March 28, 2010

Redha dalam KetentuanMu


Salam 'alaykum buat semua teman2..

Apa la yg nak ditulis..no more idea. Fikiran kusut memikirkan tentang kerja2 yang bertimbun...yang tertangguh pun ada. Sakit hati dengan diri sendiri sebab tak pandai nak urus masa dengan baik.  Pastu jeles ngan orang lain yang dah senang-lenang sebab keje dorg dah siap..perasaan yang tak patut ada dalam diri..huhu. Semakin hari, cabaran yang datang semakin membebankan walaupun kadang2 ada la jugak satu dua perkara yang menggembirakan hati dan perasaan ni..alhamdulillah..

Sekarang tengah busy dengan praktikum..dah pergi sekolah pun. Macam tak percaya je yang diri ni dah berpraktikum..mengajar budak2. Kalau flashback semula 5 tahun lepas, tahun 2006, lebih tepat Mac 2006..memang masa tu tak berniat langsung satu hari nanti akan menjadi cikgu. Mac 2006, result SPM keluar..dan ana bersyukur dengan result yang ana dapat hasil usaha ana tu. Result tu cambes je untuk ana apply masuk "U" tapi perasaan yg macam tu nak tak nak je ada dalam diri, tak tau la kenapa.

Lagipun lepas SPM je, ana sambung form 6 - STAM setahun. Kiranya masa result tu keluar, ana tgh study STAM la. Bila tengok ramai yang isi UPU, baru la ana tergedik2 nak isi. Tapi masa isi tu, bukan dengan perasaan pun..saja2 isi, nak ikut kawan. So, buat sambil lewa je la...bila tarikh tutup dah nak tertutup..baru terkial2 nak isi, nak wat pilihan, nak pi pejabat pos, nak pos borang UPU tu. Bayangkan la, hari last baru nak post borang..dalam hati memang cakap 'takde chance la nak masuk u ni'..

Lepas tu, bila dah jadi macam tu, ana biar je la..hantar tetap hantar..dapat ke tak, itu belakang kira. At the same time, arwah mak suh isi pulak borang maktab. Dalam hati cakap..adeii, nak suruh masuk maktab ke? Ingat nak amek STAM ni je. Tapi demi menjadi anak soleh dan taat pada ibu, ana ikutkan je. Beli no pin kat BSN. Pastu isi borang maktab secara atas talian.

Hari result UPU keluar, lau tak silap Mei / Jun : ramai kawan2 try cek result masing2, guna sms..time tu zaman dah mula maju..haha..ana pun nak try cek jugak la. Keputusan?? Haha..macam yang diduga..anda tidak berjaya. Erm..it's ok..ade aku kesahh????huhu...walaupun ada la jugak rasa sedih bila tgk orang lain dapat masuk U. 

So ana pun terus dgn STAM je. Result maktab macam mana pulak? Erm..result mktb ni lambat sikit keluar. Ana biarkan dulu. Tumpu kat STAM je. Lagipun time tu tengah sibuk dengan exam..gerak gempur STAM la, ujian syafawi la...macam2 la. 

Lama sikit lepas tu, ana dapat tahu yang result maktab dah keluar. Try la cek...keputusannya?? Huhu..gagal jugak..then baru teringat yang masa interview dulu..ana tak jawab habis soalan INSAK (inventori keguruan - 135 soalan objektif kalau tak silap), sebab masa tak cukup. Mungkin sebab tu ana gagal masuk maktab. 

Kecewa memang kecewa, tapi nak buat macam mana, dah bukan rezeki. Ana terima je. STAM pun STAM la. Abis tu macam mana boleh ade kat maktab sekarang?? Haa..ini memang ana tak sangka sangat2. Lepas je result maktab keluar, dan ana gagal tuk masuk maktab, abang ana senyap2 isi borang rayuan untuk ambilan kedua ke maktab. Untuk kesekian kalinya, ana berjaya..walaupun second intake, bunyi lebih kurang macam "second hand" je..huhu. Tapi, itulah nasib..qada' dan qadar tuhan. 

Hati memang berbelah bahgi antara STAM dan maktab. Kalau amek STAM, peluang nak boleh pi oversea tu luas la ckit..sambung study kt Mesir ke, Jordan ke..sebab itu memang impian ana dari kecik lagi..nak pi negeri orang tuk belajar..sambil2 tu boleh jalan2..teringin nak main salji..nak merasa 4 musim, memang jakun..huhu. Tapi, satu je masalahnye, arwah mak time tu berat sikit nak lepas anak dia pi jauh2.

Untuk maktab pulak, sokongan penuh dari arwah mak, lagipun time belajar nnt xde masalah duit sebab ada elaun, keje pulak dah terjamin. Huhu...bila fikir2 semula, memang betul apa yang dikata tu..tapi macam mana dengan impian? Akhirnya, ana amek keputusan yang amat berat untuk dibuat, dengan meninggalkan STAM..walaupun masa tu hanya tinggal 3 bulan je lagi untuk exam.

