January 23, 2010

Aku Hidup Kerna Cinta Ilahi

Salam


Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dirafa'kan kepada Allah Rabbul Jalil, sebab memang atas segala kehendak dan perancangan-Nya, ana masih mampu bertahan mental dan fizikal, mengharungi pelbagai macam perkara yang terjadi dalam dua minggu ni (ayat ala2 acknowledgement tuk assignment je..hehe..). Semua yang terjadi bagi ana ada hikmah yang memang tidak akan terungkai dek akal yang tidak mahu untuk berfikir...(alhamdulillah..ana masih mahu dan mampu untuk berfikir..)


SELASA - 12.01.10
++ handset hilang - nokia N5320 (tarikh beli 17/1/2009 - tarikh hilang 12/1/2010) - tak sampai setahun pun..huhu, sebab tu la blog ana sekarang xde gambar sgt, sbb selalunya gambar2 ana amek guna nset yg hilang ni ++


RABU - 13.01.10
++ dapat tau sekolah untuk PRAKTIKUM - Sekolah Kebangsaan Raja (P) Budriah, Simpang Empat, Perlis - lecturer yg akan observe pun memang ana suka, sebab dia baik sangat.. ++


JUMAAT - 15.01.10
++ mencari2 link download tuk filem KCB 2 - berjaya!!!, terima kasih tuk team AkuMuzikHampa & Kreative.net - ana menghebohkan pasal ni, maka ramailah datang untuk menyedutnya (dengar cerita tayangan amal kat Dewan Kuliah tentang KCB 1 dan 2, sumber video tu hasil download dari ana..hehe) ++


++ khabar angin tersebar merata2 bahawa elaun buku takkan diberi - jumlah rm600 - benarkah??cadangan dari Tuan Pengarah ++


SABTU - 16.01.10
++ daurah Jemaah Islah Malaysia (JIM) - kitab Sirah - setengah hari ++


ISNIN - 18.01.10
++ sanah helwah - 18/1/2010 - angka tuk kiraan umurku meningkat kepada 22 - umur meningkat, amal je yang x bertingkat2.. ++


++ dengar cerita elaun masuk rabu ni, 20/1 ++


SELASA - 19.01.10
++ sebut je MQA, ana rasa sesak sangat - sebab kena siapkan berpuluh2 fail@portfolio untuk pengiktirafan degree keluaran IPG - sekarang tgh busy kemaskini fail sem.4, lengkap dengan nota kuliah, tutorial n ISL (independent self learning) untuk 19 minggu, untuk lebih kurang 6-7 subjek..mampu???apa yang penting, kerjasama..huhu ++


++ keje lajnah banyak lagi x siap - rasa macam hancur je Lajnah Multimedia n Informasi ni bila diketuai oleh ana..huhu, video korporat, buletin bulanan, bengkel adobe, blog, video akitiviti2... ++


RABU - 20.01.10
++ angin yg membawa khabar yang benar, allowance tuk semester ni dah masuk - Alhamdulillah, rm3400 (betul la, elaun buku x masuk sekali..) ++


++ ustaz Yusuf, my mentor, meninggal dunia - baca Yasin malam tu, dah abis baca Yasin, dapat berita yang ustaz masih bernyawa lagi..huhu..keajaiban Allah..ana doakan apa yang terbaik untuk ustaz - sekarang masih koma, penyakit; suspek sakit buah pinggang - teringat kat arwah mak..al-Fatihah..huhu ++


KHAMIS - 21.01.10
++ bermulanya sakit tekak, batuk2, mencari strepsils di koop maktab..tapi dok jupe pung sebab dah abis..huhu++


++ makan ubat lain (HURIX'S-CAPSULE FOR COUGH), Alhamdulillah..berkurangan sakit tu, tapi sakit lain pulak timbul - sakit kepala giler2 punye, badan jadi panas, bawak tido, bangun je jadi pening, kepala masih berdenyut2, pergi tandas, basuh kepala, amek air semayang..Alhamdulillah..sakit tu hilang ++


++ sakit kepala dari pagi sampai malam, tapi berkurang bila mandi, basuh kepala, amek wuduk - habis semua 6 kapsul hurix's dengan 4 biji panadol dalam sehari ++


