February 24, 2010

Tu sebab la lelaki tak menangis...

Salam 'alaykum..

Penulisan kali ni ana nak bercakap tentang lelaki..yang perempuan baca elok2 ye. Jangan ada timbul rasa tak puas hati bila dah abis baca..hehe.

Pernah x antum tengok lelaki menangis? Kalau ada yang pernah, mesti cakap lebih kurang cam ni, "ish..buruk benor lelaki tu menangis..x macho langsung..." ataupun yang sewaktu dengannya..huhu.

Tapi..ana nak tanya kenapa ada yang rasa pelik kalau lelaki menangis? Pelik sangat ke bila sang Adam keluarkan air matanya? Bagi ana, benda tu x pelik langsung, tapi cuma biar kena pada tempatnya..kalau tak, mungkin lelaki ni gila.. haha

Sebenarnya, antum ingat lelaki tak boleh menangis ke? Kita sekarang dah maju, pemikiran pun kena la maju seiring zaman..lelaki pun boleh menangis ape, jangan ingat air mata tu Allah beri hanya diguna pada perempuan je, rugi la lelaki sebab tak nak guna nikmat air mata tu.

Persoalannya..kenapa sukar untuk melihat lelaki menangis? Mungkin mahal kot..hahahaha, untuk perempuan, bekalan air tu banyak..so digunakanlah dengan sepenuhnya..kuikui. Ayat yang lebih kurang sama untuk lelaki yang susah nak menangis, “Ala, lelaki… konfem nak tunjuk macho la tu…”.

Antara alasan yang tak releven kenapa lelaki payah nak menangis ialah..jeng..jeng..jeng.. :
  • Lelaki sebenarnya bukan tak mahu menangis, cuma perasaan menghargai tu sentiasa wujud dalam diri. Tak nak la membazir air mata tu. Air tu akan diguna bila nak bersihkan mata katanya, tak pun masa air xde. Tu sebab la lelaki tak menangis.

  • Kedua, lelaki amat suka sampai kembang kalau perempuan puji dia. Kan kalau lelaki tak menangis, perempuan selalunya akan cakap ayat sebegini, “Eleh, nak tunjuk macho la tu…”. Perhatikan perkataan "macho" wujud disitu, secara tak langsung, pujian dari perempuan telah diperolehi..hehe. Bila perempuan nampak ke"macho"an lelaki..itu amat membanggakan. Tu sebab la lelaki tak menangis. 
  • Sebenarnya, ramai yang tahu bahawa pemikiran lelaki dengan perempuan memang berlainan. Realitinya, perempuan akan menangis, takpun merah la biji mata bila tengok cerita yang sedih2, tapi lelaki akan sentiasa cool, relax semacam je bila ada dalam situasi macam tu..(tu pun kalau lelaki nak tengok cerita sedih la kan..). Menangis ni buang masa dan buat penat je. Dah la kaum lelaki penat balik dari kerja..takkan la bila balik rumah nak menangis pulak. Tambah lagi penat lagi ada la. Tu sebab la lelaki tak menangis. 
  • Keempat, lelaki sinonim dengan kekuatan. Jadi, kalau menangis, hilang kekuatan lambang ke"macho"an itu. Sebagai contoh, kalau lelaki tengah berkerja sambil menangis..mesti kerja tak siap, kalau siap pun, mungkin lambat. Lelaki tak suka lambat-lambat ni. Tu sebab la lelaki tak menangis. 
  • Akhir sekali, lelaki kan kacak kalau tak menangis. Muka pun akan maintain macho..hehe. Tu sebab la lelaki tak menangis. :)) 
Sape yang nak tambah? Sape nak buat bantahan? Sape yang nak sokong? Angkat tangan, angkat kaki..pastu luahkan apa yang nak dikatakan tu :))

Sekian tulisan dan karutan ana kali ini.. :))





February 23, 2010

Kembara Mencari Nikmat Yang Hilang.. :P

Salam 'alaykum kepada semua..semoga sentiasa dinaungi lembayung rahmat Ilahi hendaknya..

Ana menulis lagi..erm..walaupun penuh dengan ketidakselesaan, namun ku gagahkan jua jari ini untuk terus menari di atas keybord ini..ayat nak sedap je kan...hehe. Apapun..best tak tajuk atas tu..bunyi ala2 tazkirah agama je kan..tapi sebenarnya langsung bukan, cuma ada la sikit2 yang berkaitan..huhu :)

Tentang air. Air..air..air..di mana engkau wahai air, kami amat merinduimu..Huhu..problem betul bila air xde..semua benda jadi malas je nak buat..ye la kan, tak selesa langsung..plus cuaca kat Perlis ni, yang ramai sedia maklum negeri terpanas Malaysia. Jadual tuk hari ni pulak full..dari pagi 7.30 sampai la 7 malam. Mungkin hari ni menjadi hari yang teruk buat diri ana dan seluruh student IPG kampus ni. Ya Allah..apakah aku akan bersabar menerimanya?

Ana memang dah set untuk bangun awal pagi ni dalam jam 5.30 pagi, sebab nak cari air (kena awal..sebab ada perhimpunan mingguan - 7.30 pagi. Baju pulak tak iron lagi. Mujur roomate ada motor, tak de la susah2 nak jalan kaki. Tak pelik bila pagi ni ramai jugak yang bangun awal (selalu pukul 6.30 je baru asrama ni bising..huhu) 1hasrat, 1tujuan, 1malaysia..eh silap, hehe..1 matlamat..mencari air.

