February 13, 2010

Fitrah yang Menjadi Fitnah


Salam..

Semua dalam mod cuti sekarang ni. Selamat buat semua teman2 yang akan, sedang menuju ataupun yang sudah  sampai ke kampung halaman masing2 sempena cuti Tahun Baru Cina ni. Ana doakan semuanya selamat. Ana je x balik, langkah berjimat sempena kemelesetan ekonomi ni..huhu, mahal la jugak tiket pergi balik Kangar - Temerloh. Lagi pun bulan 3 nnt cuti lagi, so dengan penuh tekad keputusan diambil, balik time tu je la (pasrah punya ayat..)

Nak tulis ape pun tak tau. Dalam kepala ana sekarang ingat pasal cinta je sebab esok valentine (haha..bukan sebab ana memperingati hari tu tapi sebab kiri kanan depan belakang ana, semua duk sibuk cakap pasal valentine..). Lagi pulak disebabkan polisi blog ni (chewahh, siap ada polisi lagi..) untuk membuat artikel2 nasihat, sesuai dengan masa kejadian, so ana tulis jugak tentang ini - apapun entri ni bukan pasal valentine, tapi ada jugak la sikit2 bau2 bacang dengan valentine ni..hehe =)


Pernah kita dengar kan ayat2 cinta sebegini "bukan cinta namanya kalau tak dating, tak cakap telefon, tak pegang2 tangan bla, bla, bla, bla...". Betul ke macam tu? Entah, ana tak tau sebab ana tak pernah berada dalam alam cinta itu (ada je yang nak, tapi ana jual mahal..haha..erm, abaikan..)

Kita lihat, remaja dengan cinta sekarang ni dah jadi 2 benda biasa, x boleh nak dipisahkan. Masa remaja la bermulanya rasa ingin mencintai dan dicintai. Masa ni jugak la ramai yang cakap sudah berjumpa cinta pandang pertama mereka. Demi cinta ini, lautan api sanggup ku renangi, ombak badai sanggup ku tempuhi dan macam2 lagi ayat2 metafora, anafora, hiperbola semuanya keluar (demi mengamalkan ilmu KOMSAS yang dipelajari..kalau tak diamalkan, jadi pokok yg x berbuah pulak..haha).
 
Lagi nak feeling betapa dalamnya cinta terhadap pasangan masing2, terbayang Romeo yang sanggup mati kerana Juliet, Cleopatra yang sanggup membunuh diri kerana Mark Anthony, Uda yang bersanding dengan Dara di pusara atau Qais yang sanggup menjadi majnun kerana terpisah dengan Laila. 

Demikianlah sebahagian kisah cinta dongeng dan rekaan. Realiti pulak? Hebat juga, ibu ayah sanggup ditinggalkan, malahan lebih teruk agama dan maruah sanggup digadai. Begitu besarnya kuasa cinta. Fitrah yang membawa pelbagai masalah dan fitnah kepada insan.

Rasa cinta secara fitrahnya bertandang tanpa diundang, didapati tanpa dipelajari, diperolehi tanpa dicari untuk diri setiap insan yang normal pemikirannya. Lebih teruk, jika tidak dilawan tetapi ia dibajai dan disuburkan, ia menjadi lebih menggila, semarak api yang membakar. Adam keseorangan menanti teman di syurga, lalu dicipta Hawa sebagai pelengkap hidup. Diwarisi pula oleh kita anak cucu pewaris cinta itu. sehingga rasa gelisah dan resah akan bergelora dalam jiwa jika tidak bersama dengan insan yang dicinta.

Demikianlah, dengan sebab itu, wujudnya persoalan "salahkah kami bercinta?". Erm, ana beritahu, rasa cinta tidak salah, sebab ia fitrah setiap insan. Sayang disayang, cinta dicinta, kasih dikasih, semua orang memerlukannya. Ibarat kereta memerlukan minyak, ibarat pokok memerlukan cahaya, ibarat ikan memerlukan air, ibarat badan memerlukan makanan dan sebagainya. 

