February 06, 2010

Bidadari Syurga Ainul Mardhiyyah


Salam..

Pernah dengar nama Ainul Mardhiyyah (عين المرضية)? Mesti pernah kan? Bagi ana, mendengar nama saja, cukup memberikan suatu rasa yang amat selesa buat diri ana. Nama ni begitu indah didengar, ana suka sangat (masuk list tuk saringan nama anak nanti..hehe..).

Ainul Mardhiyyah - mata yang diredhai, satu nama yang disebut Rasulullah saw di dalam hadisnya :

“Barangsiapa yang keluar ke jalan Allah pada hari ini dan tiba-tiba syahid, maka dia akan dijanjikan seorang bidadari tercantik di syurga, Ainul Mardhiyyah”

Siapakah sebenarnya Ainul Mardhiyyah? Jika antum faham hadis, secara mudahnya beliau merupakan bidadari tercantik syurga. Subhanallah..nama pun dah sedap - ditambah dengan kecantikan yang tiada bandingannya. Kecantikan yang tidak dapat terbayang oleh manusia, tidak terkalah dengan kecantikan wanita tercantik dunia (miss world boleh gulung tikar..hehe), memilikinya hanya pada mereka yang mampu menitiskan darah fisabilillah..merangkul gelaran syahid.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

Sedikit perkongsian cerita berkenaan "Bidadari Tercantik Syurga" ini.

sekadar hiasan

Ungkapan Rasulullah di suatu pagi di bulan Ramadhan sebagai taghrib (semangat untuk berjihad) telah memberi keterujaan yang teramat sangat buat seorang sahabatnya. Sahabat itu walaubagaimanapun berasa malu untuk bertanya lebih lanjut berkenaan bidadari tersebut kepada Rasulullah. Apapun, nama tetap diberi untuk menyertai jihad. 

Sebelum keluar berjihad, para sahabat tidur dahulu untuk melaksanakan satu sunnah Baginda saw iaitu qailulah (tidur sebentar sebelum tibanya waktu zohor). Ketika tidur itulah, sahabat yang teruja dengan khabar Nabi saw tadi bermimpi.

Di dalam mimpinya, dia berada di satu tempat teramat indah, berjumpa dengan seorang yang berpakaian cantik dan bersih, wajah penuh berseri. Lalu dia bertanya, "dimanakah ini?" Jawapan yang beliau dapati adalah, "inilah syurga".

Setelah itu, dinyatakan hasratnya untuk menemui Ainul Mardhiyyah, dan dia ditunjukkan kepada suatu jalan untuk dia bertemu Ainul Mardhiyyah. Berjalanlah sahabat ini sehingga bertemu sebuah pohon di mana di situ terdapat seorang wanita yang begitu cantik, tidak pernah dilihatnya kecantikan sebegitu rupa. Dia memberi salam kepada wanita itu dan bertanya, "kamukah Ainul Mardhiyyah?". Jawapan wanita tersebut, "bukan, aku bukan Ainul Mardhiyyah, aku cumalah pembantunya, Ainul Mardhiyyah sedang berada di singgahsana".

Kemudian, dia berjalan lagi dan memasuki sebuah mahligai, terjumpa sekali lagi dengan seorang wanita, lebih cantik dari yang sebelum ini...berganda2 kecantikannya. Wanita itu sedang mengelap perhiasan2 yang ada dalam mahligai itu. Dia pun memberi salam dan bertanya, "andakah Ainul Mardhiyyah?". Jawab wanita itu, "aku bukanlah Ainul Mardhiyyah, aku cuma pembantunya..Ainul Mardhiyyah berada di atas singgahsana".

Dia pun terus mencari, sambil melihat keindahan mahligai tersebut, sehingga terjumpa seorang wanita yang berganda2 kecantikannya berbanding dua wanita sebelum ini. Wanita itu berkata, "akulah Ainul Mardhiyyah, dicipta aku untukmu dan kamu untukku". Lagu sahabat ini mendekati Ainul Mardhiyyah namun dia dihalang kerana dia masih belum syahid lagi.

Serentak dengan itu, sahabat itu terjaga. Dia menceritakan mimpinya pada seorang sahabat yang lain dan memberi pesan kepada sahabat itu agar dia tidak menceritakan mimpinya ini kepada Nabi saw sehinggalah syahid menemuinya.

Akhirnya, mereka semua pergi berjihad, dan dengan takdir Allah, sahabat yang bermimpi tadi syahid. Sebagai memenuhi pesanan, sahabat yang mengetahui mimpi sahabat syahid ini menceritakan kepada Rasulullah saw segalanya. Jawab Baginda saw, “Benarlah, segalanya benar dan kini pemuda itu sedang menunggu waktu berbuka di dalam syurga ditemani Ainul Mardhiyyahnya.”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

Sahabat ini sudahpun menemui kekasihnya, bidadari terindah dan tercantik syurga. Bagaimanakah pula dengan diri kita. Ana kalau dianugerah pembantu tu pun dah ok, tapi persoalannya, berjayakah ana mendapatkannya?? Pengorbanan apakah yang telah ana lakukan demi agama ini? Huhu..masih kerdil diriku, amalan masih sedikit..moga terus ditetapkan hati untuk bersama agama ini, menyampaikan apa yang perlu disampaikan...insha Allah, sebagai ganti jika sebenar2 syahid tidak diperoleh olehku.



9 comments:

cintahati said...

penulisan yg hebat..sebenarnya...

semoga terus diberi kekuatan dan ketabahan utk terus menulis....

teruskan perjuangan.....

shameel Iskandar said...

selamat berjuang. moga dapat gapai mardhotillah melalui penulisan

محمد فردوس سعد said...

to cinta hati : ish..tidaklah hebat tara mana pun, selagi ana tahu,ana cuba menyampaikan melalui medium penulisan ini..

insha Allah..moga Allah merahmati langkah ini =)

محمد فردوس سعد said...

to shameel iskandar : same goes to you bro..moga rahmat Allah mengiringi langkah enta

hafizmd said...

moge kite terus diberi kekuatan untuk berjuang..ameen

assyahida said...

erm..daus, aku faham maksud tersirat disebalik kisah ni..hehe..

pepun, menulis ke arah kebaikan juga satu cara untuk menyumbang..keep it up!

=)

محمد فردوس سعد said...

to assyahida : erm..apakah yg dimaksudkan itu??huhu..musykil3x.. :p

sama2 la kita untuk terus berada dalam medan ini =)

小美冰淇淋Paul said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社

Anonymous said...

электронные сигареты купить киев - рисунки тема сигарета