January 20, 2010

Thumbs Up for Geng Blogger

Salam

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga ana memberikan sedikit masa untuk menulis tentang Geng Blogger (GB). Sebelum ni ade jugak sebut pasal GB, tapi xde la dengan penuh teori dan ke'detail'an tentang GB tu.

Cuma kali ni, hati ana terdetik nak menulis, khas untuk GB (selit la jugak nasihat2 yang tak seberapa..ad-din an-nasihah..). Memang, mungkin bagi sesetengah blogger, mereka sudah lebih advance dan sudah mengetahuinya sejak zaman pak kadok lagi, tapi takpe la, ana menulis ini sekadar untuk melepaskan tanggungjawab sosial ana sebagai seorang blogger..(best x ayat ana nih..haha). Lagi satu, rasa2 ana la, ramai kawan2 blogger ana kt IPG ni yang kurang tahu berkenaan dengan GB ni..(yg dah tau..buat2 tak tau je ok..huhu...)

First sekali, ana rasa kebanyakan manusia2 yg menceburkan diri dalam dunia blog-memblog ni, ada tujuan masing2 kenapa nak berblog. Di sini, kita mengisahkan satu2 pengalaman, informasi, kehidupan, dakwah, keagamaan, bertukar fikiran dan macam2 lagi lah untuk dikongsi bersama dengan pelawat2 dunia maya ni. Tapi, berbaloi ke jika kita menulis, mengerah buah fikiran yang kadang2 nak tak nak je berbuah, mencari idea2 baru untuk dikongsi bersama, meluangkan masa yang bukannya sedikit untuk membuat satu2 posting, tanpa ada pembaca yang sudi membacanya. Mesti la tidak kan? Kalaulah itu terjadi, antum2 sume confirm akan kecewa, rasa 'down' je untuk terus blogging dan sebagainya lagi (erm...macam pengalaman je..hehe..).

Kaitan GB dengan ayat atas ni?? Ok, sebagai penyelesaian untuk tak nak kecewa dan sebagainya, ana sarankan antum2 yang belum menyertai GB untuk menyertainya (hehe..promoter GB yang amat dedikasi dan penuh berhemah dalam berkata2..). Macam mana nak sertai GB? Di sini ana sertakan cara2 @ kaifiat untuk menjadi GengBloggerian (betul ke???..) :






- kena ade account Facebook (sebab GB sekarang ni hanya menerima pendaftaran untuk mereka2 yang mempunyai FB sahaja, dulu x pun, kenapa jadi macam ni, kena la tanya admin GB sendiri)
- kalau ade FB, antum boleh terus ke site
GENG BLOGGER
- daftar
- dah daftar, antum terus boleh login ke Geng Blogger (xde verified ape2 pun..), mudah kan?
- buat la satu entry atau penulisan baru (testing..testing 1, 2, 3..)
- ping blog antum(ping tu ape? untuk yang tak tahu apa itu ping, ana nak bagitau, ping tu ping lah..haha)


Erm, xdelah, ana akan beritahu apa itu PING. Sebenarnya memang, bagi newbie2 yg baru berjinak2 dalam dunia blogging ni, istilah ping tu sukar untuk difahami apa fungsi sebenar dia (ana pun baru jugak, tapi bila dah rajin explore, dapat la ilmu yang kita nak tu, antum kena ingat jugak, ilmu tu x datang sendiri sebaliknya kita perlu mendatanginya..so lepas ni rajin2 la cari, jangan nak harap orang 'suap' je, tak kira la masa dekat 'U' ke, kat sekolah ke, mana2 ke...).

Maksud PING :

- satu cara untuk memberitahu enjin2 pencarian seperti google bahawa antum telah melakukan peng'update'an di dalam blog antum.

Tujuan :

- mempercepatkan lagi blog atau laman web antum diindex. Sebenarnya, tak buat ping ni pun takpe, sebab blog antum masih akan diindex oleh enjin2 pencarian, tapi ianya taklah secepat blog yang di'ping'.
- dapat menaikkan kedudukan blog dalam enjin pencarian. Contoh, bila antum tulis entry bertajuk "Munakahat dalam Islam", selesai je antum menulis dan mem'publish'kannya, kemudian antum melakukan ping. Ditakdirkan selepas itu ada la insan2 yang kepingin sangat untuk mengetahui tentang munakahat dalam Islam, dia pun search via google ke, ape ke, kebarangkalian penulisan antum tadi untuk diakses oleh beliau amat cerah sebab pada masa itu, penulisan antum mungkin telah berada pada page pertama enjin pencarian tersebut, hasil ping antum tadi. (so, x sia2 la penulisan antum kan...).


**ingat, fungsi PING masih bergantung kepada 'page rank' blog antum. Walaupun setelah melakukan PING, tetapi ranking blog antum '3' sebagai contoh, blog2 orang lain pulak yang menulis tentang munakahat jugak, ranking dia '5', maknanya susah jugaklah untuk antum menandingi blog pesaing2 tersebut dan untuk berada dalam 1st page enjin2 pencarian (bila dengar yang ni, mesti antum rasa x payah la buat ping-mengeping blog ni kan..erm, bagi ana, sekurang2nya kita ada usaha untuk melakukan yang terbaik..huhu..)

** jugak untuk pengetahuan, siapa2 yang menggunakan blogger.com sbg platform untuk blogging, fungsi ping ni perlu dilakukan secara manual, tidak seperti mereka2 yang menggunakan wordpress. Jadi, salah satu cara bagi Malaysian Blogger menge'PING' blog adalah dengan join GB (macam tu lah cerita dia..panjang lebar sekali..).

