April 09, 2010

Mulut orang bukan mulut tempayan...


Salam 'alaykum..

Wah..lama..tempoh paling lama sekali tak mengupdate blog nih..dah nampak sawang2 yang nak merajakan dirinya..mujur la ana sempat menghapuskannya malam ni..sakit jugak mata ni sebab tengah bersihkan..habuk masuk mata..adeii..sudah mula mengarut..haha.

Ok..tak nak buat intro panjang2..cukup sekadar menyatakan dengan alasan biasa, yang diri ni sibuk dengan kerja2 @ tanggungjawab yang perlu dilaksana dan disempurnakan.

Ana tak nak cakap tentang kesibukan tu..tapi tertarik untuk berkongsi cerita ni dengan pembaca2 semua. Ana baru terbaca cerita tentang kacang hijau ni..menarik sangat.


Mulanya di sini.....

"pohon2 tinggi dan besar rendang tu asalnya dari sebiji benih yang kecil...burung2 di langit yang kelihatan riang terbang tinggi di langit biru asalnya dari sebutir telur yang kecil, mudah untuk dipecahkan".

Fitrah menjadi makhluk bernama manusia, mempunyai mulut untuk mengatakan apa2  saja, walaupun tak berbuat apa2. 
  • Melihat orang berniaga kecilan di tepi jalanan lalu dia berkata, "setakat berniaga tepi jalan, sampai bila la ko nak jadi kaya".
  • Melihat orang berlatih sukan, dia berkata, "eleh..setakat berlatih tuk pertandingan kecik, jadi jaguh kampung je la nanti". 
  • Melihat orang yang menulis buku, dia berkata, " setakat buku2 macam ni..aku pun boleh buat".

Hakikatnya, yang ramai orang tahu bahawa dia tak pernah berbuat apa2. Lantas, dengan sewenang2nya dia bebas berkata apa2 yang ingin dia katakan. Sedangkan, kalaulah dia buat dulu perkara yang sama, pasti dia akan berfikir banyak kali sebelum berkata itu dan ini. Dia pasti akan tahu pahit jerihnya nak membina gerai di tepi jalanan itu, dugaan2 yang terpaksa dilalui semasa berdepan dengan pelanggan dan undang2.

Lagi, jika dia pernah berlatih untuk memenangi sport competition..dia akan tahu betapa pentingnya satu2 kemenangan tu..walau tarafnya sekadar jaguh kampung kerna ia tetap penting untuk membuka tapak ke arah mencapai kemenangan yang lebih besar dan hebat di masa depan. Dia tidak pernah memiliki kesungguhan sebegitu..maka bolehlah dia berkata apa2 yang disukainya.

Kalaulah dia tahu bahawa betapa sukar dan payahnya menulis buku, pasti dia tak mudah untuk memperlekeh karya2 orang lain. Sedang sebaris ayat pun tidak pernah dihasilkannya, tentulah dia boleh untuk berkata apa2 yang dimahukannya.

Apa yang mampu untuk dikatakan bahawa, orang sebegini pasti tidak akan ke mana2. Dia pasti akan kekal pada kedudukannya sejak dari permulaan hinggalah akhir hayatnya..menjadi pemerhati dan pengkritik tak bertauliah. Cakapnya pandai, hujahnya pula kadang2 bernas namun satu apapun tidak pernah terhasil oleh dirinya.

Apa yang kita perlu ingat dan ingat dan ingat bahawa satu2 benda atau perkara yang besar dan gah itu asalnya bermula dari keadaan yang kecil. Sedangkan setiap yang lahir dengan penuh kegagahan..lumrah alamnya pasti akan tidak bertahan lama. Tengok saja la, giant market yang ada kat bandar2 besar asalnya dari satu kedai yang kecil. Kebanyakan manusia2 kaya asalnya dari orang biasa. Pemimpin2 kita yang cakap itu ini asalnya hanyalah seorang rakyat biasa yang mungkin bersembang kosong dikedai kopi satu ketika dulu. 

Seekor ayam asalnya dari sebutir telur. Beburung yang mampu terbang tinggi di udara asalnya kecil, lemah dan tidak berdaya untuk mengembangkan sayapnya sendiri. Setiap hari, ibunya lah yang akan mencarikan makanan untuknya dan memasukkan makanan itu kedalam mulutnya. Ibunya juga yang mengajar tentang cara untuk hidup sendiri. Tiada seekor burung pun yang lahirnya terus mampu mencari makanan sendiri dan terbang tinggi di angkasa biru nun jauh di atas sana.

Orang yang tidak berbuat apa2 lazimnya akan mudah untuk berkata apa2 saja yang dimahukannya. Memang, bercakap lebih mudah dari berbuat apa2..sebab itulah ramai yang boleh melakukannya. Dan bila tiba masa untuk melaksanakannya, selalu menyerah sebelum mencuba lagi.

Apa yang istimewanya pada diri mereka ini adalah, "eleh, setakat macam tu, aku pun boleh buat", namun...namun...dia tidak pernah melakukannya. Itu kepelikan dan keanehan seorang manusia.

Jika kita tidak pernah memegang berus cat, mudah saja mengatakan bahawa kerja mengecat itu amatlah mudah..sekadar calit2 di situ dan di sini. Dan setelah benar2 diberi berus cat baru dia tahu bahawa sukarnya..tambah lagi dengan letih2 dan juga sakit2 badan.

Menonton match bola sepak selalunya akan menjadi juara dan jaguh jerit tapi, bila diberi sebiji bola padanya, ternyata..hanyalah dirinya seorang kaki bangku. Memang, orang yang tidak berbuat apa2 boleh berkata apa2 sahaja yang disukainya..kerna mulut itu bukanlah mulut tempayan yang boleh ditutup bila2 kita mahu.

"Doktor..doktor..tolong la saya ni, sebiji kacang hijau dah masuk dalam telinga saya," jelas seorang pesakit. Kata doktor, "wah..ini sukar sangat2, perlu teliti untuk mengeluarkannya, kalau tak, dalaman telinga anda akan tercedera dengan lebih serius lagi."

"Apa susahnya doktor..sebiji kacang hijau je pun..."

"Erm..kalau macam tu, awak masukkanlah air dalam telinga awak tu, then tunggu beberapa hari supaya kacang hijau tu tumbuh menjadi taugeh..jadi senanglah nanti awak nak cabut..."

Benarkan...orang yang tidak pernah berbuat apa2 amat senang untuk berkata apa2 yang disukainya.


:: sumber : artikel "iktibar dari sebiji kacang hijau - bilik guru SK Raja (P) Budriah ::
 


1 comment:

Tengku Afif said...

salam satu Malaysia... ya akh.
steadylah...hasil penulisan yg agak menarik... two tumbs up...
hehe
keeep it up!