January 15, 2010

Jaga Baik2..Jangan Sampai Rosak

Salam 'alaykum buat semua. Semoga antum semua berada di dalam naungan Ilahi dan rahmatNya.

Ana nak bercerita sikit sebab dah lama x bercerita (tapi pernah ke sebelum ni..??hehe). Dah dua kali ana mendengar tazkirah berkenaan cerita ini, dan kali ini ana berkesempatan untuk berkongsi dengan semua. Semoga kita sama2 beroleh manfaat darinya, insha Allah.

Begini ceritanya, di sebuah kampung, terdapat seorang ayah yang begitu soleh, tinggal bersama2 seorang anaknya yang selalu melakukan maksiat tanpa berasa sedikit kekesalan pun. Malahan segala maksiat yang dilakukannya dirasakan seperti perkara wajib untuk dilakukan, dan jika tidak dilaksanakan, seperti ada sesuatu yang hilang dalam hidup sehariannya. (bahaya betul kan bila hati dan maksiat disebatikan bersama..cahaya kebenaran tidak mudah untuk menembusinya melainkan dengan hidayah Allah sahaja..).

Walau bagaimanapun, anak tersebut tetap satu2nya anak yang beliau ada, permata hati yang perlu dipandu dengan nasihat yang berguna agar nanti, apabila dia sudah tiada, anaknya itu mampu mendoakan kesejahteraan beliau di alam sana. Si ayah senantiasa menasihati anaknya itu agar meninggalkan maksiat2 yang dilakukannya. Namun, setelah berbuih mulut menasihati, si anak masih dengan kedegilannya untuk meninggalkan maksiat yang dilakukan.

Si ayah sudah kehilangan idea untuk menasihati anaknya. Akhirnya dia memanggil anaknya dan berkata "wahai anakku, ayah sudah tidak mampu bagaimana lagi untuk menasihati kamu supaya berubah dan meninggalkan maksiat yang kamu lakukan. Mulai hari ini, ayah tidak akan lagi menasihati kamu, sebaliknya ayah akan memaku sebatang paku di tiang rumah ini setiap kali kamu melakukan maksiat dan akan menanggalkan paku tersebut apabila kamu melakukan satu amal kebajikan."

Hari demi hari, paku2 yang ada di tiang rumah semakin banyak, bersamaan dengan maksiat yang dilakukan anaknya itu. Sampai satu ketika, hampir tiada lagi ruang untuk ayahnya memakukan paku di tiang tersebut kerana terlampau banyaknya maksiat oleh anaknya. Dan ketika itulah anaknya kelihatan seperti tersedar bahawa begitu banyak maksiat yang telah dilakukannya sehinggakan tiada lagi ruang di tiang itu untuk dipaku.

Setelah itu, barulah timbul kesedaran di hatinya bahawa beliau perlu berubah untuk menjadi baik dan meninggalkan segala maksiat yang pernah dilakukan sebelum ini. Maka berlalulah hari demi hari yang diisi oleh anaknya dengan amal2 kebajikan, bukan lagi seperti sebelumnya. Ayahnya pun melakukan seperti apa yang dijanjikannya dahulu iaitu menanggalkan paku2 yang ada di dinding bertepatan dengan amal yang dilaksanakan anaknya. Sehingga akhirnya tiang rumahnya itu tiada lagi paku yang ada.

Ayahnya merasakan amat gembira sekali dengan perubahan anaknya itu. Namun, bagi si anak, dia berasa sedikit kecewa dengan kehidupan sebelum ini, berdasarkan pemerhatiannya pada tiang tersebut. Ayahnya pun bertanya, "kenapakah engkau masih bersedih wahai anakku sedangkan tiang ini sudah tidak ada lagi paku2 padanya". Lalu si anak menjawab, "wahai ayahku, benar, memang tiada lagi paku di tiang ini, namun pada tiang ini masih lagi mempunyai kesan2 paku tersebut yang mencacatkan keadaannya. Ia pastinya sama seperti hatiku ini. Pastinya di hatiku masih berbekas parut2 jahiliyyahku dan titik2 hitam kerana maksiat yang aku lakukan selama ini, sebab itulah aku berasa sedih".

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kesimpulannya, buat teman2 dan sahabat2 sekalian, mana2 maksiat pun, kesemuanya amat mudah dilakukan (kerana semua maksiat merupakan perkara yg amat disukai oleh manusia untuk melakukannya, ibarat semut dan gula, xdapat untuk dipisahkan), tetapi perlu diingat juga bahawa, untuk mendapat pahala juga, ia seperti menyebut a, b, c..hehe..Bagaimana? Mungkin dengan senyuman, membuang duri dan gangguan di jalanan dan sebagainya lagi yang mungkin kita tidak sedari. Mudah kan?

Erm, kurang tepat sikit kesimpulan kat atas tu, tapi xpe, terima la sebagai perkongsian dari ana sendiri. Kesimpulan sebenar, janganlah kita menjadikan maksiat itu beraja di hati, sehinggakan tiada langsung amalan baik yang mampu diterimanya. Memang, bukannya senang untuk menolak segala godaan dan nafsu ammarah manusia yang sentiasa mengajak kepada kelalaian, namun jika hati kita ditarbiyyah dan dididik dengan perkara2 yang sebetulnya seperti zikrullah, membaca al-quran, beramal kebajikan, menyiramnya dengan tazkirah2 dan kuliah2 agama, tidak mustahil untuk hati kita mampu menolak godaan2 syaitan itu.

Samalah keadaannya jika kita membiarkan sebatang besi yang cantik dan berkilat terdedah kepada panas, kering, hujan, basah dan sebagainya, lama-kelamaan besi tersebut akan menjadi berkarat dan reput sehinggalah tidak mampu lagi untuk diperbaiki. Semoga hati2 pembaca artikel ini tidak seperti besi2 tersebut. Jadikanlah hati kita seperti besi yang sentiasa dijaga rapi, disimpan dengan elok, tidak terdedah dengan segala perkara yang mampu merosakkannya.

Dan apa yang penting, dan perlu diingat selalu, sejahat manapun seseorang insan itu, pintu taubat kepada Allah sentiasa terbuka luas selagi dia tidak melakukan syirik kepadaNya. Yakinlah bahawa Allah itu maha Pengampun lagi maha Penyayang. Segala maksiat yang dilakukan, jika kita bertaubat dengan taubat nasuha (sebenar2 taubat..), di sisi Allah, kita ibarat bayi yang baru dilahirkan, penuh dengan kesucian dan seputih salju yang bersih. Apa yang penting, kesalahan tersebut tidak diulang kembali.

Setakat itu sahaja perkongsian dari ana. Apa yang kurang harap mampu diperbaiki oleh pembaca2 budiman melalui ruangan komen yang ada. Wallahu a'lam..Wassalamu'alaykum. Ilalliqa' ma'as salaamah. :)


4 comments:

Frodo Baggins said...

entry yang menarik
semua perbuatan akan dapat balasan
kecil atau besar
baik atau buruk ..


>>__<<

cikgu isza said...

penuh dengan pengisian.. saya suka

assyahida said...

salam alayk..
good story.. first time aku dengar cite ni.. thanks.

@@@@@
satu saat kita pasti melakukan kesilapan yang kdg2 kita rasa hidup kita dah dinodai dosa2..
pasti hati kita kan rasa dah takde jalan kembali..
tapi itulah hakikat disebalik sebuah taubat.. sekiranya kita merasakan tetap menyesal atas apa yang pnh dilakukan walau sudah btaubat, bmakna hati kita masih hidup..

selangkah kita menjauh, Allah makin mndekat..caranya mungkin dengan didatangi mehnah kesedihan.. barngkali itulah caranya mmbuatkan kita kmbali pada-Nya.. dan cara Allah sntiasa kelihatan salah pada kita walau hakikatnya sentiasa betul...

"dont despair and never loose hope.. coz Allah is always by your side.. insya-Allah, you'll find your way"

hami asraff said...

Assalamualaikum w.b.t

Kali pertama singgah ke blog saudara. Terlebih dahulu terima kasih banyak-banyak sudi bertandang ke blog saya yang tak seberapa. saya hargai! :-)Pernah mendengar cerita ini sebelum ni. Terima kasih berkongsi untuk tatapan semua. Dengan saya ingin menambah sedikit ya. Seperti mana yang kita tahu, iman tak boleh diwarisi walau dari seorang ayah yang bertakwa ( ala macam lagu iman mutiara Raihan tu ). Kebanyakkan yang saya nampak, contohnya apabila seorang ayah itu seorang Imam masjid. Ada sahaja anak-anaknya yang terlibat dalam masalah sosial. Tapi bukan semua. Hanya contoh sahaja. Ingin kaitkan dengan cerita yang anda tampilkan. Tetapi apabila seseorang itu ingin kembali ke jalan Allah ( dulunya tersasar jauh ), mereka ini lebih mendalami Islam. Malahan sangat-sangat taat akan segala perintahnya berbanding mereka yang sedia kala di didik secara Islam. Itu lah petunjuk dan hidayah dariNya. Dia berhak memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Begitulah serba sedikit pendapat saya. Minta maaf memenuhi ruangan komen ini. Salam ukhwah dari saya. -HAMI ASRAFF- Wassalam ~