March 28, 2010

Redha dalam KetentuanMu


Salam 'alaykum buat semua teman2..

Apa la yg nak ditulis..no more idea. Fikiran kusut memikirkan tentang kerja2 yang bertimbun...yang tertangguh pun ada. Sakit hati dengan diri sendiri sebab tak pandai nak urus masa dengan baik.  Pastu jeles ngan orang lain yang dah senang-lenang sebab keje dorg dah siap..perasaan yang tak patut ada dalam diri..huhu. Semakin hari, cabaran yang datang semakin membebankan walaupun kadang2 ada la jugak satu dua perkara yang menggembirakan hati dan perasaan ni..alhamdulillah..

Sekarang tengah busy dengan praktikum..dah pergi sekolah pun. Macam tak percaya je yang diri ni dah berpraktikum..mengajar budak2. Kalau flashback semula 5 tahun lepas, tahun 2006, lebih tepat Mac 2006..memang masa tu tak berniat langsung satu hari nanti akan menjadi cikgu. Mac 2006, result SPM keluar..dan ana bersyukur dengan result yang ana dapat hasil usaha ana tu. Result tu cambes je untuk ana apply masuk "U" tapi perasaan yg macam tu nak tak nak je ada dalam diri, tak tau la kenapa.

Lagipun lepas SPM je, ana sambung form 6 - STAM setahun. Kiranya masa result tu keluar, ana tgh study STAM la. Bila tengok ramai yang isi UPU, baru la ana tergedik2 nak isi. Tapi masa isi tu, bukan dengan perasaan pun..saja2 isi, nak ikut kawan. So, buat sambil lewa je la...bila tarikh tutup dah nak tertutup..baru terkial2 nak isi, nak wat pilihan, nak pi pejabat pos, nak pos borang UPU tu. Bayangkan la, hari last baru nak post borang..dalam hati memang cakap 'takde chance la nak masuk u ni'..

Lepas tu, bila dah jadi macam tu, ana biar je la..hantar tetap hantar..dapat ke tak, itu belakang kira. At the same time, arwah mak suh isi pulak borang maktab. Dalam hati cakap..adeii, nak suruh masuk maktab ke? Ingat nak amek STAM ni je. Tapi demi menjadi anak soleh dan taat pada ibu, ana ikutkan je. Beli no pin kat BSN. Pastu isi borang maktab secara atas talian.

Hari result UPU keluar, lau tak silap Mei / Jun : ramai kawan2 try cek result masing2, guna sms..time tu zaman dah mula maju..haha..ana pun nak try cek jugak la. Keputusan?? Haha..macam yang diduga..anda tidak berjaya. Erm..it's ok..ade aku kesahh????huhu...walaupun ada la jugak rasa sedih bila tgk orang lain dapat masuk U. 

So ana pun terus dgn STAM je. Result maktab macam mana pulak? Erm..result mktb ni lambat sikit keluar. Ana biarkan dulu. Tumpu kat STAM je. Lagipun time tu tengah sibuk dengan exam..gerak gempur STAM la, ujian syafawi la...macam2 la. 

Lama sikit lepas tu, ana dapat tahu yang result maktab dah keluar. Try la cek...keputusannya?? Huhu..gagal jugak..then baru teringat yang masa interview dulu..ana tak jawab habis soalan INSAK (inventori keguruan - 135 soalan objektif kalau tak silap), sebab masa tak cukup. Mungkin sebab tu ana gagal masuk maktab. 

Kecewa memang kecewa, tapi nak buat macam mana, dah bukan rezeki. Ana terima je. STAM pun STAM la. Abis tu macam mana boleh ade kat maktab sekarang?? Haa..ini memang ana tak sangka sangat2. Lepas je result maktab keluar, dan ana gagal tuk masuk maktab, abang ana senyap2 isi borang rayuan untuk ambilan kedua ke maktab. Untuk kesekian kalinya, ana berjaya..walaupun second intake, bunyi lebih kurang macam "second hand" je..huhu. Tapi, itulah nasib..qada' dan qadar tuhan. 

Hati memang berbelah bahgi antara STAM dan maktab. Kalau amek STAM, peluang nak boleh pi oversea tu luas la ckit..sambung study kt Mesir ke, Jordan ke..sebab itu memang impian ana dari kecik lagi..nak pi negeri orang tuk belajar..sambil2 tu boleh jalan2..teringin nak main salji..nak merasa 4 musim, memang jakun..huhu. Tapi, satu je masalahnye, arwah mak time tu berat sikit nak lepas anak dia pi jauh2.

Untuk maktab pulak, sokongan penuh dari arwah mak, lagipun time belajar nnt xde masalah duit sebab ada elaun, keje pulak dah terjamin. Huhu...bila fikir2 semula, memang betul apa yang dikata tu..tapi macam mana dengan impian? Akhirnya, ana amek keputusan yang amat berat untuk dibuat, dengan meninggalkan STAM..walaupun masa tu hanya tinggal 3 bulan je lagi untuk exam.

Impian? Erm..terpaksa ditangguhkan..ana pikir, takpe la, nanti2 kalau ade rezeki, benda tu takkan ke mana. Mana tau lepas abis study ni, ada rezeki sambung belajar ke, duit dah bnyk ke..boleh la jalan2 kt sana pulak...memang ana cuba untuk sedapkan hati dengan pikir macam ni dulu. Walaupun kadang2 keinginan hati membuak2, bila tgk gambar kawan2 lama n baru kat negara orang..macam best je..huhu. Bila nak dekat raya pulak, ana suka tengok kat paper bahagian "salam perantau"...tak tau kenapa..tapi benda tu lagi menguatkan azam ana untuk memenuhi impian yang tak terlaksana lagi ni.
Macam tu la ceritanya. skrg dah hampir 4 tahun kat maktab ni..tinggal setahun setengah je lagi nak grad. Dalam masa ni, banyak suka-duka yang berlaku, paling sedih...kehilangan mak tercinta. Ana masuk maktab ni pun sebab arwah mak..tapi sekarang dia dah takde, dia tak sempat nak tengok ana grad..huhu..sedihnya.

Walaupun sedih tak dapat nak penuhi impian sendiri pi oversea, sekurang2nya ana dapat penuhi keinginan arwah mak tuk ana masuk maktab ni. Walaupun masuk maktab bukan dengan kerelaan sendiri, tapi ana cuba jugak untuk betulkan niat tu. Dan sekarang sedikit demi sedikit jiwa cikgu tu wujud dalam diri. Ana cuba untuk menjadi sebaik yang mungkin walaupun kadang2 hampir jugak berputus asa. Tapi alhamdulillah..ana mampu untuk sampai ke tahap ini.

Kisah ana yang tak menarik sangat pun..tapi ana nak tulis jugak..huhu. Dan sekarang, dah seminggu menjalani praktikum, memang penuh dengan ilmu2 baru yang ana dapat. Stress dengan perangai budak yang macam2..tapi bila pikir semula bahawa izzahnya tugas guru seolah2 menyamai seorang rasul...ana tenangkan semula hati yang resah-gelisah ni dengan istighfar banyak2. Alhamdulillah...menjadi tenang setenang-tenangnya.

Apapun..ini semua sudah ditentukan Tuhan..ana cuba redha dengan segala apa yang telah ditentukanNya. Cuma satu yang ana pinta dariMu ya Tuhan...mudahkanlah urusan dan rencanaku dalam redhaMu. 



March 21, 2010

Takziah


Salam Takziah buat sahabat seperjuangan
Mohd Asyran bin Mohd Nasir
atas pemergian ayahanda tercinta yang menyahut seruan Ilahi pada pagi semalam (20/3/2010)

Sesungguhnya, ana dapat merasai kesedihan itu sebab ana pun dah pernah melaluinya, kehilangan bonda tercinta di saat mereka ini masih diperlukan.
Sakitnya untuk menerima kenyataan bahawa insan tersayang pergi selama-lamanya meninggalkan kita
Sedih memang sedih, tapi siapa kita untuk melawan taqdir Ilahi, yang sudah ditetapkan sejak azali di Luh Mahfuz sana
Sukar mempercayainya, tetapi itulah kenyataan.."kullu nafsin zaaiqatul maut"

