March 14, 2010

Keistimewaan Blogger In Draft..


Salam 'alaykum...

Suatu yang tiba2..secara tak sengaja..macam mimpi je..berubah seratus peratus!!! Itu yang dapat ana katakan tentang perubahan yang berlaku pada LAYOUT blog ni. Sape2 yang sebelum ni pernah lawat blog ana, mesti perasan yang LAYOUT blog ana berubah lagi. Berubah buat kali yang keberapa entah, ana pun tak ingat. Itulah, hati ni sokmo2 nak perubahan..mudah sangat jemu dengan satu2 benda yang dah lama, harapnya jangan la bila kawin nanti, perasaan ni datang selalu..bahaya..nanti diriku merana..huhu.

Ok, apa yang ana nak beritahu kat sini, macam mana layout blog ni berubah lagi dengan tak sengaja. Nak tanya antum yang menjadi blogger2 tegar, antum sume guna tak bloggerindraft (BID)?? Kalau antum guna yang ni, konfem sangat antum dah tahu apakah itu BID. Bagi sape2 yang tak guna BID, apa yang dapat ana katakan, try la guna BID ni, best!!!


Erm, kenapa pulak BID best? Entahlah, bagi ana, bila dah best, ana cakap la best..hahaha. Biar ana beritahu apakah itu BID. Definisi BID yang ori adalah :

"Blogger in draft is a special version of Blogger where we try out new features before we release them to everyone"

Antum sume mesti paham kan dengan definisi BID yang diberi diatas. So, x payah la ana nak translate lagi..lagipun SPM, BI ana dapat __ je...huhu.

Jadinya, sape2 yang guna BID ni, dia akan terkehadapan sikit la kalau ada benda baru yang baru direleasekan dari blogger. Ana salah seorang darinya..hehe..dengan bangganya dia berkata..padahal macam la orang lain tak tahu pasal benda ni.   

Sebelum ni, BID ada buat benda baru nama dia "PAGES", apakah dia pages itu? Adakah  ianya merupakan muka surat yang macam kat buku, majalah atau lain2 tu?? Erm..lebih kurang macam tu la. Nak tahu lebih, try google sendiri, lagipun ana sendiri tak berapa paham tentang kegunaan benda ni. Sekali tengok, macam tab menu je yang selalu dan banyak kali disentuh serta diajar oleh bro nescafe ais. Erm, out of topic jap, ana nak cakap, makin cantik la blog bro nescafe ais ni, jeles tul suka tang tab menu tu..hihi.


Kali ni pulak, BID ada buat 1 lagi benda baru, dan dengan benda baru ni, layout ana bertukar dgn tak sengaja. Nama dia "TEMPLATE DESIGNER". Sape2 yang guna BID, benda ni boleh dapat bila dia login > dashboard > layout > template designer.


Dengan template designer ni, antum boleh design sendiri layout..mengikut selera masing2. Tapi kena ingat, sebelum wat design tu, save la dulu template lama antum..mana la tau design yang antum wat tu tak menjadi, tak lawa..langsung menyesal tak sudah.


BID dengan Template Designer ni ada beberapa keistimewaan :
  • template2 baru yang menarik dan boleh diedit. 4 jenis bahagian template - simple, picture window, awesome inc, watermark.
  • adanya 1, 2, 3 kolum dan setiap kolum yang dipilih boleh diadjust dia punya lebar dengan cara yang amat mudah.
 
  • terdapat banyak imej background dan pattern yang menarik yang boleh dipilih.

Banyak lagi benda2 menarik yang boleh antum explore sendiri dengan template designer ni. Masa antum design ni pun, antum boleh guna live preview untuk tengok perubahan yang berlaku. Bila dah puas hati dengan perubahan tu, boleh la antum click button "apply to blog". 

Nak nasihat lagi sekali, kali ni guna ayat BID sendiri :

"You can backup your existing template ahead of time by going to Layout > Edit HTML. We recommend this if you have a customized blog design that you might want to go back to"

Ok..macam tu la ceritanya kenapa template / layout blog ni bertukar lagi. Kalau nak tau dengan lebih lanjut berkenaan perkara2 lain dan juga tips2 untuk menggunakan "template designer" ni, bolehlah antum layari BLOGGER IN DRAFT ini. 

Itu saja perkongsian ana kali ni. Entri ni tulis hari Jumaat, tapi sebab tak sempat nak abiskan sebab kul 9 malam naik bas balik Pahang, kenalah tangguh kejap. Hari ni baru leh publish. Ingat nak siapkan hari semalam, tapi semalam penat sangat sebab semalam is my big bro's wedding day. Tahniah!!! Moga kekal hingga akhir hayat. Teringat nasyid Maher Zain :

"برك الله لكما وبرك عليكما وجمع بينكما في الخير"




8 comments:

shafiq08 said...

thanks for the info.. =)


http://belogbagus.blogspot.com/

Hami Asraff said...

Salam sahabat. Baru baca. Ni baru explore benda alah ni. Apa pun tengkiu la noh! :)

pawaka19 said...

baru perasan pasal templete ni..menarik blogspot skarang ni..

zikeryhassan said...

salam ziarah.

blogspot semakin hebat nampak nye. hehe

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
syukran yer atas perk0ngsian..
ana pun baru tahu pasal BID ni..huhu..nanti ley try2 teng0k

BeaN MorENo said...

sesuatu yang baru dan patut dicuba

Amirah Rashid said...

thanks for the info
sy baru tau psl ni kott
heee
and baru guna td
best2 :)

محمد فردوس سعد said...

shafiq08 : u r welkam

hami : try la..tp jgn lupa save template dulu :)

pawaka19 : hehe..blogspot makin best..

zikeryhassan :blogspot nk lawan wordpress..tu yg mcm2 bnda baru dia wat..

Azrai Ahmad Zamri : cuba la..anda pasti x menyesal..hehehe

Bean Moreno : yup..mari cuba..mari cuba.. =)

Amirah Rashid : ha..betul kan apa yang ana cakap..