Pencarian bermula dengan pergi ke tandas asrama dulu, mana la tau air dah ade semula, tapi hampa..masih tiada apa2 yang mencurah dari paip2 tu. Masuk bilik semula, ambil barang2 mandi dengan pakaian, bersama2 roomate, menjelajah seluruh bangunan di IPG ni..tandas di Pusat Pendidikan Luar, surau, kafeteria, kantin, dewan besar, gymnasium, astaka, bangunan Jabatan Pengajian Teknikal, bangunan Sekolah dalam Institut, bangunan admin...hebat, riadah pagi yang tidak semena2 dilakukan oleh ana dan roomate..bukan air yang kami dapat tapi peluh n penat ade la..huhu.

Lepas tu, jam sudah 6.10 pagi..azan subuh sekejap je lagi..ana tak mandi lagi ni..adeii. Duduk termenung sekejap memikir masa depan kat sebelah tandas yang tak berair (haha..thinking about my future life for today..). At the end, buat keputusan, pergi bandar Kangar..cari la mana2 masjid terdekat yang ada..harap2 masalah air hanya di IPG. Alhamdulillah, memang Tuhan masih menyayangi hambaNya..mujur Dia tarik sebahagian nikmat je pagi ni. Kami mandi kat masjid kubah hijau, dalam jam 6.30 pagi..erm..tak sangka, dalam banyak2 masjid di Kangar ni, masjid ni jugak yang menjadi pilihan ramai (jumpa muka budak2 maktab jugak kat sini..) selain masjid Alwi dan masjid2 lain. 



Siap2 mandi dan solat subuh, pastu balik semula maktab..pukul 7 baru sampai..badan dah berpeluh semula (nasib badan..orang lain ok je..ana je yang punya badan lain sikit..hahaha). Iron baju sekadarnya..sempat sampai ke perhimpunan jam 7.35..huhu..letih berkejar sana sini. Serupa x mandi pagi je..macam bersukan ada la. Buat kerja apa2 pun dah jadi tak best. Masa perhimpunan bergoyang2 badan, panas dan berpeluh. Habis je assembly, terus masuk kelas, cari kipas, set kelajuan yg paling laju..hahahaha..puas hati. Akhirnya..nikmat kesejukan kembali.

Kesimpulan? Erm..hargailah nikmat2 yang dikecapi sebelum ia hilang dari pandangan matamu..hehe..ayat nak best je. Ujian Allah pada kami..ada yang merungut, ada yang x..apapun, sabar itu perlu. Ujian tanda Allah ingat pada kita..tanda Allah sayang pada hambaNya. Dengan ujian tu, orang yang susah nampak muka di surau pun, boleh solat subuh di masjid..hebatkan..(cakap tuk diri sendiri jugak yang selalu lalai..huhu). 

Sehingga saat penulisan ni dibuat..air masih tak de. Tiap kali nak solat, kena keluar Kangar. Itu mujur bagi mereka yang menjaga solat..kalau yang tak..macam mana la kan. Mesti buat dek je..alasannya air xde..tak boleh pakai betul la kepala2 yang macam ni..huhu. Hari esokku gimana ya??? Kembara mencari air lagikah? Kembara mencari nikmat yang hilang buat seketika..ya mungkin seketika..jangan la lama2 ye. Ya Allah..tabahkan dan sabarkanlah hati ini menghadapi ujian kecil ini.

p/s : lari dari tajuk sikit..erm..hari ni follower blog ni dah cecah 100 orang..(ketinggalan kan..blog orang lain dah beratus2 pun..huhu) Apapun, tahniah buat Luqman.Islam yang telah menjadi yang ke-100 itu. Maaf la, blog ni x macam blog orang lain..tak dapat bagi apa2 pun, cuma apa yang ana mampu..sekadar berkongsi ilmu dan idea2 untuk faedah bersama buat diri kita semua..harap antum semua berpuas hati :) 

erm..sejujurnya ana lebih pandang pada komen yang banyak berbanding follower yang ramai..huhu..sebab dengan komen yang diberi itu, lebih menggambarkan bahawa penulisan kita di baca dan di hargai orang lain (tak bermaksud follower x penting..itu hanya pendapat ana..jgn ade sape2 yg terasa atau marah pulak ye..peace!!!no war ok..)





February 19, 2010

Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan, Banyak Pengalaman...


Assalamu'alaykum..
Kali ni memang ana cuti sakan, berjalan sana sini, dah x hirau sangat dengan cuaca panas sekarang. Kebetulan pulak, cuti kali ni lebih bertema kepada mandi-manda, so sesuai sangat la untuk ana menyejukkan badan dari cuaca panas ni. 

Mula dari berendam dalam air panas Ulu Legong, pastu gi mandi air terjun Lata Bukit Hijau, Lata Bayu, Hutan Lipur Sg. Sedim. Konfem badan bersih, sayangnya sejuk hanya sementara..adeiii. Kalau la badan boleh sejuk sebulan ke, setahun ke pas mandi air terjun tu mesti best..haha. 
Selain tu, ana pergi Tree Top Walk terpanjang dunia (ada yg cakap terpanjang di Asia..tak tau mana yg betul) - panjang dia 925m - lokasi di Sg.Sedim jugak. Erm..memang xde planning langsung nak try benda ni. Tapi alang2 dah sampai kat situ, rasa rugi pulak kalau tak cuba kan (ingatkan free, sebab mula2 masuk x jumpe kaunter tiket pun..huhu..bila dah masuk dalam sikit, owh, kena bayar la, ye la kan, nak buang air pun kena bayar, inikan pulak nak merasa benda alah yg terpanjang ni..rm10 seorang, nak tak nak, bayar je la...). 
Masa starting ok je, tapi makin lama, Tree Top Walk ni makin tinggi, fuhh..tarik nafas panjang2 bila tengok bawah..gayatnyerr, jangan la kau runtuh time ni..huhu.. Tapi sebab x nak malu, so ana buat2 x gayat..buat macho je..jalan macam biasa. Tapi bila lama kontrol macho tu, hilang sikit rasa gayat tu..alhamdulillah...boleh la tengok keindahan alam ciptaan Tuhan, subhanallah..cantik sangat tengok air terjun kat bawah..Memang adventure la berjalan atas Tree Top Walk ni bagi orang yg gayat dengan ketinggian macam ana.. :) 
Erm, pengalaman yg menyeronokkan. Cuti sem depan nak try masuk Thailand pulak..huhu. Rugi je rasa bila duk study kt Perlis ni x pergi Thailand..hehe. Banyak berjalan, banyak la pengalaman. Mana tau nanti bila dah keje, susah pulak nak dapat peluang macam ni, so ana nak amek peluang ni awal2. Ana minat sangat kalau dapat jalan2 tempat orang, tapi susah, banyak benda yang menghalang..(teringat masa kecik2 dulu, time cikgu tanya nak jadi apa bila besar nanti untuk isi dalam profil pelajar, ana jawab nak jadi pelancong..haha). 
Erm, so ape lagi, jom kawan2..sape nak join ana, angkat kaki..kita berjalan2 sambil melihat dan mentafsir tentang bermacam2 perkara dan benda yang ada atas dunia ni  ;)
p/s : gambar2 ade kat kawan, x sempat nak mintak lagi, erm, sedih la jugak sejak handset hilang ni, blog ni dah kurang gambarnya..huhu..


February 16, 2010

Jalan2...


Salam 'alaykum semua

Alhamdulillah, masih sempat untuk ana update blog. Best jugak bila ada broadband ni, sebab now everyone can fly, eh silap, (ciplak Air Asia punye pulak..hehe) now everyone can online..everywhere, anytime :) Sesuai la untuk orang macam ana yang internet-holic, blogaholic..hehe, even duduk dekat Baling ni yang ana kira dekat 'pedalaman' jugak la (huhu..orang Baling jangan marah na..). 

Apapun, ana syukur jugak dapat bangun pagi ni, ingat tidur lagi...ye la kan, lepas semalam berjalan sakan. Balik rumah kiranya dalam jam 2 pagi, dapat tidur setengah jam lepas tu. Tapi seronok la bila dapat jalan2 ni, xde la asyik fikir study je (padahal ada 2-3 assignment nak kena hantar pas cuti ni..huhu..buat2 tak tau..)

Perjalanan ana semalam..secara ringkasnye :

++ jam 9.30 pagi, dari rumah kawan Taman Hijrah, Kangar terus gi SP(sungai petani) ++
++ 12.30 tengahari - makan tengahari, kawan belanja..tu yang best..hehe ++
++ jam 1.00 petang singgah rumah kawan Taman Semarak SP, jamu mee udang pulak - sengkak la perut ++
++ 3 petang bertolak ke Baling ++
++ jam 5.30 petang, sampai rumah Pak Su n Mak Su (keluarga angkat roomate ana) ++
++ lepak2, sembang2 dengan family ni then dalam pukul 6.45 petang gi jalan2 sekitar pekan Baling ++
++ 9 malam, gi kedai makan, beli makanan untuk 7 orang makan (keluarga Pak Su 4 orang plus ana dengan dua orang lagi sahabat) ++
++ makan malam dengan family ni..best!!! ++
++ jam 10.30 malam, terus ke Ulu Legong Hot Spring - berendam sakan..huhu, panasss - kali kedua ana pergi sini ++
++ 12.30 malam, balik - tak terus ke rumah, gi pekan Baling jap cari makan sebab perut buat konsert keroncong dia..huhu - sembang2 sampai kul 1.30 pagi ++
++ sampai rumah jam 2 pagi ++
++ 2.30 pagi baru terlelap..huhu ++

Itu semalam, planning hari ni pulak, nak gi mandi2 dekat Lata Bukit Hijau sebelah pagi, then pergi rumah kawan dekat Baling ni (of course la akan ada makan2 - ana layan je..hehe, kita x mintak, tapi tuan rumah nak jamu, kecik tapak tangan, nyiru kami tadahkan..haha). Petang pulak nak mandi lagi, kali ni kat Lata Bayu pulak. Mandi saja..huhu. Tapi memang x sabar dah ni..hehe. 

Ok, apapun, nak pi sarapan dulu, pastu baru mulakan my trip for today..hehe. Salam cuti2 buat semua :P



February 15, 2010

Pedalaman???


Salam 'alayk..

Hari ni ana online di rumah member, bukan dekat hostel dah, sebab "agak lengang" dan keseorangan. Ada la jugak wujud rasa "cuak"..huhu. Erm..abaikan tentang ketakutan tak berasas tu :)  Hari ni nak jalan2 cuti-cuti Malaysia (sebab lain ana meninggalkan asrama..). Tak tau sebenarnya nak gi mana sebab xde planning sangat..ikut je ke mana tuan 'driver' nak bawak.