++ dapat makan free sempena bacaan Yasin malam ni - ana amek dua bungkus, 1 nasik lemak, 1 nasik goreng, sakit tidak menghalang seleraku..huhu ++


JUMAAT - 22.01.10
++ fotografi ahli2 IMPI, bermula dgn kekalutan, sebab yang meng'incharge'nya, ana..haha..preparation yang very2 bad..ana mintak maaf sgt2 terutama buat Sdr. Rahman - org besar IMPI, masa ni, sakit kepala kembali lagi, badan pun jadi panas semula ++


++ tiap2 hari fikir, boleh ke nak teraju Lajnah LMI ni?? sebab dah dua minggu, ana rasa dah mula down..huhu ++


++ semalam jugak, dilantik menjadi naqib tuk usrah Junior - ana rasa x layak, tapi orang lain rasa ana layak..ntah ape2 je..huhu ++


++ pergi koop jap, beli Actifast pulak (ubat dah abis..huhu), makan 3 bijik sebab sakit kepala tak hilang2, pastu tido sebelum g Jumaat, bangun tido, masih lagi sakit kepala - pergi mandi la dulu, basuh kepala, amek air semayang, Alhamdulillah..hilang jugak sakit kepala tu, dan solat Jumaat pun selesa ++


++ malam; flu dan batuk semakin menjadi2..huhu, sakit tekak dah ilang, sakit kepala dah kurang..ujian2.. ++


SABTU - 23.01.10
++ hari ni pulak, kuliah ganti pertama untuk cuti Chinese New Year nanti ++


++ sanah helwah buat classmate, sdr. Amir.. ++


++ hari ni asyik sok sek, sok sek hidung ni..sori kawan2 kalau ana wat bising..huhu ++


++ bercadang nak beli panadol soluble pulak..tapi x ingat nak gi koop tadi.. ++


++ bukak blog, buat entry ni, Alhamdulillah, post editor untuk kali ni load bersama2 dengan function2nya - x payah la ana nak setting tulisan, kaler2, upload gambar dengan meng"edit" HTML.. seyes, pening giler bila function2 tu xde.. ++ 


KESIMPULAN :





terima kasih Tuhan


Ana bukan saja2 nak mencari publisiti buat cerita sendiri kat sini, huhu, tapi sebenarnya ana nak kaitkan dengan tajuk entri ni "aku hidup kerana cinta Ilahi". Betul, memang dengan cinta-Nya, ana mampu untuk bertahan dan menerima segala2 yang dah dirancang oleh-Nya. Walaupun kadang2 perkara yang dirancang-Nya itu menyakitkan untuk diterima dan ana mengaku, kadang2 ana sendiri terikut2 bisikan syaitan untuk mempersoalkan segala yang ditakdirkan itu..


Contoh kesalahan diri ana, tentang elaun..huhu. Elaun buku yang x dapat tu, ana memang mengutuk dan mempersoal apa rasional nak sekat elaun tu sedangkan itu hak kami..(ni masa tak insaf lagi..kutuk2 belakang..astaghfirullah..huhu). Tapi lepas kelas ngan lecturer ana yang aktif semacam, Puan Siti Rodziyah Nyan, dengan penuh tazkirah darinya serta nasihat2 berguna (sampai kawan ana gelar dia USTAZAH walaupun dia bukan USTAZAH pun..huhu..), baru terdetik dalam hati ana untuk bersyukur dengan apa yang ana dah dapat sekarang. Memang la nilai rm600 tu banyak, dan rugi kalau x dapat, tapi bila related dengan tazkirah yg diberi oleh Puan tu, Alhamdulillah, ana dapat terima. 


