April 25, 2010

Dewasa dan Tanggungjawab


Bila rasa gembira tepuk tangan,
Bila rasa gembira tepuk tangan,
Bila rasa gembira beginilah caranya, 
Bila rasa gembira tepuk tangan...

Salam'alaykum..

Teringat pulak lagu ni. Selalu menyanyi time muda2 dulu *sekarang pun muda lagi :P*. Erm, bila duk sorang2 termenungkan masa depan, terpikir jugak, dah lama jugak aku hidup. Padahal rasa macam baru semalam je jadi budak2, duk asyik main2, nyanyi2, lompat2, semuanye menggembirakan, kepala otak ligat duk pikir tentang main, main dan main. Xde yang lain selain yang itu.

Apapun..memang betul la dengan kata2 ramai yang dah consider bahawa the childhood is the most happiest time for everyone. Yes, of course, I agree with this statement. Susah rasanya nak jumpe orang yang mengatakan bahawa period yg paling hepi in his/her life ialah masa dia muda remaja, tak pun masa tua. Setuju? Sape yg tak setuju, nnt bg komen ye..hehe

Ana sendiri akan tersenyum sorang2 bila dah melihat gambar2 masa kecik dulu. Walaupun masa tu kita tak tau apa pun tujuan sesuatu benda yang dibuat..tapi kenangan manis sentiasa akan ada bila dah jadi kanak2. Lain sangat kalau kita dah besar ni. Mungkin sebab waktu ni, pemikiran dah mula matang, dah mula ada hati dan perasaan.

Bukan nak kata kanak2 xde perasaan, cumanya perasaan yang ada time tu berbeda *berbeda disitu..kehkehkeh* dengan perasaan waktu dewasa. Kalau rasa nak nangis, just nangis je, nak gelak ke, lari ke or whatever they want, memang takde halangan ape pun. Perasaan malu ke, ape ke, memang x difikirkan lagi. Yang penting kehendak itu perlu terlaksana, the mission must be completed, walau apa cara pun, lau x caye, cuba la tengok sape2 yang masih kanak2 *dah nk suruh jadik budak2 smula x boleh kan....so, just tgk apa yang ade kt sekeliling je lah :)*...dorg akan wat punye ape yang dorg nak.

Tanggungjawab pulak mmg xde lagi, suruh belajar, mesti nak main, suruh main mesti la nak main, haha, xbagi main pun, mesti akan ada cara lain dorg pikir tuk main jugak. Itulah, jiwa kanak2. Ana rasa kalau la manusia ni xde perasaan mengantuk, rasanya 24 jam main pun xde hal punya lah, yang penting hati mesti hepi selalu. Oh..miss this moment so much...*jiwang sekejap*...

Erm..tak tau la kenapa tiba2 nak cerita pasal ni. Ana rasa benda ni wujud tiba2 dalam kepala, so tulis je la. Yang pastinya, zaman tu dah jadi kenangan, ana kena masuk dalam realiti bahawa semalam yang berlalu menjadi kenangan untuk selamanya, apa yang berlaku hari ni pastinya perlu diterima sebagai kenyataan yang ditetapkan dan esok jika ada, akan menjadi harapan yang mendebarkan untuk dicapai..*jiwang lagik..tak tau la knp petang ni mood bertukar sebegitu..*

Umur dah makin meningkat dari hari ke hari. Tanggungjawab pulak sentiasa setiap saat tergalas di bahu yang lemah ni. Nak tak nak..perlaksanaannya perlu. Kalau tak, ia akan dipersoal kelak..itulah masalahnya bila dan mampu berfikir. Hari2 fikir dan muhasabah diri..apa yang aku buat hari ni? 

Kalau ada yang baik, memang hati bergumbira..tapi kalau ada jugak benda yang x elok dilakukan, ya Allah..resahnya jiwa dan perasaan, ternoda jugak dengan titik2 hitam yang mengotorkan hati. Tanggungjawab, kalau terlaksana dengan baik, inshaAllah, hati kita akan senang. Tapi untuk menjadikan tanggungjawab tu terlaksana, amat terseksa wooo.

Sebab itulah ana lagi suka zaman masih budak2. Taklif masih takde. Bebas sebebas2nya.  Tapi nak wat gane, dah idup atas bumi Allah, kena la ikut aturan yang ditetapkan. Nak menjadi budak2 selalu, tak boleh r bro. Nanti naik meluat pulak orang tengok bila dah besar masih perangai budak2.

