December 31, 2009

Terakhir :)

Salam 'alaykum wbt..


Buat yg terakhirnya untuk 2009 ni..nak tulis tentang ape ye? Ana pun x tau nak tulis ape, tapi masih nak menulis. Ni semua sebab niat ana sejak pagi td, nk tulis banyak2 posting dalam blog ni..


Erm, ana teruja lah jugak tuk blogging sejak sehari dua ni. Sebab?? Sebabnya ana punya traffic meningkat secara mendadak. Tapi x boleh lawan blogger handalan n otai2 yg lain. Bagi ana, keterujaan ni memang berpatutan dengan status ana sebagai blogger yg boleh dikira baru. Kiranya ana sudah menjadi blogger selama 8 bulan, start dari 1st April 2009 ni. Disebabkan traffic yg dikira banyak ni lah, ana lebih bersemangat untuk menulis entry2 baru, yg kadang2 boleh blah la jugak, tp kdg2 pulak, macam syok sendiri je..haha. Untuk itu, ana berterima kasih banget kepada bro Nescafe Ais dan juga untuk Geng Blogger, kerana disebabkan semua inilah yg jd perintis ke arah kemajuan traffic blog ni..(haha..skema x ayat ni..layanzz..). Kebetulan pulak, traffic yg meningkat ni berlaku di hari2 terakhir 2009, tu la jd semangat lain mcm je ni... :)


Ni jugak posting terakhir ana berbekalkan internet yg betul2 memuaskan hati..(thnx to streamyx). Lepas ni, mesti sakit hati bila nak bukak blog sendiri, nak berblog walking, bukak paper on9, bukak ape2 je la, sebab ana dah mula berada di tempat yg mmberi stress je..(kt mna lg, tempat study la..IPG Kampus Perlis..) huhu.. Connection kt sana macam hidup segan, mati x mau je, tapi xtau la kalau dh ade perubahan..(harapan mungkin tinggal harapan..huhuhu). Apapun, harapnya ana masih boleh meng'update' blog ni. Insha Allah. 


Esok, ana nak jalan2...hehe, sebelum balik Perlis..sebab hari Sabtu ade event yg kira penting jugak la..(ahakss..jalan2 ke..ntah la). Apapun, doa ana segalanya berjalan lancar, dari mula perjalanan, event tu sendiri, then perjalanan ke Perlis. Semoga selamat..insha Allah.


Akhir sekali, hepi neu yer 2010. Semoga semuanya baik2 belaka. Tutup tahun 2009, bukak tahun 2010. 


Wassalamu 'alaykum



No comments: