December 02, 2009

Bah Jeddah

Salam 'alaykum buat semua teman.

Baru-baru ni kita ada mendengar berita tentang Jeddah yang dilanda banjir besar(tak silap ana pada 25 November 2009). Tapi kita hanya mendengar sahaja, tidak dapat melihat bagaimana kehebatan dan kerosakan yang disebabkan oleh musibah dari Allah itu. So, disebabkan tertarik dengan berita tersebut, ana cuba untuk mencari video itu di Youtube,manalah tau kalau2 ada, dan hasilnya ana menjumpai video tersebut.


Subhanallah, memang dahsyat jugak banjir yang melanda. Kenderaan-kenderaan berat pun boleh dibawa oleh arus tersebut. Macam tsunami 26 Disember 2004 pun ade.

Kalau di Malaysia, memanglah selalu banjir,tapi jaranglah jugak ana lihat arus sederas itu di sini. Kalau ada pun, mungkin arus tersebut hanya wujud dikawasan sungai yang airnya melimpah. Apapun, itulah kuasa Allah s
.w.t. Dia boleh buat apa sahaja yang dimahukanNya tanpa sebarang masalah. kebelakangan ini, banjir selalu melanda Mekah dan tanah arab.


Kejadian ini memang menimbulkan pelbagai persoalan dan ianya hanya mampu dijawab buat mereka yang mahu berfikir. Mana tahu, suatu hari nanti kawasan tanah arab yang biasanya dikaitkan dengan tandus, padang pasir serta panas itu akan bertukar wajah menjadi kawasan subur, biiznillah. Kita tengok Padang Arafah sekarang ni pun dan semakin menghijau dengan pokok-pokok (keluar tajuk ke???haha). Ini juga salah satu peringatan buat manusia bahawa kita ini semakin mengampiri kiamat, pelbagai bencana timbul dan ia begitu menak
utkan. Namun, masihkah kita tetap dengan kelekaan mengejar keindahan dan kesenangan dunia ini yang penuh dengan tipu daya. Tepuk dada, tanya iman masing2.

“Tidak akan datang hari Kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai..."
Hadith Riwayat Ahmad


No comments: