December 22, 2009

Ketika Cinta Bertasbih







M.Kholidi Asadil Alam sebagai Khairul Azzam



Oki Setiana Dewi sebagai Anna Althafunnisa



Meyda Sefira sebagai Ayatul Husna



Alice Sofie Norin sebagai Eliana Pramesthi Alam



Andi Arsyil Rahman Putra sebagai Furqan


Salam 'alaykum semua. Ketika Cinta Bertasbih (KCB), memang menarik, memang best (bukan sebab ana peminat Kang Abik ya...haha...). Itu pendapat peribadi ana sendiri. Ana pasti sudah ramai yang menonton filem ini, mungkin ana je yang ketinggalan sikit untuk menontonnya. Cerita ni dah lama ada dalam koleksi ana, cuma ana je yang tak berkesempatan untuk menontonnya (x busy pun tp buat2 busy..haha).


Kita tengok cerita Nur Kasih yang dah pun melabuhkan tirai baru2 ni, jugak cerita Ayat2 Cinta, bagi ana tidak seislamik KCB. Walau apapun, ana masih tetap meminati cerita Nur Kasih dan AAC ni.


Nur Kasih best sebab menarik jalan ceritanya, ada penggambaran kat Arab (ana suka suasana Arab/Islamik/luar negara, dan ana yakin penggambaran tu bukan kat Mekah sebab setahu ana, kat sana x leh wat penggambaran, so tu mungkin kat Jordan, teka je..hehe). Banyak lagi sebab ana meminati drama ni, tapi cukup yang tu je ana berikan.


AAC pulak, ana hanya minat part masa Fahri tak kahwin lagi, sebab time tu je yang wujud suasana Islamik dalam filem ni. Selepas dari yang tu, ana terus x berminat nak tonton. Itulah kesan daripada mengadaptasi novel ke filem. Sebabnya fantasi novel adalah berlainan dengan filem, yang mana membawa AAC itu terus tidak Islamik seperti jalan cerita dalam novelnya. Apapun, novel AAC tetap dihati. Novel 100% ana minat, filem pulak 40% je (^_^).


******************************************************************


Tentang KCB pulak. Filem ini jugak diangkat dari novel karya Kang Abik aka Habiburraahman el-Shirazy seperti AAC. Apa yang lebih istimewanya filem ini berbanding AAC adalah segalanya bersifat Islamik dan asli sama seperti di dalam novel. Pelakon2 KCB juga (kecuali Alice Sofie Norin yang sememangnya pelakon) bukanlah pelakon yang karakter Islamiknya hanya pada lakonan tetapi juga pada kehidupan seharian mereka (tabik sangat pada M.Kholidi Asadil Alam dan jugak Oki Setiana Dewi). Lebih mengujakan ana adalah, pemilihan pelakon yang memainkan watak utama sebagai Khairul Azzam dan juga Anna Althafunnisa serta watak2 lain adalah melalui pencarian bakat "Audisi 5 Bintang", di mana pelakon2 mestilah mempunyai perwatakan yang hampir sama dengan ketokohan karakter di dalam novel KCB (Odi, nama panggilan bagi M.Kholidi Asadil Alam mengenepikan calon2 lain termasuk pelakon terkenal Indonesia seperti Dude Harlino untuk karakter Khairul Azzam bagi filem ini..hebat bukan?? ). Penggambaran pula dilakukan di lokasi sebenar iaitu di Cairo, Egypt. Ini termasuklah di bahagian keindahan Alexendaria dan sungai Nil, al-Azhar Univesity (selama ni, xde satu filem pun yang dibolehkan untuk membuat shoting di universiti terkemuka ini). Pelakon2 tambahan juga merupakan mahasiswa Indonesia yang sebenar yang sedang menuntut di al-Azhar.


Sedikit berkenaan Odi. Info dia ana dapat dari wikipedia. Nama sebenar M.Kholidi Asadil Alam, lahir di Pasuruan, Jawa Timur pada 30 Mac 1989..(haha..muda setahun dari ana). Memegang watak utama sebagai Khairul Azzam, dia sebenarnya sebelum ini hanya bekerja sebagai penjual kain dan juga ayam goreng (wah,fevret Ipin tuh..hehe). Anak bongsu dari tiga beradik ini memang meminati teater sejak kecil, justeru tak hairanlah Kang Abik memilihnya untuk memegang watak Azzam. Ana pernah terbaca tentang satu kenyataan Odi ni tentang dunia baru yang diceburi beliau (x ingat kat mana ana baca, nnt ana cuba cari n letak link dia kt sini sbg bukti kata2 ana bukannya ciptaan ana sendiri..hehe..seyess!!!). Dia bercakap tentang pendirian dia dalam dunia lakonan, di mana dia akan terus dengan lakonan asalkan tidak berpelukan..Alhamdulillah,semoga Allah menetapkan pendirian beliau ni.


Juga sedikit berkenaan Oki Setiana Dewi. Lahir di Batam, Kepulauan Riau pada 13 Januari 1989. Memegang watak utama sebagai Anna Althafunnisa, Oki sekarang sedang menuntut di Universiti Indonesia dalam bidang Sastera Belanda. Dia sebelum ini enggan untuk membuka tudungnya untuk filem televisyen (FTV) sehinggakan pernah dimarahi oleh sutradara tersebut. Namun begitu, ia tidak melemahkan semangatnya dan akhirnya sekarang mampu tersenyum dan membuktikan bahawa dengan bertudung juga boleh melakar kejayaan dalam dunia lakonan ini. Oh ini jawaban Allah. Mengapa waktu dulu saya tak mau buka jibab ketika sang sutradara memintanya. Saya baru tahu inilah jawabannya, saya tak harus buka jilbab namun tetap mendapat tempat istimewa dalam film religi yang segera syuting di Kairo,”kata Oki. Memang manis melihatnya bertudung. Bukan tudung yang biasa, tetapi labuh!!. Bila pulak Malaysia nak ada pelakon sebegini..huhu.


Tentang sinopsis KCB, antum sume bacalah novel KCB 1 & 2 ye..hehe. Cuma sekarang ni ana tengah menunggu,bila pulak filem KCB 2 akan keluar kat Malaysia ni. Sepatutnya filem ni ditayangkan pada 11 Jun lepas serentak di 8 negara (Brunei, Malaysia, Singapura, Hong Kong, Taiwan, Mesir & Australia) tapi, disebabkan kat Malaysia filem luar kena tunggu giliran untuk ditayangkan maka filem ni tergendala tayangannya di 7 lagi negara. Tindakan ini adalah bagi memastikan filem tempatan tidak dianak tirikan dan terpaksa bersaing dengan filem luar negara yang luar biasa hebat..macam tu pulak :(



1 comment:

I.I Kurniaan Ilahi said...

assalamualaikum.. pada pandngan saya juga begitu.. penceritaan novel lebih berkesan drpd lakonan.. mujur dalam cerita KCB 'tetap menjaga' walaupun dlm episode yg tlh berkhwin.. harap2 KCB 2 nnti juga terus 'menjaga' agar tidak mencacatkan pandangan mata dan keberkesanannya..