Sedangkan diri masih memerlukan panduan, nasihat, kata-kata semangat untuk melalui kehidupan, dikau pergi menghadap Ilahi
Memang diri selalu tertanya-tanya, mampukah ku teruskan hidup ini hanya berbekalkan nasihatmu sebelum ini, yang pastinya, disepanjang perjalanan hidupku ini akan disulami keinginan nafsu dan godaan duniawi yang melalaikan diri
Ya Allah, ujian ini memang berat, terlalu berat, amat berat untuk selemah-lemah hamba ini menerima dan mempercayainya
Tetapi..Alhamdulillah, ku syukuri nikmat Islam dan iman ini, kerana dengannya di dalam diri, yang percaya bahawa Kau Tuhan pemilik segala jiwa..ku pasrah dan redha dengan segala ketentuanMu itu
Dan untuk kesekian kalinya, ku yakin dan percaya bahawa Engkau Ya Tuhan, masih bersamaku, kerana Kaulah ar-Rahman...Kau lah ar-Rahim

Buat "Sere"...
Lepas ni, tanggungjawab lebih banyak tersandar di bahu enta..
Adik-adik dibawahmu memerlukan bimbingan untuk kejayaan dunia dan yang paling penting, akhirat sana
Kita doakan sama-sama kebahagiaan insan-insan tersayang yang telah pergi ini
Mudah-mudahan mereka tenang di sisi Ilahi...dihujani jutaan limpah kerahmatan dalam meniti permulaan alam baru di sana
La tahzan..innallaha ma'ana

اللهم اغفرلهم وارحمهم وعافهم واعف عنهم برحمتك يا ارحم الرحمين




March 14, 2010

Keistimewaan Blogger In Draft..


Salam 'alaykum...

Suatu yang tiba2..secara tak sengaja..macam mimpi je..berubah seratus peratus!!! Itu yang dapat ana katakan tentang perubahan yang berlaku pada LAYOUT blog ni. Sape2 yang sebelum ni pernah lawat blog ana, mesti perasan yang LAYOUT blog ana berubah lagi. Berubah buat kali yang keberapa entah, ana pun tak ingat. Itulah, hati ni sokmo2 nak perubahan..mudah sangat jemu dengan satu2 benda yang dah lama, harapnya jangan la bila kawin nanti, perasaan ni datang selalu..bahaya..nanti diriku merana..huhu.

Ok, apa yang ana nak beritahu kat sini, macam mana layout blog ni berubah lagi dengan tak sengaja. Nak tanya antum yang menjadi blogger2 tegar, antum sume guna tak bloggerindraft (BID)?? Kalau antum guna yang ni, konfem sangat antum dah tahu apakah itu BID. Bagi sape2 yang tak guna BID, apa yang dapat ana katakan, try la guna BID ni, best!!!


Erm, kenapa pulak BID best? Entahlah, bagi ana, bila dah best, ana cakap la best..hahaha. Biar ana beritahu apakah itu BID. Definisi BID yang ori adalah :

"Blogger in draft is a special version of Blogger where we try out new features before we release them to everyone"

Antum sume mesti paham kan dengan definisi BID yang diberi diatas. So, x payah la ana nak translate lagi..lagipun SPM, BI ana dapat __ je...huhu.

Jadinya, sape2 yang guna BID ni, dia akan terkehadapan sikit la kalau ada benda baru yang baru direleasekan dari blogger. Ana salah seorang darinya..hehe..dengan bangganya dia berkata..padahal macam la orang lain tak tahu pasal benda ni.   

Sebelum ni, BID ada buat benda baru nama dia "PAGES", apakah dia pages itu? Adakah  ianya merupakan muka surat yang macam kat buku, majalah atau lain2 tu?? Erm..lebih kurang macam tu la. Nak tahu lebih, try google sendiri, lagipun ana sendiri tak berapa paham tentang kegunaan benda ni. Sekali tengok, macam tab menu je yang selalu dan banyak kali disentuh serta diajar oleh bro nescafe ais. Erm, out of topic jap, ana nak cakap, makin cantik la blog bro nescafe ais ni, jeles tul suka tang tab menu tu..hihi.


Kali ni pulak, BID ada buat 1 lagi benda baru, dan dengan benda baru ni, layout ana bertukar dgn tak sengaja. Nama dia "TEMPLATE DESIGNER". Sape2 yang guna BID, benda ni boleh dapat bila dia login > dashboard > layout > template designer.


