November 14, 2009

Bai'ah

Salam 'alaykum buat semua teman maya ini. Alhamdulillah, ada sedikit masa terluang, sempatlah ana meng"update"kan sedikit blog ana ni yang lama jugaklah terbengkalai. Bukan sengaja untuk tidak aktif, tapi disebabkan pelbagai masalah yang timbul, terpaksalah ana mengikut rentaknya.

Dalam mood exam ni (baru lepas 3 paper, tinggal 2 lagi..next week pulak), ana susah sikit nak mengeksploitasi keadaan semasa yang berlaku. Faham x apa yang ana nak cuba sampaikan..huhu.

Erm, maksud ana, dalam keadaan isu hangat pasal bai'ah wakil rakyat PAS, tak tercapailah akal ana untuk membuat kesimpulan atas apa yang terjadi tu. Cukuplah buat waktu sekarang ni untuk ana faham dan dapat tahu bahawa bai'ah memang wujud dalam PAS, tetapi bukan bai'ah cerai taklik seperti yang hangat diperkatakan sekarang ini sebaliknya bai'ah laknat untuk mengelak risiko melompat pati. Bai'ah cerai taklik yang wujud hanyalah tambahan kepada bai'ah yang dilakukan dan atas kerelaan sendiri segelintir wakil rakyatnya yang ingin menunjukkan kesetiaan paling tinggi kepada PAS.

Memang tindakan bai'ah cerai taklik tersebut nampak tidak manis dipandang dan kepimpinan PAS sudahpun memberikan amaran lisan kepada wakil rakyat tersebut kerana ia seolah-olah merendahkan martabat kaum wanita itu sendiri.

Sedikit yang ana musykil, kenapalah kebanyakan berita yang berkaitan dengan PAS, pasti disalahertikan oleh sesetengah pihak, kenapa tak siasat dulu sebelum nak buat cerita..huhu. Politik oh politik, amat sukar untuk difahami dan memang, semuanya adalah sukar bila ia berkaitan dengan segala idealogi ciptaan barat.

Apapun, itulah sedikit kesimpulan yang ana boleh buat, ana x berniat untuk berpolitik, menyokong pihak itu dan menidakkan pihak ini, tapi ramai boleh tahu mana yang benar dan mana yang batil. Nanti x pasal2 kena dakwa mahkamah ke, gam ke..huhu.

Untuk tatapan sebenarnya ana nak kongsi sedikit tentang info "Bai'ah" sebab dah terlanjur bercakap tentang perkara ni. So, inilah sedikit perkongsian yang dapat ana sertakan :

Syarat-syarat sah Bai’ah
Islam
Baligh
Berakal
Redha dan atas pilihan


Bahagian Baiah
1. Baiah In’iqad
Bai’ah In’iqad ialah menjadikan seseorang yang dibai’ah itu pemilik kekuasaan, kepadanya diberikan hak ketaatan, contoh teladan dan kepatuhan.

- Baiah In’iqad tidak memerlukan kepada semua umat Islam berbai'ah kepada pemimpin yang dibaiah.
- Bai’ah ini dijalankan oleh ahlul Hulli Wal Aqdi
- Tujuan bai’ah ini untuk memilih dan melantik khalifah mentadbir dan menguruskan urusan umat Islam. Dalil yang menunjukkan baiah in’iqad ialah untuk memilih dan melantik khalifah seperti yang berlaku pada perlantikan S. Abu Bakar dengan bai’ah ahlul Halli Wal Aqdi daripada kalangan ahli madinah, begitu juga dengan Umar al-Khattab, Uthman Bin Affan, serta Ali yang melibatkan sebahagian ahli Madinah dan ahli Kufah. Ini menunjukkan tidak perlu bai'ah daripada seluruh umat Islam dan memadai dengan sekelompok ahli daripada umat Islam. Sekiranya berlaku bai'ah daripada bakinya, maka ia dikira bai'ah ta'ah.

************************************************************

2. Bai’ah Ta’ah
Bai’ah Ta'ah ialah pemberian kepada khalifah mengisytiharkan kepada umat agar kepada hak kekuasaannya dalam pentadbiran siasah dan pemberian taat setia dan janji ke atas kakhalifahannya.

- Bai'ah Ta'ah ialah baah selepas bai'ah in’iqad.
- Ibn Qutaibah menyatakan perbezaan antara bai'ah in’iqad dengan bai'ah umum:
Di bai'ah S. Abu Bakar selepas kewafatan baginda pada hari Isnin di Saqifah Bani Saadah kemudian dibai'ah lagi dengan baiah umum pada hari selasa yakni keesokan harinya. Ibnu Ishak meriwayatkan daripada Anas bin Malik: Apabila dibai'ahkan S. Abu Bakar di Saqifah, keesokannya Abu Bakar duduk dimimbar maka bangunlah Umar Al-Khattab dan berkata di hadapan Abu Bakar. Lalau dia mengucapkan kesyukuran dan pujian kepada Allah. Kemudian berkata “Sesungguhnya Allah telah menetapkan urusan kamu pada sebaik-baik urusan kamu. Pengiring Rasulullah yang bersama sama di dalam gua ketika berhijrah. Maka bangunlah dan berikanlah bai'ah kepada Abu Bakar”. Maka umat Islam bangun dan memberi bai'ah kepada Abu Bakar.

Lafaz Bai'ah
Lafaz bai'ah perlu ada 2 perkara
1. Apa yang dikhususkan kepada khalifah negara
Maka lafaznya merangkumi amal-amal daripada Al-Quran dan As-Sunnah yakni maksudnya ia menjadi pemimpin dan ketua hukum syarak Islam.

2. Apa yang dikhususkan kepada umat Islam.
Maka lafaznya iltizam umat Islam dengan ketaatan dan kepatuhan pada semua perkara setakat mana kemampuan mereka.


Cara-cara perlantikan khalifah

1. Bai’ah
2. Istikhlaf ataupun perjanjian
3. Paksaan, kekerasan dan meminta di lantik jadi khalifah
4. Nas Al-Quran dan ini pendapat daripada golongan syiah yang menyatakan S. Ali berhak menjadi khalifah selepas kewafatan baginda.

************************************************

Rujukan Al-Baiah karangan Dr Mahmud Khalidi Maktabah Risalah Hadisah
Diambil rujuk oleh Fahrul Hakim Ishak
**credit to halaqah.net



No comments: