December 31, 2009

Terakhir :)

Salam 'alaykum wbt..


Buat yg terakhirnya untuk 2009 ni..nak tulis tentang ape ye? Ana pun x tau nak tulis ape, tapi masih nak menulis. Ni semua sebab niat ana sejak pagi td, nk tulis banyak2 posting dalam blog ni..


Erm, ana teruja lah jugak tuk blogging sejak sehari dua ni. Sebab?? Sebabnya ana punya traffic meningkat secara mendadak. Tapi x boleh lawan blogger handalan n otai2 yg lain. Bagi ana, keterujaan ni memang berpatutan dengan status ana sebagai blogger yg boleh dikira baru. Kiranya ana sudah menjadi blogger selama 8 bulan, start dari 1st April 2009 ni. Disebabkan traffic yg dikira banyak ni lah, ana lebih bersemangat untuk menulis entry2 baru, yg kadang2 boleh blah la jugak, tp kdg2 pulak, macam syok sendiri je..haha. Untuk itu, ana berterima kasih banget kepada bro Nescafe Ais dan juga untuk Geng Blogger, kerana disebabkan semua inilah yg jd perintis ke arah kemajuan traffic blog ni..(haha..skema x ayat ni..layanzz..). Kebetulan pulak, traffic yg meningkat ni berlaku di hari2 terakhir 2009, tu la jd semangat lain mcm je ni... :)


Ni jugak posting terakhir ana berbekalkan internet yg betul2 memuaskan hati..(thnx to streamyx). Lepas ni, mesti sakit hati bila nak bukak blog sendiri, nak berblog walking, bukak paper on9, bukak ape2 je la, sebab ana dah mula berada di tempat yg mmberi stress je..(kt mna lg, tempat study la..IPG Kampus Perlis..) huhu.. Connection kt sana macam hidup segan, mati x mau je, tapi xtau la kalau dh ade perubahan..(harapan mungkin tinggal harapan..huhuhu). Apapun, harapnya ana masih boleh meng'update' blog ni. Insha Allah. 


Esok, ana nak jalan2...hehe, sebelum balik Perlis..sebab hari Sabtu ade event yg kira penting jugak la..(ahakss..jalan2 ke..ntah la). Apapun, doa ana segalanya berjalan lancar, dari mula perjalanan, event tu sendiri, then perjalanan ke Perlis. Semoga selamat..insha Allah.


Akhir sekali, hepi neu yer 2010. Semoga semuanya baik2 belaka. Tutup tahun 2009, bukak tahun 2010. 


Wassalamu 'alaykum



Percaya tak??

Salam..


Yahoo...entry ke-4 for today..entah la knp tgn ni lebih menggatal dari biasa hari ni. Apapun ana x kesah...ini blog, ana yg punya..haha, tulis je la ape2 yg dirasakan patot di tulis...


Tinggal beberapa jam je lagi, 2009 melenyapkan diri, menjelmakan satu angka baru untuk semua orang, 2010. Tapi, ape yang istimewanya? Td abang ana kata, bukannya bila masuk 2010 tu, semua benda akan bertukar, contohnya la kan, tepat je jam 12.01.01 pagi je, rumah kita jd banglo mewah, myvi jadi caldina or vios ke..atau ape2 je lah. Betul x??  


Haha..xpe lah, itu pendapat masing2. Bagi sesetengah individu, perubahan angka tersebut memberikan satu makna lain dalam hidup dia, tapi bagi ana, perubahan angka tersebut, menjadikan ana semakin dimamah usia...so maknanya makin dekat nak mati la kan..amalan pulak entah la, tak tau nak cakap...huhu.







Apa yang nak percaya tak?? tu..haha..soalan tu tertimbul dalam kepala ana petang tadi. Ada pernyataan  yang ditimbulkan oleh adik ana yg ntah la, tiba2 je muncul kat rumah petang td..balik dr u dia. Pernyataan tersebut muncul dalam FB dia. Pernyataannya:


"...kalau malam ni menjadi malam mengawan besar-besaran, maka, dalam bulan 8/9/10 tahun 2010, akan lahirlah ramai rakyat2 Malaysia yang baru..."
(lebih kurang macam ni la ayat dia..).


So, dari situlah ana nak persoalkan, antum semua percaya tak ramalan sang nujum ni? Apa pun yang terjadi nanti, antum try la usha2 statistik kelahiran manusia baru pada bulan2 yg tersebut td..(ana x tau nk cari dekat mana statistik tu..huhu..ade sape2 tau x...x jumpe statistik kelahiran manusia, try la carik statistik pembuangan 'manusia kecil' dalam tempoh tu, adakah ia meningkat..)


Ok..setakat tu je..wassalam.







Keje tengah hari tadi..

Salam..


Sekali lagi tuk hari ini, haha..entry ni x pnjg sgt kot rasanya, sebab mata ngantuk je, sebab dah biasa tido petang2..hehe. Untuk kali ni, ana nak tunjuk yang ini...



taraa..ni lah keje ana wat tengah hari tadi..selepas blogging, terus g dapur..wat benda alah ni..ni masa tgh mendidih, kt atas dapur lg..










inilah dia masakan ana tuk hari ini, kari lagi, sebabnya ana peminat kari, dah x kisah org lain, kalau nak, mkn, lau xnak, kelaparan la...hahaha


Sebab lain ana masak kari lg kerana..haha, malas nk pergi kedai tuk beli barang2 tuk menu lain, guna apa yg dah ade kt dalam peti ais, yang ada kt dapur.. Biasa la, hidup dengan org bujang macam ana, simple je. Buat ape nak susah2 dalam hidup ni, nanti kita pun stress..tul x. Better hidup simple tp tetap bahagia n gumbira..haha.


Menu ikan kembong masak kari tanpa santan ni memang feveret, lagi2 kalau ade sambal belacan, mesti maveles. Tapi sebab tadi tahap kemalasan tuk membeli cili api kt kedai meningkat dengan mendadak, so, makan yg ni je la. Erm, ape pun, rasa dia memang sodapp..sampai menjilat jari..(haha..puji la diri sendiri, nk tggu org len puji, ntah bila baru dapat..kui..kui..kui..)


Ok..time tuk tido..
Wassalamu'alaykum...




Hari terakhir 2009...

Salam 'alaykum..


Hari ni 31 Disember 2009, menurut perkiraan tahun masihinya, ia merupakan hari terakhir untuk satu2 tahun..(saja je nak berteori, mana la tau antum sume kurang arif tentangnya..haha). Bulan Islam pulak? Antum tau x berapa haribulan dah hari ni? (ana jawab 15 Muharam..tul x...ana x cek kat kalendar pun, teka je..huhu..). Erm, jawapan yg sebenar? Silap la, hari ni 14 Muharam..baru td gi cek kat kalendar..adoii.


Xde ape sebenarnya, apa yg ana nak kata kat sini, beginilah umat Islam sekarang ni (termasuk ana..), kurang perhatian kepada perkara sebegini, cuma yang kita tau bila 1 Syawal..itu lah yg paling femes sekali, kalah la jugak 1 Ramadhan..(yg ni, ana x termasuk k..haha).


Perkara ni memang nampak x seberapa, tapi demi untuk terus memperlihatkan syiar Islam kat dunia ni, kita sepatutnya mengambil berat tentang bulan Islam ni, lebih afdhal. Bukannya menggunakan kalendar masihi x bagus, tapi berpada2lah..lagipun dunia sekarang lebih memandang yang itu. Sambil mengetahui tarikh masihi, kenalah ambil tahu tarikh Islam. Betul x? (tazkirah tuk antum dan diri ana jugak..hehe)


Dengarnye, malam ni akan ada gerhana bulan dan Masjid Negara ada menganjurkan solat sunat gerhana. Agak2 antum, mana yang lebih ramai, solat sunat ni ke ataupun sambutan ambang tahun baru 2010 yg bertebaran di seluruh negara (dapat jawapan, then fikir2 kan apa nak jadi sekarang ni...sambil nyanyi2 lagu apa nak jadi, apa nak jadi, sampai sekarang x kawin lg..haha..kuar tajuk lak..abaikan). Malam ni pasti merupakan malam yang penuh maksiat (selain ambang merdeka) di negara yang mengisyhtiharkan dirinya sebagai negara Islam, percampuran lelaki perempuan, hiburan melalaikan, arak, zina...(erm..ade ke, ana teka je..kalau ade, berubahlah korang2 ni wei, kalau xde Alhamdulillah la). Ana x cakap semua yg pergi tuk sambut new year ni teruk, segelintir golongan yg jahil je la..(sape makan cili, mesti dia nak minum air..hahaha).





Oklah, semua perkara kalau mengikut hukum adalah harus pada awal2nya, berdasarkan syarat2 tertentu. Boleh baca dengan lanjut di blog  ni. Ana xnak ulas panjang2 kat blog ana. Lagipun ana ni pemalas sikit..hehe.


Apapun, yg paling penting, kita jagalah diri kita sendiri dulu (bukan maksud ana org lain x penting sebab tugas dakwah tu semua org yg bergelar muslim kena buat...). Ingat pesanan ni k...selamat dunia akhirat.


X habis lagi ni, sempena hari terakhir masihi ni, ana rasa nak tulis banyak entry je hari ni..haha, tapi tengoklah dulu boleh buat ke tidak. Kalau boleh, Alhamdulillah, kalau x boleh, boleh blah..haha..xde la, x boleh, xpe la, bukannya wajib pun hukum dia kan??


Ok lah, sampai sini je dulu, ana ade tugas lain pulak, nak masak..haha (tp x tau lg nk masak ape..). Doakan masakan tu jd sedap.. 


Wassalamu'alaykum


p/s : apa pendapat antum semua, "Perlu ke Sambutan Tahun Baru...alasan antum??"



Boringnyer...

Salam pembuka bicara buat semua. 


Boring, tu lah perkataan yg boleh menggambarkan feeling ana buat masa sekarang nie. Tak tau nak buat ape. Hari ni sama macam semalam, semalam sama macam semalam semalam, semalam semalam sama macam semalam semalam semalam..haha, jgn fenin ye..paham2 sndiri je la. Dari tadi duk syok membuang masa baca blog2 yg mcm bes (hakikatnye, memang best..haha..) Memang hakikat yg ana x leh nafikan, bila dapat baca blog2 best ni, rasa cam dapat inspiration je tuk nak update blog, kalau x, mahunya x bersawang blog ni ana tinggalkan..(haha..tu pun kalau blh bersawang la..). Tapi ana insha Allah x akan biarkan perkara itu terjadi di blog ini..tidak sekali2 (seyes ana cakap...hehe). 


Erm, semenjak dua menjak ni, ana serabut gak kepala, bukan pikir masalah negara pun, tp pikir hal2 berkaitan la, mcm cuti dh nk abes, kelas dh nk start, result bila nk kuar, balik naik bas sani ekspress (sani ekspress/3hb Jan 2010/Klang ke Kangar/kul 9 pagi - bunyi lebih kurang sama je kan dengan yg kita dgr dlm brita tu, bila pikir smula, xde ape lah, sbb yakin hidup mati ketentuan tuhan, tapi ada la sikit2 rasa ke'cuak'an itu di dalam hati ini..). Dalam kepala ni jugak, hari ni nk masak ape pulak eh, (tiba je masuk topik masak..haha..). Bukannye ape, dh lebih kurang 4-5 hari analah chef tuk family ini, sbb adapun org yg bertanggungjawab memasak itu telahpun melarikan dirinya ke kawasan yang namanya itu Nilai, NS..(adik ana la, dh start sem baru dia kt USIM nun..). Terpaksa pulak berharap kepada kakakku yg seorang ini, tapi, tidak jugak jawapannya, alasan yg diberi ialah x boleh nk bau minyak masak coz fenin kepala nak bau minyak masak, org pregnant la katakan.. Erm, ok lah, alasan yg bolehlah diterima dengan hati terbuka yg x berapa terbuka ni..hehe. Maka dengan itu, secara tidak rasminya, ana lah yg di isytihar tuk mnjadi chef handalan di rumah ini..hahaha..ntah ape2 je kan.


So, bermulalah tugas bidan terjun ni. Memang, ini lah 1st time dlm hidup ana try tuk memasak (lainlah kalau masak megi ke, nasik ke, air ke..). Sampai hari ni, dah 4-5 kali ana wat menu yg kadang2 ok, kadang2 kureng la (xde la sampai ko k..). Ikan masak pedas, ikan masak sambal, ikan masak kari mamak, ikan masak kicap, sambal bilis goreng (nyum2..yg ni sodap..)...donut pun ana torai buat..haha (x sengaja nk wat pun, buat sebab teringin nk mkn, mula2 wat kira mcm ok la, ada yg lembut n maveles, ada yg x leh nk bntuk shape dia coz lembik sgt, ada yg hitam mcm salut ngan chocolate, ade yg besar ala2 dunkins donut..haha, then esok tu try lg skali, ni sbb yg pregnant tu ngidam nak donut lak...at the end, 2nd trial ni lgsg x jd, keras cam batu je..haha). Pening kepala jugak kan bila pikir2, ye lah, bukannye senang nk memasak ni, start dari nk pilih menu apa yg nk masak sampai la nk cari bhn2 dia..adoii..timbul la jugak rasa kesian kat perempuan2 a.k.a. mak cik2, akak2, bibik2..yg kena memasak..huhu..sabo je la ye. Esok pulak, xtau dah nk masak ape pulak, sebab ana berani try masak yg ade kaitan dengan ikan je..ayam, daging, sotong, udang dan seangkatan dengannya..x berani nk cuba lg..


Apapun, kiranya 80% menjadi la masakan ana ni..tq la sebab ade lappy ni dengan streamyx kt umah, leh la google mana2 site yg patot tuk keje memasak ni. Dalam pukul 8 pagi dah mula google, then kul 12 baru mula masak..lama x masa ana tuk mencari menu yg sesuai (sesuai?? haha..layan je la..). 


Ape lg yg ana duk pikir ialah tentang Liverpool FC..haha, ntah ape2 kan. Tapi nak wat cmne, dh minat la katakan, x peduli dah ape org lain nk cakap. Ana bukanlah pndai sgt main bola, bukan jugak kipas susah mati (paham x...erm, diehard fan la..)  bola ni, tp xtau knp minat kt FC yg ni. Takdirku bersama Liverpool kot..haha. Tgh pikir, knp la musim ni mcm lembap je tuk Liverpool. Skrg je pun kt BPL baru duk no. 7. Tapi xpe, perjalanan masih jauh..go Liverpool go..you'll never walk alone..cheewahhh!!!


Jugak dalam pikiran ana, cmne la nak selalu meng'update' blog ni, bukan ape, jeles tengok org lain boleh update blog dorg tiap2 hari, kdg2 dlm sehari, ade pulak 3-4 entry baru. Dasat tul otak dorg kan..huhu. Ana selalunye blog walking je kt blog2 yg ana kira best la..and mcm ana cakap td, blog2 yg best ni lah yg timbulkan bnyk inspirasi tuk ana meng'update' blog sendiri. Tapi bila dah click 'new post', langsung idea nk menulis hilang..watpe la jd gini..huhu. Sebab tu lah traffic kt blog ni pun x sehebat blog yg lain. Tapi xpe, ana bukan jenis yg cepat putus asa...bak kata Maher Zain 'don't despair and never lose hope', so, i'll try 4 my best. Insha Allah, lepas ni ana akan lebih rajin tuk stdy tntg blog ni tuk jd blogger terhebat suatu hari nnt..hahaha...cambes je cita2 tu..


Ok la, sampai sini je cerita mengarut ana malam ni, disebabkan boring, ana menulis..tq jugak kat blog yg bg inspirasi tuk ana terus menulis..maribinablog, ben ashaari (best citer hidup dia..inspirasi tuk diet jugak..hehe), melromeo...dan bnyk lg..xkan la nak list semua kat sini..x mampu ana menge'list'kannya..wakaka. 


Mata pun dah ngantuk..untuk itu, selamat malam, good night, buenas noches, lailah sa'idah..masa'ul khair..Wassalamu'alaykum.





December 29, 2009

Nak Bermaksiat?? Patuhi Syarat2 Ini

Salam..wahhh..macam best je tajuk ni kan, macam halal je maksiat tu kalau kita dapat penuhi syarat2 yang ditetapkan..hehe. Tapi, apa syarat tu eh? Senang ke nak ikut, ke susah sesangat??
Ok, nak tau syarat2 dia, bacalah kisah di bawah ini k..



******************************************************



Suatu hari seorang lelaki menemui Ibrahim bin Adham. "Wahai Aba Ishak! Aku selalu melakukan maksiat, berilah aku nasihat".
Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima 5 syarat ini dan kamu mampu melaksanakan syarat2 ini, maka lakukanlah maksiat itu".


- Jangan makan rezeki Allah.
Lelaki itu seraya berkata, 'Aku mahu makan dari mana? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
Ibrahim berkata, 'Engkau makan rezekiNya, tapi mahu melanggar larangan-Nya?'


- Jangan tinggal di bumi Allah
Apakah engkau layak tinggal di bumi-Nya, sedangkan engkau melakukan segala larangan-Nya?


- Carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh Allah


- Jika malaikat maut datang hendak mengambil nyawamu, katakanlah kepadanya, 'Tangguhkan kematianku. Aku mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'
Apakah kamu masih ingin berlaku maksiat apabila mengetahui maut boleh datang bila-bila masa sahaja


- Apabila malaikat Zabaniyah datang dan hendak mengiringimu ke neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau mahu ikut bersamanya
Dia berkata, 'Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.'


****************************************************


Jadi, mampukah antum2 semua memenuhi kelima2 syarat ni? Erm, x payah lima la, satu pun ana rasa x termampu oleh antum semua, termasuklah ana jugak.


 
Jadi, tepuklah dada, tanyalah iman sendiri. Kepada yang masih terbelenggu dengan maksiat yang dilakukan, berusahalah untuk meninggalkan dan menjauhinya. Bertaubatlah sebelum terlambat, sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi maha Penyayang..anda mampu mengubahnya.. :)



December 23, 2009

Semester Baru, Pelajaran Baru

Nampaknya, cuti semester untuk kali ni dah pun hampir ke penghujungnya, maka bermulalah satu lagi semester baru yang penuh dengan cabaran, ujian, kepayahan, kegembiraan, kesedihan dan macam2 lagi lah. Bila dah lama berenggang dari kelas, buku, pen...rasa berat je nak sambung semula (macam mana la tulisan ana nanti, ye lah, dah lama x menulis..huhu).




Apa pun, ini merupakan semester ke-5 ana dan makin meningkat usia semester ni, makin mencabar la kursus2 nya. Di sini, ana nak listkan senarai kursus yang perlu ana hadapi untuk semester 5 ni...


OPSYEN : PENDIDIKAN ISLAM, BAHASA ARAB, PENDIDIKAN AL-QURAN
- semester 5 -


KURSUS WAJIB
~ Kokurikulum - Olahraga
~ Bina Insan Guru Fasa IV (10 jam)


KURSUS TERAS
~ Pengajian Profesional
- Budaya dan Pembelajaran


~ Major
- Pengurusan Sumber dan Pengajaran Mikro, Makro Sekolah Rendah
- Penilaian dalam Pendidikan Islam


~ Amalan Profesional
- PRAKTIKUM I


KURSUS ELEKTIF
~ Pengajaran Mikro dan Makro Pendidikan Bahasa Arab
~ Tarannum al-Quran


*******************************
(tertakluk kepada pindaan dan perubahan)






December 22, 2009

Ketika Cinta Bertasbih







M.Kholidi Asadil Alam sebagai Khairul Azzam



Oki Setiana Dewi sebagai Anna Althafunnisa



Meyda Sefira sebagai Ayatul Husna



Alice Sofie Norin sebagai Eliana Pramesthi Alam



Andi Arsyil Rahman Putra sebagai Furqan


Salam 'alaykum semua. Ketika Cinta Bertasbih (KCB), memang menarik, memang best (bukan sebab ana peminat Kang Abik ya...haha...). Itu pendapat peribadi ana sendiri. Ana pasti sudah ramai yang menonton filem ini, mungkin ana je yang ketinggalan sikit untuk menontonnya. Cerita ni dah lama ada dalam koleksi ana, cuma ana je yang tak berkesempatan untuk menontonnya (x busy pun tp buat2 busy..haha).


Kita tengok cerita Nur Kasih yang dah pun melabuhkan tirai baru2 ni, jugak cerita Ayat2 Cinta, bagi ana tidak seislamik KCB. Walau apapun, ana masih tetap meminati cerita Nur Kasih dan AAC ni.


Nur Kasih best sebab menarik jalan ceritanya, ada penggambaran kat Arab (ana suka suasana Arab/Islamik/luar negara, dan ana yakin penggambaran tu bukan kat Mekah sebab setahu ana, kat sana x leh wat penggambaran, so tu mungkin kat Jordan, teka je..hehe). Banyak lagi sebab ana meminati drama ni, tapi cukup yang tu je ana berikan.


AAC pulak, ana hanya minat part masa Fahri tak kahwin lagi, sebab time tu je yang wujud suasana Islamik dalam filem ni. Selepas dari yang tu, ana terus x berminat nak tonton. Itulah kesan daripada mengadaptasi novel ke filem. Sebabnya fantasi novel adalah berlainan dengan filem, yang mana membawa AAC itu terus tidak Islamik seperti jalan cerita dalam novelnya. Apapun, novel AAC tetap dihati. Novel 100% ana minat, filem pulak 40% je (^_^).


******************************************************************


Tentang KCB pulak. Filem ini jugak diangkat dari novel karya Kang Abik aka Habiburraahman el-Shirazy seperti AAC. Apa yang lebih istimewanya filem ini berbanding AAC adalah segalanya bersifat Islamik dan asli sama seperti di dalam novel. Pelakon2 KCB juga (kecuali Alice Sofie Norin yang sememangnya pelakon) bukanlah pelakon yang karakter Islamiknya hanya pada lakonan tetapi juga pada kehidupan seharian mereka (tabik sangat pada M.Kholidi Asadil Alam dan jugak Oki Setiana Dewi). Lebih mengujakan ana adalah, pemilihan pelakon yang memainkan watak utama sebagai Khairul Azzam dan juga Anna Althafunnisa serta watak2 lain adalah melalui pencarian bakat "Audisi 5 Bintang", di mana pelakon2 mestilah mempunyai perwatakan yang hampir sama dengan ketokohan karakter di dalam novel KCB (Odi, nama panggilan bagi M.Kholidi Asadil Alam mengenepikan calon2 lain termasuk pelakon terkenal Indonesia seperti Dude Harlino untuk karakter Khairul Azzam bagi filem ini..hebat bukan?? ). Penggambaran pula dilakukan di lokasi sebenar iaitu di Cairo, Egypt. Ini termasuklah di bahagian keindahan Alexendaria dan sungai Nil, al-Azhar Univesity (selama ni, xde satu filem pun yang dibolehkan untuk membuat shoting di universiti terkemuka ini). Pelakon2 tambahan juga merupakan mahasiswa Indonesia yang sebenar yang sedang menuntut di al-Azhar.


Sedikit berkenaan Odi. Info dia ana dapat dari wikipedia. Nama sebenar M.Kholidi Asadil Alam, lahir di Pasuruan, Jawa Timur pada 30 Mac 1989..(haha..muda setahun dari ana). Memegang watak utama sebagai Khairul Azzam, dia sebenarnya sebelum ini hanya bekerja sebagai penjual kain dan juga ayam goreng (wah,fevret Ipin tuh..hehe). Anak bongsu dari tiga beradik ini memang meminati teater sejak kecil, justeru tak hairanlah Kang Abik memilihnya untuk memegang watak Azzam. Ana pernah terbaca tentang satu kenyataan Odi ni tentang dunia baru yang diceburi beliau (x ingat kat mana ana baca, nnt ana cuba cari n letak link dia kt sini sbg bukti kata2 ana bukannya ciptaan ana sendiri..hehe..seyess!!!). Dia bercakap tentang pendirian dia dalam dunia lakonan, di mana dia akan terus dengan lakonan asalkan tidak berpelukan..Alhamdulillah,semoga Allah menetapkan pendirian beliau ni.


Juga sedikit berkenaan Oki Setiana Dewi. Lahir di Batam, Kepulauan Riau pada 13 Januari 1989. Memegang watak utama sebagai Anna Althafunnisa, Oki sekarang sedang menuntut di Universiti Indonesia dalam bidang Sastera Belanda. Dia sebelum ini enggan untuk membuka tudungnya untuk filem televisyen (FTV) sehinggakan pernah dimarahi oleh sutradara tersebut. Namun begitu, ia tidak melemahkan semangatnya dan akhirnya sekarang mampu tersenyum dan membuktikan bahawa dengan bertudung juga boleh melakar kejayaan dalam dunia lakonan ini. Oh ini jawaban Allah. Mengapa waktu dulu saya tak mau buka jibab ketika sang sutradara memintanya. Saya baru tahu inilah jawabannya, saya tak harus buka jilbab namun tetap mendapat tempat istimewa dalam film religi yang segera syuting di Kairo,”kata Oki. Memang manis melihatnya bertudung. Bukan tudung yang biasa, tetapi labuh!!. Bila pulak Malaysia nak ada pelakon sebegini..huhu.


Tentang sinopsis KCB, antum sume bacalah novel KCB 1 & 2 ye..hehe. Cuma sekarang ni ana tengah menunggu,bila pulak filem KCB 2 akan keluar kat Malaysia ni. Sepatutnya filem ni ditayangkan pada 11 Jun lepas serentak di 8 negara (Brunei, Malaysia, Singapura, Hong Kong, Taiwan, Mesir & Australia) tapi, disebabkan kat Malaysia filem luar kena tunggu giliran untuk ditayangkan maka filem ni tergendala tayangannya di 7 lagi negara. Tindakan ini adalah bagi memastikan filem tempatan tidak dianak tirikan dan terpaksa bersaing dengan filem luar negara yang luar biasa hebat..macam tu pulak :(



December 18, 2009

Salam Ma'al Hijrah 1431

"1 Muharam detik permulaan, perkiraan tahun Islam hijrah, perpindahan Nabi dan umat Islam, dari kota Mekah ke kota Madinah, atas keyakinan dan iman yang teguh, kaum Muhajirin dan Ansar bersatu, rela berkorban, demi agama, demi menegakkan Islam tercinta, hijrah itu pengorbanan, hijrah itu perjuangan, hijrah itu persaudaraan, hijrah membentuk perpaduan, oleh itu mari semua, kita sambut maal hijrah, tingkatkan semangat, tegakkan syiar Islam, untuk sepanjang zaman"

Salam Ma'al Hijrah buat seluruh umat muslimin. Setiap kali datangnya 1 Muharam pasti umat Islam khasnya di Malaysia akan melakukan perhimpunan tidak kiralah diperingkat kampung, daerah, negeri, mahupun kebangsaan. Usaha ini merupakan satu yang amat baik untuk kita memperingati satu peristiwa besar yang berlaku di zaman Nabi Muhammad s.a.w. 1431 tahun yang lepas. Ia sekurang-kurangnya mampu mengingatkan kita terutama golongan muda belia untuk mencontohi kegigihan dan kesabaran serta perpaduan dan pengorbanan saudara seagama kita dahulu dalam mempertahankan aqidah dan pegangan terhadap deen yang hak ini.

Apa yang ingin ana sebutkan di sini adalah, sejauh mana prinsip dan pengertian hijrah itu difahami oleh kita semua. Kita menyambutnya secara besar-besaran, mengeluarkan sepanduk itu dan ini serta macam-macam lagi, namun begitu semangat hijrah itu tidaklah berterusan untuk hari-hari seterusnya. Sampai sekarang, kita masih melihat pelbagai jenis maksiat berlangsung di depan mata, malahan makin bertambah jika dihitung dari angka statistiknya, dengan yang berpakaian seksinya, tidak menutup aurat, gejala zina, buang bayi dan pelbagai lagi yang berlaku, seolah-olah, masyarakat ini bukan mahu untuk menjadi lebih baik, tetapi menjadi yang sebaliknya. Manusia hari ini semakin menghampiri gelaran masyarakat "jahiliyyah" moden seperti yang telah wujud pada zaman Baginda s.a.w. dahulu.

Kita lihat pada lirik lagu hijrah yang berbunyi, "rela berkorban, demi agama, demi mengakkan Islam tercinta" dan juga lirik ini, "tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam, untuk sepanjang zaman". Persoalan yang bermain di fikiran ana, berapa banyakkah usaha yang telah dilakukan oleh pihak tertentu untuk menegak Islam dan syiarnya? Adakah dengan hanya membina masjid-masjid itu sudah dikira menegakkan syiar, mewujudkan saluran televisyen dan radio berunsurkan Islam dikira syiar, membina universiti Islam sebagai syiar? Hakikatnya, semua itu hanyalah syiar yang dilihat secara zahirnya telah membuktikan bahawa Islam bertapak kukuh di bumi ini, namun realitinya ialah kurangnya bi'ah dan suasana yang dilaksanakan dan diwujudkan telah menjadikan umat Islam sebagai Islam pada nama tidak pada personaliti, pergaulan dan sebagainya.

Erm,ok lah. Sekadar itu sahaja yang ana ingin perkatakan. Bukannya mahu mempertikaikan usaha-usaha tertentu yang telah dilaksanakan oleh pihak-pihak terbabit, namun bagi ana mereka sebenarnya mampu untuk mewujudkan sesuatu yang lebih dari itu, tetapi mungkin kerana kejahilan ataupun kesombongan ataupun sebab-sebab lainnya, hanya mampu mewujudkan "umat Islam" yang ada seperti sekarang ini.

Apapun, buat seluruh umat Islam, ucapan Salam Ma'al Hijrah ana hulurkan. Semoga kita tetap dalam jalan da'wah ini, agar kita mampu untuk menguatkan iltizam dan semangat sebagai jundullah yang sentiasa ikhlas dan berjaya dalam segala lapangan yang diredhai olehNya. Semoga hari ini menjadi lebih baik dari semalam. Insha Allah. Ameen ya Rabb....

“Hitung lah diri mu sendiri sebelum engkau dihitung di hari kiamat nanti..."
Sayyiduna Umar al-Khattab r.a.

December 15, 2009

Taubat Maksiat aka Tomat

Wali Band -Taubat maksiat [Tomat]

download Tomat mp3

Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat

Astafighrullahal’adzim

Reff:
Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astafighrullahal’adzim

Repeat Reff

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Repeat Reff

Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim

..



December 02, 2009

Bah Jeddah

Salam 'alaykum buat semua teman.

Baru-baru ni kita ada mendengar berita tentang Jeddah yang dilanda banjir besar(tak silap ana pada 25 November 2009). Tapi kita hanya mendengar sahaja, tidak dapat melihat bagaimana kehebatan dan kerosakan yang disebabkan oleh musibah dari Allah itu. So, disebabkan tertarik dengan berita tersebut, ana cuba untuk mencari video itu di Youtube,manalah tau kalau2 ada, dan hasilnya ana menjumpai video tersebut.


Subhanallah, memang dahsyat jugak banjir yang melanda. Kenderaan-kenderaan berat pun boleh dibawa oleh arus tersebut. Macam tsunami 26 Disember 2004 pun ade.

Kalau di Malaysia, memanglah selalu banjir,tapi jaranglah jugak ana lihat arus sederas itu di sini. Kalau ada pun, mungkin arus tersebut hanya wujud dikawasan sungai yang airnya melimpah. Apapun, itulah kuasa Allah s
.w.t. Dia boleh buat apa sahaja yang dimahukanNya tanpa sebarang masalah. kebelakangan ini, banjir selalu melanda Mekah dan tanah arab.


Kejadian ini memang menimbulkan pelbagai persoalan dan ianya hanya mampu dijawab buat mereka yang mahu berfikir. Mana tahu, suatu hari nanti kawasan tanah arab yang biasanya dikaitkan dengan tandus, padang pasir serta panas itu akan bertukar wajah menjadi kawasan subur, biiznillah. Kita tengok Padang Arafah sekarang ni pun dan semakin menghijau dengan pokok-pokok (keluar tajuk ke???haha). Ini juga salah satu peringatan buat manusia bahawa kita ini semakin mengampiri kiamat, pelbagai bencana timbul dan ia begitu menak
utkan. Namun, masihkah kita tetap dengan kelekaan mengejar keindahan dan kesenangan dunia ini yang penuh dengan tipu daya. Tepuk dada, tanya iman masing2.

“Tidak akan datang hari Kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai..."
Hadith Riwayat Ahmad


December 01, 2009

For The Rest of My Live ~ Maher Zain

For The Rest of My Life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
oooo..
And there's a couple words I want to say

c/o For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you...loving you
For the rest of my life
Through days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I'll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength
And I pray we're together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
oooo...
And there's a couple word I want to say

c/o

I know that deep in my heart now that you're here
In front of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I'm singing loud that I`ll love you eternally

c/o

I know that deep in my heart....