November 16, 2009

Antara Persoalan Manusia

Assalamu'alaykum

Petang tadi baru je ana habis tengok episod 24 "Light of Love" aka Nur Kasih. Walaupun episod ni dah lepas, tapi bagi orang macam ana, yang tinggal kat asrama, duk oversea dan macam2 lagi, terpaksa la tangguh niat nak tgk live, sebab susah sikit. So, untuk alternatifnya, ana kenalah donlod citer ni tiap kali episod baru dah kluar. Memang lambat sikit nak tunggu habis donlod, tambah2 connection slow teramat sangat, tapi kualiti n feeling tuk tengok citer ni lebih dirasai dan memberi kepuasan yang amat sangat. Sebabnya, setiap episod yang ana donlod ni, xde iklan macam kita tengok live. So..best la sikit nak layan perasaan ni..hehe.

Cerita ni bagi ana, memang best dan terbaik pernah ana tonton sebab ia ada menyelitkan pelbagai unsur2 mu'amalah yang islamik walaupun pada hakikatnya sikap pelakonnya bukanlah seperti yang ditunjukkan di dalam cerita ni (memang la kan, nama pun berlakon..haha). Tapi bagi ana, kalau kita sering melihat dan mencari yang negatif je, memanglah kita tak akan nampak sedikit pun yang positifnya. Semua benda ada baik buruknya, pandai2lah menilai dengan adil dan bijak. Itu penilaian ana, lain orang, lain pendapatnya.

Apapun, entry ni bukan nak cerita tentang penilaian ana tentang cerita Nur Kasih ni, cuma ada perkara yang ana nak kongsi bersama. Satu ungkapan ayat yang selalu ana dengar bila tengok cerita ni "kenapa tak habis2 ujian diberi" (Nur la yang selalu cakap ayat ni), "Ya Allah, kenapa aku diuji dengan seberat ini" (Aliya pun selalu jugak mengeluh) dan ada lagi ayat seumpamanya yang boleh kita jumpa bila tonton cerita Nur Kasih ni.

Kesimpulannya, keluhan tersebut dapat ana simpulkan dengan ayat ini, "kenapa aku diuji?". Ana yakin dan percaya, kita pun kadang2 mengeluarkan ayat sebegini setelah sukar untuk menghadapi sesuatu..(ana cakap untuk diri sendiri jugak..huhu). Macam2 ujian Allah datangkan seperti kerja yang banyak, rezeki yang kurang, orang tersayang pergi meninggalkan kita (selalu sangat ana teringat arwah mak, al-fatihah..), godaan2 syaitan dan pelbagai lagi. So, persoalannya sekarang adalah kenapa?

Bagi diri ana, ana ada jawapannya, berdasarkan sedikit ilmu yang ada dalam diri ana. Tapi mungkin sebab jawapan yang ana cari pada ana masih kurang, so tadi anapun google kat internet "kenapa manusia diuji", dan ana dapat lagi banyak jawapan untuk persoalan tersebut. Jadi untuk Nur Amina, Aliya, Adam, Sarah...hehe, untuk ana dan siapa2 pun yang sering tertanya2 tentang persoalan "kenapa aku diuji", ini dia jawapannya...(sebahagian daripada hasil pencarian ana dari internet, kalau x puas hati lagi dengan jawapan ni, google lah lagi ye, konfem antum semua dapat jawapannya, xpun, kalau nak lagi bagus, bukak al-Quran dan fahamilah isi2nya..)

*************************************

Dalam ayat ke-2 surah al-Mulk, Allah berfirman yang bermaksud:

"Dia (Allah) yang mencipta kematian dan kehidupan bertujuan untuk menguji siapakah di kalangan kamu yang paling baik amalannya"

Ayat ini menunjukkan, bahawa setiap daripada kita tidak terlepas atau dibiarkan begitu sahaja tanpa diuji oleh Allah, ia tidak lain adalah untuk mengetahui kebenaran iman kita kepada-Nya atau sebaliknya, hakikat ini telah disingkap oleh Allah menerusi ayat 2-3 surah al-Ankabut yang bermaksud:

"Apakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan dengan berkata, kami beriman kepada Allah, sedangkan mereka tidak diuji lagi. Sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang-orang terdahulu daripada mereka semata-mata untuk mengetahui mereka benar-benar beriman atau mereka berdusta untuk beriman kepada Allah"

Tetapi kenapa manusia diuji, apakah hikmah atau rahsia di sebalik ujian yang diterima? Para ulama telah bersepakat dan menyatakan bahawa manusia diuji bertujuan untuk:

1- Mencapai pengabdian hakiki kepada Allah SWT.

2- Ujian yang menimpa umat Islam secara khusus, adalah untuk mematangkan mereka dalam kehidupan di muka bumi ini..

3- Bertujuan untuk menghapuskan dosa yang dilakukan oleh manusia.

4- Bertujuan untuk memperolehi pahala serta memartabatkan kedudukan mereka di sisi Allah SWT.

5- Dengan adanya ujian, ia memberi peluang kepada manusia untuk memikirkan akan segala
kesalahan yang dilakukan pada diri sendiri dan orang lain di masa lampau.

6- Ujian merupakan satu pengajaran untuk kembali bertauhidkan kepada Allah.

7- Ujian juga mampu untuk menghilangkan rasa ego dalam diri dan menyediakan jalan untuk mendekati Allah.

8- Ujian ditimpakan ke atas manusia adalah untuk menyedarkan mereka akan kelebihan yang ada pada diri mereka setelah diuji.

9- Ujian juga berperanan untuk mendidik manusia menjadi matang dan mantap dalam segenap aspek kehidupan mereka.

10- Untuk mengenal kawan sebenar atau kawan yang berkepentingan, ia boleh didapati setelah adanya ujian daripada Allah.

11- Ujian juga mampu untuk mengingatkan manusia akan segala kesalahan sebagai persiapan untuk bertaubat kepada Allah.

12- Ujian mampu menyingkap hakikat sebenar dunia yang menjanjikan pelbagai tipu daya..

13- Ujian mampu untuk mengingatkan manusia akan kelebihan nikmat kesihatan dan kurniaan Allah.

14- Ujian menjanjikan kerinduan manusia untuk memasuki syurga Allah.

*******************************

credit to ust zainuddin hashim - link here


1 comment:

assyahida said...

" Untuk mengenal kawan sebenar atau kawan yang berkepentingan, ia boleh didapati setelah adanya ujian daripada Allah"

~ni yang paling aku tertarik..
sekarang ni dimana2 susah nak jmpa manusia yang berkawan tanpa berkeptingan apath lgi bcorak peribadi..

~ tapi masih ada lagi kan.. cuma bagai permata di dalam kaca
(brfalsafah lak aku..hehe)

memang besar la kan syafaat buat sesiapa yang bksih syg kerana Allah smata2.. sbb susah nak capai maqam tu...

smg kita smua.. ukhwah fillah...