March 21, 2010

Takziah


Salam Takziah buat sahabat seperjuangan
Mohd Asyran bin Mohd Nasir
atas pemergian ayahanda tercinta yang menyahut seruan Ilahi pada pagi semalam (20/3/2010)

Sesungguhnya, ana dapat merasai kesedihan itu sebab ana pun dah pernah melaluinya, kehilangan bonda tercinta di saat mereka ini masih diperlukan.
Sakitnya untuk menerima kenyataan bahawa insan tersayang pergi selama-lamanya meninggalkan kita
Sedih memang sedih, tapi siapa kita untuk melawan taqdir Ilahi, yang sudah ditetapkan sejak azali di Luh Mahfuz sana
Sukar mempercayainya, tetapi itulah kenyataan.."kullu nafsin zaaiqatul maut"

Sedangkan diri masih memerlukan panduan, nasihat, kata-kata semangat untuk melalui kehidupan, dikau pergi menghadap Ilahi
Memang diri selalu tertanya-tanya, mampukah ku teruskan hidup ini hanya berbekalkan nasihatmu sebelum ini, yang pastinya, disepanjang perjalanan hidupku ini akan disulami keinginan nafsu dan godaan duniawi yang melalaikan diri
Ya Allah, ujian ini memang berat, terlalu berat, amat berat untuk selemah-lemah hamba ini menerima dan mempercayainya
Tetapi..Alhamdulillah, ku syukuri nikmat Islam dan iman ini, kerana dengannya di dalam diri, yang percaya bahawa Kau Tuhan pemilik segala jiwa..ku pasrah dan redha dengan segala ketentuanMu itu
Dan untuk kesekian kalinya, ku yakin dan percaya bahawa Engkau Ya Tuhan, masih bersamaku, kerana Kaulah ar-Rahman...Kau lah ar-Rahim

Buat "Sere"...
Lepas ni, tanggungjawab lebih banyak tersandar di bahu enta..
Adik-adik dibawahmu memerlukan bimbingan untuk kejayaan dunia dan yang paling penting, akhirat sana
Kita doakan sama-sama kebahagiaan insan-insan tersayang yang telah pergi ini
Mudah-mudahan mereka tenang di sisi Ilahi...dihujani jutaan limpah kerahmatan dalam meniti permulaan alam baru di sana
La tahzan..innallaha ma'ana

اللهم اغفرلهم وارحمهم وعافهم واعف عنهم برحمتك يا ارحم الرحمين




3 comments:

yusuf mujahidin ™ said...

salam

inalillah..
takziah

Amirah Rashid said...

innalillahiwainnailaihirajiun..
salam takziah
semoga roh beliau ditempatkan di klgn org2 yg beriman.
amiin

محمد فردوس سعد said...

yusuf & amirah : sama2 la kita doakan kebaikan pada mereka yg telah pergi