Dengan template designer ni, antum boleh design sendiri layout..mengikut selera masing2. Tapi kena ingat, sebelum wat design tu, save la dulu template lama antum..mana la tau design yang antum wat tu tak menjadi, tak lawa..langsung menyesal tak sudah.


BID dengan Template Designer ni ada beberapa keistimewaan :
  • template2 baru yang menarik dan boleh diedit. 4 jenis bahagian template - simple, picture window, awesome inc, watermark.
  • adanya 1, 2, 3 kolum dan setiap kolum yang dipilih boleh diadjust dia punya lebar dengan cara yang amat mudah.
 
  • terdapat banyak imej background dan pattern yang menarik yang boleh dipilih.

Banyak lagi benda2 menarik yang boleh antum explore sendiri dengan template designer ni. Masa antum design ni pun, antum boleh guna live preview untuk tengok perubahan yang berlaku. Bila dah puas hati dengan perubahan tu, boleh la antum click button "apply to blog". 

Nak nasihat lagi sekali, kali ni guna ayat BID sendiri :

"You can backup your existing template ahead of time by going to Layout > Edit HTML. We recommend this if you have a customized blog design that you might want to go back to"

Ok..macam tu la ceritanya kenapa template / layout blog ni bertukar lagi. Kalau nak tau dengan lebih lanjut berkenaan perkara2 lain dan juga tips2 untuk menggunakan "template designer" ni, bolehlah antum layari BLOGGER IN DRAFT ini. 

Itu saja perkongsian ana kali ni. Entri ni tulis hari Jumaat, tapi sebab tak sempat nak abiskan sebab kul 9 malam naik bas balik Pahang, kenalah tangguh kejap. Hari ni baru leh publish. Ingat nak siapkan hari semalam, tapi semalam penat sangat sebab semalam is my big bro's wedding day. Tahniah!!! Moga kekal hingga akhir hayat. Teringat nasyid Maher Zain :

"برك الله لكما وبرك عليكما وجمع بينكما في الخير"




March 11, 2010

Aku Islam..tapi....


Salam 'alaykum...

Dikesempatan yang tak berapa nak sempat ni (tengah buat assignment yang kena submit esok ni..), ana nak juga menulis sedikit tentang beberapa perkara berkaitan. Kalau asyik fokus assignment je, hang juga la kepala ni nak pikir apa yang patut kena tulis, erm, nak berteori sikit, ibaratnya macam kesuburan tanah la, tanya la pekebun2 mana pun, diorang mesti akan bertukar2 jenis tanaman untuk tanah yang sama, misalnya kalau bulan ni tanam sawi, bulan depan tanam tomato pulak, next month tanam timun pulak..barulah tanah tu tak "hang" dengan benda yang sama je..hehe. macam bagus je  teori ni, boleh jadikan teori peribadi tuk PRAKTIKUM nanti..huhu..ada kaitan ke??

Erm..straight to the point. Semalam baru je abis taklimat pra praktikum untuk student2 PISMP Sem. 5..ana salah seorang darinya. Macam hari sebelumnya, hari semalam jugak ada 3 sesi yang penuh dengan panduan2, nasihat2, kata2 semangat, leteran2..yang mana semuanya membosankan untuk kebaikan dan kejayaan guru2 pelatih pada PRAKTIKUM yang bakal dijalankan. Dari ketiga2 sesi tu, ada satu perkara yang sama yang ditegur sampai sakit telinga dibuatnya sebab cakap benda yang sama je.. 
 
Benda ni bukan benda yang baru, sebab semua orang yang dah baligh dan berakal pun dah tahu, ia merupakan nasihat yang selalu diberi, dari dulu sampai la sekarang ni. Lagi2 kalau kita ni Islam, al-Quran ada menyatakan tentang perkara ni dalam satu surah yang khusus untuk panduan mereka bergelar muslim kalau nak untung tapi tak nak rugi dalam hidup.

