May 09, 2010

Hadirmu Tiada Gantinya ~ You're My Everything

Salam 'alaykum pada semua...

Pengumuman, entri kali ni mungkin bunyi macam touching sikit, sedikit jiwang pun ada, sebab ini adalah luahan hati seorang lelaki untuk insan yang paling disayanginya :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebenarnya, bertepatan dengan tarikh hari ni, 09 Mei 2010, ana ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu" buat semua warga ibu, emak, mama, ma, ummi dan segala yang sewaktu dengannya. 


Memang ditempat yang berbeza, hari ibu disambut dengan tarikh yang berbeza, macam kat Malaysia (termasuk US, Japan, Netherlands, Australia, Austria, Canada, China, Hong Kong, Finland, Switzerland, Turki), hari ibu disambut setiap hari Ahad, minggu ke2 bulan Mei..dan untuk itu, tarikh 09 Mei secara automatiknya menjadi tarikh istimewa untuk sambutan hari ibu di sini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mak, apa yang perlu mak tahu bahawa diri ni akan sentiasa merinduimu.

Sejujurnya, terkadang diri ni masih merasakan bahawa mak masih disisi. Sedih rasanya untuk menghadapi dan masuk ke dalam realiti sebenar bahawa mak yang mengandungkan selama 9 bulan 10 hari, yang mendidik dengan kesabaran, yang menyayang, membelai dengan kasih sayang, yang memaaf dikala diri melakukan kesilapan, menyakiti hatinya sudah tiada di depan mata.

Masih teringat lagi kata2 dari mak, "solat jangan tinggal", "quran baca la selalu, jangan lupa", "doakanlah selalu mak dengan abah", "rajin2 lah telefon emak nanti", "belajar rajin2, nanti senang hidup"...banyak lagi la, tanda bahawa dia terlalu sayangkan diri ni, tak nak jadi orang yang tak berguna, dunia akhirat.

Tapi sekarang, nasihat2 sebegitu sudah tidak didengari lagi, seiring dengan pemergian mak. Kadang2 diri bertanya, kenapa mak pergi terlalu awal?? Diri ni masih mahukan lagi nasihat2 berhikmah dari mak, masih mahukan lagi kasih sayang yang tidak dapat diganti oleh sesiapa pun, masih perlukan lagi doa2 ikhlas mak..agar diri ni ada kekuatan untuk menempuh hidup yang bukan senang, tapi penuh dengan kekalutan.

Teringat jugak, kadang2 mak terasa dengan kelakuan diri ni yang menyakitkan, bersama enam lagi kelakuan yang pelbagai ragam, tapi mak tetap sabar menghadapinya. Mak tak pernah putus asa mendidik kami tujuh orang agar menjadi orang yang berjaya dunia akhirat. Malahan doa pula yang dipohon pada Tuhan agar anak2 mak ni menjadi yang terdidik. Terima kasih mak.

Kadang2 terfikir, adakah mak sekarang sedih melihat keadaan anak mak ni yang masih banyak dosa2 dilakukan. Mak, dosa yang dilakukan sebetulnya bukan sebab salah atau kurangnya didikan darimu, tapi kerana diri ini terlalu jahil untuk menghadapi kehidupan seorang diri tanpamu di sisi. Bukan salah mak, bahkan sudah banyak tarbiyyah yang diberi oleh mak, cuma diri ni masih lemah melawan kehendak syaitan dan nafsu yang menyesatkan tu. Maafkan diri ni mak.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Walaupun berat menelan hakikat bahawa mak dah tiada, tapi berkat didikan mak yang menyemai iman dalam diri ni untuk mempercayai bahawa manusia tak kekal bahkan akan binasa, maka terpaksalah diri ini menerimanya juga. Manalah tukarannya yang mampu ku cari untuk mengganti tempatmu. Pastinya ganti itu tiada, tiada, dan tiada.

Apa yang perlu mak tahu, diri ni amat sayangkan mak, dan diri ini inshaAllah takkan lupa untuk mendoakan kesejahteraan mak di alam sana. Jugak sekali lagi, maafkanlah diri ni yang terkadang lemas dalam permainan dunia, melupakan nasihat2 yang telah diberi dulu..maaf jika diri ni tak seperti yang diinginkan oleh mak. 

Tapi, percayalah jugak bahawa diri ini sebenarnya sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik, yang mana hidupnya untuk berjaya dunia akhirat. Hati ini sentiasa berusaha menjadi hadiah terbaik untukmu, dengan menjadi anak yang soleh yang tidak lupa untuk mendoakan kesejahteraanmu di sana. Ya Allah, rahmatilah ibuku.

Buat insan yang masih memiliki ibu, hargailah mereka sementara masih ada, kerana kelak, jika mereka pergi, ketahuilah, hatimu akan sunyi sesunyi gelap malam, hatimu pasti akan merintih bahawa betapa berharganya nilai ibu itu. Berbaktilah kepada mereka, kerana ketahuilah, syurga itu di bawah telapak kakinya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
dear my late mother, Zaharah binti Abdullah
i want to let you know
deep down in my heart
having you is the best thing that ever happened in my life
because you're my everything
thank you for the love that you've shown me
thank you for setting a good example for me
thank you for forgiving me when i did wrong
thank you for teaching me the lessons of life
thank you for helping me set goals
thank you for giving me a shoulder to lean on
thank you for making my life easier
thank you for caring me always
thank you for spending time with me
thank you for always being there when i need you
thank you for being my mother
thank you for everything
i always miss you, always love you
no matter what happens tomorrow
you're still the one that i love
inshaAllah
أشكرك..وأعلم أني لا أوفي بالجميل
وما ألف شكر يكفيك
لكني اعرف أنك سترضي بالقليل
~شكرا لكِ يا أمي~

23 comments:

Anonymous said...

smoga tabah menghadapi dugaan yg melanda..

Anonymous said...

alfatihah wt arwah... +_+

~rahsia hati seorang puteri~ said...

sdihnyer...sob2=(..smoga terus tbh...

Amirah Rashid said...

salam ziarah :)
al fatihah untuk arwah. Allah lebih sygkan arwah. bykkn doa utk dia :)
btw, sedih baca perenggan yg last tu :')

Cinta Ilahi said...

Assalamu'alaikum..

InshaAllah. Ibu kamu bertuah punya anak solehah seperti kamu. ^^

Doakan beliau di sana dengan berbahagia disamping ALLAh SWT.

Aamiiin.

*f@ryh@* said...

smoga kita sama2 menjadi anak yg soleh dan solehah untuk selalu mendoakan keberkatan mereka di alam sana..ameen..anyway be a strong rijalul muslim yea..

Frodo Baggins said...

al-fatihah buat bonda tercinta.
ummi wa juga dah xder ~
dah 2 tahun ....


tp sayang sentiasa mekar dihati


((ummi, i love u more than words could ever say ...))


>>______<<


kita minummmm dulu!!!! :)

Frodo Baggins said...

font ni mmg sengaja dikecikkan ke?
hahahaha ...

محمد فردوس سعد said...

anon 1 ~ syukr0n..

anon 2 ~ alfatihah..moga ibu di pembaringan yg menenangkan ~_~

محمد فردوس سعد said...

r.h.s. puteri ~ inshaAllah aina, erm, tika masih punya ibu, jgn mengabaikannya ~~

Amirah R ~ alfatihah..inshaAllah, doa tidak akan ana lupa untuk dia..sbb itu merupakan nasihat yg selalu disebut2 olehnya semasa hidup lg..

huhu..itu dtg dr hati seorang anak yg merindukan ibunya..tq

محمد فردوس سعد said...

Cinta Ilahi ~ Wa'alaikum salam, moga kata2 itu menjadi kenyataan untukku menjadi sebenar2 anak yg soleh, yup..moga ibu bahagia di sana..

f@ryh@ ~ inshaAllah..sama2lah kita..sbb itu aset paling utama yg dia ada setelah dia pergi..moga ana kuat menghadapi dugaan ini ~

محمد فردوس سعد said...

Frodo ~ alfatihah..sayang itu x pernah padam, malah rindu makin membuak2..

erm..jom minummmm *_^

font yg mana?huhu..part yg paling bawah tu mmg sengaja kecikkan, tp font yg atas tu, sume ana dh besarkan..rasa dh sama besar ngan font kt blog frodo..kehkehkeh..ke kecik lg??

zuana's dear diary said...

sabar yaaa

+ aNa ZaFira + said...

salam alaik..nizha baru taw pasal benda nih. harap abg firdaus tabah okeh...
post ni buat nizha sedar utk lebih mhargai mama, xmau mlawan ckp mama dh,nk berbakti selagi terdaya smentara mama masih ade.
smoga anda mnjadi anak yg soleh..aminn~

Amira Atiqah said...

salam.
smoga rohnya dicucuri rahmat & dtmpatkn bersama-sama org yg briman.

hmm, jarang saya bca luahan hati seorang anak lelaki pda ibunya. hehe. thumb's up!!

yusuf mujahidin ™ said...

Alfatihah utk ibu

kasih sygnya mekar selamanya. moga dia tenang di sana. Ameen

محمد فردوس سعد said...

zuana ~ thnx buddy..

ana zhafira : tq yah, inshaAllah, sama2 ingat mengingat mana yg perlu..nizha, ingat satu je, syurga dibawah telapak kaki ibu, jd berbakti sementara masih ada masa =)

محمد فردوس سعد said...

Amira Atiqah ~ moga doa itu sampai kepadanya..

hmm..jarang ke dgr, huhu..biasalah, hati sape pun ,bila dh sayang, ia akan mula untuk berbicara... :D

yusuf mujahidin ~ ameen, itulah yg sentiasa diharapkan untuknya

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
hmM..entry yG mnyentuh rasa, buat ped0man semua..m0ga kamu tabah, kita hanya mampu berserah..
InsyaAllah, harapan telah nyata..
arwah tentu tenang di sana

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

Salam sahabat.

First, takziah buat arwah ibu kamu. Tak tahu pun yang kamu sudah kehilangan insan yang paling disayangi di dunia ni.

Hanya doa dari anak yang soleh diiringi buat ibumu di sana. InsyaAllah kamu anak yang soleh :)

p/s : entri terbaru aku nanti insyaAllah akan masukkan nama blog ko :)

khalif murabbi said...

Salam,, sama2 kte doakan kesejahteraan bonda tercinta..

Kuatkn semangat, tabahkn hati.

syauqah wardah said...
This comment has been removed by the author.
syauqah wardah said...

tak tau nak cakap apa.. just rasa nak nanges je..

entry yg sgt2 bermanfaat.smoga istiqamah menulis..

mahu 'menulis' dlm diri..