January 28, 2010

Perempuan, Dirimu Bengkok, Menyusahkan...

Salam 'alaykum buat semua 


Nabi saw pernah bersabda dalam hadis yang bermaksud :


Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia tidak menyakiti jiran dan hendaklah  dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. 
(Riwayat al-Bukhari :4890) 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Perempuan dicipta dari rusuk lelaki yang bengkok. Bengkoknya tulang itu telah memberikan gambaran yang amat serong kepada kaum wanita itu sendiri sebagai memberi masalah yang pelbagai kepada kaum lelaki. Tapi benarkah sebegitu?

Antum2 yang berjantina lelaki, mesti pernah melalui pengalaman macam ni, di mana bila kita beri sedikit teguran kepada kawan2 perempuan, kita cakap itu dan ini, buat macam ni, jangan buat macam tu dan macam2 lagi la..tapi last2 perempuan tu merajuk. Apa rasa antum? Mesti dalam hati cakap "aku salah cakap ke..huhu", "aduh, leceh tul la perempuan ni, tegur sikit nak merajuk", "bla..bla..bla..bla..bla.." dan sewaktu dengannya.

Pastu, bila dah merajuk, mesti sume keje jadi x kena kan? Mula la ade yang dia nak hempas2, marah sorang2, bebal itu dan ini, muka pun dia akan tarik setarik-tariknya..(tapi x sampai la jadi teh tarik..kalau teh tarik, ana nak minum..hehe).

Tapi kan, antum semua pernah terfikir x kenapa diorang jadi macam tu? Biasanya kaum lelaki akan terus melabelkan pelbagai macam 'statement' (macam yang dah ana sebut kat atas - termasuk ana sendiri pun..huhu) sebelum kita siasat terlebih dulu (mudah betul kita untuk terus 'jump to conclusion' kan?? sorry kaum hawa ye..)

Kadang2 ada yang menjadikan Hadis Baginda saw bahawa "perempuan itu ibarat tulang rusuk yang bengkok" sebagai modal mengutuk. Ye la kan, disebabkan ke'bengkok'an tersebut, pelbagai masalah yang ditimbulkan mereka, sampaikan kaum lelaki pun jadi pening dengan perangai2 macam tu. Kalaulah nak diluruskan tulang tu takut nanti patah pulak tapi kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Masalah kan?? Ditelan mati emak, diluah mati bapak ibaratnya..huhu. Tapi, betul ke tafsir Hadis ni macam ni??Itulah persoalannya. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

Buat lelaki2 (ana highlightkan lelaki di sini sebab ana rasa golongan kita selalu berfikir macam ni..huhu..tapi kalau ana salah, ana mintak maaf ye, tapi ade ke lelaki yang mudah terasa dengan ayat ana ni??hehe, hilang ke'macho'an antum..kui..kui..kui..) yang pernah menafsirkan Hadis "perempuan ibarat tulang yang bengkok...hingga akhir" seperti tafsiran di atas, maka ana rasa, antum silap dalam menafsir. 

Ini kerana dengan penafsiran sebegitu kita seolah2 menyatakan bahawa ciptaan Allah itu (perempuan) sebagai makhluk yang tiada guna, atau menyatakan bahawa Allah seperti berat sebelah dalam penciptaanNya sedangkan kita tahu salah satu nama2 Allah adalah al-'adl - yang Maha Adil dalam semua perkara.

Kalau kita memiliki pengetahuan agama yang sebenarnya, mesti kita tahu bahawa Allah telah menciptakan lelaki dan perempuan sama sahaja berteraskan kepada kemampuan masing2 untuk meningkatkan keimanan. 

Bengkok yang disebut Baginda Rasulullah saw bukan bererti makhluk bernama perempuan tu akan cenderung untuk melakukan benda2 x baik je. Islam tu datang dengan penuh kerahmatan kepada semua manusia. Dengan Islamlah, golongan perempuan diiktiraf menjadi kaum yang mulia setelah sekian lama diperkotak-katik menjadi bahan mainan golongan lelaki di zaman Jahiliyyah. Ketika zaman Nabi saw, bila kaum lelaki berperang, maka perempuan2 akan menjadi tunjang kepada semangat dan kekuatan para tentera Islam. Wanita, sayap kiri yang amat bernilai buat kita.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Erm, mesti ada yang x puas hati lagi dengan penerangan ana kan. Mesti ada yang cakap, apa pun, perempuan ni memang suka merajuk, menyusahkan orang, susah nak kena pujuk, kena beri itu dan ini dan macam2 lagi baru hilang merajuk dia..huhu.



