, ana ada jawapannya, berdasarkan sedikit ilmu yang ada dalam diri ana. Tapi mungkin sebab jawapan yang ana cari pada ana masih kurang, so tadi anapun google kat internet "kenapa manusia diuji", dan ana dapat lagi banyak jawapan untuk persoalan tersebut. Jadi untuk Nur Amina, Aliya, Adam, Sarah...hehe, untuk ana dan siapa2 pun yang sering tertanya2 tentang persoalan "kenapa aku diuji", ini dia jawapannya...(sebahagian daripada hasil pencarian ana dari internet, kalau x puas hati lagi dengan jawapan ni, google lah lagi ye, konfem antum semua dapat jawapannya, xpun, kalau nak lagi bagus, bukak al-Quran dan fahamilah isi2nya..)

*************************************

Dalam ayat ke-2 surah al-Mulk, Allah berfirman yang bermaksud:

"Dia (Allah) yang mencipta kematian dan kehidupan bertujuan untuk menguji siapakah di kalangan kamu yang paling baik amalannya"

Ayat ini menunjukkan, bahawa setiap daripada kita tidak terlepas atau dibiarkan begitu sahaja tanpa diuji oleh Allah, ia tidak lain adalah untuk mengetahui kebenaran iman kita kepada-Nya atau sebaliknya, hakikat ini telah disingkap oleh Allah menerusi ayat 2-3 surah al-Ankabut yang bermaksud:

"Apakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan dengan berkata, kami beriman kepada Allah, sedangkan mereka tidak diuji lagi. Sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang-orang terdahulu daripada mereka semata-mata untuk mengetahui mereka benar-benar beriman atau mereka berdusta untuk beriman kepada Allah"

Tetapi kenapa manusia diuji, apakah hikmah atau rahsia di sebalik ujian yang diterima? Para ulama telah bersepakat dan menyatakan bahawa manusia diuji bertujuan untuk:

1- Mencapai pengabdian hakiki kepada Allah SWT.

2- Ujian yang menimpa umat Islam secara khusus, adalah untuk mematangkan mereka dalam kehidupan di muka bumi ini..

3- Bertujuan untuk menghapuskan dosa yang dilakukan oleh manusia.

4- Bertujuan untuk memperolehi pahala serta memartabatkan kedudukan mereka di sisi Allah SWT.

5- Dengan adanya ujian, ia memberi peluang kepada manusia untuk memikirkan akan segala
kesalahan yang dilakukan pada diri sendiri dan orang lain di masa lampau.

6- Ujian merupakan satu pengajaran untuk kembali bertauhidkan kepada Allah.

7- Ujian juga mampu untuk menghilangkan rasa ego dalam diri dan menyediakan jalan untuk mendekati Allah.

8- Ujian ditimpakan ke atas manusia adalah untuk menyedarkan mereka akan kelebihan yang ada pada diri mereka setelah diuji.

9- Ujian juga berperanan untuk mendidik manusia menjadi matang dan mantap dalam segenap aspek kehidupan mereka.

10- Untuk mengenal kawan sebenar atau kawan yang berkepentingan, ia boleh didapati setelah adanya ujian daripada Allah.

11- Ujian juga mampu untuk mengingatkan manusia akan segala kesalahan sebagai persiapan untuk bertaubat kepada Allah.

12- Ujian mampu menyingkap hakikat sebenar dunia yang menjanjikan pelbagai tipu daya..

13- Ujian mampu untuk mengingatkan manusia akan kelebihan nikmat kesihatan dan kurniaan Allah.

14- Ujian menjanjikan kerinduan manusia untuk memasuki syurga Allah.

*******************************

credit to ust zainuddin hashim - link here


November 14, 2009

Bai'ah

Salam 'alaykum buat semua teman maya ini. Alhamdulillah, ada sedikit masa terluang, sempatlah ana meng"update"kan sedikit blog ana ni yang lama jugaklah terbengkalai. Bukan sengaja untuk tidak aktif, tapi disebabkan pelbagai masalah yang timbul, terpaksalah ana mengikut rentaknya.

Dalam mood exam ni (baru lepas 3 paper, tinggal 2 lagi..next week pulak), ana susah sikit nak mengeksploitasi keadaan semasa yang berlaku. Faham x apa yang ana nak cuba sampaikan..huhu.

Erm, maksud ana, dalam keadaan isu hangat pasal bai'ah wakil rakyat PAS, tak tercapailah akal ana untuk membuat kesimpulan atas apa yang terjadi tu. Cukuplah buat waktu sekarang ni untuk ana faham dan dapat tahu bahawa bai'ah memang wujud dalam PAS, tetapi bukan bai'ah cerai taklik seperti yang hangat diperkatakan sekarang ini sebaliknya bai'ah laknat untuk mengelak risiko melompat pati. Bai'ah cerai taklik yang wujud hanyalah tambahan kepada bai'ah yang dilakukan dan atas kerelaan sendiri segelintir wakil rakyatnya yang ingin menunjukkan kesetiaan paling tinggi kepada PAS.

Memang tindakan bai'ah cerai taklik tersebut nampak tidak manis dipandang dan kepimpinan PAS sudahpun memberikan amaran lisan kepada wakil rakyat tersebut kerana ia seolah-olah merendahkan martabat kaum wanita itu sendiri.

Sedikit yang ana musykil, kenapalah kebanyakan berita yang berkaitan dengan PAS, pasti disalahertikan oleh sesetengah pihak, kenapa tak siasat dulu sebelum nak buat cerita..huhu. Politik oh politik, amat sukar untuk difahami dan memang, semuanya adalah sukar bila ia berkaitan dengan segala idealogi ciptaan barat.