Teringat jugak tazkirah ustaz Min (sahabat ana, dia ni macam malaikat..huhu, seyes ni..ana x main2..dia memang baik, susah tuk ana jadi macam dia..). Isi tazkirah dia lebih kurang macam ni :


semua orang akan terima ujian, baik atau buruk ujian tu, ada hikmah yang tersembunyi..Allah datangkan ujian tu, bukan sebab suka2...huhu...jadi, bila terima ujian2 yang macam tu, cubalah untuk berlapang dada untuk menerimanya..(ayat yang depan tu tambahan dari ana je, tazkirah Ustaz Min yang ana ingat cuma ayat yang berkaler merah tu je..huhu)


Betul kan? Bila fikir2 semula, lepas tazkirah Puan tu dengan ustaz Min, baru ana terfikir, Alhamdulillah la boleh dapat rm3400 tu, daripada x dapat langsung..kan?? Teruk betul la..huhu


Astaghfirullah..ampunkan diriku, Ya Allah..aku selalu mengkufuri nikmat2 yang telah engkau berikan..malahan lebih teruk dari itu, sedikit pujian kesyukuran pun aku tidak ucapkan kepadaMu..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Dengan cinta-Nya, ana dihilangkan handset, mungkin ada hikmah tersembunyi disebalik kehilangan itu..redha je la..


Dengan cinta-Nya, ana masih mampu menghirup udaranya..untuk menjangkaui satu angka baru "22" dalam hidup ni..satu peluang untuk memperbanyakkan lagi ibadah kepada-Nya..


Dengan cinta-Nya, ana diberi elaun, dapatla untuk nak teruskan hidup ni..


Dengan cinta-Nya, ana dapat sakit macam2 - sebagai mengingatkanku bahawa ana masih ada Allah tempat mengadu dan berharap, juga kifarah dosa yang ana lakukan..


Dengan cinta-Nya, ana diberi macam2 kerja untuk dilaksanakan, mungkin sebagai peringatan dan motivasi bahawa ramai lagi orang lain yang lebih banyak kerjanya dari kerja yang ana ada ni..jangan mudah untuk berputus asa..


Dengan cinta-Nya, ana dapat puaskan keinginan ana - (update blog ni dengan senang tanpa perlu edit2 HTML, tengok KCB 2..hehe)


p/s : 
- buat teman2 yang selalu ziarah blog ni, untuk pengetahuan antum semua, ana memang tiap2 hari bukak blog sebab teringin nak update, balas ziarah kawan2 yg lawat blog ni, jawab komen2..tapi tak sempat, tambah dengan kemudahan wifi yang sekejap ada, sekejap xde


- lagi satu, maaf la x dpt nk balas semua ziarah, sebab selalu sgt ruangan shoutmix ana tu x load sekali.."page not available", so x tau sape yang ziarah - sebab guna proxy kot


- ana ucap terima kasih banyak2 sebab masih sudi ziarah blog ni..


wassalamu'alaykum




7 comments:

assyahida said...

kerana cinta... manusia masih hidup..
Allah lebih banyak rahmat keampunan-Nya dari kemurkaan..

kerana cinta-Nya..matahari masih bersinar untuk kita... udara diberi percuma...

semoga kita terus menjadi golongan yang qalil - golongan yang sedikit yang bersyukur... afala ta'qilun...

Ahmad Zulfadhli said...

saudara, tulisan die x nampaklah.. cerahkan tulisan die supaya senang orang nak bace.. :D

Ahmad Zulfadhli said...

Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

Mi vida said...

to assyahida : Insha Allah..moga diberi kekuatan yg berterusan untuk menjadi yg qalil itu..

to Ahmad Zulfadhli : erm..tq atas komen enta..tapi ana rasa mcm dh ok je tulisan ni, tulisan kaler gelap,background pulak kaler putih..cukup contrast..huhu

hami asraff said...

salam. setelah kesulitan pasti ada kemudahan. pernah dengar cerita mengenai 'Bunga Dan Rama-Rama'? Kalau belum dan sudi, silah menjengah ke blog saya. cerita yang menjadi pedoman untuk saya hingga ke hari ini.

http://hamiasraff.blogspot.com/2009/08/bunga-rama-rama.html

محمد فردوس سعد said...

to Hami : Alhamdulillah..wa syukurillah..terima kasih atas nasihat enta..ana amat mengharapkan nasihat2 sebegini..yg mana ia mampu mengingatkan kembali kepada diri ana sendiri bahawa tidak selamanya kepayahan itu berlangsung ke atas diri kita.. :)

小美冰淇淋Paul said...

,徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社