March 09, 2010

Educator in made..mampukah aku??


Salam 'alaykum...

Alhamdulillah..baru abis taklimat PRAKTIKUM tuk hari ni. Sambung esok lagi sehari. Overall satu taklimat yang membosankan berguna buat kami2 sume yang bakal menjejak kaki selama 4 minggu je di sekolah nanti (ayat ini ikhlas dari hati..bukan kerana terpaksa..). Tapi macam biasalah, segala macam bentuk ceramah, taklimat, seminar atau seangkatan dengannya, cukup membosankan kalau tak kena cara. 

Taklimat hari ni ade 3 sesi, dua pada sebelah pagi, dan satu lagi baru selesai tadi. Paling best, yang baru selesai tadi la, oleh En. Mohd Nor b. Chin. Cukup ringkas, padat, tepat, terperinci, boleh paham, tak bosan, sporting, mata yg nak terpejam pun celik tak berkelip2..hehe. Terbaik la rasanya. Semangat tuk buat praktikum melonjak2 naik. Kalau boleh diukur semangat tu dengan alat penimbang berat badan, nescaya akan rosaklah ia disebabkan rasa yang melonjak2 itu. 

Memang, dia pandai menarik perhatian, memberikan ransangan dan motivasi dalam satu suasana petang yang cukup memenatkan itu..dapat bantal time macam ni memang sodap.. Kalau diikutkan jadual sebenar, kena duk 2 jam kat lecture theatre tu, sebab dalam jadual, taklimat bermula dari 2.30 sampai la 4.30. 

Tapi sebab encik itu cukup memahami kami, hanya sejam, erm..tak sampai sejam, kami dah boleh keluar dengan gembiranya dan nyaman sekali..no more stress, paham pun paham, rasanya nak buat TEORI PERIBADI dan INOVASI PEDAGOGI time praktikum nanti macam xde masalah je..haha. Syukr0n padamu encik, syukur juga pada Tuhan yang memberikan kefahaman kepadaku.

Kata2 dia cukup memberikan semangat, macam berada dalam ceramah kempen pilihanraya je.  

"Cikgu2 semua kena la buat suatu yang baru..inovasi pada benda2 yang ada..yang mampu memberikan satu nilai tambah buat diri murid cikgu nanti..tak mampu ubah banyak pun takpe, sekurang2nya kalau yang tak pandai membaca tu, dapat mengeja pun sudah memadai"

Lebih kurang macam ni la ayat dia..ade sikit2 penambahan dari ana..hehe Erm, cuba baca ayat tu dengan nada penuh semangat, ala ibarat antum nak lawan debate time sekolah dulu. For sure, antum akan dapat rasa semangat berkobar2 tu nanti..kalau xde jugak semangat tu..buat2 je la macam ada..huhu

Cakapnya pasal INOVASI PEDAGOGI dan TEORI PERIBADI, suatu yang macam hebat je kan. Memang mula2 ana rasa macam susah je benda ni, ye la kan, nak kena buat teori, nak buat inovasi dalam pedagogi..dengar macam kena wat research berrak2 buku (bukan berak..word itu sangat tidak senonoh dalam blog sesuci ini..hehe). Benda pertama yang ana pikir, erm..kena wat macam teori Maslow tu ke, teori behaviourisme ke, teori Darwin, teori Fishman, Labov, Bloom dan sebagainya..Sedangkan itu sangatlah susah..tak mampu rasanya. 

Tapi seperti yang ana dah kata tadi, bila dah dengar taklimat dari encik tu, tambah pulak dengan gaya penyampaian yg cukup bersahaja, lawakpun ada, ringkas dan padat, buat kami paham dengan tugasan ini. Konklusinya, tak la susah mana pun..biasa2 je..sesuai la dengan peringkat budak ensem yang nak buat degree.

Itulah kan, kena gaya, kena cara..mudah sangat nak faham satu2 benda. Macam sesi pagi tadi, berkenaan cara2 nak buat refleksi bersifat kritik dan juga jurnal refleksi tuk praktikum nanti, ana masih samar2 lagi. Kadang2 macam paham, kadang2 macam tak paham. Bukan salah pemberi taklimat itu yang sememangnya  tak berkaliber dalam memahamkan ana, tapi mungkin sebab kekurangan diri ana sendiri yang masih lambat untuk memahaminya.

Apapun, benda ni xde masalah sangat, susah macam mana pun, last2 nanti konfem akan siap dengan sempurnanya..hasil perbincangan dgn pensyarah dan guru pembimbing dan jugak tiru kawan2 yang lain. Cuma yang ana risaukan sekarang adalah kesibukan dan kebizian dalam 4 minggu akan datang (start 22/3 -16/4) mungkin waktu tidur terpaksa dikurangkan..oh tidakkkk!!! Bergelumang la lepas ni dengan perkara2 berikut :

+lesson plan yang nak kena buat tiap2 hari..seminggu 8-12 waktu..huhu+
+buku2 teks+
+sukatan pelajaran+
+huraian sukatan+
+portfolio praktikum lagi+
+refleksi tiap2 kali abis p&p+
+jurnal refleksi+
+nak pikir teori n inovasi pedagogi yang macam senang je buat masa sekarang+
+bahan bantu mengajar macam2+

 harap bila habis praktikum nnt..diriku tetap cool,macho,ensem..tak mau jadi macam ni...

Adeii...adakah aku mampu?? Harap2 Tuhan mudahkan segala urusan. Rabbi yassir wa la tu'assir...


6 comments:

Zephyr said...

have faith in yourself insyallah boleh :)

feth said...

uit... bukan shari la 8-12 wktu tu... sminggu... nk mmpos ke shari 12 wktu??? huhu..

Frodo Baggins said...

owh ... bakal cikgu cikgi rupanya. jd pendidik x mudah rasanya. wa pown penah jadik murid yg gila ... wa paham ... ekekekekke


good luck


>>____<<

~rahsia hati aina mardiyyah.... said...

~slmt mnjalani praktikum,smoga smuanyer brjln lancar~

محمد فردوس سعد said...

zephyr : syukr0n..akan usaha sebaik mungkin =)

feth : oo..ye ke??dah tukar..typing error la..huhu

frodo : owh..budak nakal ini masalah bagiku..dan sume cikgu2..

aina : syukr0n dgn kata2 semangat tu..inshaAllah, yang terbaik dariku.. :)

小美冰淇淋Paul said...

徵信社,徵信,徵信,徵信社,外遇,尋人,徵信公司,徵信,抓姦,徵信,徵信社,徵信,抓姦,抓姦,外遇,尋人,徵信公司,徵信,徵信,徵信社,徵信社,徵信,徵信社,徵信,外遇,尋人,徵信公司,徵信社,抓姦,徵信,外遇,徵信社,,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信,徵信社,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,外遇,尋人,徵信公司,徵信,徵信社,徵信社,徵信,錄音,背叛,商標,商標,GPS,離婚