Semalam ana terbaca satu berita dalam Kosmo!, berkaitan dengan ana mungkin. Mula2 rasa x best sangat, kiranya "bad news" la..tapi bila fikir semula, ana redha je apa yang bakal terjadi nanti...(sedih sangat ke?? haha..hati sedih x siapa yang tahu..)

~~~~~~~~~~~~~~~~

BALIK PULAU – Tiga tahun mengajar di sekolah pedalaman adalah antara syarat baru yang akan diwajibkan kepada bakal- bakal guru.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, syarat-syarat itu membabitkan guru lepasan
Institut Pendidikan Guru (IPG) kelolaan kementerian itu serta institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Berita lanjut..baca sendiri di sini...

~~~~~~~~~~~~~~~~
Dalam kepala asyik fikir nanti posting tercampak ke Sabah Sarawak ke? Berat je nak pergi sana, tapi apa boleh buat, tahi kambing bulat..hehe. Apapun, perkara sebegini memang dah ana jangka awal2 lagi..sejak masuk IPG ni..cuma masa awal2 dulu, xde la serius sangat memikirkannya. Bila dah nak hampir graduate ni, baru la tahu langit tu tinggi ke rendah..huhu.


Tapi..insha Allah, ana mampu menghadapinya..pantang anak lelaki menyerah kalah awal2..hehe. Belajar untuk meredhai dengan segala apa yang telah ditetapkan Ilahi untuk ana. Redha tu yang paling penting dalam apa jua keadaan..sebab bila kita mampu terima semua ketetapan tu, buat apa pun xde rasa berat dan tertekan.

Sekian, wassalam...



February 13, 2010

Fitrah yang Menjadi Fitnah


Salam..

Semua dalam mod cuti sekarang ni. Selamat buat semua teman2 yang akan, sedang menuju ataupun yang sudah  sampai ke kampung halaman masing2 sempena cuti Tahun Baru Cina ni. Ana doakan semuanya selamat. Ana je x balik, langkah berjimat sempena kemelesetan ekonomi ni..huhu, mahal la jugak tiket pergi balik Kangar - Temerloh. Lagi pun bulan 3 nnt cuti lagi, so dengan penuh tekad keputusan diambil, balik time tu je la (pasrah punya ayat..)

Nak tulis ape pun tak tau. Dalam kepala ana sekarang ingat pasal cinta je sebab esok valentine (haha..bukan sebab ana memperingati hari tu tapi sebab kiri kanan depan belakang ana, semua duk sibuk cakap pasal valentine..). Lagi pulak disebabkan polisi blog ni (chewahh, siap ada polisi lagi..) untuk membuat artikel2 nasihat, sesuai dengan masa kejadian, so ana tulis jugak tentang ini - apapun entri ni bukan pasal valentine, tapi ada jugak la sikit2 bau2 bacang dengan valentine ni..hehe =)


Pernah kita dengar kan ayat2 cinta sebegini "bukan cinta namanya kalau tak dating, tak cakap telefon, tak pegang2 tangan bla, bla, bla, bla...". Betul ke macam tu? Entah, ana tak tau sebab ana tak pernah berada dalam alam cinta itu (ada je yang nak, tapi ana jual mahal..haha..erm, abaikan..)

Kita lihat, remaja dengan cinta sekarang ni dah jadi 2 benda biasa, x boleh nak dipisahkan. Masa remaja la bermulanya rasa ingin mencintai dan dicintai. Masa ni jugak la ramai yang cakap sudah berjumpa cinta pandang pertama mereka. Demi cinta ini, lautan api sanggup ku renangi, ombak badai sanggup ku tempuhi dan macam2 lagi ayat2 metafora, anafora, hiperbola semuanya keluar (demi mengamalkan ilmu KOMSAS yang dipelajari..kalau tak diamalkan, jadi pokok yg x berbuah pulak..haha).
 
Lagi nak feeling betapa dalamnya cinta terhadap pasangan masing2, terbayang Romeo yang sanggup mati kerana Juliet, Cleopatra yang sanggup membunuh diri kerana Mark Anthony, Uda yang bersanding dengan Dara di pusara atau Qais yang sanggup menjadi majnun kerana terpisah dengan Laila. 

Demikianlah sebahagian kisah cinta dongeng dan rekaan. Realiti pulak? Hebat juga, ibu ayah sanggup ditinggalkan, malahan lebih teruk agama dan maruah sanggup digadai. Begitu besarnya kuasa cinta. Fitrah yang membawa pelbagai masalah dan fitnah kepada insan.

Rasa cinta secara fitrahnya bertandang tanpa diundang, didapati tanpa dipelajari, diperolehi tanpa dicari untuk diri setiap insan yang normal pemikirannya. Lebih teruk, jika tidak dilawan tetapi ia dibajai dan disuburkan, ia menjadi lebih menggila, semarak api yang membakar. Adam keseorangan menanti teman di syurga, lalu dicipta Hawa sebagai pelengkap hidup. Diwarisi pula oleh kita anak cucu pewaris cinta itu. sehingga rasa gelisah dan resah akan bergelora dalam jiwa jika tidak bersama dengan insan yang dicinta.

Demikianlah, dengan sebab itu, wujudnya persoalan "salahkah kami bercinta?". Erm, ana beritahu, rasa cinta tidak salah, sebab ia fitrah setiap insan. Sayang disayang, cinta dicinta, kasih dikasih, semua orang memerlukannya. Ibarat kereta memerlukan minyak, ibarat pokok memerlukan cahaya, ibarat ikan memerlukan air, ibarat badan memerlukan makanan dan sebagainya. 

Kerana ia fitrahlah, ia tidak salah untuk dirasai, tetapi...ya, ia masih ada tetapinya. Dikurniakan rasa cinta bukanlah tanpa dipagari peraturan2. Peraturan cintalah yang menjaga kemuliaan cinta itu..dan peraturan inilah yang sering manusia langgar.

Menjadi haramnya cinta apabila ia menafikan peraturan2 Tuhan. Penafian peraturan itu membawa rasa fitrah kepada fitnah. Kenapa kita tidak sedar, peraturan yang diadakan tidak lain tidak bukan hanyalah kerana Allah mencintai makhluknya. Dia inginkan manusia selamat untuk melaksanakan keinginan fitrah itu.


Tanpa peraturan, tunggang-langganglah kehidupan manusia. Demikian juga, dengan cinta terlarang, membawa kepada banyak kemusnahan dan penyesalan. Memang nampak indah cinta yang tidak berperaturan, kesemuanya indah2 belaka, kerana semuanya berlandaskan nafsu.

Mengikut rasa cinta berlandaskan nafsu, akan menyebabkan insan memperhambakan diri kepada cinta semata2. Diri menjadi lupa kepada yang lebih berhak dicintai..iaitu al-Khaliq itu sendiri. Pesona cinta yang dihiasi janji dunia yang sementara itu sebenarnya menjadi racun yang  menjerumuskan diri ke lembah kehinaan dihadapan penghakiman Allah Rabbul Jalil.

Cinta terlarang sebetulnya akan meletakkan Tuhan itu ditepi, bukan perkara utama lagi. Cintalah yang menjadi tuhan mereka, cintalah yang akan didewa2 kan, dipuja2 tanpa mengingati akan batasan pergaulan. Buktinya, berpegangan tangan, berdua-duaan tanpa diiring muhrim, malahan lebih dari itu telahpun berlaku. Jelas bukan? Racun inilah dianggap sebagai baja yang "menyuburkan" pohon2 cinta mereka, membuahkan hasil yang pahit, masam dan memabukkan - dengan pelbagai jenama menjelekkan, bohsia, bohjan, buang bayi, rempit, penagih dadah dan banyak lagi.

Besarnya kuasa cinta, lebih tepat fitnah cinta. Fitnah yang menjadikan fitrah manusia ini tidak disalurkan dilandasan yang paling layak dan sesuai - nikah. Sebetulnya, hanya melalui perkahwinan, fitnah ini mampu diubah, fitrah ini mampu dikecapi insan dengan sebenar2 rasa kesyukuran kepadaNya atas nikmat cinta itu sendiri.


p/s : ada yang cakap, kalau cinta tapi x dating, x pegang2 tangan, boleh tak? Islamik x cinta aku ni? huhu..entah, tak tau pulak..huhu. Apapun, ingat yang ni je, antum pergi la celah mana pun, elak itu dan ini, percayalah, antum akan bertemu juga fitnah kerana cinta 'islamik' yang dijaja tu (xde kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah mati..huhu). Senang cerita, kalau dah berkenan, masuk pinang, then nikah je terus..itu sebenar2nya cinta Islamik.. =)

Wallahu a'lam 


February 09, 2010

Kau Milikku.. =)

Salam

Alhamdulillah, ana masih mempunyai kesihatan untuk terus berblog. Xde apa sangat yang nak ditulis hari ini, cuma apa yang terlintas dalam kepala ana sekarang tentang satu benda je, pasal broadband. Ya, sekarang ana dah ada broadband sendiri. Ana pilih selkom broadband..hehe.

Hari ni genap sudah seminggu ana menggunakan broadband hak milik kekal ana sendiri..hehe. Tak tau la kenapa beria2 sangat ana nak memilikinya. Apapun, keputusan dah pun di buat, tidak terlintas pun dalam kepala rasa menyesal lepas beli broadband nih..insha Allah. Apapun ana bersyukur dengan rezeki yang Allah beri ni =)

Apa yang penting, ana sekarang dah boleh meneruskan kerja2 blogging tanpa masalah lagi..bila bukak je blog, sume boleh load..xde yang tertinggal. Nak blogwalking ke blog sahabat2 pun senang, xde dah istilah 'blocked' selepas seminggu nih..huhu. Dapat la balas ziarah kawan2 yang tinggal link kat sini.

Satu masalah sudah selesai, tapi x bererti masalah lain xde. Masalah lain adalah masa, bukan sebab masa tak cukup, cuma ana je yang x pandai nak menguruskan masa dengan sebetulnya (kadang2 ana banyak tidur gak..hihihi..). Itu satu, lagi satu pulak, stress management yang memang tak ok. Sebab tu la selalu 'down' je. Tapi apa yang penting, ana masih lagi kuat untuk menentang ke'stress'an itu.

