February 09, 2010

Kau Milikku.. =)

Salam

Alhamdulillah, ana masih mempunyai kesihatan untuk terus berblog. Xde apa sangat yang nak ditulis hari ini, cuma apa yang terlintas dalam kepala ana sekarang tentang satu benda je, pasal broadband. Ya, sekarang ana dah ada broadband sendiri. Ana pilih selkom broadband..hehe.

Hari ni genap sudah seminggu ana menggunakan broadband hak milik kekal ana sendiri..hehe. Tak tau la kenapa beria2 sangat ana nak memilikinya. Apapun, keputusan dah pun di buat, tidak terlintas pun dalam kepala rasa menyesal lepas beli broadband nih..insha Allah. Apapun ana bersyukur dengan rezeki yang Allah beri ni =)

Apa yang penting, ana sekarang dah boleh meneruskan kerja2 blogging tanpa masalah lagi..bila bukak je blog, sume boleh load..xde yang tertinggal. Nak blogwalking ke blog sahabat2 pun senang, xde dah istilah 'blocked' selepas seminggu nih..huhu. Dapat la balas ziarah kawan2 yang tinggal link kat sini.

Satu masalah sudah selesai, tapi x bererti masalah lain xde. Masalah lain adalah masa, bukan sebab masa tak cukup, cuma ana je yang x pandai nak menguruskan masa dengan sebetulnya (kadang2 ana banyak tidur gak..hihihi..). Itu satu, lagi satu pulak, stress management yang memang tak ok. Sebab tu la selalu 'down' je. Tapi apa yang penting, ana masih lagi kuat untuk menentang ke'stress'an itu.

Apapun, selagi iman ada dalam diri ana, ana yakin ana mampu untuk menghadapinya. Insha Allah, ana tak nak jadi orang yang cepat berputus asa. Ana akan mencuba dan terus mencuba. Apa pun yang ada di depan, tak kira la senang atau susah, semua tu merupakan pembelajaran dari kehidupan. Memang cantik sunnatullah ni. Aturan hidup oleh Ilahi memang merupakan sesi pembelajaran untuk setiap manusia. Semua tu mengajar erti hidup yang memberi makna amat besar kepada diri kita sendiri.

Berdasarkan kata2 ulama' salaf (ana rasa ni bukan hadis..huhu..kalau salah beritahu ana..)

اطلب العلم من المهد الى اللحد
"tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Betapa besar dan luasnya skop ilmu tu sampaikan nak mati pun, kita dituntut menuntut ilmu. So, betul la kan, hidup dan belajar memang x boleh dipisahkan, umpamanya ombak dan pantai, aur dan tebing, muzik dan irama etc..etc.. (yang tu je pun ana tau..hehe). Boring tu kita letak dekat tepi dulu..huhu..

Erm, pelik kan, tadi mula2 citer pasal broadband, tetiba je masuk ke sesi tazkiyatun nafs pulak...tapi xpe kot. Lagi satu ana nak beritahu, hidup memang kena selalu ditazkirah..(ingat-mengingati..hehe)...Macam bateri laptop ke, handset ke, memang kena charge selalu, kalau x, mati la laptop tu. Sama la jugak dengan hati kita. So, rajin2 la ye kita berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran.

Wallahu a'lam..wassalamu'alaykum..


7 comments:

Hami Asraff said...

Salam. Owh dah pakai celcom broadband. Okey la tu. Yang speed berapa? Memang itu yang dituntut. Terus menasihati sesama kita. (",)

tujuhhariseminggu said...

owh... sy pun maseh lagi belajar... :P

Mak Su said...

salam ziarah, terima kasih sudi singgah di ceritakosong.

mmg bnr, kita kena sentiasa belajar, & mesti dicharge selalu :), sbb lalai adalah manusia :)

p/s: suami maksu tak pegi dinner pun, tak sampai hati nak makan tanpa anak isteri, katanya.

Hami Asraff said...

( out of topic )

Nak tanya. Macam mana nak buat recent post yang boleh bergerak tu ya? Macam dekat blog Sakinah Omar. Aku cari dalam maribinablog tak dak.

neem said...

salam. x suka itu berodbrendd. x thu nape

محمد فردوس سعد said...

to hami : hehe,ade rezeki beli la,tmbh pulak wireless mktb ni blocked macam2, blogger.com pun nak block..huhu

erm,yg murah je, rm68/month, sesuai dgn student, kdg2 lembap jugak, tp tuk update blog tu ok la.. =)

to tujuhhariseminggu : sama2 la kita mencari ilmu..gud luck :)

to maksu : tq jugak sbb sudi komen sini..wah..baik sungguh hubby maksu tu..jaga elok2 ye..haha, susah nk dpt suami mithali mcm tu =)

to hami : dah tgk blog enta,erm..dah dpt kan tutorial nk wat benda tu.. :)

to neem : hehe,x mmpu nak beli selain broadband,xpe la,ade yg ni pun ok..boleh nk update blog,blogwalking.. =)

zenith said...

salam perkenalan