March 11, 2010

Aku Islam..tapi....


Salam 'alaykum...

Dikesempatan yang tak berapa nak sempat ni (tengah buat assignment yang kena submit esok ni..), ana nak juga menulis sedikit tentang beberapa perkara berkaitan. Kalau asyik fokus assignment je, hang juga la kepala ni nak pikir apa yang patut kena tulis, erm, nak berteori sikit, ibaratnya macam kesuburan tanah la, tanya la pekebun2 mana pun, diorang mesti akan bertukar2 jenis tanaman untuk tanah yang sama, misalnya kalau bulan ni tanam sawi, bulan depan tanam tomato pulak, next month tanam timun pulak..barulah tanah tu tak "hang" dengan benda yang sama je..hehe. macam bagus je  teori ni, boleh jadikan teori peribadi tuk PRAKTIKUM nanti..huhu..ada kaitan ke??

Erm..straight to the point. Semalam baru je abis taklimat pra praktikum untuk student2 PISMP Sem. 5..ana salah seorang darinya. Macam hari sebelumnya, hari semalam jugak ada 3 sesi yang penuh dengan panduan2, nasihat2, kata2 semangat, leteran2..yang mana semuanya membosankan untuk kebaikan dan kejayaan guru2 pelatih pada PRAKTIKUM yang bakal dijalankan. Dari ketiga2 sesi tu, ada satu perkara yang sama yang ditegur sampai sakit telinga dibuatnya sebab cakap benda yang sama je.. 
 
Benda ni bukan benda yang baru, sebab semua orang yang dah baligh dan berakal pun dah tahu, ia merupakan nasihat yang selalu diberi, dari dulu sampai la sekarang ni. Lagi2 kalau kita ni Islam, al-Quran ada menyatakan tentang perkara ni dalam satu surah yang khusus untuk panduan mereka bergelar muslim kalau nak untung tapi tak nak rugi dalam hidup.

Tentang apa ya?? Rasanya antum semua dah boleh agak ianya berkenaan dengan apa. Sape2 nak tau angkat berat tangan..haha..erm, ok la, jawapan dia ialah, berkenaan dengan masa, pengurusan masa, time management. Bayangkan, dari ketiga2 sesi taklimat tu, semua penceramah berkata dan berleter tentang masa, ye la kan, sape yang tak bengang kalau dah dalam jadual kena datang jam 8 pagi, 8.30 baru datang, suruh datang 2.30 petang, 2.45 baru jejak kaki..kalau ana jadi penceramah pun, ana akan rasa kebengangan dan ketidakpuasan hati tu. Penantian satu penyiksaan.


Ana tak cakap la diri ana yang terbaik sebab ana pun kadang2 terlambat jugak, tapi lambat tu kerana bersebab yang memang munasabah, kalau yang tak munasabah pun, itu kerana bukan sengaja dilakuin..huhu. Kadang2 ana sendiri pelik dengan perangai manusia2 sekeliling yang ana kenali ni, sebab seolah2 masa tu tak penting sangat untuk mereka2 ni. Bukan  sebab ada benda penting pun yang nak kena buat, tapi saja2 buat lambat, tak pikir langsung tentang perasaan orang lain, macam lecturer, kawan2 yang datang awal dan sebagainya. 

Sepatutnya kita ni kenalah bertimbang rasa, jangan buat dunia ini seolah2 diri sendiri yang punya. Kalau dah ada urusan yang melibatkan orang lain, seperti hadir kelas, taklimat dan sebagainya, kenalah pikirkan bahawa "dunia ni milik bersama". Nak lambat jugak, buat dunia lain, duduk sorang2 dalam tu, senang hidup....tak terikat dengan apa2 benda pun. Nak lambat ke, nak buat apa2 ke..terpulang sebab masa tu tak de sape pun yang kisah. TAPI, persoalannya boleh ke nak buat dunia lain tu??? Tak boleh bukan, so...kenalah ikut rentak dunia yang sedia ada ni..huhu...bila dah mula berleter..berpage2 pulak entri ni nanti..

Ana semalam berasa malu jugak dengan dua dari tiga orang penceramah yang memberi taklimat tu, sebab dua orang tu merupakan non-muslim. Malu sebab dua orang ni takde kitab macam yang kita ada, Quran, dua orang ni takde baca ayat wal-'asr, innal insaana lafi khusr sampai akhir..tapi tetap menepati masa. Sedangkan yang mendengar taklimat tersebut semuanya muslim (2 orang je chinese). Tapi tentang masa..ramai yang fail termasuk ana lambat 2-3 minit (kerana bersebab ok..)

Malu bukan? Erm, tapi ana tak tahu lah buat mereka yang berhati kering tu, yang memang dah dicop sebagai muka lambat. Kenapa la susah sangat nak berubah? Satu sebab yang ana dapat ialah kerana menjadikan benda yang tak elok ni sebagai satu habit. Bila dah selalu buat, jadi habit, susah la nak diubah...sampaikan takkan timbul langsung rasa bersalah dan malu dengan orang lain..ada jugak yang boleh kata "ala..relax la...", adeii..relax?? takde perasaan ke korang ni huh?? 

Teringat kata2 Dr Chow Fook Meng, "there's no second chance for a first impression". So, dalam kerja apa pun, buatlah sehabis baik, macam ana yang bakal menjalani praktikum nanti, 1st day datang sekolah, harapnya jangan lambat..sebab 1st impression tu penting untuk membuka langkah seterusnya. Dia jugak ada cakap, "guru cemerlang bagi saya bukanlah yang paling banyak ilmu, tapi kerana sikapnya..terhadap masa, kerja, tanggungjawab, warga sekolah dan lain2...". 

Dia bagi contoh tentang sikap orang Jepun yang betul2 mengambil berat tentang masa..kenapa orang Jepun sinonim dengan masa, bukan orang Islam?? Semalam ana dapat jawapan, dari Dr. Chow ni jugak , dia cakap, di Jepun kalau ada sape2 yang lambat menghadiri sesuatu event, diorang akan disuruh untuk mintak maaf kepada orang yang telah hadir dengan cara tunduk kepala..kalau yang hadir tu 100 orang, so kena tunduk 100 kali secara berdepan dengan hadirin2 tu. Bukan je malu yang dapat, ana rasa penat jugak tu..huhu. Sebab tu la masa sangat dijaga kat sana..ooo..macam tu rupanya...baru tau..huhu

Jadinya, ana harap pada diri ana dulu, then pada orang lain jugak..terutama pada kawan2 yang dikasihi, disayangi, dicintai, jagalah masa, hargailah ia, kalau tak kita sendiri yang akan rugi, semua pun tahu tentang gesaan dari al-Quran melalui surah al-'Asr tu kan..kalau betul la kita ni muslim sejati, masa kita jangan disia2kan..sikap kita jangan didewa2kan, perasaan orang lain perlulah kita fikir2kan, kalau tak kita sendiri akan kerugian. Hati kena basah, jangan bagi dia kering, sebab kering tu la, kata2 dan nasihat yang dah berbuih2 diberi, kita amek tak kisah je. Huhu..panjang jugak entri ni. Ok la, nak sambung buat assignment pulak..erm..ade idea ke tuk assignment???huhu... 

Wallahu a'lam..wassalam..

nota kaki (chewahh..ade footnote, penangan assingment la ni..) :
- Dr Chow Fook Meng lecturer chinese yang paling dikagumi oleh sume orang kat sini, hatta pengarah IPG ni pun..dari segi masa, pergaulan, kata2..cukup sempurna..sampaikan ada lecturer ana pernah cakap, kalau dia ni Islam, rasanya timbangan amal dia lagi berat dari kami2 semua..tapi sebab dia non-muslim, kebaikan yang dilakukan dia x dikira..ana rasa kesian dekat dia..pernah ditanya "bila lagi nak masuk Islam..", jawab dia, "nanti2 la..", see..kuatnya kuasa hidayah Allah..Dia hanya akan beri pada mereka yang terpilih saja..
- al-Fatihah buat Syeikh Dr. Muhammad Sayyed Tantawi..syeikhul Azhar yang telah kembali ke rahmatullah pada hari semalam..terkejut jugak dengan pemergian beliau, banyak sangat sumbangan beliau kepada dunia Islam. Islam kehilangan lagi seorang ulama' pembimbing ummat..moga selepas ini lahir pengganti agar Islam kembali di atas.
- buat semua calon2 SPM & STAM yang mendapat result hari ni..harap antum semua mampu tersenyum dan berpuas hati dengan hasil usaha antum selama ini. Pada yang kurang berjaya, jangan fikir bahawa ini penamat hidup antum, ingatlah..intailah peluang dalam kesamaran, jangan kerana kegagalan itu, antum terus menutup cahaya untuk berada dalam kegelapan. Banyak sudah bukti yang menunjukkan bahawa kegagalan itu tak akan untuk selama2nya. Ingat Allah tempat mengadu kita..insha Allah..Dia akan membantu :)



6 comments:

Frodo Baggins said...

u can do it
good luck!


alfatihah buat arwah ~~

Amieynna Amin said...

salam..
saya selalu pegang kata2 ini..
biar kita menunggu tp jangan ditunggu..

Anonymous said...

hmm kite doa je la Allah bgi hidayah dekat Dr chow

محمد فردوس سعد said...

frodo : thnx a lot :)

amieynna :betul tu..kata2 tu sungguh bermakna walaupun ringkas..harap dapat berpegang dengan kata2 tu

anon : insha Allah..doakan yg terbaik buat dr chow

Hur Ain~ said...

salam

selalu jugak saya jnguk blog ni..

da tukar layout bru??

cantik!

محمد فردوس سعد said...

Hurain : salam..syukr0n sbb slalu visit my blog..

tentang layout ni,mcm mana leh bertukar,baca la entri terbaru di sini..hehe

thnx a lot