December 29, 2009

Nak Bermaksiat?? Patuhi Syarat2 Ini

Salam..wahhh..macam best je tajuk ni kan, macam halal je maksiat tu kalau kita dapat penuhi syarat2 yang ditetapkan..hehe. Tapi, apa syarat tu eh? Senang ke nak ikut, ke susah sesangat??
Ok, nak tau syarat2 dia, bacalah kisah di bawah ini k..



******************************************************



Suatu hari seorang lelaki menemui Ibrahim bin Adham. "Wahai Aba Ishak! Aku selalu melakukan maksiat, berilah aku nasihat".
Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima 5 syarat ini dan kamu mampu melaksanakan syarat2 ini, maka lakukanlah maksiat itu".


- Jangan makan rezeki Allah.
Lelaki itu seraya berkata, 'Aku mahu makan dari mana? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
Ibrahim berkata, 'Engkau makan rezekiNya, tapi mahu melanggar larangan-Nya?'


- Jangan tinggal di bumi Allah
Apakah engkau layak tinggal di bumi-Nya, sedangkan engkau melakukan segala larangan-Nya?


- Carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh Allah


- Jika malaikat maut datang hendak mengambil nyawamu, katakanlah kepadanya, 'Tangguhkan kematianku. Aku mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'
Apakah kamu masih ingin berlaku maksiat apabila mengetahui maut boleh datang bila-bila masa sahaja


- Apabila malaikat Zabaniyah datang dan hendak mengiringimu ke neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau mahu ikut bersamanya
Dia berkata, 'Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.'


****************************************************


Jadi, mampukah antum2 semua memenuhi kelima2 syarat ni? Erm, x payah lima la, satu pun ana rasa x termampu oleh antum semua, termasuklah ana jugak.


 
Jadi, tepuklah dada, tanyalah iman sendiri. Kepada yang masih terbelenggu dengan maksiat yang dilakukan, berusahalah untuk meninggalkan dan menjauhinya. Bertaubatlah sebelum terlambat, sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi maha Penyayang..anda mampu mengubahnya.. :)



2 comments:

Srikandi Ummah said...

sekadar penambahan...

jika seseorang anak adam nak melakukan dosa, sentuhlah api dunia..mampukah Engkau bertahan dengan kepanasan api tersebut? Jika tidak jgn cuba untuk melakukan maksiat..kerana Engkau tak akan bertahan dengan kepanasan API NERAKA yang panasnya tak dapat digambarkan dngn kata2x..

wallahuallam

Mi vida said...

syukron dgn penambahan tu..jangankan sentuh,duduk tepi unggun api pun dh rasa nk menangis je..huhu..panas2..iktibar dari kuasaNya..