Masuk semula kepada tajuk sebenar ana, berkaitan dengan GB ni. Selain fungsi GB ni untuk menge'PING' blog antum, fungsi2 lainnya jugak adalah :

- mengeratkan silaturrahim antara blogger2, (terutamanya yang berada di Malaysia la..rakyat Malaysia yang study abroad ke, keje luar ke, pun boleh jugak, janji join GB...hehehe..)
- menjana traffic yang memang sesak..(haha..blogwalking la ke blog2 orang lain tapi INGAT, blogwakling dengan teknik yang betul - ade teknik jugak ke? mesti la ada, antum kena cari sendiri..)
- menjadikan usaha penulisan antum tidak sia2 sebab ia akan dibaca oleh orang lain (tak semestinya kalau x join GB ni, penulisan kita xde orang baca kan..tapi berkemungkinan yang baca tu tak ramai sangat jika nak dibandingkan dengan blogger2 yang join GB...). Lagi pulak, kalau siapa2 yang menjadikan platform blogging ni sebagai wadah berdakwah, mengembangkan syiar Islam, memberikan ilmu2 yang bermanfaat, insha Allah, pahala tu lagi banyak - dengan syarat niat tu ikhlas Lillah Ta'ala..
- boleh dapat pelbagai ilmu2, idea2, berita2 terbaru (selain dapat membaca cerita2 lawak dan penulisan2 personal blogger2, yg mana ianya mungkin sebagai cara untuk me'relax'kan minda - selain membaca al-Quran, solat sunat, berzikir..hehe..)




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cuma, ana nak nasihat sikit, bila dah join GB ni, janganlah salah guna benda ni semata2 untuk menaikkan traffic ke blog antum (dengan cara yang salah la..yang baik tu, teruskan..). Contoh yang ana selalu nampak :

- dengan membuat tajuk yang gempak2 tapi isi xde ape pun - macam menipu je kan, Islam x bagi cara macam ni, matlamat x menghalalkan cara..
- tajuk yang seksi2 - ade ke?? ntahla, ana teka je..
- letak gambar2 menggedik dan sebagainya..


Ana x kata la penulisan ana yang terbaik, sebab ana pun kadang2 ade mengarut jugak..huhu. Cuma tanggungjawab ana sebagai saudara seakidah (dengan andaian sebanyak 95% pelawat blog ana adalah muslim yang berakal..hehehe), untuk berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran. Sebaik2nya, bila dah ada platform yang sebegini, cubalah untuk kita membuat sesuatu yang berfaedah, yang mampu memberi manfaat kepada diri kita dan orang lain. Nabi s.a.w. pun pernah bersabda yang ana dapat simpulkan mafhumnya seperti berikut :



"manusia dikalangan kamu adalah yang mampu memberikan manfaat kepada yang lain"


Itu sahaja celoteh ana...maaflah kalau ade yang membaca terasa hati dengan penulisan ana hari ini. Jangan serik untuk datang lagi ke blog ni k. Apapun, ana menghormati hak semua sebagai blogger, selagi mana ia tidak menyalahi syari'at Allah. Teguran yang terbaik adalah teguran yang mampu membawa kepada perubahan pemikiran dan tindakan, bukannya teguran yang membawa kepada kutuk-mengutuk dan sebagainya..

Hiduplah Geng Blogger untuk semua..yihaaa!!!!

Wallahu ta'ala a'lam..wassalamu'alaykum.



10 comments:

Md Nasir said...

sy pun masih baru dgn GB nie.tapi satu yg bagusnya di sinilah blogger2 boleh berkumpul dan bertukar-tukar pendapat.dan dari sini jugalah kita dpt mengetahui blog2 org lain yg selama ini susah untuk dijumpai di search engine..

L@n@ said...

saya pun beginer kat GB.. lain org lain pandangan.. btw pandangan awk tu mmg kite agree..tq

jajarina said...

salam singgah smbil bace..
betul betul betul (gaya upin ipin) hehehe
sbnrnye, sy suke entry awk ni.. and saye pun baru gak dlm GB and blogging ni smue.. huhu
ape yg pasti, GB best.. ngee~ =D

Mi vida said...

to Md Nasir, L@n@, jajarina : itulah..perkara yang baik dan bermanfaat macam ni,memang orang akan suka..tapi pelik kan bila benda yg x bermanfaat pun, org suka jugak..contohnya?? antum sume faham kot.. :)

hami asraff said...

saya tak dapat join geng blogger coz kena register melalui facebook. facebook plak tak ada. aduyai ~

Zuewairy said...

erm.. betul tu.. your opinion i agree;)

Mi vida said...

to Hami Ashraf : oo..ye ke..tapi xpela..

pd ana,enta xpyh join pun xpe..sbb blog enta memang dh femes.. :)

Mi vida said...

to Zuewairy : haha..mekasih2x..tapi apapun,itu hanya pendapat..xsemestinya kena setuju ngan ana..hehe

lain padang, lain belalang..

syukron visit my blog

hadjie said...

Salam, betul. Say baru daftar. Ada jugalah blogger baru yang datang menjengah. Kalau cerita agama2 ni, kena makan masa sikitlah, kena banyak bersabar. Apapun kita luaskan medium dakwah sedikit demi sedikit.

hami asraff said...

erkk.. tak femes mana pun la Mr.Vida. menulis apa yang terlintas di fikiran je. eh nama kamu Mr.Vida? kalau sudi, addlah my YM : hami_asraff@yahoo.com. mungkin dapat berkongsi idea dan pandangan barangkali :-)