May 27, 2010

selesai

Alhamdulillah..

perjuangan sudah selesai!!!
yahoo..
gumbira hati ini rasanya..
bagaikan ketul2 batu bata yang ku pikul selama 5-6 hari ni dah dapat diletakkan pada tempat sesuai..
Alhamdulillah ya Tuhan..
kini ku hanya mampu berserah saja kepada-Mu..
itu sahaja usaha yang mampu aku hasilkan..

May 20, 2010

Minggu Tough.. :(


Salam 'alaykum..

Alhamdulillah, baru selesai menjawab paper pertama tuk exam kali ni. Lega rasanya bila selesai satu beban. Tapi itu baru satu, baki lagi empat paper yang perlu dilunaskan. Betul la macam apa yang ana cakap sebelum ni, dalam entri cepat..laju.. 

Seksa sungguh. Seksa nak menulis walaupun idea yang merembes dari kepala ni biasa2 je. Sudahlah exam kali ni semua buat waktu petang, huhu..sungguh mengantuk. Mujur la tak tertidur sebab mungkin suasana dewan yang panas ya amat..Tuhan je yang tahu. Di hati ini hanya Tuhan yang tahu, di hati ini aku rindu padamu..lalalalala..kelihatannya lirik itu terbabas dari tajuk.. :D

Ape2 pun, itu mungkin ujian dalam ujian. Walau terpaksa, hamba terima ya Tuhan..pasrahku disitu. Harap hanya yang terbaik dari apa yang telah aku usahakan selama ini. InshaAllah

20/5 : Budaya & Pembelajaran
24/5 : Pengurusan Sumber & Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam
25/5 : Penilaian dalam Pendidikan Islam
26/5 : Pengajaran Mikro dan Makro Bahasa Arab
27/5 : Tarannum al-Quran

Next week lagi tough rasenye sebab berturut2..mak aihh..awat la susun jadual macam ni..keluhan rasa insan yang tak bersedia...padan muka..huhu

Anyway, buat semua sahabat2 PISMP Sem. 5, khusus buat PISMP Pengajian Islam, 'ala kulli hal..ma'an najah. Dalam bahasa korea, 행운을 빌어요 ( haeng un eul bil eo yo ). Maksud dia, selamat berjaya.. :D

Annyeong..bye..wassalam.

May 17, 2010

환 영합니다, 안녕하세요... jom belajar bahasa!!


Salam 'alaykum

안녕하세요, 안녕 하셨습니까?

Cara nak baca macam ni, [annyeonghaseyo] [an nyeong ha siut seum ni ka?] Ok, baca betul2 ye, jangan sampai tergeliat lidah sudah. Cuba sikit2, practise makes perfect, kan, kan, kan :D

Erm, tuk pengetahuan, ini bahasa korea. Senang je nak kenal tulisan ni, sebab dia ade bulat2 yang amat banyak, bulat kecik ,bulat kecik, bulatlah besar, haha. Itu yang membezakan dia dengan tulisan2 yang sewaktu dengannya, i mean tulisan jepun dengan cina [erm, ni just pandangan seorang yang amateur, kalau salah, inform me, ar dar so!!!]

Untuk tidak syok sendiri, biar ana beritahu maksud2 perkataan di atas. Annyeonghaseyo bermaksud hello / hi. An nyeong ha siut seum ni ka pulak maksud dia, ape khabar? Ar dar so bermaksud understand atau got it?

Saja je entri kali ni nak buat macam kelas bahasa, sebab ini blog ana yang punya..lalalala. Ok, ok, jujurnya, korea dengan diri ana memang dah lama serasi bersama..cehhhhhh..haha. Ini pengakuan berani mati dari diriku, i'm die hard fan of K Drama..huhu [korang rasa ok tak kalau lelaki suka tengok citer korea?? aku insan biasa :( ]

Dulu2, masa zaman sekolah menengah, seingat ana masa form 5, satu hari tu, time buat oral english, examiner tu tanya ana, what ambitions do you have for the future?? Dengan semangatnye ana cakap, one day, i wanna be a traveller..bla..bla..bla.. Masa ana cakap tu, muka examiner tu dah lain macam, kerut2 dahi. Pelik betul, tak betul ke ape yang aku cakap nih, ana bermonolog :D

Dah selesai ana cakap, examiner tu cakap, how do you differentiate between ambition and dreams? Huh...?? erk!!! Terus keluar dengan muka blurr. 

Seyes, memang blur giler..arghhh!!! Ape korang rasa? Ada beza ke? 

Erm, lantak la, benda yang lepas usah dikenang..huhu. Tapi bila ingat semula, kelakar pun ade, ape punya cita2 daaa, nak jadi traveller..haha. Sungguh tidak bermotivasi disitu.

Apa yang ana nak cerita kat sini, masa tu ana memang pasang impian nak jalan2 negara orang. Kalau boleh nak further my study atas laut. Macam diri ana, ambil aliran agama, boleh la nanti belajar kat Mesir ke, Jordan, Morocco dll. Tapi tak kesampaian sebab arwah mak tak nak ana duk jauh2..huhu. Kalau tak, mesti ana sekarang dah boleh jalan2 jelajah eropah, timur tengah. Wahh..such a wonderful life i thought. Penuh dengan pengalaman, belajar budaya orang lain, bahasa, makanan.

Jadinya, kaitan kat sini, terpaksa tengok citer korea tuk lepas rindu nak pergi negara orang. Tapi kenapa citer korea? Hmm..sebabnye, citer korea banyak kat Malaysia ni, jarang jumpa citer dari timur tengah, lagi pulak, scene dalam citer2 korea best2 belaka. Lagi, kenapa citer korea, kan citer omputih banyak jugak? Ok, citer omputih ana dah bosan, scene dia pun kadang2 bukan real pun. Ana suka tengok citer hollywood ni bila citer tu genre seram ngan aksi je. Bab yang cinta2, jiwang2, kelakar, i prefer korean drama dari yang lain2..haha.

Tengok bukan just suka2. Anda lihat then anda belajar. Belajar bukan dalam kelas je. Bila ana tengok citer korea, ana belajar cara diorang, bahasa diorang, budaya diorang. Paling ana suka, cara orang korea kerja, terbaik!!! Lagi, cara diorang hormat orang lain, tak kira kawan ke, orang yang dia tak suka ke, tapi dia tetap bagi hormat dengan bongkokkan sedikit badan..even kadang2 kalau cakap telefon pun, diorang akan tunduk. Erm, bukan nak kata dorg terbaik dari cara Islam, ofkos la kan Islam tu yang paling cemerlang, cumanya kadang2 kita yang Islam ni, tak macam tu.

Sekarang ni, ana dah ade la sikit2 ilmu tentang bahasa korea, walaupun x expert sangat, tapi ana nak cuba tuk belajar. Although it's really tough learning a new language, but, trust me, it's kinda fun too!! Selama hidup 22 tahun ni, ada 3 bahasa ana belajar secara rasmi, b.melayu, english, arabic. So sekarang ana cuba nak belajar korean, jugak spanish. Sekarang baru permulaan. Nak cuba buat yang terbaik. Untuk belajar korean, selain tengok citer, ana cuba tuk belajar how to write and read Hangul alphabet first, mybe tu lebih mudah untuk yang seterusnya..ehhehe. aja..aja..fighting!!!

Hidup ni belajar, sebab bagi ana hidup ni adalah school of experience. Dengan pengalaman la, hidup kita boleh jadi lebih baik.

Pinjam kata2 bro Fizan, life, love and learn.......... :D

wallahu a'lam..

p/s : bnyk giler citer korea dalam simpanan, biscuit teacher and sugar candy, love story in Harvard, delightful girl, hello miss, my sister in law is 19, thank you, wedding, who are you, you're beautiful, cinderella man, coffee prince, stairway to heaven, fullhouse, my girl, boys over flower..bla..bla..bla..aigoo..am i addicted??


dah seminggu tak aktif FB gara2 tengok citer korea je :)

hepi teachers day tuk semua guru2ku, tadika kemasul, skfk, smap, kuliah al-lughah waddin, ipg perlis..jasamu ku kenang :) 

May 13, 2010

Cepat...Laju...


Salam 'alaykum..

