January 31, 2010

Al-Fatihah buat Ustaz..

Assalamualaikum..

Kali ni tiada apa yang ana ingin ceritakan. Cuma al-Fatihah yang mampu ana kirimkan buat Allahyarham Ustaz Mohd Yusuf bin Alias yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari Khamis lepas 28 Januari 2010, jam 9.18 pagi di Hospital Sultanah Bahiyyah Alor Setar Kedah DA.

Ana baru dapat membuat posting ni sebab x sempat nak online dah lepas dengar khabar sedih tu. Pagi Khamis tu, ana dan rakan2 terus bersiap2 untuk bersama2 mengiringi jenazah, dibawa pulang ke Melor, Kelantan. 

Alhamdulillah pada malam Khamis, jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Mukim Melor, Kg Jambu Merah, 16400 Kota Bharu Kelantan DN.

Beliau merupakan mentor ana untuk kelas PISMP Pengajian Agama Islam (B), merangkap pensyarah di Jabatan Pengajian Islam dan Moral IPG Kampus Perlis. Kehilangan ustaz membawa kesedihan buat kami sekelas. Kami sekali lagi kehilangan mentor setelah pemergian Allahyarhamah Puan Puteh bt Othman yang meninggal pada tahun lepas.

Semoga roh ustaz dan puan sentiasa dibawah naungan rahmatNya. Insha Allah...al-Fatihah...