Tentang apa ya?? Rasanya antum semua dah boleh agak ianya berkenaan dengan apa. Sape2 nak tau angkat berat tangan..haha..erm, ok la, jawapan dia ialah, berkenaan dengan masa, pengurusan masa, time management. Bayangkan, dari ketiga2 sesi taklimat tu, semua penceramah berkata dan berleter tentang masa, ye la kan, sape yang tak bengang kalau dah dalam jadual kena datang jam 8 pagi, 8.30 baru datang, suruh datang 2.30 petang, 2.45 baru jejak kaki..kalau ana jadi penceramah pun, ana akan rasa kebengangan dan ketidakpuasan hati tu. Penantian satu penyiksaan.


Ana tak cakap la diri ana yang terbaik sebab ana pun kadang2 terlambat jugak, tapi lambat tu kerana bersebab yang memang munasabah, kalau yang tak munasabah pun, itu kerana bukan sengaja dilakuin..huhu. Kadang2 ana sendiri pelik dengan perangai manusia2 sekeliling yang ana kenali ni, sebab seolah2 masa tu tak penting sangat untuk mereka2 ni. Bukan  sebab ada benda penting pun yang nak kena buat, tapi saja2 buat lambat, tak pikir langsung tentang perasaan orang lain, macam lecturer, kawan2 yang datang awal dan sebagainya. 

Sepatutnya kita ni kenalah bertimbang rasa, jangan buat dunia ini seolah2 diri sendiri yang punya. Kalau dah ada urusan yang melibatkan orang lain, seperti hadir kelas, taklimat dan sebagainya, kenalah pikirkan bahawa "dunia ni milik bersama". Nak lambat jugak, buat dunia lain, duduk sorang2 dalam tu, senang hidup....tak terikat dengan apa2 benda pun. Nak lambat ke, nak buat apa2 ke..terpulang sebab masa tu tak de sape pun yang kisah. TAPI, persoalannya boleh ke nak buat dunia lain tu??? Tak boleh bukan, so...kenalah ikut rentak dunia yang sedia ada ni..huhu...bila dah mula berleter..berpage2 pulak entri ni nanti..

Ana semalam berasa malu jugak dengan dua dari tiga orang penceramah yang memberi taklimat tu, sebab dua orang tu merupakan non-muslim. Malu sebab dua orang ni takde kitab macam yang kita ada, Quran, dua orang ni takde baca ayat wal-'asr, innal insaana lafi khusr sampai akhir..tapi tetap menepati masa. Sedangkan yang mendengar taklimat tersebut semuanya muslim (2 orang je chinese). Tapi tentang masa..ramai yang fail termasuk ana lambat 2-3 minit (kerana bersebab ok..)

Malu bukan? Erm, tapi ana tak tahu lah buat mereka yang berhati kering tu, yang memang dah dicop sebagai muka lambat. Kenapa la susah sangat nak berubah? Satu sebab yang ana dapat ialah kerana menjadikan benda yang tak elok ni sebagai satu habit. Bila dah selalu buat, jadi habit, susah la nak diubah...sampaikan takkan timbul langsung rasa bersalah dan malu dengan orang lain..ada jugak yang boleh kata "ala..relax la...", adeii..relax?? takde perasaan ke korang ni huh?? 

Teringat kata2 Dr Chow Fook Meng, "there's no second chance for a first impression". So, dalam kerja apa pun, buatlah sehabis baik, macam ana yang bakal menjalani praktikum nanti, 1st day datang sekolah, harapnya jangan lambat..sebab 1st impression tu penting untuk membuka langkah seterusnya. Dia jugak ada cakap, "guru cemerlang bagi saya bukanlah yang paling banyak ilmu, tapi kerana sikapnya..terhadap masa, kerja, tanggungjawab, warga sekolah dan lain2...". 

Dia bagi contoh tentang sikap orang Jepun yang betul2 mengambil berat tentang masa..kenapa orang Jepun sinonim dengan masa, bukan orang Islam?? Semalam ana dapat jawapan, dari Dr. Chow ni jugak , dia cakap, di Jepun kalau ada sape2 yang lambat menghadiri sesuatu event, diorang akan disuruh untuk mintak maaf kepada orang yang telah hadir dengan cara tunduk kepala..kalau yang hadir tu 100 orang, so kena tunduk 100 kali secara berdepan dengan hadirin2 tu. Bukan je malu yang dapat, ana rasa penat jugak tu..huhu. Sebab tu la masa sangat dijaga kat sana..ooo..macam tu rupanya...baru tau..huhu