Dah la, cukup takat tu dulu ana cerita, walaupun kadang2 melalut dan mengarut sampai ke afrika...hahaha. Erm..ok la, wassalam.

April 18, 2010

bila jiwa mula bersatu..hati mula merindu :)


Assalamu'alaykum...

Kalam terindah dariku buat semua.

Apo kono eh jang..huhu. erm, ntah..jang okeh je pun. Cuma masih mengumpul smula sisa2 kegigihan dan kerajinan untuk aktif berblog...haha. 

Sebulan berpraktikum, sibuk sgt2..tak sempat nak update blog. Lau ade masa time cuti pun, ade keje nak kena wat..of kos la keje yg ade kaitan ngan praktikum..tapi ade jugak keje2 yg xde kaitan ngan praktikum mcm kursus kepegawaian KOAM, keje2 sambilan lain mcm berangan2, rehatkan bdn..tido, tido n tido..hahahaha.

Then, bila dah "busy", blog x diupdate, so pengunjung pun berkurangan..ye la kan, lau dah xde benda baru yang nak diceritakan..sape la yg nak dtg tgk. Tapi harapnye lepas ni, akan ada semula yg nak membaca isi blog ni. Tak nak la syok sendiri je bila menaip..tapi xde org yg nak baca :(

Ok, straight to the point..tentang tajuk..tajuk atas ni macam apa antum rasa? Adakah ana bercintan-cintun ngan seseorang? Adakah hati ana sudah terpaut pada si dia? Adakah ana bersatu ngan pontianak macam lirik lagu pulangkan tu.."bila bunyi bersatu..kau milikku..."haha..

Oklah..xde ape2 rasanya ngan title tu..cumanya ia ade kaitan ngan pengalaman ana sebulan lepas...very2 nice experience..i like..very2 like..so muchhhhhhhhhh...haha (lupakan tntang grammar ye). 

Kalau dulu2..ana yg jadi anak murid..sekarang ana sendiri yg ada anak murid. Macam x percaya je. Rasanya baru semalam duduk kat bangku skul. 

At first, rasa berat sangat nak wat praktikum. Hari2 nak kena pikir tuk esok..ape yg nak kena buat start dari lesson note, bbm, strategi nk guna dlm kelas..macam2 la. Memang itu satu perkara yang amat menyeksakan tuk diri ana yg serba malas ni tapi xde la malas mcm certain2 orang tuh, keje assignment berkumpulan, tapi skadar tumpang nama...ade ke patot??? :P 

Tapi itu pada permulaannya..memang, time nak bangun pagi, pastu terfikir pulak kena pergi sekolah hari ni, nak usung buku itu, buku ini, bbm yg macam2..penat woo..sakit2 belakang ni pun x hilang lagi. Rasa macam malas je nak bangun, tapi sebab dah itu tanggungjawab..terpaksa la tunaikan jugak. 

Masam je muka nak pi sekolah..start dari turun tangga hostel ke parking kete, pastu dalam kete pun diam je. Memang takde mood nak berkata2 ngan member. Lagi pulak lau lesson note tak siap. Mati la nak ajar ape kat budak2 ni. Itu belum lagi bila dengar ade lecturer or guru pembimbing nak datang observe..memang lagi kecut perut la. 

Tapi kadang2 ada jugak la gelak sorang2, bila dengar celoteh deejay radio pagi2..tapi x lama pastu muncung balik..haha..nak bayangkan punya malasnye nak pi sekolah.

Macam tu la ceritanya masa mula2 praktikum..ana tak tau la orang lain macam mana. Tapi itu diri ana..sejujurnya memang macam tu. 

Tapi bila dah masuk minggu 2 sampai yang last, hati mula berubah, jiwa mula berpadu dan bersatu, jiwa cikgu tu dah mula berputik..chewahh. Ini perasaan yang tiba2 muncul dalam diri ana..bukan sebab nak jiwang2..tak main la ana nak jiwang ni..huhu.


Walaupun rasa malas nak pi skul time bangun pagi tu memang masih wujud, tapi rasa tu akan hilang bila ana jejak kaki ke sekolah tu, bila tengok wajah mulus anak2 murid..gelak tawa dorg dengan kawan2..bermain bersama2..takde langsung tanda2 banyak masalah kt muka masing2. Stress  ana ngan keje2 pun hilang. Selalu ana monolog dalam diri.."bestnye jadi budak2..tak perlu nak pikir tanggungjawab yg berat2..."

Itulah kan, bila jiwa mula bersatu, hati akan mulai merindu. Ya, jiwaku dengan murid2 sudah menampakkan putik2 mekarnya penyatuan, tapi time2 dah mula bersatu ni la, terpaksa berpisah dengan mereka. 


Sedih sangat2. Hari terakhir masa bagi hadiah kat anak2 murid sebagai kenangan, ana bagi la jugak ucapan dan nasihat sikit2...jujur ana katakan..hati kat dalam ni sebak semacam je..tapi mujur dapat cover. Sedih bila tengok ada yang menangis sebab sayu bila ana kata "ini hari last saya mengajar kamu".


Tapi nak buat macam itu, hanya itu saja detik yang ditentukan untuk kita bersama. Ada yang cakap, "ustaz, jangan la pergi lagi..kami suka ustaz ajar kami..", ada juga yang cakap.."ustaz..kenapa tak bagitau yang ustaz dah nak pergi? kami nak bagi hadiah kat ustaz..". Huhu..budak2 ni, walaupun kadang2 dalam kelas nakal, tapi masih punya perasaan sayang dengan cikgu2 dorg..sedih sangat2 time tu. Mau je ana nangis, tapi still kena cover macho.


Takpelah..kamu semua nanti janji dengan ustaz..belajar rajin2..jangan malas2 tau. Kalau ada kesempatan, kita berjumpa lagi. 

Ustaz rindu dengan kamu semua..Kamul semualah pengalaman pertama ustaz dan pastinya, ustaz takkan lupakannya. Tiap2 kali ustaz tengok gambar kita bersama, ustaz pasti senyum sorang2..terbayang2 karenah masing2 dalam kelas....

"Bila jiwa mula bersatu..hati mula merindu.."

p/s : suka ngan lirik lagu "memori tercipta" ni..walaupun x layan sgt..tp lirik dia memang kena dengan diri ana sekarang..

...di sini jua memori tercipta
walau seketika terjalin kasih kita
mungkin di sini kita kan terpisah
kenangan bersama tiada ku lupa
yang terpahit jua termanis
semuanya bagiku terindah
kuingati buat selama-lamanya...




April 09, 2010

Mulut orang bukan mulut tempayan...


Salam 'alaykum..

Wah..lama..tempoh paling lama sekali tak mengupdate blog nih..dah nampak sawang2 yang nak merajakan dirinya..mujur la ana sempat menghapuskannya malam ni..sakit jugak mata ni sebab tengah bersihkan..habuk masuk mata..adeii..sudah mula mengarut..haha.

Ok..tak nak buat intro panjang2..cukup sekadar menyatakan dengan alasan biasa, yang diri ni sibuk dengan kerja2 @ tanggungjawab yang perlu dilaksana dan disempurnakan.

Ana tak nak cakap tentang kesibukan tu..tapi tertarik untuk berkongsi cerita ni dengan pembaca2 semua. Ana baru terbaca cerita tentang kacang hijau ni..menarik sangat.


Mulanya di sini.....

"pohon2 tinggi dan besar rendang tu asalnya dari sebiji benih yang kecil...burung2 di langit yang kelihatan riang terbang tinggi di langit biru asalnya dari sebutir telur yang kecil, mudah untuk dipecahkan".

Fitrah menjadi makhluk bernama manusia, mempunyai mulut untuk mengatakan apa2  saja, walaupun tak berbuat apa2. 
  • Melihat orang berniaga kecilan di tepi jalanan lalu dia berkata, "setakat berniaga tepi jalan, sampai bila la ko nak jadi kaya".
  • Melihat orang berlatih sukan, dia berkata, "eleh..setakat berlatih tuk pertandingan kecik, jadi jaguh kampung je la nanti". 
  • Melihat orang yang menulis buku, dia berkata, " setakat buku2 macam ni..aku pun boleh buat".

Hakikatnya, yang ramai orang tahu bahawa dia tak pernah berbuat apa2. Lantas, dengan sewenang2nya dia bebas berkata apa2 yang ingin dia katakan. Sedangkan, kalaulah dia buat dulu perkara yang sama, pasti dia akan berfikir banyak kali sebelum berkata itu dan ini. Dia pasti akan tahu pahit jerihnya nak membina gerai di tepi jalanan itu, dugaan2 yang terpaksa dilalui semasa berdepan dengan pelanggan dan undang2.

