January 08, 2010

Ketaksuban kepada Blog - Part 2

Salam

Baiklah, ana xnak melalut sangat dalam penulisan entri kali ini. Untuk yang sebenar-benarnya, ana ingin memperkatakan tentang point sebenar yang ingin ana katakan..(berbelit2 ayat..faham sendiri la ye…), di mana ia dilihat amat penting oleh semua blogger (tapi tak tau la pulak kalau blogger2 yang dah femes, pandang ke tak benda ni, huhu..).

Ia berkenaan dengan 'komen'. Pentingkah 'komen' untuk sesuatu blog? Persoalan yang ana sendiri akan jawab :) Bagi diri ana sendiri, ana amat merasakan memang x best langsung bila kita blogging tapi xde komen yang datang. Kadang2 jeles je tengok blog orang lain penuh dengan komen, sampai tuan punya blog pun pening kepala nak balas komen yang datang tu, yang x cukup masa pun ada.
Tapi xpela kan, jeles ana kadang2 je pun, xde la sampai nak buat santau ke, ape ke..hehe. Ana masih rasional dalam hal2 begini.. :)

Sebetulnya, ana merasakan bahawa mereka dulu pun seperti ‘kita’(ana dan newbie2 yang lain – entri ni macam sesuai untuk golongan seperti kita je…hehe). Dorg dulu pun bermula dari bawah untuk menjadi seperti yang ada sekarang.

Takkanlah baru lahir terus nak berlari kan, mesti la kena berdepan dengan banyak kepayahan. Bertatih la sikit2 dulu, then tak lama lepas tu jadilah newbie2 ni seperti mereka yang otai2 itu. Pada masa itulah nanti kita akan menguasai dunia blog ini setelah mereka pencen..hahahahahaha..(ayat jahat punye..hehe..cita2 nak hebat, ntah ape2 je..tu pun kalau dorg nak pencen..adoii)

Sejujurnya, ana pun nak jadikan blog ana sendiri dikunjungi ramai, dikomen dengan rakus, untuk faedah bersama. Sebabnya kadang2 daripada komentar2 itulah, banyak benda baru kita boleh dapati. Lagipun, bila ramai yang mengomen, semangat untuk terus blogging tu makin membuak2.

Selain tu jugak, dengan komen yang ada, barulah kita tahu bahawa tulisan kita dibaca oleh orang, rasa dihargai tu akan wujud secara tak langsung dalam diri.

Mana ada orang menulis tak mahu tulisannya di baca orang, semuanya nak tulisan masing2 dibaca dan lebih dari itu di beri komen berkaitan yang membina, bukan mengutuk, mengeji dan sebagainya. Itulah sebahagian daripada antara sebab mengapa komen tu penting untuk seseorang blogger.

Kaitannya dengan ketaksuban berblog?? Adeii yayy..x dpt ke point yang boleh membawa antum ke tajuk tersebut..huhu. Ana nak kata bahawa, dengan komen yang ade, seseorang blogger boleh jadi taksub untuk blogging..(ni pendapat ana, antum punye pendapat, ana xtau macam mana..). Sebab macam ana kata awal2 tadi, dengan komen, semangat untuk menulis mampu dibina dan dikukuhkan lagi (setuju??).


komen anda invisible??



Persoalannya sekarang ni, ade ke orang nak baca tulisan2 kita kalau kita cara blogging pun x betul. Sebenarnya, untuk blogging, banyak tips2 yang antum kena ikut. Kalau antum buat seperti yang ditunjukkan, inshaAllah, blog antum pun akan dikenali suatu hari nanti, menjadikan antum2 lebih taksub untuk berblog..haha.

Pasal tips pulak, dah banyak blog yang sebut, dan mungkin juga ramai yang dah tau. So, perlu ke ana menyenaraikannya mengikut versi ana sendiri?? Erm, mungkin kot, tapi dalam entri lain la, sebab ana rasa macam dah berjela2 je entri yang ni. Antum yang baca pun dah bosan kan sebab ana sendiri pun bosan..wakakaka.

So, setakat ni dulu. Tunggu tulisan ana akan datang. Salam ‘alaykum.




9 comments:

Nescafe ais said...

Salam bro.

Memang benda ni normal dan terjadi pada semua blogger yang baru nak berblog. Gua juga macam tu dulu. Just teruskan update dan rajin buat blogwalking. Jangan berputus asa bila entri kita tak ada yang sudi nak komen. Itu adalah lumrah kehidupan seorang blogger.Hehe

Sendra said...

kayuh pelan..mula2 memang takde orang nk komen..blog aku pun masih tak laku2 kadang..tapi jgn risau,lama kelamaan,blogger akan tolong blogger..jadi sebelum org lain tolong kita,kita tolong orang..rajin2 lah blogwalking,komen2 blog orang..nanti orang akan sedar kewujudan blog kita insyaallah.

Mi vida said...

@nescafe ais & sendra : syukr0n atas nasihat tu.. :)

FarhanaDr said...

Yessss.. Sokong laa sume kate kat atas.. Heehee.. Yg pnting, rajen update, rajin tegur sapa.. Lambat laun org nampak gak.. Heehee.. ;)

Dulu ku pn mcm tu, masa tulis syok sndiri, 2 bulan ku rehat blog, rase mlas daa.. Tapi pastu ade yg mula dtg, ku pn rajen laa balik.. Heehee.. Kata kunci dia, rajin.. Ngeee.. ;)

ain fathihah said...

kalau tulis untuk kepuasan sendiri, memang takkan kisah kalau takda orang yg sudi tinggalkan komen.

tp, mcm syok sendiri pulak kan kalau sendiri tulis, sendiri baca, sendiri komen.

jadikan tulisan kamu menarik! mesti pembaca rajin berkunjung ke blog kamu.

salam kenal.

lixdo said...

hehe
kene rajin tinggalkan komen untuk blog orang lain baru orang lain tinggalkan komen untuk kita

ZAZAS said...

saya msih baru . entri yang sangat bagus . jadi penawar utk saya. tq.

hadjie said...

Okla ni ramai yang mengomen di sini. Saya begitu juga, cuma bab agama ramai yang tak berani komen.
Satu tip kita kena balas setiap komen yang datang, terutama bagi yang baru-baru berblogging macam saya.

小美冰淇淋Paul said...

徵信社,徵信,徵信,徵信社,外遇,尋人,徵信公司,徵信,抓姦,徵信,徵信社,徵信,抓姦,抓姦,外遇,尋人,徵信公司,徵信,徵信,徵信社,徵信社,徵信,徵信社,徵信,外遇,尋人,徵信公司,徵信社,抓姦,徵信,外遇,徵信社,,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信,徵信社,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,外遇,尋人,徵信公司,徵信,徵信社,徵信社,徵信,錄音,背叛,商標,商標,GPS,離婚