Perkara pertama yg nak dikata, ini entri mengarut, so kalau nak baca, teruskan dan kalau x nak baca pulak, pun teruskan niat itu :)

Hari ni ana nak buat analisis tentang perkataan "cepat @ laju". Lebih kurang sama je kan maknanya..sebab tu la, ramai dapat terima kenyataan bahawa cepat adalah laju dan laju adalah cepat, hahaha [karutan pertama]. Lagi, semua orang suka benda ni [benda ke cepat & laju ni? ntah, tak tau la pulak ape jenisnya, yg pasti dia bukan mamalia, reptilia......ayoyo, karutan kedua dan ia memang mengarut, so, fullstop.]

Cerita tentang "cepat" ni sesuai tuk student macam diri ana, macam kisah benar, tapi macam tak benar pun ade jugak. Korang cuba sesuaikan dengan keadaan masing2 ok, :P

- hiasan ehsan google -

Masa otw ke kuliah - drive :
ramai yg suka bawak laju2, cepat2, bawak kete ke, moto ke, basikal ke, erm.......bas ke, lori ke, flight ke..erk!!! ade ke?? Bawak mesti tak ingat dunia, macam dia sorang je ade benda alah tu. Jangan sampai pagi tu menjadi pagi terakhir anda dapat tido dengan selesa sudah..

nasihat >> bawak la segala benda yg dipandu elok2, ingat orang yg tersayang.. :D

Masa otw ke kuliah - jalan kaki :
jalan kaki dengan gelojohnya sebab "oh no, i'm late, mati la...", dgn jarak hampir 1km tuk ke kuliah, dalam cuaca yg hot even di pagi hari dengan memakai tie, tuck in baju dalam seluar. Nampak macam hensem je bila pakai macam ni, tapi bagi ana, itu sungguh menyeksakan, namun apalah daya upayaku untuk melawan peraturan..huhu. Almaklumlah, pagi2..memang lambat nak start satu2 benda, nak jalan pun lemah je, terhuyung hayang lagi ade la, ish..ish. Dah la penat berjalan, dengan berpeluhnya, tambah pulak suasana kelas yg panas, mahu tak stress. Aiyoo..ade kipas pun tarak guna, nak tak nak je pusing, tak laju langsung..

nasihat >> bangun pagi awal2, pergi kuliah awal2, jalan dengan tenang dan selesa, sampai kelas, duduk diam2, inshaAllah anda selesa dan tak stress.

Masa perhimpunan pagi :
Cepat la, cepat plsssss. [sebab kt sini ade perhimpunan mingguan] bila la hamba Allah ni nak abis berucap. Itu baru ucapan, belum lagi termasuk dengan pengumuman yang banyak. Ish..benda yg dgr mcm x penting pun nak umum..goshhh, seksanya. Berhimpun kt tengah panas pulak tu, mananya tak merungut. Lagi pulak, duduk kat Perlis ni, lebih kurang macam berhimpun kat tengah2 padang pasir kat sahara je [owhhh..perbandingan yang amat berlebih2..haha] Kalau setakat 10 - 15 minit tu takpe la, tapi sampai 3o minit, 45 minit..cair la mekap2 cikgu2 pompuan tu..haha. Ana pulak?? Erm, cair la sbb ana ni lebih kurang macam putera lilin..hakhakhak.

nasihat >> sabar je la, nanti posting, doa2 la dapat kt pedalaman Sabah Sarawak, tak pun dapat posting London ke..sejuk la kot..

Masa kuliah :
best kan lau kuliah berlalu dengan cepatnya. Ini, dah la lambat habis, tambah2 kelas yang amat membosankan,, lecturer pun membosankan, so apa lagi, asyik monolog je la, bila la nak abis kelas nih...arghhhhh!!

nasihat >> betulkan niat tu. Pastu, belajar rajin2, kalau dah nama student, belajar tu tanggungjawab, kena la tahan dgn apa yg dihadapi, walau ia membosankan.....berkorban apa saja..lalalalala ~~

Masa exam - fikir idea :
dapat jawab exam ngan cepat, itu amatlah disukai. Tengok je soalan, dengan cepatnya idea2 melompat2 keluar dari kepala [ayoyo..melompat2..haha] Semudah abc.

nasihat >> nak idea keluar melompat2 macam lompat si katak lompat, rajin2 baca buku tu. Ini tidak, masa study live pun buat benda lain, buat tayangan perdana kt bilik lah, main PES lah, FIFA lah, fesbuk lah, tido lah..erm, mcm mana la idea nk keluar bila nak jawab.

Masa exam - tulis jawapan :
lagi2 bila banyak idea nak tulis, best giler dpt tulis cepat2 [ni konfem sebab kes study yang amat banyak, x pun sebab "menggoreng" tu menjadi kepakarannya :D ] Aduh, sakit hati kan bila nak tulis jawapan, terasa lambat sangat nak habis, sampai sakit2 la jari nak buat esei 2,3,4,5 muka. Ye la kan, sebelum ni wat esaimen x guna pen, just taip je.

nasihat >> biasakan buat latihan menulis dengan laju dan cepat..tak kira la tulis apa pun, janji syarat dia guna pen n jari. Cuba untuk lebih laju daripada biasa..haha

Masa exam - dalam dewan :
lambat pulak rasanya jam dewan ni bergerak, padahal macam biasa je pun jam tu. Nak jawab cepat2 then dapat keluar awal tak boleh, sebab malam tadi study lebih kurang je, amek hang. Mak aihh, satu paper je dah ambil masa 2h 30m [ based on my exam kt IPG ni la kan.. ] Kesan, segala benda nak sakit, lagi2 part punggung, ye la kan, punggung pun leh jadi kematu duk lama2...hai la.

nasihat >> benda yg sama, study rajin2, mesti dpt jawab dengan cepat, then leh kuar awal..kan, kan, kan...

Masa balik bilik :
Ya Tuhan, awat bilik aku di tingkat paling atas sekali? Penat la nak mendaki anak2 tangga tu. Bila la boleh naik tangga laju macam supersonic. Laju, cepat dan tak penat. Bilik kat atas, kalau ada lif kan best..haha. Semua benda nak senang je.

nasihat >> ish2..fikir positif ok. Buat2 macam exercise, buang lemak tuh..erk!!

Itulah kan, ana rasa semua orang suka laju2 nih, even bawang putih dulu2 pun, naik buaian, dia nak buaian dia dapat gerak dengan laju.."laju..laju..buaiku laju..lalalalala~~~". Haha..ade kaitan ke? Ntah..layan je..

Tapi, ade tak benda yang manusia tak suka buat dengan cepat dan laju? Erm, apa yang dapat ana pikir sekarang ade dua benda je, time tido n makan. Kalau boleh masa tido tu nak lambat je berlalu. Ini tak, rasa baru je tido tadi, tengok2..eh, dah kena bangun ke..adeiiii, malasnya [ade syaitan di situ..huhu]

Lagi satu part makan, sayangnye kan kalau makanan depan mata yang sedap2 tu dah habis disental. Makan hanya ambil masa 5-10 minit, dah abis [aiyoo..manusia ke ape ni, cepatnye] tambah pulak bila perut rasa macam tak kenyang je lagi..huhuhu.."aik, mana makanan aku, takkan dah abis??" Arghh..menyesal makan laju2..

Haha..pengajarannya? ade ke pengajaran dari entri mengarut ni? Erm, fikir2 la sendiri.

Salam :)

p/s : lambatnye la nak siapkan satu2 entri, senang kan bila sebut je tajuk, terus siap entri yg kita pikir tu..hahaha

May 09, 2010

Hadirmu Tiada Gantinya ~ You're My Everything

Salam 'alaykum pada semua...

Pengumuman, entri kali ni mungkin bunyi macam touching sikit, sedikit jiwang pun ada, sebab ini adalah luahan hati seorang lelaki untuk insan yang paling disayanginya :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebenarnya, bertepatan dengan tarikh hari ni, 09 Mei 2010, ana ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu" buat semua warga ibu, emak, mama, ma, ummi dan segala yang sewaktu dengannya. 


Memang ditempat yang berbeza, hari ibu disambut dengan tarikh yang berbeza, macam kat Malaysia (termasuk US, Japan, Netherlands, Australia, Austria, Canada, China, Hong Kong, Finland, Switzerland, Turki), hari ibu disambut setiap hari Ahad, minggu ke2 bulan Mei..dan untuk itu, tarikh 09 Mei secara automatiknya menjadi tarikh istimewa untuk sambutan hari ibu di sini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mak, apa yang perlu mak tahu bahawa diri ni akan sentiasa merinduimu.

Sejujurnya, terkadang diri ni masih merasakan bahawa mak masih disisi. Sedih rasanya untuk menghadapi dan masuk ke dalam realiti sebenar bahawa mak yang mengandungkan selama 9 bulan 10 hari, yang mendidik dengan kesabaran, yang menyayang, membelai dengan kasih sayang, yang memaaf dikala diri melakukan kesilapan, menyakiti hatinya sudah tiada di depan mata.

Masih teringat lagi kata2 dari mak, "solat jangan tinggal", "quran baca la selalu, jangan lupa", "doakanlah selalu mak dengan abah", "rajin2 lah telefon emak nanti", "belajar rajin2, nanti senang hidup"...banyak lagi la, tanda bahawa dia terlalu sayangkan diri ni, tak nak jadi orang yang tak berguna, dunia akhirat.

Tapi sekarang, nasihat2 sebegitu sudah tidak didengari lagi, seiring dengan pemergian mak. Kadang2 diri bertanya, kenapa mak pergi terlalu awal?? Diri ni masih mahukan lagi nasihat2 berhikmah dari mak, masih mahukan lagi kasih sayang yang tidak dapat diganti oleh sesiapa pun, masih perlukan lagi doa2 ikhlas mak..agar diri ni ada kekuatan untuk menempuh hidup yang bukan senang, tapi penuh dengan kekalutan.

Teringat jugak, kadang2 mak terasa dengan kelakuan diri ni yang menyakitkan, bersama enam lagi kelakuan yang pelbagai ragam, tapi mak tetap sabar menghadapinya. Mak tak pernah putus asa mendidik kami tujuh orang agar menjadi orang yang berjaya dunia akhirat. Malahan doa pula yang dipohon pada Tuhan agar anak2 mak ni menjadi yang terdidik. Terima kasih mak.

Kadang2 terfikir, adakah mak sekarang sedih melihat keadaan anak mak ni yang masih banyak dosa2 dilakukan. Mak, dosa yang dilakukan sebetulnya bukan sebab salah atau kurangnya didikan darimu, tapi kerana diri ini terlalu jahil untuk menghadapi kehidupan seorang diri tanpamu di sisi. Bukan salah mak, bahkan sudah banyak tarbiyyah yang diberi oleh mak, cuma diri ni masih lemah melawan kehendak syaitan dan nafsu yang menyesatkan tu. Maafkan diri ni mak.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Walaupun berat menelan hakikat bahawa mak dah tiada, tapi berkat didikan mak yang menyemai iman dalam diri ni untuk mempercayai bahawa manusia tak kekal bahkan akan binasa, maka terpaksalah diri ini menerimanya juga. Manalah tukarannya yang mampu ku cari untuk mengganti tempatmu. Pastinya ganti itu tiada, tiada, dan tiada.

Apa yang perlu mak tahu, diri ni amat sayangkan mak, dan diri ini inshaAllah takkan lupa untuk mendoakan kesejahteraan mak di alam sana. Jugak sekali lagi, maafkanlah diri ni yang terkadang lemas dalam permainan dunia, melupakan nasihat2 yang telah diberi dulu..maaf jika diri ni tak seperti yang diinginkan oleh mak. 

Tapi, percayalah jugak bahawa diri ini sebenarnya sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik, yang mana hidupnya untuk berjaya dunia akhirat. Hati ini sentiasa berusaha menjadi hadiah terbaik untukmu, dengan menjadi anak yang soleh yang tidak lupa untuk mendoakan kesejahteraanmu di sana. Ya Allah, rahmatilah ibuku.

Buat insan yang masih memiliki ibu, hargailah mereka sementara masih ada, kerana kelak, jika mereka pergi, ketahuilah, hatimu akan sunyi sesunyi gelap malam, hatimu pasti akan merintih bahawa betapa berharganya nilai ibu itu. Berbaktilah kepada mereka, kerana ketahuilah, syurga itu di bawah telapak kakinya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
dear my late mother, Zaharah binti Abdullah
i want to let you know
deep down in my heart
having you is the best thing that ever happened in my life
because you're my everything
thank you for the love that you've shown me
thank you for setting a good example for me
thank you for forgiving me when i did wrong
thank you for teaching me the lessons of life
thank you for helping me set goals
thank you for giving me a shoulder to lean on
thank you for making my life easier
thank you for caring me always
thank you for spending time with me
thank you for always being there when i need you
thank you for being my mother
thank you for everything
i always miss you, always love you
no matter what happens tomorrow
you're still the one that i love
inshaAllah
أشكرك..وأعلم أني لا أوفي بالجميل
وما ألف شكر يكفيك
لكني اعرف أنك سترضي بالقليل
~شكرا لكِ يا أمي~

May 01, 2010

Hukum tetap hukum


Salam 'alaykum...

Waaaaaa..tanganku sudah menunjukkan kesegalannya, bukan sengal mengejek, tapi sengal2 otot, xleh nak angkat benda2 yang berat sangat, rasanya dia nak bermanja2 kejap, layan je lah. Haha..padahal semalam baru je abis main bowling, first time ana main tiga game sekaligus, first time jugak main for tournament...tu la sebab sengal2 wujud ini hari. 

Tapi xpela, ape yg penting, hati puas, walaupun sekadar amateur *yg menghampiri tahap pro, hakhakhak.. Apapun, ana saja suka2 nak join tournament ni, nak mencuba sekali sekala x salah kan, janji benda yg dibuat tak salah. Resultnye tak tau lg..hari isnin ni baru dapat, tp dgrnye team ana dapat no.5 dari 25 pasukan..its ok la kan, bukan calang2 pasukan yg join..lgpun ini first time. Yearghhhhhhh..i like very2 derrr :D

Ok la..abis citer pasal tangan dan bowling, nak taip cerita lain pulak. Walau jari ni pun ngada2 nak sengal jugak..tapi bertahan je lah hingga ke noktah terakhir :P

Semua benda akan indah bila betul keadaannya, alam akan indah bila dijaga dengan sebaiknya, manusia akan indah bila cantik pekertinya, bukan hanya pada zahir, dalaman mesti seiring. Jangan harap muka hensem, segak, cantik, ayu, comel, bergaya mutu keunggulan, tapi perangai macam *%^%^$&, itu amatlah merugikan.

Erm, x berniat nak cakap pasal kecantikan, kehenseman, tapi nak berbicara tentang tajuk. Ceritanya semalam, masa main bowling, tengah main dan bersorak kegirangan *kerana strike berjaya dilakukan, hehe..terpandang la beberapa makhluk sejantina denganku. Kenapakah dengan mereka? Ntah, rasanya xde ape pun, saja pandang pandang, haha...

Baiklah, cerita sebenar, ana pandang dorg sbb mereka berantai, bertindik, bergelang.. *Lorr..tu je ke nak bagitau? A'ah..ana nak bagitau yang itu je pun, haha..benda biasa yang semua orang pernah tengok zaman sekarang. Ada orang cakap benda tu tak peliklah, normal la tu. Tapi bagi ana, 100% benda tu soooooooooo weird. Bukan sebab pelik dgn rerantai, gegelang n tetindik *adakah perkataan ni, tapi pelik dengan manusia. Ada akal, mungkin guna, tapi hanya sikit.

Bagi ana, berhias tuk kecantikan tak salah, bahkan itu dituntut Islam..kerana Allah itu cantik dan suka akan kecantikan. Tapi kena tengoklah pulak bentuk perhiasan tu, bertentangan atau tidak dengan hukum.  Walaupun kita kata dunia semakin canggih, tapi akhlak manusia makin mundur ke belakang. Tak seiring langsung. Kalau seiring, xpe la kan..tapi tidak pun, sekadar budaya dan nilai2 ketimuran semakin dihakis, itu amatlah menyedihkan.

Kenapa bila mengaku sebagai lelaki Islam, tapi masih bangga tindik2 sana sini, rantai dililit di leher, gelang di pergelangan, seluar yg dipakai sengaja mau dikoyak di lutut..katanya baru trendy..up to date..canggih la sikit. 

Lumrah dan fitrah, manusia suka cantik, suka berhias, tapi kena ingat jugak, kecantikan dan berhias dalam Islam telahpun digariskan dan ia dinilai menurut kesesuaian fitrah insan itu sendiri.

Ana cuba nak highlight pada lelaki saja buat waktu ini sebab umum tahu, lelaki ni bakal memimpin banyak orang dalam hidup dia, mula dengan diri sendiri, isteri, anak2. Kalau diri sendiri tak betul, macam mana dengan yang lain? Jangan jadi macam ketam, mengajar anak berjalan lurus sedang diri pun masih tak betul.

 Sori la Beck, ana ada pic enta je, xpe kan, bukan nak buat ape pun, sekadar hiasan, tak marah kan?lalalala~~

Jalan la kat mana2 pun, semakin mudah untuk melihat lelaki Islam yg memakai perhiasan macam yang disebut tadi, atas alasan untuk nampak cool, lebih hensem dari biasa, macho..aiiii..korang tak hensem ke kalau xde benda tu? Lagi sedih, bukan je lelaki bujang, tapi jugak pada yg dah berkahwin, punya anak, teladan apa yang mahu ditunjukkan olehnya pada zuriat sendiri?

Ok, korang bagi alasan bahawa itu bukan emas, tapi alasan ni x boleh pakai derr. Alasan tak bersandar pada ilmu, sekadar taqlid boleh menyesatkan. Rasanya memang sume tahu yang emas memang dah haram untuk dipakai lelaki, macam yang disebut dalam Hadis Nabi :

Saidina Ali Abu Talib ra berkata : "Rasulullah saw mengambil sutera, lalu meletakkannya di sebelah kanannya dan mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas Baginda bersabda : kedua2 ini haram buat orang lelaki dari umatku (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah). Dalam riwayat Ibnu Majah, ditambah : "halal kedua2 ini bagi perempuan".

Jadi, memang jelas, haram emas dan sutera untuk lelaki, tapi untuk pemakaian perhiasan yang bukan emas? Untuk ini, sebenarnya kita patut lihat pada konsep pemakaian perhiasan dalam Islam. Islam agama fitrah, dan ia memberi penekanan pada penganutnya untuk jalani kehidupan berasas kepada fitrah agar tak terseleweng dari kebenaran.

Pemakaian gelang, rantai merupakan fitrah untuk wanita bukan pada lelaki. Kenapa kita kaum lelaki nak ikut fitrah yang bukan fitrah kita? Melalui hadis sahih dari Ibnu Abbas, riwayat Imam Bukhari, Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki. Menyerupai disini termasuklah dari segi pemakaian, perwatakan. Jadi, konklusinya, haram untuk lelaki memakai gelang dan rantai, kerana ia seolah2 menyerupai wanita walaupun ia bukan emas.

Justeru itu, apa lagi yang mahu dikata? Ana bukanlah hebat dalam menghurai tentang hukum-hakam, tapi ini merupakan konklusi dari pandangan ulama', yang menjadi pewaris Nabi, sekadar mahu mengingatkan kepada manusia tentang suatu yang x molek untuk dilakukan mereka.

Eloknya, kembalilah kepada fitrah asal, kenapa mahu mengagung2kan budaya yang entah dari mana datangnya tu. Banyak lagi benda yang baik, yang senang2 kita boleh buat, tapi masih tak buat2. Benda2  yang macam sunnah yang kita nampak remeh, tapi sebenarnya besar hikmah disebaliknya, itu yang patut kita laksanakan. 

Ana ada terbaca tentang sikap dan sifat Nabi dalam kehidupannya, cukup menarik untuk diamalkan,  syukr0n pada Bro Fizan, perkongsian yang sungguh bermanfaat buat diri ana sendiri. Sedarlah, kita bukan sahaja dapat menghidupkan sunnah, bahkan lebih dari itu, kita telah menunjukkan bahawa yang kita ni sayang akan Nabi kita..bukan sekadar melalui kata2, sebaliknya juga diserapkan melalui amalan.

Betulkan yang dah terbiasa..biasakan apa saja yang sudah trang tang tang betul..baru hidup diberkati derrr..Insha Allah.