Tapi, sedarkah kita wahai golongan lelaki, di kalangan kita pun ada jugak yang kuat merajuk, kadang2 lagi 'hebat' dari perempuan..huhu..malu wei..(erm, bukan ana la ni..hehe) Sebenarnya, punca merajuk bukan berdasarkan kepada gender, tapi sebab lemahnya iman dalam diri. Orang yang iman dia kuat, pasti akan dapat terima teguran2 orang lain tak kiralah sama ada teguran dari lelaki atau perempuan, sebab dengan iman kuat tu, pemiliknya akan dapat melapangkan dada menerima nasihat2 serta teguran yang berguna untuk dirinya. Dan dia tidak akan mudah untuk merajuk x tentu pasal.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adakah ana membela perempuan?? Huhu..tidak, ana tak 'bias' kepada sape2, ana lelaki yang insha Allah x kan membela siapa2 sahaja yang salah pendiriannya. 

Ana cuma nak perbetul ja. Perbetul sesiapa sahaja yang tidak faham maksud Hadis tu - tak bermaksud ana ni pandai sangat, cuma bila ana tahu, ana wajib untuk menyampaikan.. :)
Sebenar2 maksud Hadis Nabi ni adalah;

"disamakan perempuan dengan tulang yang bengkok bukan bermaksud memberi kekurangan kepada mereka bahkan sebagai pelengkap sesuatu". Sama juga halnya dengan keadaan usus yang berlipat dan berlingkaran bukanlah bermakna ianya tidak tersusun betul tetapi begitulah disempurnakan serta dilengkapkan sifat usus sebagai sebegitu rupa untuk menjadi suatu yang sempurna. 

Bengkoknya tulang rusuk untuk menyempurnakan sifatnya sebagai 'pelindung' kepada pelbagai organ dalaman manusia. Bayangkan jika tulang rusuk bersifat lurus, bagaimana gambaran kita terhadap dada atau badan kita?? Jika tulang kaki pula yang diletak di dada, pastinya ia tidak dapat berperanan seperti tulang rusuk yang bengkok tu.

Jadi, disebut oleh Baginda saw bahawa wanita itu ibarat tulang rusuk yang bengkok hanyalah sebagai membezakan peranan yang dimainkan wanita berbanding lelaki. Mereka ibarat pelindung, yang menjaga sesuatu..sebab tu perempuan ni bersifat penyayang dan lebih halus berbanding lelaki. Dengan sifat sedemikian, mereka mampu untuk melakukan pelbagai kerja2 yang begitu memerlukan kesabaran yang tinggi. Sabar dengan karenah anak2 yang amat menguji dan sebagainya.

Lelaki jangan sesekali menghapuskan sifat 'bengkok' ini, kerana ia ibarat kita membuang sifat pelindung itu sendiri.  Kita sendiri akan merasa sakit jika rusuk yang bengkok itu dipatahkan, menyebabkan organ2 dalaman tidak akan selamat. Begitu besar sekali peranan wanita. Tengok sendiri la peranan yang dimainkan oleh ibu, memang kita x dapat nak bayangkan dengan kata2.

Begitulah, bengkok atau tidak seseorang itu bukan berdasarkan kepada jantina, sebaliknya keimanan dalam diri itu sendiri. Lelaki pun, jika membiasakan diri dengan sifat2 keji, maka mereka pun akan 'bengkok', malah mungkin lebih 'bengkok' dari perempuan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Paling mudah nak faham hadis ni, wanita tu suatu makhluk yang complicated, jadi kita x perlulah terlalu berkeras sangat dengannya (meluruskan tulang bengkok itu) kerana dibimbangi ia akan patah. Pada masa yang sama, jangan kita biarkan begitu sahaja kerana ia akan semakin membengkok.

Apa yang paling utama, dalam mendidik dan mentarbiyyah, kita sebagai lelaki perlu menggunakan kaedah yang penuh hikmah, tepat dan lemah lembut agar ia tidak mudah 'patah' sama ada mereka itu isteri, anak2 ataupun saudara perempuan kita. Bersabarlah walaupun kita tahu perempuan ni kadang2 sukar untuk dimengertikan..wink..wink.. (^_^)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Buat lelaki,
Apalah sangat mahu dimarahi wanita itu,
Kerana perempuan itu dicipta sebagai satu ujian buatmu,
Jangan takut untuk mendekatinya,
Bersabarlah di dalam membimbingnya,
Kerana kesabaran akan membuahkan iman,
Mencipta kebahagiaan

Buat wanita,
Bengkokmu bukan sebagai kekurangan,
Bahkan ianya ibarat perisai perlindungan,
Menopang dunia dengan kelembutan,
Terimalah segalanya sebagai pengajaran,
Menjagamu dari terus membengkok kealpaan,
Serta fitnah2 yang menghancurkan

1 comment:

meera^da cute..*_* said...

thanks bg info penyedap hati..hehe