Impian? Erm..terpaksa ditangguhkan..ana pikir, takpe la, nanti2 kalau ade rezeki, benda tu takkan ke mana. Mana tau lepas abis study ni, ada rezeki sambung belajar ke, duit dah bnyk ke..boleh la jalan2 kt sana pulak...memang ana cuba untuk sedapkan hati dengan pikir macam ni dulu. Walaupun kadang2 keinginan hati membuak2, bila tgk gambar kawan2 lama n baru kat negara orang..macam best je..huhu. Bila nak dekat raya pulak, ana suka tengok kat paper bahagian "salam perantau"...tak tau kenapa..tapi benda tu lagi menguatkan azam ana untuk memenuhi impian yang tak terlaksana lagi ni.
Macam tu la ceritanya. skrg dah hampir 4 tahun kat maktab ni..tinggal setahun setengah je lagi nak grad. Dalam masa ni, banyak suka-duka yang berlaku, paling sedih...kehilangan mak tercinta. Ana masuk maktab ni pun sebab arwah mak..tapi sekarang dia dah takde, dia tak sempat nak tengok ana grad..huhu..sedihnya.

Walaupun sedih tak dapat nak penuhi impian sendiri pi oversea, sekurang2nya ana dapat penuhi keinginan arwah mak tuk ana masuk maktab ni. Walaupun masuk maktab bukan dengan kerelaan sendiri, tapi ana cuba jugak untuk betulkan niat tu. Dan sekarang sedikit demi sedikit jiwa cikgu tu wujud dalam diri. Ana cuba untuk menjadi sebaik yang mungkin walaupun kadang2 hampir jugak berputus asa. Tapi alhamdulillah..ana mampu untuk sampai ke tahap ini.

Kisah ana yang tak menarik sangat pun..tapi ana nak tulis jugak..huhu. Dan sekarang, dah seminggu menjalani praktikum, memang penuh dengan ilmu2 baru yang ana dapat. Stress dengan perangai budak yang macam2..tapi bila pikir semula bahawa izzahnya tugas guru seolah2 menyamai seorang rasul...ana tenangkan semula hati yang resah-gelisah ni dengan istighfar banyak2. Alhamdulillah...menjadi tenang setenang-tenangnya.

Apapun..ini semua sudah ditentukan Tuhan..ana cuba redha dengan segala apa yang telah ditentukanNya. Cuma satu yang ana pinta dariMu ya Tuhan...mudahkanlah urusan dan rencanaku dalam redhaMu. 



10 comments:

Amirah Rashid said...

salam. kerja sbgai cikgu mmg byk pahala. sbb mendidik anak bangsa kita. sbb kite yg membentuk diri budak2 tu. so, semoga menjadi guru yg cemerlang and berjaya. amiin :)

yusuf mujahidin ™ said...

salam

minat jugk nk jd cikgu..hehe

محمد فردوس سعد said...

amirah rashid : syukron..saya akan ingat nasihat awak tu.. =)

yusuf mujahidin :hehe..minat ke?erm..apply la KPLI..hikhikhik..erm..xpun..meh sini tolong ana wat lesson plan..pening ni..

~rahsia hati aina mardiyyah.... said...

slm..
aina pn xsiap soalan masa interview mktb 2 dlm 20 soalan lg...n bt interview main2 sbb mmg xnk masuk mktb...tp mmg Allah dh tentukan yg terbaik utk kte...upenyer dpt juge twrn wlaupun p interview main2 n xbrsedia lngsung....=)

Azuan said...

berjalan maybe kat oversea..belajar tue mungkin susaah kot huhuu...

محمد فردوس سعد said...

aina : owh,ye ke?haha..dah taqdir tuhan tetapkan jd mcm ni..ade hikmah la kot kan..mcm boleh kenal ni..kira hikmah dari Dia la.. :)

erm..aina up ckit la dr sy..sbb dpt 1st intake..mcm saya..2nd intake..lebih kurang mcm yg saya kata tu la..2nd intake ni mcm second hand je..huhu

محمد فردوس سعد said...

Azuan : haha..tul tu..ana sokong sgt2..bia study dulu..pastu keje..kumpul duit..baru la jalan2..wahh...terkesima + teruja ngan planning mcm ni..moga2 pnjg umur..murah rezeki :)

I*K*T*I*R*A*F said...

salam singgah. :)

jalan-jalan terjumpa blog ni.tersentuh baca entri saudara,kita dlm bidang yg sama! dl x minat pun education,tp parents bg advice,terima je la.dan dah mula jatuh cinta dgn bidang ni.

semoga berjaya ya? :D

محمد فردوس سعد said...

to I*K*T*I*R*A*F : syukron ziarah sini..erm..tu la,mula2 mmg mcm trpaksa..tapi skrg dh mula biasa ngan benda2 mcm ni..moga Allah tetapkan hati tuk sntiasa ikhlas dlm mndidik anak bangsa.. :)

student said...

salam...
smga enta dn sahabat sekalian dirahmati Allah..

ek eh,klau tak dpt msuk maktab blh buat rayuan ek?
sama ja kot klau 1st intake n 2nd intake.janji nawaitu kita.

*doakan ana dapat masuk maktab ye.mcm ssah je nk msuk maktab,bnyk persaingan.harap2 dpt..

semoga berjaya!