January 10, 2010

Asyura Utara vs Timur

Salam 'alaik..


Ana sibuk sikit dari semalam sampailah jam 6 petang tadi. Sampai x sempat nak bukak blog kawan2 GB, kawan lama, kawan baru, visitors yg berblog walking ke blog ana pun,(terkesan sangat..habis traffic ke blog ana pun merudum jatuh..huhu..nasib badan tuk orang baru dalam blogging nih..adoii). Yang tu sebab busy, lagi satu sebab pulak, pasal connection, slow je, tgh semangat nak balas ziarah org, langsung semangat tu turun sikit2 bila tgk connection yg very2 bad ni..huhu..sabo je la.

Erm, abaikan la pasal yang tu, sebenarnya ana sibuk sebab bertungkus-lumus menjayakan program pertama IMPI (Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam) untuk tahun 2010 ni. Penat x payah nak cakap la, sengal2 la jugak badan ni, ana ni dah la mudah sakit belakang (muda lagi, tapi dah sakit itu ini, itulah orang sekarang, sebab dunia ni makin maju, makan macam2, badan pun jadi mudah lemah..x macam orang dulu..steady je umo 60 pun). Tapi nak buat cam mana lagi, "aku anak moden..hahaha".


Program diadakan bersempena menyambut Hari Asyura, kami bergotong-royong buat bubur asyura, ade 2 versi, versi utara ngan pantai timur. Tapi ana kurang berminat dengan asyura pantai timur, so ana memang x sentuh langsung bubur ni tadi walaupun ana orang pantai timur..hehe. 

Ana cuma bawa balik sebungkus je, bubur asyura utara. Perut ana boleh terima yang ni je, yang pantai timur tu, ana rasa secubit je tadi..lepas tu, x de dah la. Tapi xpe lah, selera masing2, ana masih menghormati selera sebegitu, xde la cakap x sedap ke, ape ke, itu ke, ini ke, cuma x minat, fullstop :)

Apa pun, kerja2 mengacau bubur pantai timur itu pun ana join sekali, xde la terus tinggal macam tu je bila x minat. Bergilir2 mengacau kedua2 bubur tu (buat dua kawah) ngan kawan2. Memang best pengalaman macam ni. Bermula jam 7.30 pagi tamat jam 6 petang. Memang berbaloi2, walaupun sengal2 badan. Janji seronok, makan sama2, dapat eratkan silaturrahim ngan kawan2, junior2..(ok la kan..). 









bubur ayura utara











bubur asyura pantai timur










penyediaan makan tengah hari..





Dari dulu ana teringin nak tau, apa kaitannya bubur yang dinamakan asyura ni dengan Hari Asyura. Bila surf internet ni dah jadi hobi, so x lepas peluang la untuk cari segala benda yang ana teringin sangat nak tau. So, hasil dari meng'google', ana dapat la sedikit info berkaitan Hari Asyura. (info telah diedit mengikut versi ana sendiri..sumber WIKIPEDIA)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Asyura, asal perkataan arabnya "asyara" bermaksud 10. So, sebab tu la, hari asyura disambut pada 10 Muharam setiap tahun hijrah. Hari Asyura diingati oleh umat Islam sebab pada hari inilah berlakunya banyak peristiwa penting. 

Ia diingati sebagai menghormati peristiwa2 tersebut dan Nabi kita pun semasa di Mekah turut berpuasa pada hari 10 Muharam kerana pada masa tersebut, ia sudah menjadi kebiasaan masyarakat di sana. Setelah berhijrah ke Madinah juga, baginda mendapati, orang Yahudi juga berpuasa pada hari Asyura (dikenali Yom Kippur - juga pada hari kesepuluh).

Antara peristiwa penting yang berlaku pada 10 Muharam :
  • Hari pertama Allah menciptakan alam, arasy, malaikat.
  • Penciptaan Adam a.s. dan pengampunan dosanya setelah bertahun-tahun memohon keampunan Allah.
  • Diangkat darjat Nabi Idris a.s. oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Nabi Nuh a.s. bersama pengikutnya selamat dari bah besar. 
  • Nabi Ibrahim a.s. terselamat dari api Raja Namrud hasil pertolongan Allah.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan selepas tujuh tahun dipenjara.
  • Penyembuhan mata Nabi Yaa'kub a.s. ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Penyembuhan Nabi Ayub a.s. dari penyakitnya.
  • Terselamatnya Nabi Musa a.s. bersama pengikut dari tentera Firaun dan berlakunya kejadian Laut Merah terbelah setelah dipukul menggunakan tongkat baginda.
  • Penurunan kitab Taurat
  • Nabi Yunus a.s. terselamat dari perut ikan nun selepas berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah. 
  • Pengurniaan sebuah kerajaan yang besar oleh Allah kepada Nabi Sulaiman a.s.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke langit ketika diburu untuk disalib.
  • Syahidnya Saidina Hussein ibni Ali akibat dibunuh di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah, Yazid.
Kemudian, ketika hari Asyura ni (setiap 10 Muharam), umat islam dituntut melakukan perkara2 sunat. Antaranya seperti puasa, beri makan orang yang berpuasa, mandi sunat, bersedekah..dan banyak lagi..(nak info lebih, bukak link yang ana sediakan tadi..tak pun baca la buku mana yang patut...hehehe..harapnya korang lagi rajin dari ana..)
  
Kaitan dengan bubur asyura?? Ok, pasal ni, ana baru je dapat tahu tadi, (kira fresh lagi la ni, tapi untuk ana la, mungkin antum semua dah lama tahu..wink..wink) ceramah dari Ustaz ana, dia kata bubur asyura ni dibuat sebab mengikut perbuatan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya setelah bah besar. Selepas keadaan pulih, ketika itu, semua mereka turun dari bahtera dan mengumpul bahan2 makanan yang ada, kemudian mencampurkan semuanya untuk dimasak dan dimakan. So, jadilah sekarang ni macam bubur asyura tu lah, campur pelbagai bahan untuk menjadikannya bubur yang sedap dimakan...hehe.

Erm, begitulah serba sedikit info berkaitan Hari Asyura. Ana nak cakap lebih2, takut tersalah pulak..almaklum la, ilmu yang ada ni pun 'ciput' sangat. So, kalau ada yang x betul apa yang ana beritahu kat atas ni, beritahulah. Perkongsian sebegitu amat bermakna untuk ana dalam mencari seberapa banyak ilmu Allah yang wujud atas muka bumi ini. Wallahu a'lam.

p/s : ingat nak letak gambar pasal program bubur asyura tadi, tapi connection kt sini slow je..slow teramat sangat, so terpaksa ana tangguhkan dulu..mybe pagi esok baru upload, sbb kt sini, time pagi2 buta, line laju sikit..hehe...