January 18, 2010

Kenapa Nak Sombong????

Salam 'alaykum.

Marah ke? Erm...don't worry, x marah pun. Tajuk yang wujud di atas tu cumalah sebuah perasaan yang tiba2 timbul dalam hati ana lepas solat tadi.

Sebenarnya, satu persoalan timbul tadi, kenapa manusia suka menyombong diri kepada Allah. Macam mana yang dikatakan sombong dengan Allah tu? Ya lah, lepas solat, terus je angkat kaki tanpa menadah tangan. Kenapa bila kita hidup, susah sangat nak berdoa, bila kita hidup, susah sangat nak bersyukur, bila kita hidup, susah sangat nak berterima kasih, susah nak menghargai..(erk..lebih kurang sama je kan..huhu..)

Ramai antara kita yang faham, doa tu ialah menadah tangan bila lepas solat, mengangkat tangan lepas salam, itu sahaja. Sedangkan solat itu pun merupakan doa..(takrif solat dalam fiqh dari sudut bahasa ialah ad-du'a..). Tetapi, berapa ramaikah muslim yang mendirikan solat penuh 5 waktu sehari semalam? (pengecualian untuk mereka yg uzur syar'ie la kan..). Berapa ramai pula orang yang bersolat menadah tangan untuk memohon sesuatu dariNya? Soalan2 yang ana rasa pembaca2 boleh jawab sendiri.

Mesti antum semua pernah jumpa orang yang sengaja meninggalkan solat kan, tak pun kawan2 yang bersolat, bila salam je, terus cabut lari..tanpa berdoa terlebih dahulu. Bergunakah apabila kita sombong dengan Tuhan?

Dalam hidup seharian kita pun, mesti kita 'tak syok', kadang2 sakit hati pun ada bila ada manusia yang sombong dengan kita. Contohnya macam bila kereta kita berselisih kat jalan yang kecik, then kita mengalah dan memberi ruang untuk kereta tu jalan dulu, tapi bila dah dapat jalan, x pandang langsung ke kita, jauh sekali nak bagi senyuman tanda terima kasih. Kalau cikgu pulak, bila anak murid x beri salam, ucap selamat ke, mesti hati rasa geram je..(sambil2 kata dalam hati, ni boleh jadikan point tuk assembly next week...erk..).

Kesimpulannya, kita akan rasa sakit sangat bila orang sombong dengan kita. Nak marah pun ade. Begitulah juga halnya dengan Allah. Cuma tak boleh la bila kita nak kata Allah sakit hati dengan mereka2 yang sombong denganNya, murka mungkin boleh diterima.

Jadi, siapalah kita untuk berlaku sombong dengan Tuhan. Sedangkan senafas udara yang kita sedut ni pun, nikmat yang tak ternilai harganya, kalaulah ditarik nikmat itu, pasti cukup terseksa. Itu pun masih nak sombong dengan Tuhan.

Binalah perhubungan yang sebaik mungkin antara diri kita dengan Tuhan. Ingatlah, jika kita tidak menjaga perhubungan tersebut, kita sendiri yang akan rugi, sedangkan Allah tidak rugi walau sedikit pun. Semakin jauh diri kita dengan Allah, maka begitulah juga, Allah akan semakin jauh dari diri kita..(macam hipotesis sains pulak..huhu..).

Berdoalah kepadaNya tanda kita sentiasa ingat padaNya. Bagi ana, sesibuk mana pun seseorang itu, janganlah langsung lupa tentang hubungannya dengan Allah (maksud ana di sini adalah untuk berdoa..). Alhamdulillah, bagi ana, x pernah lupa untuk berdoa terutamanya lepas solat. Paling tidak pun, jika sibuk sangat, ana x kan lupa mengucapkan hamdallah kepadaNya, berselawat ke atas Nabi, membaca doa untuk kedua ibu bapa dan juga doa agar diberikan hasanah di dunia dan akhirat.

Apapun, dalam sibuk2 tu, berdoa perlulah dihadirkan dengan hati, bukan sekadar ucapan dibibir sahaja. Berdoa saja, tapi fikiran melayang ke lain (sambil doa ingat makan, kerja x siap lagi, assignment berlambak2, duit xde dan sebagainya..), x boleh jugak? Doa yang sebegitu tidak memiliki pakej yang lengkap untuk dihadapkan kepada Allah..mungkin akan dilemparkan oleh Allah seperti kain buruk saja, malahan mungkin tidak akan diangkat langsung oleh Malaikat.

Sebab itulah, suasana dan keadaan hidup masih di takuk yang lama..mungkin ada yang ambil masa 2 bulan, 2 tahun, 12 tahun, 20 tahun untuk dapat berubah ataupun sembuh ataupun apa2 sahaja seperti yang didoakan. Kita akan terfikir, setelah lama berdoa, kenapa cepat, kenapa lambat untuk mendapat hasilnya seperti yang diinginkan, ataupun xde perubahan langsung? Jawapan? Erm, you hold the 'key'..

Nasihat ni buat sahabat2, juga buat diri ana sendiri. Ana pun xde la sempurna sangat. Kadang2 dalam berdoa, fikiran pun ke lain jugak..huhu. Tapi, apa yang penting perlulah kita berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam semua benda yang kita buat. Semoga ianya bermanfaat.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul"
++ al-Baqarah :186 ++

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Sesungguhnya Allah SWT itu bersih lagi suci, dan Allah tidak menerima kecuali yang bersih lagi suci. Dan sesungguhnya Allah memerintah orang-orang mukmin dengan apa yang diperintahkan ke atas para rasul. Allah berfirman " Wahai rasul-rasul, makanlah yang halal dan lakukanlah amalan salih" Allah juga berfirman, "Wahai mereka yang beriman, makanlah rezeki yang baik-baik yang dikurniakan kepadamu" Kemudian terdapat seorang lelaki yang bermusafir jauh sehingga kusut rambutnya dan berdebu mukanya. Lelaki ini menadahkan tangannya untuk bermohon kepada Allah dengan berkata "ya Rab, ya Rab" sedangkan makanannya haram, minumannya haram pakaiannya haram dan mulutnya disuapkan dengan sesuatu yang haram. Bagaimana akan diperkenankan doanya?"
++ hadis riwayat Imam Muslim ++

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


p/s : xperlu sombong2 lagi pas ni..tak kiralah sesama manusia ke ataupun dengan Allah. Lagi sekali ana ulang, jangan sombong2..KITA SENDIRI YANG AKAN RUGI...

4 comments:

Frodo Baggins said...

Rilexx~
karma is a bitch!
dis dumb cow akan dpt balasan

>>_____<<

Frodo Baggins said...

ehhh ... wa salah komen tempat! atas ni nak komen kat entry org lain .. huahuahuahua


>>____<<


really sorry ... komen yg sptutnya wa dah send kat entry org atas ni .. mamposss ...


====================


ni komen wa tuk entry ni ..

kita bukan sesiapa tuk sombong
selayaknya tmpat kita
sujud pada pencipta
akhirnya >> kita ni hamba jer


>>_______<<

Mi vida said...

haha..its ok bro..

betul tu,akhirnya pun kpd Allah kita pulang..sepatutnya kita mampu untuk memperbaiki diri untuk lebih baik dari sebelumnya..

ezzati said...

sifat dlm manusia yang susah nak di nafikan...huhu