Kerana ia fitrahlah, ia tidak salah untuk dirasai, tetapi...ya, ia masih ada tetapinya. Dikurniakan rasa cinta bukanlah tanpa dipagari peraturan2. Peraturan cintalah yang menjaga kemuliaan cinta itu..dan peraturan inilah yang sering manusia langgar.

Menjadi haramnya cinta apabila ia menafikan peraturan2 Tuhan. Penafian peraturan itu membawa rasa fitrah kepada fitnah. Kenapa kita tidak sedar, peraturan yang diadakan tidak lain tidak bukan hanyalah kerana Allah mencintai makhluknya. Dia inginkan manusia selamat untuk melaksanakan keinginan fitrah itu.


Tanpa peraturan, tunggang-langganglah kehidupan manusia. Demikian juga, dengan cinta terlarang, membawa kepada banyak kemusnahan dan penyesalan. Memang nampak indah cinta yang tidak berperaturan, kesemuanya indah2 belaka, kerana semuanya berlandaskan nafsu.

Mengikut rasa cinta berlandaskan nafsu, akan menyebabkan insan memperhambakan diri kepada cinta semata2. Diri menjadi lupa kepada yang lebih berhak dicintai..iaitu al-Khaliq itu sendiri. Pesona cinta yang dihiasi janji dunia yang sementara itu sebenarnya menjadi racun yang  menjerumuskan diri ke lembah kehinaan dihadapan penghakiman Allah Rabbul Jalil.

Cinta terlarang sebetulnya akan meletakkan Tuhan itu ditepi, bukan perkara utama lagi. Cintalah yang menjadi tuhan mereka, cintalah yang akan didewa2 kan, dipuja2 tanpa mengingati akan batasan pergaulan. Buktinya, berpegangan tangan, berdua-duaan tanpa diiring muhrim, malahan lebih dari itu telahpun berlaku. Jelas bukan? Racun inilah dianggap sebagai baja yang "menyuburkan" pohon2 cinta mereka, membuahkan hasil yang pahit, masam dan memabukkan - dengan pelbagai jenama menjelekkan, bohsia, bohjan, buang bayi, rempit, penagih dadah dan banyak lagi.

Besarnya kuasa cinta, lebih tepat fitnah cinta. Fitnah yang menjadikan fitrah manusia ini tidak disalurkan dilandasan yang paling layak dan sesuai - nikah. Sebetulnya, hanya melalui perkahwinan, fitnah ini mampu diubah, fitrah ini mampu dikecapi insan dengan sebenar2 rasa kesyukuran kepadaNya atas nikmat cinta itu sendiri.


p/s : ada yang cakap, kalau cinta tapi x dating, x pegang2 tangan, boleh tak? Islamik x cinta aku ni? huhu..entah, tak tau pulak..huhu. Apapun, ingat yang ni je, antum pergi la celah mana pun, elak itu dan ini, percayalah, antum akan bertemu juga fitnah kerana cinta 'islamik' yang dijaja tu (xde kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah mati..huhu). Senang cerita, kalau dah berkenan, masuk pinang, then nikah je terus..itu sebenar2nya cinta Islamik.. =)

Wallahu a'lam 


4 comments:

Lt. Danny Rock said...

saya sangat suka entri awak yang ni,,

very nice pengolahan..



"Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya,
Akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya
Hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya,
Dan iman mengatakan wanita cantik atas dasar agamanya"

untuk maklumat lanjut, boleh la rujuk ke Kecantikan seorang wanita mengikut pandangan seorang lelaki

Lt. fdanialz said...

haha makashih banyak2.. ekceli anta punye entri pun bes gak..

Hj. Muhd. Ridhwan said...

Interesting! ;)

محمد فردوس سعد said...

to Haji : thnx a lot..jemput dtg lg ye