Jadinya, ana harap pada diri ana dulu, then pada orang lain jugak..terutama pada kawan2 yang dikasihi, disayangi, dicintai, jagalah masa, hargailah ia, kalau tak kita sendiri yang akan rugi, semua pun tahu tentang gesaan dari al-Quran melalui surah al-'Asr tu kan..kalau betul la kita ni muslim sejati, masa kita jangan disia2kan..sikap kita jangan didewa2kan, perasaan orang lain perlulah kita fikir2kan, kalau tak kita sendiri akan kerugian. Hati kena basah, jangan bagi dia kering, sebab kering tu la, kata2 dan nasihat yang dah berbuih2 diberi, kita amek tak kisah je. Huhu..panjang jugak entri ni. Ok la, nak sambung buat assignment pulak..erm..ade idea ke tuk assignment???huhu... 

Wallahu a'lam..wassalam..

nota kaki (chewahh..ade footnote, penangan assingment la ni..) :
- Dr Chow Fook Meng lecturer chinese yang paling dikagumi oleh sume orang kat sini, hatta pengarah IPG ni pun..dari segi masa, pergaulan, kata2..cukup sempurna..sampaikan ada lecturer ana pernah cakap, kalau dia ni Islam, rasanya timbangan amal dia lagi berat dari kami2 semua..tapi sebab dia non-muslim, kebaikan yang dilakukan dia x dikira..ana rasa kesian dekat dia..pernah ditanya "bila lagi nak masuk Islam..", jawab dia, "nanti2 la..", see..kuatnya kuasa hidayah Allah..Dia hanya akan beri pada mereka yang terpilih saja..
- al-Fatihah buat Syeikh Dr. Muhammad Sayyed Tantawi..syeikhul Azhar yang telah kembali ke rahmatullah pada hari semalam..terkejut jugak dengan pemergian beliau, banyak sangat sumbangan beliau kepada dunia Islam. Islam kehilangan lagi seorang ulama' pembimbing ummat..moga selepas ini lahir pengganti agar Islam kembali di atas.
- buat semua calon2 SPM & STAM yang mendapat result hari ni..harap antum semua mampu tersenyum dan berpuas hati dengan hasil usaha antum selama ini. Pada yang kurang berjaya, jangan fikir bahawa ini penamat hidup antum, ingatlah..intailah peluang dalam kesamaran, jangan kerana kegagalan itu, antum terus menutup cahaya untuk berada dalam kegelapan. Banyak sudah bukti yang menunjukkan bahawa kegagalan itu tak akan untuk selama2nya. Ingat Allah tempat mengadu kita..insha Allah..Dia akan membantu :)



March 09, 2010

Educator in made..mampukah aku??


Salam 'alaykum...

Alhamdulillah..baru abis taklimat PRAKTIKUM tuk hari ni. Sambung esok lagi sehari. Overall satu taklimat yang membosankan berguna buat kami2 sume yang bakal menjejak kaki selama 4 minggu je di sekolah nanti (ayat ini ikhlas dari hati..bukan kerana terpaksa..). Tapi macam biasalah, segala macam bentuk ceramah, taklimat, seminar atau seangkatan dengannya, cukup membosankan kalau tak kena cara. 

Taklimat hari ni ade 3 sesi, dua pada sebelah pagi, dan satu lagi baru selesai tadi. Paling best, yang baru selesai tadi la, oleh En. Mohd Nor b. Chin. Cukup ringkas, padat, tepat, terperinci, boleh paham, tak bosan, sporting, mata yg nak terpejam pun celik tak berkelip2..hehe. Terbaik la rasanya. Semangat tuk buat praktikum melonjak2 naik. Kalau boleh diukur semangat tu dengan alat penimbang berat badan, nescaya akan rosaklah ia disebabkan rasa yang melonjak2 itu. 

Memang, dia pandai menarik perhatian, memberikan ransangan dan motivasi dalam satu suasana petang yang cukup memenatkan itu..dapat bantal time macam ni memang sodap.. Kalau diikutkan jadual sebenar, kena duk 2 jam kat lecture theatre tu, sebab dalam jadual, taklimat bermula dari 2.30 sampai la 4.30. 

