May 13, 2010

Cepat...Laju...


Salam 'alaykum..

Perkara pertama yg nak dikata, ini entri mengarut, so kalau nak baca, teruskan dan kalau x nak baca pulak, pun teruskan niat itu :)

Hari ni ana nak buat analisis tentang perkataan "cepat @ laju". Lebih kurang sama je kan maknanya..sebab tu la, ramai dapat terima kenyataan bahawa cepat adalah laju dan laju adalah cepat, hahaha [karutan pertama]. Lagi, semua orang suka benda ni [benda ke cepat & laju ni? ntah, tak tau la pulak ape jenisnya, yg pasti dia bukan mamalia, reptilia......ayoyo, karutan kedua dan ia memang mengarut, so, fullstop.]

Cerita tentang "cepat" ni sesuai tuk student macam diri ana, macam kisah benar, tapi macam tak benar pun ade jugak. Korang cuba sesuaikan dengan keadaan masing2 ok, :P

- hiasan ehsan google -

Masa otw ke kuliah - drive :
ramai yg suka bawak laju2, cepat2, bawak kete ke, moto ke, basikal ke, erm.......bas ke, lori ke, flight ke..erk!!! ade ke?? Bawak mesti tak ingat dunia, macam dia sorang je ade benda alah tu. Jangan sampai pagi tu menjadi pagi terakhir anda dapat tido dengan selesa sudah..

nasihat >> bawak la segala benda yg dipandu elok2, ingat orang yg tersayang.. :D

Masa otw ke kuliah - jalan kaki :
jalan kaki dengan gelojohnya sebab "oh no, i'm late, mati la...", dgn jarak hampir 1km tuk ke kuliah, dalam cuaca yg hot even di pagi hari dengan memakai tie, tuck in baju dalam seluar. Nampak macam hensem je bila pakai macam ni, tapi bagi ana, itu sungguh menyeksakan, namun apalah daya upayaku untuk melawan peraturan..huhu. Almaklumlah, pagi2..memang lambat nak start satu2 benda, nak jalan pun lemah je, terhuyung hayang lagi ade la, ish..ish. Dah la penat berjalan, dengan berpeluhnya, tambah pulak suasana kelas yg panas, mahu tak stress. Aiyoo..ade kipas pun tarak guna, nak tak nak je pusing, tak laju langsung..

nasihat >> bangun pagi awal2, pergi kuliah awal2, jalan dengan tenang dan selesa, sampai kelas, duduk diam2, inshaAllah anda selesa dan tak stress.

Masa perhimpunan pagi :
Cepat la, cepat plsssss. [sebab kt sini ade perhimpunan mingguan] bila la hamba Allah ni nak abis berucap. Itu baru ucapan, belum lagi termasuk dengan pengumuman yang banyak. Ish..benda yg dgr mcm x penting pun nak umum..goshhh, seksanya. Berhimpun kt tengah panas pulak tu, mananya tak merungut. Lagi pulak, duduk kat Perlis ni, lebih kurang macam berhimpun kat tengah2 padang pasir kat sahara je [owhhh..perbandingan yang amat berlebih2..haha] Kalau setakat 10 - 15 minit tu takpe la, tapi sampai 3o minit, 45 minit..cair la mekap2 cikgu2 pompuan tu..haha. Ana pulak?? Erm, cair la sbb ana ni lebih kurang macam putera lilin..hakhakhak.

nasihat >> sabar je la, nanti posting, doa2 la dapat kt pedalaman Sabah Sarawak, tak pun dapat posting London ke..sejuk la kot..

Masa kuliah :
best kan lau kuliah berlalu dengan cepatnya. Ini, dah la lambat habis, tambah2 kelas yang amat membosankan,, lecturer pun membosankan, so apa lagi, asyik monolog je la, bila la nak abis kelas nih...arghhhhh!!

nasihat >> betulkan niat tu. Pastu, belajar rajin2, kalau dah nama student, belajar tu tanggungjawab, kena la tahan dgn apa yg dihadapi, walau ia membosankan.....berkorban apa saja..lalalalala ~~

Masa exam - fikir idea :
dapat jawab exam ngan cepat, itu amatlah disukai. Tengok je soalan, dengan cepatnya idea2 melompat2 keluar dari kepala [ayoyo..melompat2..haha] Semudah abc.

nasihat >> nak idea keluar melompat2 macam lompat si katak lompat, rajin2 baca buku tu. Ini tidak, masa study live pun buat benda lain, buat tayangan perdana kt bilik lah, main PES lah, FIFA lah, fesbuk lah, tido lah..erm, mcm mana la idea nk keluar bila nak jawab.

Masa exam - tulis jawapan :
lagi2 bila banyak idea nak tulis, best giler dpt tulis cepat2 [ni konfem sebab kes study yang amat banyak, x pun sebab "menggoreng" tu menjadi kepakarannya :D ] Aduh, sakit hati kan bila nak tulis jawapan, terasa lambat sangat nak habis, sampai sakit2 la jari nak buat esei 2,3,4,5 muka. Ye la kan, sebelum ni wat esaimen x guna pen, just taip je.

nasihat >> biasakan buat latihan menulis dengan laju dan cepat..tak kira la tulis apa pun, janji syarat dia guna pen n jari. Cuba untuk lebih laju daripada biasa..haha

Masa exam - dalam dewan :
lambat pulak rasanya jam dewan ni bergerak, padahal macam biasa je pun jam tu. Nak jawab cepat2 then dapat keluar awal tak boleh, sebab malam tadi study lebih kurang je, amek hang. Mak aihh, satu paper je dah ambil masa 2h 30m [ based on my exam kt IPG ni la kan.. ] Kesan, segala benda nak sakit, lagi2 part punggung, ye la kan, punggung pun leh jadi kematu duk lama2...hai la.

nasihat >> benda yg sama, study rajin2, mesti dpt jawab dengan cepat, then leh kuar awal..kan, kan, kan...

Masa balik bilik :
Ya Tuhan, awat bilik aku di tingkat paling atas sekali? Penat la nak mendaki anak2 tangga tu. Bila la boleh naik tangga laju macam supersonic. Laju, cepat dan tak penat. Bilik kat atas, kalau ada lif kan best..haha. Semua benda nak senang je.

nasihat >> ish2..fikir positif ok. Buat2 macam exercise, buang lemak tuh..erk!!

Itulah kan, ana rasa semua orang suka laju2 nih, even bawang putih dulu2 pun, naik buaian, dia nak buaian dia dapat gerak dengan laju.."laju..laju..buaiku laju..lalalalala~~~". Haha..ade kaitan ke? Ntah..layan je..

Tapi, ade tak benda yang manusia tak suka buat dengan cepat dan laju? Erm, apa yang dapat ana pikir sekarang ade dua benda je, time tido n makan. Kalau boleh masa tido tu nak lambat je berlalu. Ini tak, rasa baru je tido tadi, tengok2..eh, dah kena bangun ke..adeiiii, malasnya [ade syaitan di situ..huhu]

Lagi satu part makan, sayangnye kan kalau makanan depan mata yang sedap2 tu dah habis disental. Makan hanya ambil masa 5-10 minit, dah abis [aiyoo..manusia ke ape ni, cepatnye] tambah pulak bila perut rasa macam tak kenyang je lagi..huhuhu.."aik, mana makanan aku, takkan dah abis??" Arghh..menyesal makan laju2..

Haha..pengajarannya? ade ke pengajaran dari entri mengarut ni? Erm, fikir2 la sendiri.

Salam :)

p/s : lambatnye la nak siapkan satu2 entri, senang kan bila sebut je tajuk, terus siap entri yg kita pikir tu..hahaha

14 comments:

+ aNa ZaFira + said...

wahhhh...putera lilin yek?? anda mmg kuat mengarut kt post ni.
-cepat@laju- **sederhana lebih baik..XD

banyaktehkereta said...

salam.. bila baca tajuk post kali ini terus teringat perkataan...
'azam,impian,cita2 n harapan' pe bezanya? hehehe....

Mario said...

tajuk cepat dan laju tp bila baca... lambat dan sgt lambat sebab tulisan kecik sgt...hehe

manna_salwa said...

salam,
terbaiklah ustad..
:)
mmg betul n akn *dush2 kene kat kepale..
eh2, bkn kepale sy.. kepale2 yg berkenaan la..
hehe~
tQ ats teguran yang sempoi ni..

*fikir2*

:)

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
hehE..banyak benar cepat & lajunya..
bila pulak nak masuk v0cab 'pantas' plk..h0ho ;)

assyahida said...

rasa nak cepat2 abih exam..nak blik =)

محمد حذوان بن حميدان said...

(^_^)

jane said...

salam

sesuatu ni
hahahhahah

beringat2 itu perlu
dan rima kasih entry ni buat sy ingt kmpus uwaaaaaa

;)

محمد فردوس سعد said...

ana zafira ~ haha..knp, x caye eh?

yup..btul2, wasatiah dlm sume perkara, itu yg terbaik :)

banyaktehkereta ~ owh, bnyknye word disitu..ana kena wat research lg ni tntg yg tu..hehe..

inshaAllah nnt ana wat entri tntg tu plak..hehe

محمد فردوس سعد said...

mario ~ haha..saja nk suh readers tumpu perhatian..

erm..ye la, pasni ana akan besarkan lg font dia [walaupun ana sendiri x suka yg besar2..tp demi peminat..akan ku usahakan..hahahaha :D ]

manna salwa ~ huhu..xde la, biasa je, luahan akal yg keluar tiba2, kurang kualitinya :)

segan la panggil ustad, x jd pun lg..bila dh pggil ustad ni, bnyk lak tanggungjawab rasanya

hehe..kepala yg berkenaan, peringatan bersama, tuk ana jugak :)

محمد فردوس سعد said...

azrai ~ owh..nk kena masuk jugak ke? nnt la pulak, tunggu turn..hehe

syahid ~ btul2..nak cepat abis stadi pun ade..sbb laksana impian yg x terlaksana lg..huhu

محمد فردوس سعد said...

محمد حذوان : *_^

jane : sesuatu yg macam mana tu? hoho..

wah, teringat campus? hebat n luar biasa, msti rajin blaja kan..haha, org lain skrg majoriti tgh homesick..huhu

Amira Atiqah said...

salam.
haha.
msti entry ni ditaip dgn cpt/laju/pantas yer sbb slalu buat assignmnt brtaip.
haha.
tp nk mmbacanya pula mngambil msa yg xcpt/xlaju/xpntas. haha. hehe.
btwy, thumb's up!

p/s: erkkk, ada ke msa yg xlaju?? hehe. bantai je la labu~

محمد فردوس سعد said...

amira atiqah ~ haha..xde la laju mana, tp skurang2nya, x sakit jari macam menulis..

a'ah kan, masa sgt laju skrg..asyik tertinggal je..huhu