January 05, 2010

"Ku Mencari CahayaNya dalam Bayang Kegelapan"

Salam ‘alaykum buat sobat sekalian..

Antum semua pernah dengar kan ayat kat atas tu. Sebaris lirik lagu Nur Kasih, yang femes sangat time citer Nur Kasih dulu (ana pun memang kipas susah mati Nur Kasih..hehe..). Bagi ana, lagu ni pun amat2lah menarik sekali selain sedap untuk didengar.


mencari cahaya dalam kegelapan..masihkah ada sinarnya??



Apa yang ana nak ceritakan bukanlah berkaitan dengan cerita ni. Lagipun ana dah ade cerita pun sedikit sebanyak tentang Nur Kasih. Try la selak2 entry lama ana dalam blog ni…(malas la tu..ape la nak jadi…bila la bangsa Malaysia nak maju..hahaha..x paksa pun, saja..)

Apa yang ana nak kaitkan adalah tentang situasi masa sekarang dengan lirik ni. Memang betul, dunia sekarang semakin menuju kepada kegelapan semula. Kalau dulu kita belajar sejarah form 4 n form 5, manusia2 semakin maju dalam banyak aspek, dari zaman gelap ke zaman renaissance (Eropah), zaman jahiliyyah ke zaman daulah Islamiyyah yang penuh cahaya dan kegemilangan, manusia pada masa tersebut amat menghormati antara satu dengan yang lain, sentiasa bantu-membantu, bergantungan dalam pelbagai hal dan macam2 lagi lah.

Kalau sekarang pulak, ana pasti ramai yang dapat merasakan perbezaan tersebut. Memang la sekarang ni nampak lagi maju dari zaman dulu (yg ni ana x dapat nafikan..semalam je ade lg yg baru, terbit lagi satu sejarah moden dunia, kelahiran burj khalifa-828m…pencakar langit yang amat mengagumkan ana sendiri – masing2 berlumba nak cakar langit, jatuh langit tu nanti, padan muka..haha..lawaking kejap). Maju memang maju, tapi itu hanya dari segi kebendaan, material sahaja. Macam mana pulak dengan kemajuan insan itu sendiri?? Satu persoalan yang amat penting untuk diketahui penyelesaiannya oleh orang2 yg berfikir (seperti ana..ahaksss..haha).

Macam2 benda berlaku hari ni, yang “tak tercapai akalmu” pun ada :) . Kalau dalam paper tu, ana berani cakap la, confirm akan ada kes2 jenayah terbaru..(tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan, tak jadi paper kalau xde berita jenayah ni..hehe). Malas rasanya ana nak listkan semua jenayah2 tu sebab antum pun dah tahu.

Siapa yang kita nak persalahkan? Cikgu ke? (oh tidak, jangan nak tuduh sebarangan k – ana cakap macam ni bukan sebab bias – walaupun ana bakal cikgu). Sebenarnya, cikgu sudah sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk mendidik anak bangsa ni. Macam2 benda cikgu dah buat, baik dari pengetua, guru besar, guru kecik (ade ke..?), cikgu disiplin sampailah ke cikgu kelas. Semuanya nak anak didik jadi yang terbaik (ana rasa mesti ada yg x setuju pendapat ana ni..erm, pendapat orang, ana tak leh nak halang..)

Ana lebih melihat kepada undang2 yang masih lagi longgar dan kurang berkesan menjadi sebab kenapa kita sekarang menjadi yang sekarang. Ana tengok Buletin Utama TV3, rasanya hari 1st 2010. Berpuluh pasangan ditangkap berkhalwat malam tahun baru dan didenda bayaran RM1000 sahaja atau penjara 6 bulan atau kedua2nya (kalau x silap..ana x amek law..kurang arif denda2 ni..hehe). Berbaloikah? Logikkah? Berkesankah? Takkan berulangkah? Huhu..ana sentiasa kahkahkah terhadap undang2 sebegini. Kenapa undang2 yang sudah Allah tetapkan tidak diguna? Undang2 manusia juga yg jadi pegangan. Manusia ke tuhan ataupun Allah tu yang tuhan.

Cukup sekadar yang ini, tak boleh lebih2, nanti lain pulak jadinya. Antum semua ada anugerah yang makhluk lain xde, akal. Jadi, fikir2kan lah, fikir ikut landasan yang betul..menggunakan sumber sebenar!!!

Wallahu a’lam..Wassalmu’alaykum..