Apapun, itulah sedikit kesimpulan yang ana boleh buat, ana x berniat untuk berpolitik, menyokong pihak itu dan menidakkan pihak ini, tapi ramai boleh tahu mana yang benar dan mana yang batil. Nanti x pasal2 kena dakwa mahkamah ke, gam ke..huhu.

Untuk tatapan sebenarnya ana nak kongsi sedikit tentang info "Bai'ah" sebab dah terlanjur bercakap tentang perkara ni. So, inilah sedikit perkongsian yang dapat ana sertakan :

Syarat-syarat sah Bai’ah
Islam
Baligh
Berakal
Redha dan atas pilihan


Bahagian Baiah
1. Baiah In’iqad
Bai’ah In’iqad ialah menjadikan seseorang yang dibai’ah itu pemilik kekuasaan, kepadanya diberikan hak ketaatan, contoh teladan dan kepatuhan.

- Baiah In’iqad tidak memerlukan kepada semua umat Islam berbai'ah kepada pemimpin yang dibaiah.
- Bai’ah ini dijalankan oleh ahlul Hulli Wal Aqdi
- Tujuan bai’ah ini untuk memilih dan melantik khalifah mentadbir dan menguruskan urusan umat Islam. Dalil yang menunjukkan baiah in’iqad ialah untuk memilih dan melantik khalifah seperti yang berlaku pada perlantikan S. Abu Bakar dengan bai’ah ahlul Halli Wal Aqdi daripada kalangan ahli madinah, begitu juga dengan Umar al-Khattab, Uthman Bin Affan, serta Ali yang melibatkan sebahagian ahli Madinah dan ahli Kufah. Ini menunjukkan tidak perlu bai'ah daripada seluruh umat Islam dan memadai dengan sekelompok ahli daripada umat Islam. Sekiranya berlaku bai'ah daripada bakinya, maka ia dikira bai'ah ta'ah.

************************************************************

2. Bai’ah Ta’ah
Bai’ah Ta'ah ialah pemberian kepada khalifah mengisytiharkan kepada umat agar kepada hak kekuasaannya dalam pentadbiran siasah dan pemberian taat setia dan janji ke atas kakhalifahannya.

- Bai'ah Ta'ah ialah baah selepas bai'ah in’iqad.
- Ibn Qutaibah menyatakan perbezaan antara bai'ah in’iqad dengan bai'ah umum:
Di bai'ah S. Abu Bakar selepas kewafatan baginda pada hari Isnin di Saqifah Bani Saadah kemudian dibai'ah lagi dengan baiah umum pada hari selasa yakni keesokan harinya. Ibnu Ishak meriwayatkan daripada Anas bin Malik: Apabila dibai'ahkan S. Abu Bakar di Saqifah, keesokannya Abu Bakar duduk dimimbar maka bangunlah Umar Al-Khattab dan berkata di hadapan Abu Bakar. Lalau dia mengucapkan kesyukuran dan pujian kepada Allah. Kemudian berkata “Sesungguhnya Allah telah menetapkan urusan kamu pada sebaik-baik urusan kamu. Pengiring Rasulullah yang bersama sama di dalam gua ketika berhijrah. Maka bangunlah dan berikanlah bai'ah kepada Abu Bakar”. Maka umat Islam bangun dan memberi bai'ah kepada Abu Bakar.

Lafaz Bai'ah
Lafaz bai'ah perlu ada 2 perkara
1. Apa yang dikhususkan kepada khalifah negara
Maka lafaznya merangkumi amal-amal daripada Al-Quran dan As-Sunnah yakni maksudnya ia menjadi pemimpin dan ketua hukum syarak Islam.

2. Apa yang dikhususkan kepada umat Islam.
Maka lafaznya iltizam umat Islam dengan ketaatan dan kepatuhan pada semua perkara setakat mana kemampuan mereka.


Cara-cara perlantikan khalifah

1. Bai’ah
2. Istikhlaf ataupun perjanjian
3. Paksaan, kekerasan dan meminta di lantik jadi khalifah
4. Nas Al-Quran dan ini pendapat daripada golongan syiah yang menyatakan S. Ali berhak menjadi khalifah selepas kewafatan baginda.

************************************************

Rujukan Al-Baiah karangan Dr Mahmud Khalidi Maktabah Risalah Hadisah
Diambil rujuk oleh Fahrul Hakim Ishak
**credit to halaqah.net



November 09, 2009

Ikhlas dariku

Salam 'alaykum
Ana kembali..setelah puas mencuba dan mencuba, tekan butang refresh berkali2
Barulah boleh nak buat posting ni..
Memang bnyk nk kongsi, tp sebab masa skrg ana lagi sibuk dengan exam last tuk sem ni, so terpaksalah ana lupakan seketika hasrat ana ni..

Apapun, alang2 dah boleh nak tulis entry ni, ana nak ucapkan
"Selamat Menduduki Peperiksaan"
dan
"Selamat Menjawab"


buat semua rakan2 ana khususnya bach PISMP Pengajian Agama Semester 4 ambilan Januari 2008

Semoga kejayaan sentiasa mengiringi langkah kalian dalam usaha menjadi murabbi ummah yang sejati
Rabbi Yassir wa la Tu'assir

inilah dewan yang bakal diduduki oleh ana dan teman2 untuk sesi menjawab soalan :)