January 17, 2010

Penampar mampu menjawab 3 persoalan

Salam..

Selepas menggoogle (x sia2 ana korbankan masa tidur petang..hehe..), ana dapat mencari link mediafire tuk mendownload Ketika Cinta Bertasbih II. Sambil menunggu download complete, ana nak bercerita lagi tentang satu kisah ni. Kisah ini 1st time dengar masa ana hadiri daurah IPT, tapi dah x ingat bila waktu dia.

Berikut cerita yang ana nak kongsi bersama :

Seorang pemuda yang baru sahaja pulang ke tanah air setelah belajar di luar telah meminta ayahnya untuk mencari seorang ulama' yang mana ulama' tersebut dikehendaki menjawab 3 persoalan darinya. Setelah mencari, akhirnya ayah pemuda tersebut berjaya mendapatkan apa yang dihajati anaknya itu. Setelah itu, bertemulah pemuda tersebut dengan alim ulama' dan dia mula menanyakan soalan.

Pemuda : Siapakah tuan dan bolehkah tuan menjawab persoalan2 saya?
Ulama' : Saya merupakan hamba Allah dan jika diizinkan oleh-Nya, saya akan menjawab persoalan kamu.
Pemuda : Adakah tuan begitu yakin mampu untuk menjawab persoalan2 saya? Sedangkan telah ramai ilmuwan2 serta cerdik pandai yang tidak mampu memberikan jawapan kepada pertanyaan2 saya ini.
Ulama' : Insha Allah, saya akan menjawab pertanyaan kamu dengan sepenuh kemampuan saya.
Pemuda : Sebenarnya saya mempunyai 3 soalan yang perlu tuan jawab. Soalannya ialah :




**Kalau Tuhan wujud, tunjukkan kepada saya tentang wujudnya Tuhan itu
**Apakah yang dimaksudkan dengan takdir
**Jika syaitan diciptakan dari api, kenapakah mereka akan dimasukkan ke dalam neraka juga yang dibuat dari api juga. Bukankah itu tidak menyakitkan buat mereka kerana memiliki unsur yang sama? Adakah Tuhan tidak berfikiran sejauh itu?



Setelah tamat pertanyaan dari pemuda itu, dengan tidak semena2, ulama' tersebut terus menampar pemuda tersebut dengan tamparan yang begitu kuat sekali. Dengan kesakitan yang amat sangat, pemuda itu bertanya :

Pemuda : Kenapa tuan menampar saya,adakah tuan marah dengan pertanyaan2 saya tadi?
Ulama' : Tidak, saya tidak memarahi kamu, sebaliknya tamparan yang diberikan itu merupakan jawapan dari saya untuk menjawab ketiga2 persoalan kamu tadi.
Pemuda : Saya benar2 tidak memahaminya, boleh tuan jelaskan dengan lebih lanjut lagi?

(jawapan soalan 1)
Ulama' : Baiklah, begini...bagaimana rasanya penampar saya tadi?
Pemuda : Semestinya saya merasakan begitu sakit sekali.
Ulama' : Jadi kamu percayakah bahawa sakit itu wujud?
Pemuda : mengangguk tanda setuju dan percaya bahawa sakit itu ada.
Ulama' : Baiklah, jika kamu percaya sakit itu wujud, tunjukkan kepada saya tentang kewujudan sakit itu.
Pemuda : Oh, saya tak boleh menunjukkannya kepada tuan.
Ulama' : Jadi, itulah jawapan kepada soalan pertama kamu. Sebenarnya kita merasakan kewujudan Tuhan tetapi kita tak mampu untuk melihatnya sekalipun.


(jawapan soalan 2)
Ulama' : Adakah kamu bermimpi malam tadi bahawa pada hari ini saya akan menampar kamu?
Pemuda : Tidak.
Ulama' : Kamu terfikirkah bahawa kamu akan menerima tamparan dari saya pada hari ini?
Pemuda : Tidak sama sekali.
Ulama' : Jadi, itulah yang dinamakan takdir yang mana kamu tidak mengetahuinya sedikitpun melainkan setelah kamu melaluinya.


(jawapan soalan 3)
Ulama' : Saya menampar kamu menggunakan tangan. Ingin saya tahu, daripada apakah tangan ni dibuat?
Pemuda : Kulit.
Ulama' : Bagaimana rasa tamparan tadi?
Pemuda : Begitu menyakitkan.
Ulama' : Begitulah juga halnya dengan syaitan dan neraka. Walaupun syaitan dan neraka merupakan satu unsur yang sama, jika Allah berkehendakkan neraka untuk menjadi satu tempat yang menyakitkan untuk syaitan, maka ia akan berlaku seperti yang dikehendakinya.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Justeru, apa yang dapat ana simpulkan di sini bahawa, kewujudan dan kekuasaan Allah itu tidak perlulah kita pertikaikan lagi dengan persoalan2 yang tidak patut kita fikirkan. Jika kita tetap berfikir sejauh mana sekalipun, kita tidak akan dapat mencapainya dengan kuasa akal yang begitu terbatas ini (tak tercapai akalmu...). Akal yang diberi oleh Allah ini bertujuan agar manusia sentiasa memikirkan bagaimana untuk membezakan antara baik dan buruk, memikir kejadian2 ciptaan Allah dan segala apa yang berkaitan agar nanti kita mampu untuk menjadi sebaik2 manusia semasa hayat dan dianugerahkan syurga ketika berada di sana. Wallau a'lam.

p/s : download KCB II dan siap. So sekarang masa untuk ana menontonnya..(excited giler..huhu..). Nanti kalau ada masa + server x busy, ana akan kongsi ngan antum semua serba sedikit berkenaan sinopsis cerita KCB II ni dan juga link tuk download cerita ni..so, tunggguuuuuuuuu!!!



8 comments:

shazika said...

apa tu kcb?

PinQib said...

ketika cinta bertasbih.,
erk

Mi vida said...

betul PinQib..hehe..KEtika Cinta Bertasbih II nama lai dia KCB II... :)

Shaifful Hairi b Ramli said...

bagus citer berkenaan pertanyaan pemuda kepada ulama tu..mmguncle suker dan boleh memberi manfaat kepada diri uncle bila membacanyer..

arc13 said...

aku xminat ah tgk cter indo..zzz

Ahmad Zulfadhli said...

terkejut pemuda tue tetibe jer kene tampar dengan ulama'.. terus terjawab segala persoalan yang ditanya.. :D

ARC said...

cerita tu mmg kisah benar dia adaptasi..tp part tampar2 tu jelaaaa

video source ade kt footnote post tu bro hak3

Kisah Profesor Yang Ujub

Mi vida said...

to ARC : erm..tak paham la komen enta..huhu..