Lagi, jika dia pernah berlatih untuk memenangi sport competition..dia akan tahu betapa pentingnya satu2 kemenangan tu..walau tarafnya sekadar jaguh kampung kerna ia tetap penting untuk membuka tapak ke arah mencapai kemenangan yang lebih besar dan hebat di masa depan. Dia tidak pernah memiliki kesungguhan sebegitu..maka bolehlah dia berkata apa2 yang disukainya.

Kalaulah dia tahu bahawa betapa sukar dan payahnya menulis buku, pasti dia tak mudah untuk memperlekeh karya2 orang lain. Sedang sebaris ayat pun tidak pernah dihasilkannya, tentulah dia boleh untuk berkata apa2 yang dimahukannya.

Apa yang mampu untuk dikatakan bahawa, orang sebegini pasti tidak akan ke mana2. Dia pasti akan kekal pada kedudukannya sejak dari permulaan hinggalah akhir hayatnya..menjadi pemerhati dan pengkritik tak bertauliah. Cakapnya pandai, hujahnya pula kadang2 bernas namun satu apapun tidak pernah terhasil oleh dirinya.

Apa yang kita perlu ingat dan ingat dan ingat bahawa satu2 benda atau perkara yang besar dan gah itu asalnya bermula dari keadaan yang kecil. Sedangkan setiap yang lahir dengan penuh kegagahan..lumrah alamnya pasti akan tidak bertahan lama. Tengok saja la, giant market yang ada kat bandar2 besar asalnya dari satu kedai yang kecil. Kebanyakan manusia2 kaya asalnya dari orang biasa. Pemimpin2 kita yang cakap itu ini asalnya hanyalah seorang rakyat biasa yang mungkin bersembang kosong dikedai kopi satu ketika dulu. 

Seekor ayam asalnya dari sebutir telur. Beburung yang mampu terbang tinggi di udara asalnya kecil, lemah dan tidak berdaya untuk mengembangkan sayapnya sendiri. Setiap hari, ibunya lah yang akan mencarikan makanan untuknya dan memasukkan makanan itu kedalam mulutnya. Ibunya juga yang mengajar tentang cara untuk hidup sendiri. Tiada seekor burung pun yang lahirnya terus mampu mencari makanan sendiri dan terbang tinggi di angkasa biru nun jauh di atas sana.

Orang yang tidak berbuat apa2 lazimnya akan mudah untuk berkata apa2 saja yang dimahukannya. Memang, bercakap lebih mudah dari berbuat apa2..sebab itulah ramai yang boleh melakukannya. Dan bila tiba masa untuk melaksanakannya, selalu menyerah sebelum mencuba lagi.

Apa yang istimewanya pada diri mereka ini adalah, "eleh, setakat macam tu, aku pun boleh buat", namun...namun...dia tidak pernah melakukannya. Itu kepelikan dan keanehan seorang manusia.

Jika kita tidak pernah memegang berus cat, mudah saja mengatakan bahawa kerja mengecat itu amatlah mudah..sekadar calit2 di situ dan di sini. Dan setelah benar2 diberi berus cat baru dia tahu bahawa sukarnya..tambah lagi dengan letih2 dan juga sakit2 badan.

Menonton match bola sepak selalunya akan menjadi juara dan jaguh jerit tapi, bila diberi sebiji bola padanya, ternyata..hanyalah dirinya seorang kaki bangku. Memang, orang yang tidak berbuat apa2 boleh berkata apa2 sahaja yang disukainya..kerna mulut itu bukanlah mulut tempayan yang boleh ditutup bila2 kita mahu.

"Doktor..doktor..tolong la saya ni, sebiji kacang hijau dah masuk dalam telinga saya," jelas seorang pesakit. Kata doktor, "wah..ini sukar sangat2, perlu teliti untuk mengeluarkannya, kalau tak, dalaman telinga anda akan tercedera dengan lebih serius lagi."

"Apa susahnya doktor..sebiji kacang hijau je pun..."

"Erm..kalau macam tu, awak masukkanlah air dalam telinga awak tu, then tunggu beberapa hari supaya kacang hijau tu tumbuh menjadi taugeh..jadi senanglah nanti awak nak cabut..."

Benarkan...orang yang tidak pernah berbuat apa2 amat senang untuk berkata apa2 yang disukainya.


:: sumber : artikel "iktibar dari sebiji kacang hijau - bilik guru SK Raja (P) Budriah ::