Tapi sebab encik itu cukup memahami kami, hanya sejam, erm..tak sampai sejam, kami dah boleh keluar dengan gembiranya dan nyaman sekali..no more stress, paham pun paham, rasanya nak buat TEORI PERIBADI dan INOVASI PEDAGOGI time praktikum nanti macam xde masalah je..haha. Syukr0n padamu encik, syukur juga pada Tuhan yang memberikan kefahaman kepadaku.

Kata2 dia cukup memberikan semangat, macam berada dalam ceramah kempen pilihanraya je.  

"Cikgu2 semua kena la buat suatu yang baru..inovasi pada benda2 yang ada..yang mampu memberikan satu nilai tambah buat diri murid cikgu nanti..tak mampu ubah banyak pun takpe, sekurang2nya kalau yang tak pandai membaca tu, dapat mengeja pun sudah memadai"

Lebih kurang macam ni la ayat dia..ade sikit2 penambahan dari ana..hehe Erm, cuba baca ayat tu dengan nada penuh semangat, ala ibarat antum nak lawan debate time sekolah dulu. For sure, antum akan dapat rasa semangat berkobar2 tu nanti..kalau xde jugak semangat tu..buat2 je la macam ada..huhu

Cakapnya pasal INOVASI PEDAGOGI dan TEORI PERIBADI, suatu yang macam hebat je kan. Memang mula2 ana rasa macam susah je benda ni, ye la kan, nak kena buat teori, nak buat inovasi dalam pedagogi..dengar macam kena wat research berrak2 buku (bukan berak..word itu sangat tidak senonoh dalam blog sesuci ini..hehe). Benda pertama yang ana pikir, erm..kena wat macam teori Maslow tu ke, teori behaviourisme ke, teori Darwin, teori Fishman, Labov, Bloom dan sebagainya..Sedangkan itu sangatlah susah..tak mampu rasanya. 

Tapi seperti yang ana dah kata tadi, bila dah dengar taklimat dari encik tu, tambah pulak dengan gaya penyampaian yg cukup bersahaja, lawakpun ada, ringkas dan padat, buat kami paham dengan tugasan ini. Konklusinya, tak la susah mana pun..biasa2 je..sesuai la dengan peringkat budak ensem yang nak buat degree.

Itulah kan, kena gaya, kena cara..mudah sangat nak faham satu2 benda. Macam sesi pagi tadi, berkenaan cara2 nak buat refleksi bersifat kritik dan juga jurnal refleksi tuk praktikum nanti, ana masih samar2 lagi. Kadang2 macam paham, kadang2 macam tak paham. Bukan salah pemberi taklimat itu yang sememangnya  tak berkaliber dalam memahamkan ana, tapi mungkin sebab kekurangan diri ana sendiri yang masih lambat untuk memahaminya.

Apapun, benda ni xde masalah sangat, susah macam mana pun, last2 nanti konfem akan siap dengan sempurnanya..hasil perbincangan dgn pensyarah dan guru pembimbing dan jugak tiru kawan2 yang lain. Cuma yang ana risaukan sekarang adalah kesibukan dan kebizian dalam 4 minggu akan datang (start 22/3 -16/4) mungkin waktu tidur terpaksa dikurangkan..oh tidakkkk!!! Bergelumang la lepas ni dengan perkara2 berikut :

+lesson plan yang nak kena buat tiap2 hari..seminggu 8-12 waktu..huhu+
+buku2 teks+
+sukatan pelajaran+
+huraian sukatan+
+portfolio praktikum lagi+
+refleksi tiap2 kali abis p&p+
+jurnal refleksi+
+nak pikir teori n inovasi pedagogi yang macam senang je buat masa sekarang+
+bahan bantu mengajar macam2+

 harap bila habis praktikum nnt..diriku tetap cool,macho,ensem..tak mau jadi macam ni...

Adeii...adakah aku mampu?? Harap2 Tuhan mudahkan segala urusan. Rabbi yassir wa la tu'assir...


March 07, 2010

Insan...

Angin...
bawakan daku khabar gembira
usir dariku ceritera nestapa menduka lara

Awan...
iringilah langkahku bersama teduhanmu
lindungilah daku sakit terik itu

Mentari...
kau terangi alam dengan cahayamu
membawa sejuta ketenangan penyembuh kalbu

Air...
ku dengar deru sejukmu penuh keasyikan
alirkanlah ia pada jasadku dalam kedamaian

Bulan...
indah cahayamu menerangi kegelapan
memberi kemilau harapan pada insan

Bintang...
jutaan kerlipanmu menghiasi gelita
jutaan cahayamu menghilang sengsara 
 
Insan...
padamu penuh keistimewaan
gunalah ia bersama kebijaksanaan
intailah peluang dalam kesamaran
natijah manis kan mengubat kepayahan



March 04, 2010

Maktab ooo maktab...

Salam 'alaykum

Lama suda rasanya jari-jemari tak menari dengan riangnya atas keyboard ni...dek kerana tuannya mengalami kesibukan tahap dewa dalam 2 minggu kebelakangan ni. Apa tidaknya, ade 3-4 esaimen kena buat, baru settle satu, itu pun terkial2 nak siapkan. Nak buat portfolio, berlambak2 tuk 5 subjek..mengarut je MQA ni. Tambah pulak lain2 keje, untuk persatuan (buku program BIG nak guna Ahad ni), nak kena berkhidmat untuk rumah sukan lagi, then kena jadi medic team tuk kejohanan olahraga tahun ni..adeii..penat la jugak kena habiskan masa petangku dgn kepanasan macam ni, well, bila dah selalu terbiasa dgn winter, beginilah jadinya..ahakss :P

Study maktab rasanya lebih penat dari IPT lain. Mungkin sebab suasana dia. Student sini tak boleh bebas sangat, setiap aktiviti wajib kena hadir, nak lari susah, sebab at the end, akan ter"kantoi" jugak, sebab akan dapat ditangkap oleh HEP merangkap cikgu disiplin walau korang menyorok kat lubang cacing pun. Siapa2 yang nak tuang aktiviti tu, mesti kena fikir 2, 3, 4, 5 kali..huhu, sebab kehadiran akan di ambil ikut kelas (hehe..tengok, kat sini ada sistem kelas tetap macam sekolah..start dari foundation, 1 1/2 tahun + 4 tahun for degree = 5 1/2 tahun, tengok kiri, kanan, atas, bawah, depan, belakang, akan nampak muka yang sama, memang boring). Satu lagi sebab susah nak lari dari aktiviti adalah kerana jumlah studentnya yang takde la ramai sangat. Student sepenuh masa dalam 7 - 8 ratus lebih je..berbanding U, berpuluh2 ribu la kot..huhu.
Sebagai salah seorang student maktab, ana kadang2 stress, kadang2 rasa syok jugak (sebab teringat suasana masa sekolah dulu). Suasana sekolah tu masih ada lagi, macam perhimpunan pagi Isnin, ada sukan tahunan, cuti ikut cuti sekolah (dis part i like..ekeke)..., ada mentor aka cikgu kelas, ada peraturan yang ketat2 macam kat sekolah..kalau timbul masalah disiplin, akan ade sesi ceramah berupa bebelan yang akan disampaikan masa perhimpunan..(yang ni pulak, honestly i dun like..sebab bukan kita yang wat salah, tapi kena dengar jugak..huhu)
Itu saja penulisan kali ni, sekadar untuk tak nak bagi blog ana ni bersawang dengan meriahnya...hehe. Erm, sebenarnya bukan dgn niat nak mempertikai cara pengurusan maktab terutama dalam bab disiplin, (sebab ana bukan budak bermasalah yang suka membuat onar itu..ana budak baik..hehe, yang sedikit-sebanyak / kadang2 tertekan jugak dengan masalah yang dilakukan orang lain..sabo je la, one year n a half lagi before grad) bukan jugak mahu mempertikai taqdir ana ditempatkan di sini, tapi hanya kerana sebab yang simple, just suka2 untuk menulis..sebab takde idea nak tulis ape, hehe.
Kesimpulan : sabar & jangan asyik nak merungut je + syukur buat Ilahi dengan nikmat ini.
"aku mahu terbang......menjelajah dunia"...tiba je..huhu, tapi itu yang tengah dibisik2 oleh hati kecil ni :D
Erm..salam 'alaykum.