December 31, 2009

Hari terakhir 2009...

Salam 'alaykum..


Hari ni 31 Disember 2009, menurut perkiraan tahun masihinya, ia merupakan hari terakhir untuk satu2 tahun..(saja je nak berteori, mana la tau antum sume kurang arif tentangnya..haha). Bulan Islam pulak? Antum tau x berapa haribulan dah hari ni? (ana jawab 15 Muharam..tul x...ana x cek kat kalendar pun, teka je..huhu..). Erm, jawapan yg sebenar? Silap la, hari ni 14 Muharam..baru td gi cek kat kalendar..adoii.


Xde ape sebenarnya, apa yg ana nak kata kat sini, beginilah umat Islam sekarang ni (termasuk ana..), kurang perhatian kepada perkara sebegini, cuma yang kita tau bila 1 Syawal..itu lah yg paling femes sekali, kalah la jugak 1 Ramadhan..(yg ni, ana x termasuk k..haha).


Perkara ni memang nampak x seberapa, tapi demi untuk terus memperlihatkan syiar Islam kat dunia ni, kita sepatutnya mengambil berat tentang bulan Islam ni, lebih afdhal. Bukannya menggunakan kalendar masihi x bagus, tapi berpada2lah..lagipun dunia sekarang lebih memandang yang itu. Sambil mengetahui tarikh masihi, kenalah ambil tahu tarikh Islam. Betul x? (tazkirah tuk antum dan diri ana jugak..hehe)


Dengarnye, malam ni akan ada gerhana bulan dan Masjid Negara ada menganjurkan solat sunat gerhana. Agak2 antum, mana yang lebih ramai, solat sunat ni ke ataupun sambutan ambang tahun baru 2010 yg bertebaran di seluruh negara (dapat jawapan, then fikir2 kan apa nak jadi sekarang ni...sambil nyanyi2 lagu apa nak jadi, apa nak jadi, sampai sekarang x kawin lg..haha..kuar tajuk lak..abaikan). Malam ni pasti merupakan malam yang penuh maksiat (selain ambang merdeka) di negara yang mengisyhtiharkan dirinya sebagai negara Islam, percampuran lelaki perempuan, hiburan melalaikan, arak, zina...(erm..ade ke, ana teka je..kalau ade, berubahlah korang2 ni wei, kalau xde Alhamdulillah la). Ana x cakap semua yg pergi tuk sambut new year ni teruk, segelintir golongan yg jahil je la..(sape makan cili, mesti dia nak minum air..hahaha).





Oklah, semua perkara kalau mengikut hukum adalah harus pada awal2nya, berdasarkan syarat2 tertentu. Boleh baca dengan lanjut di blog  ni. Ana xnak ulas panjang2 kat blog ana. Lagipun ana ni pemalas sikit..hehe.


Apapun, yg paling penting, kita jagalah diri kita sendiri dulu (bukan maksud ana org lain x penting sebab tugas dakwah tu semua org yg bergelar muslim kena buat...). Ingat pesanan ni k...selamat dunia akhirat.


X habis lagi ni, sempena hari terakhir masihi ni, ana rasa nak tulis banyak entry je hari ni..haha, tapi tengoklah dulu boleh buat ke tidak. Kalau boleh, Alhamdulillah, kalau x boleh, boleh blah..haha..xde la, x boleh, xpe la, bukannya wajib pun hukum dia kan??


Ok lah, sampai sini je dulu, ana ade tugas lain pulak, nak masak..haha (tp x tau lg nk masak ape..). Doakan masakan tu jd sedap.. 


Wassalamu'alaykum


p/s : apa pendapat antum semua, "Perlu ke Sambutan Tahun Baru...alasan antum??"



2 comments:

lavender said...

sy rasa kalau nk sambut thn br pon, xperlu la ke dtran...xperlu la bnga api...xperlu la konsert2 bgai...ckup la tyme tu sumer gather2 kat umah (sbb itu tyme cuti)....

Mi vida said...

betui3x...