Apapun, selagi iman ada dalam diri ana, ana yakin ana mampu untuk menghadapinya. Insha Allah, ana tak nak jadi orang yang cepat berputus asa. Ana akan mencuba dan terus mencuba. Apa pun yang ada di depan, tak kira la senang atau susah, semua tu merupakan pembelajaran dari kehidupan. Memang cantik sunnatullah ni. Aturan hidup oleh Ilahi memang merupakan sesi pembelajaran untuk setiap manusia. Semua tu mengajar erti hidup yang memberi makna amat besar kepada diri kita sendiri.

Berdasarkan kata2 ulama' salaf (ana rasa ni bukan hadis..huhu..kalau salah beritahu ana..)

اطلب العلم من المهد الى اللحد
"tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Betapa besar dan luasnya skop ilmu tu sampaikan nak mati pun, kita dituntut menuntut ilmu. So, betul la kan, hidup dan belajar memang x boleh dipisahkan, umpamanya ombak dan pantai, aur dan tebing, muzik dan irama etc..etc.. (yang tu je pun ana tau..hehe). Boring tu kita letak dekat tepi dulu..huhu..

Erm, pelik kan, tadi mula2 citer pasal broadband, tetiba je masuk ke sesi tazkiyatun nafs pulak...tapi xpe kot. Lagi satu ana nak beritahu, hidup memang kena selalu ditazkirah..(ingat-mengingati..hehe)...Macam bateri laptop ke, handset ke, memang kena charge selalu, kalau x, mati la laptop tu. Sama la jugak dengan hati kita. So, rajin2 la ye kita berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran.

Wallahu a'lam..wassalamu'alaykum..


February 06, 2010

Bidadari Syurga Ainul Mardhiyyah


Salam..

Pernah dengar nama Ainul Mardhiyyah (عين المرضية)? Mesti pernah kan? Bagi ana, mendengar nama saja, cukup memberikan suatu rasa yang amat selesa buat diri ana. Nama ni begitu indah didengar, ana suka sangat (masuk list tuk saringan nama anak nanti..hehe..).

Ainul Mardhiyyah - mata yang diredhai, satu nama yang disebut Rasulullah saw di dalam hadisnya :

“Barangsiapa yang keluar ke jalan Allah pada hari ini dan tiba-tiba syahid, maka dia akan dijanjikan seorang bidadari tercantik di syurga, Ainul Mardhiyyah”

Siapakah sebenarnya Ainul Mardhiyyah? Jika antum faham hadis, secara mudahnya beliau merupakan bidadari tercantik syurga. Subhanallah..nama pun dah sedap - ditambah dengan kecantikan yang tiada bandingannya. Kecantikan yang tidak dapat terbayang oleh manusia, tidak terkalah dengan kecantikan wanita tercantik dunia (miss world boleh gulung tikar..hehe), memilikinya hanya pada mereka yang mampu menitiskan darah fisabilillah..merangkul gelaran syahid.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

Sedikit perkongsian cerita berkenaan "Bidadari Tercantik Syurga" ini.

sekadar hiasan

Ungkapan Rasulullah di suatu pagi di bulan Ramadhan sebagai taghrib (semangat untuk berjihad) telah memberi keterujaan yang teramat sangat buat seorang sahabatnya. Sahabat itu walaubagaimanapun berasa malu untuk bertanya lebih lanjut berkenaan bidadari tersebut kepada Rasulullah. Apapun, nama tetap diberi untuk menyertai jihad. 

Sebelum keluar berjihad, para sahabat tidur dahulu untuk melaksanakan satu sunnah Baginda saw iaitu qailulah (tidur sebentar sebelum tibanya waktu zohor). Ketika tidur itulah, sahabat yang teruja dengan khabar Nabi saw tadi bermimpi.

Di dalam mimpinya, dia berada di satu tempat teramat indah, berjumpa dengan seorang yang berpakaian cantik dan bersih, wajah penuh berseri. Lalu dia bertanya, "dimanakah ini?" Jawapan yang beliau dapati adalah, "inilah syurga".

Setelah itu, dinyatakan hasratnya untuk menemui Ainul Mardhiyyah, dan dia ditunjukkan kepada suatu jalan untuk dia bertemu Ainul Mardhiyyah. Berjalanlah sahabat ini sehingga bertemu sebuah pohon di mana di situ terdapat seorang wanita yang begitu cantik, tidak pernah dilihatnya kecantikan sebegitu rupa. Dia memberi salam kepada wanita itu dan bertanya, "kamukah Ainul Mardhiyyah?". Jawapan wanita tersebut, "bukan, aku bukan Ainul Mardhiyyah, aku cumalah pembantunya, Ainul Mardhiyyah sedang berada di singgahsana".

Kemudian, dia berjalan lagi dan memasuki sebuah mahligai, terjumpa sekali lagi dengan seorang wanita, lebih cantik dari yang sebelum ini...berganda2 kecantikannya. Wanita itu sedang mengelap perhiasan2 yang ada dalam mahligai itu. Dia pun memberi salam dan bertanya, "andakah Ainul Mardhiyyah?". Jawab wanita itu, "aku bukanlah Ainul Mardhiyyah, aku cuma pembantunya..Ainul Mardhiyyah berada di atas singgahsana".

Dia pun terus mencari, sambil melihat keindahan mahligai tersebut, sehingga terjumpa seorang wanita yang berganda2 kecantikannya berbanding dua wanita sebelum ini. Wanita itu berkata, "akulah Ainul Mardhiyyah, dicipta aku untukmu dan kamu untukku". Lagu sahabat ini mendekati Ainul Mardhiyyah namun dia dihalang kerana dia masih belum syahid lagi.

Serentak dengan itu, sahabat itu terjaga. Dia menceritakan mimpinya pada seorang sahabat yang lain dan memberi pesan kepada sahabat itu agar dia tidak menceritakan mimpinya ini kepada Nabi saw sehinggalah syahid menemuinya.

Akhirnya, mereka semua pergi berjihad, dan dengan takdir Allah, sahabat yang bermimpi tadi syahid. Sebagai memenuhi pesanan, sahabat yang mengetahui mimpi sahabat syahid ini menceritakan kepada Rasulullah saw segalanya. Jawab Baginda saw, “Benarlah, segalanya benar dan kini pemuda itu sedang menunggu waktu berbuka di dalam syurga ditemani Ainul Mardhiyyahnya.”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

Sahabat ini sudahpun menemui kekasihnya, bidadari terindah dan tercantik syurga. Bagaimanakah pula dengan diri kita. Ana kalau dianugerah pembantu tu pun dah ok, tapi persoalannya, berjayakah ana mendapatkannya?? Pengorbanan apakah yang telah ana lakukan demi agama ini? Huhu..masih kerdil diriku, amalan masih sedikit..moga terus ditetapkan hati untuk bersama agama ini, menyampaikan apa yang perlu disampaikan...insha Allah, sebagai ganti jika sebenar2 syahid tidak diperoleh olehku.



February 05, 2010

Tuhan, nikmatMu ku kagumi...

Salam..

Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat dan perancangan terbaik dari-Mu. Itu saja yang dapat ana luahkan setelah selesainya tadi satu program kelolaan ana (sebagai pengarah projek - tiada unsur2 bangga diri di sini k..huhu) dan juga sahabat2 lajnah Multimedia dan Informasi, IMPI...(baru boleh nak update blog..sibuk sikit minggu ni..)

Baru sekarang terasa betapa sukarnya melaksanakan satu2 perkara. Kita merancang, Tuhan yang menentukan, satu ungkapan yang selalu kita dengar jika satu2 perkara yang kita nak buat, berdepan masalah pelbagai.

Macam tu jugak la yang terjadi pada ana. Perancangan untuk melaksanakan bengkel adobe photoshop ni banyak kali timbul masalah. Bermula dengan penundaan tarikh bengkel sebanyak dua kali, kemudian bengkel ini perlu diubah menjadi bengkel interaktif powerpoint, then 3 hari sebelum bengkel dijalankan, dapat berita lecturer yang akan beri bengkel tak dapat hadir sebab kena hadir taklimat MQA (arahan oleh pengarah kepada SEMUA lecturer - dan dan hari tu si MQA ni nak buat taklimat..adoii). 

Huhu..dalam hati tuhan je yang tahu betapa gundah gulananya hati ana memikirkannya (stress kejap). Memang otak ana 'hang' kejap..not responding pun ade..kadang2 kena tekan 'ctrl+alt+delete' tuk stop apa2 yang patut dalam kepala ni.

Memang mencabar emosi. Hari tu jugak kena buat plan 'B', nak panggil lecturer lain, memang x boleh dah sebab semua terlibat dengan taklimat MQA tu, nak postpone lak, xboleh jugak sebab tarikh2 lain dah pun terisi dengan program yang dirancang, so nak tak nak kena la buat jugak. 

Last sekali, dapat idea tuk jumpa dengan sorang lecturer ni, En. Rizam nama diberi..dia ni ana salute sangat, memang baik, suka menolong student dia yang bermasalah macam ana..hehe. Dia cakap dia akan bantu, bengkel pulak setelah dibincang semula dengan dia, diubah kembali menjadi bengkel adobe photoshop (dia x terlibat dengan MQA tu ke?? entahlah, ana x pasti, tapi yang pasti dia cakap dia akan datang..شكرا لك ).

So kerja2 mengubah semula pengisian program dari bengkel interaktif powerpoint kepada adobe photoshop dilaksanakan penuh dengan ke'giat'an. Banyak benda yang kena 'setting' semula, bermula dengan modul, fasilitator yang akan membantu, pembahagian kumpulan, software adobe photoshop yang perlu diberi kepada semua peserta, tempoh masa bengkel dan macam2 lagi. Pening sangat2. 

Huhu..ana sebelum ni x pernah segiat ini. Selama hidup ini, ni lah first time ana jadi ketua program, kalau sebelum ni, selalu jadi AJK bawahan je. Kerja yang ada pun xde la banyak sangat. Pendek kata boleh la lagi goyang kaki, goyang badan, goyang kepala, goyang tangan dan sebagainya..hehe. Bila dah jadi ketua, hilang kejap nikmat goyang2 tu, huhu..sampai blog ni pun ana x sempat nak update.


Akhirnya, hari ni bengkel abobe photoshop tu dapat dilaksanakan, En. Rizam dapat hadirkan diri...alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar, ada la sikit2 kekurangan..asam garam dalam berprogram. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Puas hati ke? Erm, alhamdulillah, ana bersyukur kepadaNya. Walaupun pada mulanya penuh dengan masalah, ana hampir berputus asa, cakap dekat Majlis Tertinggi untuk cancel je bengkel ni, tapi berkat nikmat pertolongan Allah, doa, bantuan dan kata2 semangat rakan2..ana dan lajnah berjaya menganjurkan bengkel ni. 

Teringat jugak kata2 lecturer baru ana, Ustazah Sa'idah..kita dalam apa2 keadaan, kena ada sikap PERCAYA DIRI. Jangan rasa kita tak boleh. Cuba dan terus mencuba..usaha tu kena lah bersungguh2, komitmen perlu diberi sepenuh hati, insha Allah berjaya.

Betul kan? Teringat jugak dengan sirah Nabi saw dan para sahabat ra dulu dalam proses awal menyebarkan dakwah Islam. Masa tu, ujian lagi hebat dari apa yang ana dapat ni. Tapi Nabi saw dan sahabat ra tak pernah pun nak rasa putus asa. Seksaan, pemulauan dan macam2 lagi, bukan je menyeksa emosi, malahan fizikal jugak.

Rasa lemah je iman ni sebab dapat ujian sikit dah mengeluh. Tapi mujurlah ana masih ada Allah sebagai tempat memohon bantuan, masih ada kawan2, lecturer untuk saling perlu memerlukan, ingat mengingatkan tentang kelekaan dan kelalaian diri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alhamdulillah, bersyukur sangat2 dengan bantuan-Mu ya Tuhan. Sehebat manapun perancangan aku, aku tetap akur dengan aturan dan perancangan terhebat dari-Mu. Tabahkanlah hati aku dalam menerima sesuatu ujian dari-Mu. Sesungguhnya engkau sahajalah tempat aku bergantung harap dan mengadu. Ampunilah aku andai sering mempertikai ujian-Mu sedangkan jika aku berfikir berkali2, ia sebenarnya merupakan nikmat tidak terhingga dari-Mu.  Ada hikmah yang pasti di sebalik segala yang berlaku. 

Terima kasih Allah...terima kasih buat semua!!!



February 01, 2010

Duhai Wanita...

Assalamu'alaykum buat semua..

Entri kali ni terasa macam nak jiwang pulak..haha. Erm, mungkin macam jiwang, tapi mungkin x jugak..cuma ana guna ayat ala2 puisi yang puitis gitu gamaknya..hihihi. Sebenarnya, penulisan ana ni hanyalah sebagai nasihat seorang muslim kepada saudara seakidah dengannya. Moga kebaikan dan rahmat mengiringi dalam setiap langkah perjalanan hidup kita..insha Allah..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

Duhai wanita, sesungguhnya kejadianmu begitu indah lagi mempersona, walaupun terciptamu dari tulang rusuk sang Adam yang bengkok, namun dirimu mampu menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Umpama bunga mekar berkembang, harum aromamu mampu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. 

Andai dirimu dipagari duri, pasti akan memberikan kepayahan kepada sesiapapun untuk mendekatimu, umpama mawar merah, dari jauh sudah terhidu keharumannya. Panahan warnanya yg terserlah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Duhai wanita, aku suka kiranya dikau bak mawar aspirasi setiap mujahadah. Bentengilah kubu dirimu bersama perasaan malu yg bertunjangkan keimanan dan takwa kepada Allah. Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk. Ingatlah, wanita yang solehah idaman sang soleh...seindah-indah hiasan adalah wanita solehah.

Bukankah menjadi indah dan berharga jika sesuatu benda itu tertutup tidak terdedah, umpamanya sebutir permata terdedah kepada umum dengan permata yg diletakkan dalam bekas tertutup. Naluri sesiapa sahaja akan berkata bahawa yang tertutup itu lebih menarik perhatian melebihi yang terbuka dan tercemar kepada semua

Sedarlah, wanita solehah merupakan harapan buat hidup insan bergelar Adam. Namun mampukah dikau menjadi solehah andai darah mudamu sentiasa terikut dengan hal-hal duniawi yang melalaikan, mengatasi iman yang tersemat di jiwa. Ingatlah, pilihan pada diri sendiri, sesiapa yang mahukan kebaikan, maka Allah akan mempermudahkan jalan-jalan baginya ke arah itu. Apa yang penting duhai wanita, milikilah azam, perbanyakkanlah usaha dan istiqamahlah ke jalan syurga itu.

Duhai wanita, akuilah, dirimu sebenarnya menjadi fitnah buat lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu, maka sudah pasti hilanglah perisai yang membentengimu. Ingatlah dengan peringatan Baginda saw bahawa 

"tidak ada suatu fitnah yang lebih besar, yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca dari kaum wanita." 

Oleh itu duhai wanita, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada dua tinggalan berharga dari Baginda saw. Janganlah sesekali dikau membenarkan sesiapa sahaja mengeksploitasikan dirimu. Sesungguhnya al-Khaliq menciptamu dengan keistimewaan, mengangkatmu dengan penuh kewibawaan. Dikau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bakal menggoncang dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.
 
Duhai wanita, hidupmu ingin menyayangi dan disayangi. Ia juga fitrah semulajadi untuk sang lelaki, namun ramai antara kaummu yg tewas kerana cinta. Ketahuilah, bercinta tidak salah, tetapi memuja cinta itu yang salah. Cinta kepada makhluk melebihi cinta Tuhan sendiri. Apakah ini patut?? 

Sedarlah, cinta manusia sebenarnya mampu menjual maruah juga agama. Sesungguhnya cinta itu buta. Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yg hak dan batil, jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu semata-mata. 

Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Cintailah dirimu yang istimewa itu dengan melihat sejarah kejadianmu. Semoga perasaan sebegitu mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan dengan itu akan timbul cinta dan kasihmu terhadap penciptamu.

Duhai wanita, menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yg hakiki dan abadi...