February 19, 2010

Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan, Banyak Pengalaman...


Assalamu'alaykum..
Kali ni memang ana cuti sakan, berjalan sana sini, dah x hirau sangat dengan cuaca panas sekarang. Kebetulan pulak, cuti kali ni lebih bertema kepada mandi-manda, so sesuai sangat la untuk ana menyejukkan badan dari cuaca panas ni. 

Mula dari berendam dalam air panas Ulu Legong, pastu gi mandi air terjun Lata Bukit Hijau, Lata Bayu, Hutan Lipur Sg. Sedim. Konfem badan bersih, sayangnya sejuk hanya sementara..adeiii. Kalau la badan boleh sejuk sebulan ke, setahun ke pas mandi air terjun tu mesti best..haha. 
Selain tu, ana pergi Tree Top Walk terpanjang dunia (ada yg cakap terpanjang di Asia..tak tau mana yg betul) - panjang dia 925m - lokasi di Sg.Sedim jugak. Erm..memang xde planning langsung nak try benda ni. Tapi alang2 dah sampai kat situ, rasa rugi pulak kalau tak cuba kan (ingatkan free, sebab mula2 masuk x jumpe kaunter tiket pun..huhu..bila dah masuk dalam sikit, owh, kena bayar la, ye la kan, nak buang air pun kena bayar, inikan pulak nak merasa benda alah yg terpanjang ni..rm10 seorang, nak tak nak, bayar je la...). 
Masa starting ok je, tapi makin lama, Tree Top Walk ni makin tinggi, fuhh..tarik nafas panjang2 bila tengok bawah..gayatnyerr, jangan la kau runtuh time ni..huhu.. Tapi sebab x nak malu, so ana buat2 x gayat..buat macho je..jalan macam biasa. Tapi bila lama kontrol macho tu, hilang sikit rasa gayat tu..alhamdulillah...boleh la tengok keindahan alam ciptaan Tuhan, subhanallah..cantik sangat tengok air terjun kat bawah..Memang adventure la berjalan atas Tree Top Walk ni bagi orang yg gayat dengan ketinggian macam ana.. :) 
Erm, pengalaman yg menyeronokkan. Cuti sem depan nak try masuk Thailand pulak..huhu. Rugi je rasa bila duk study kt Perlis ni x pergi Thailand..hehe. Banyak berjalan, banyak la pengalaman. Mana tau nanti bila dah keje, susah pulak nak dapat peluang macam ni, so ana nak amek peluang ni awal2. Ana minat sangat kalau dapat jalan2 tempat orang, tapi susah, banyak benda yang menghalang..(teringat masa kecik2 dulu, time cikgu tanya nak jadi apa bila besar nanti untuk isi dalam profil pelajar, ana jawab nak jadi pelancong..haha). 
Erm, so ape lagi, jom kawan2..sape nak join ana, angkat kaki..kita berjalan2 sambil melihat dan mentafsir tentang bermacam2 perkara dan benda yang ada atas dunia ni  ;)
p/s : gambar2 ade kat kawan, x sempat nak mintak lagi, erm, sedih la jugak sejak handset hilang ni, blog ni dah kurang gambarnya..huhu..


7 comments:

Hami Asraff said...

Salam sahabat.
Semua yang dinyatakan di atas pernah dikunjungi :) Tapi Tree Top Walk tu tak pernah naik lagi. Pi hari tu bermandi-manda saja. Syok la noh bercuti. Aku esok dah balik Shah Alam :(

محمد فردوس سعد said...

oo..org Kedah katakan..mesti la dah pi sana..nnt ade masa try r TTW tu pulak..best la kot..huhu

erm,tu la,cepat je masa berlalu,pejam celik pejam celik dah seminggu habis..

apapun, slmt kembali ke kampus :)

Hami Asraff said...

Kadang2 nama ja dok negeri tu, tapi tak habih lagi semua tempat dijelajahi :) Perjuangan diteruskan jua. Kamu pun sama la ye. Selamat berkhidmat untuk anak bangsa la ye. :)

Shitsurei Shimashita said...

salam,
seronoknya dpt jalan2...

DiNa-DiaNa said...

saya nak jadi pelancong jgk..

محمد فردوس سعد said...

Shitsurei Shimashita : jom..tapi cuti dah abis daa..hehe

محمد فردوس سعد said...

Dina-Diana : kita buat lain..cuti sem bulan 5 ni pulok..hehe